BANJIR # 01 : Produk Sampingan PemBALAKan

Bebagai-bagai pihak dan dari merata-rata tempat seolah-olah berlumba-lumba datang memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Banjir yang dah menjadi fenomena alam tahunan itu nampaknya membuka ruang yang sangat luas kepada penderma-penderma untuk menjana pahala. Inilah satu-satunya kebaikan banjir yang tidak dapat Acik nafikan.

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Produk Sampingan Aktiviti Pembalakan

Selingan 1 :

Pembalakan Menzalimi Orang Asli

http://www.kinitv.com/video/14866O8?utm_source=mkini&utm_medium=sidewidget&utm_campaign=ms

 

Acik percaya, seluruh rakyat Malaysia sekarang sangat peka dengan bencana banjir. Kerajaan pun tahu akan kepekaan rakyat ini lalu menyiarkan berita tentang banjir berulang-ulang kali dalam satu hari. Yang memiliki TV bolehlah menonton berita-berita tersebut di kaca TV masing-masing. Tapi bagi yang tidak memiliki TV Acik percaya boleh mengikuti berita banjir melalui radio.

Banjir bukanlah perkara baru di negara kita. Kita pernah dengar cerita tentang banjir sejak sebelum merdeka lagi. Sepatutnya bila dah lebih dari 50 tahun merdeka, banjir telah banyak berkurangan kalaupun tidak terhapus sama sekali. Tapi malangnya, banjir bukan semakin kurang bahkan semakin menjadi-jadi pula. Hatta kini banjir telah menjadi fenomena alam tahunan di negara kita.

Baru-baru ini Acik (Ayah/Abang+cik) ada menonton satu rancangan TV berkaitan banjir. Juru acara ada bertanya kepada seorang individu yang ditemubualnya melalui telefon, samada cuaca tahun ini lebih buruk dari tahun-tahun lepas. Jawapan individu berkenaan ialah cuaca tahun ini biasa saja. Individu tersebut adalah mewakili Jabatan yang bertanggunjawab mengkaji dan memberi maklumat tentang keadaan cuaca semasa serta ramalan cuaca, bagi seluruh negera.

Namun begitu, berdasarkan amaran berjaga-jaga yang dikeluarkan kepada rakyat, Acik nampak seolak-olah keadaan banjir bagi tahun ini akan lebih gawat dari tahun-tahun lepas. Bagaimanakah boleh berlaku demikian jika cuaca dan hujan yang akan turun masih sama ataupun lebih kurang saja dengan tahun-tahun lepas ?

Rakyat mungkin akan membuat berbagai-bagai spekulasi tentang sebab-sebab terjadinya banjir. Mungkin akan ada pihak-pihak tertentu yang akan menjadi kambing hitam. Contohnya mungkin Jabatan Parit dan Saliran akan dipersalahkan. Ia dianggap gagal menyediakan prasarana yang sesuai lagi relevan, bagi tujuan pencegahan. Akibat kegagalan tersebut maka air yang berlebihan tak dapat disalurkan ke laut dengan segera, maka berlakulah banjir.

Acik harap tuduhan seperti itu tidaklah berlaku kerana Acik yakin banjir bukanlah akibat kelemahan Jabatan tersebut. Dengan bajet yang amat terhad yang diperuntukkan kepada Jabatan tersebut, maka tentulah mustahil ia mampu mencegah banjir dari berlaku. Lainlah jika peruntukan yang cukup besar telah diberi kepada Jabatan tersebut khususnya bagi melaksanakan projek pencegahan banjir.

Tak kurang pula, akan ada yang menganggap banjir adalah semata-mata bala dari Allah akibat perbuatan-perbuatan maksiat yang berleluasa. Contohnya, kerana wujudnya pusat-pusat judi di Genting Highland, kilang arak di Selangor, sarang-sarang pelacuran di hampir semua bandar di seluruh negara dan lain-lain aktiviti maksiat. Semuanya itu adalah dipercayai mengundang bala bencana dari Allah.

Malah mungkin ada pula yang akan menyalahkan pemerintah kerana tidak melaksanakan hukum hudud sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Akibat tidak melaksanakan hukum hudud maka bermacam-macam aktiviti maksiat pun berlaku dengan berleluasa. Akhirnya Allah pun tak tahan marah lalu menurunkan bala bencana berbentuk banjir kepada semua rakyat jelata.

Siapalah Acik ini untuk menafikan kebenaran dakwaan-dakwaan tersebut di atas. Allah maha berkuasa untuk melakukan apa saja terhadap hambaNya. Akan tetapi Allah juga berfirman yang maksudnya bahawa, segala kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah hasil dari tangan-tangan kita (manusia) sendiri.

Berdasar firman Allah tersebut, Acik ingin mengajak pembaca semua membuat analisis ke atas kejadian banjir. Mengapakah dahulunya banjir jarang-jarang berlaku. Kalau berlaku pun tidaklah seteruk sekarang. Apakah sekarang ini jumlah hujan yang Allah bekalkan kepada negara kita jauh lebih banyak dari dahulu. Tangan-tangan siapakah agaknya yang bertanggungjawab mendatangkan kerosakan ke atas bumi kita ini dalam bentuk banjir ?

Sebenarnya Acik mempunyai hipotisis sendiri tentang kejadian banjir. Hipotisis Acik itu adalah berasaskan persepsi dan pengetahuan-pengetahuan tertentu yang dapat Acik kumpulkan sejak dahulu hinggalah kini. Samada hipotisis Acik ini boleh diterima oleh pembaca ataupun sebaliknya, terpulanglah kepada penilaian masing-masing.

Acik pernah bekhidmat dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (LPKM) selama lebih 25 tahun. Antara fungsi utama LPKM ialah mengawal selia serta memajukan industri kayu kayan. Banyak juga pengalaman yang ditempuhi di sepanjang tempoh tersebut, yang masih kekal dalam ingatan Acik. Namun di sini tidaklah pula Acik berhajat menceritakan segala-galanya, kecuali yang relevan sahaja.

Semasa Acik masih dalam perkhidmatan dengan LPKM dahulu, produk kayu kayan pernah menjana hasil eksport terbesar Malaysia selepas minyak. Produk kayu kayan termasuklah kayu balak, kayu gergaji, papan lapis, papan serpai, parkir dan sebagainya. Semua produk tersebut adalah bersumberkan pokok-pokok termasuklah pohon-pohon balak dari dalam hutan.

Sejak aktiviti pembalakan diperkenalkan di negara ini, entah berapa puluh/ratus juta pohon-pohon balak yang telah ditebang. Pada peringkat awalnya pokok-pokok balak yang ditebang dieksport dalam bentuk asalnya (kayu balak). Kemudian, barulah pengeksportan kayu balak diharamkan. Namun produk yang berasaskan balak seperti kayu gergaji dan lain-lain masih lagi dibenarkan eksport.

Selingan 2 :

Kadar penebangan hutan Malaysia adalah paling tinggi di dunia

http://news.mongabay.com/2013/1115-worlds-highest-deforestation-rate.html#ExYvIfjX76UrBltv.01

 

Pohon-pohon balak adalah umpama botol-botol raksasa yang bertaburan dengan banyaknya di seluruh kawasan hutan belantara kita. Setiap pokok balak tersebut akan menyimpan di dalam akarnya, batangnya, dahan-dahannya dan ranting-rantingnya air dengan banyak. Lebih besar pokok balak tersebut maka lebih banyaklah air yang mampu disimpan. Air tersebut dihisab (sedut) dari bumi di mana pohon balak itu berdiri, lalu dilepaskan ke udara secara perlahan-lahan sepertimana badan kita melepaskan peluh dari diri kita.

Air yang tidak habis dan tidak sempat disedut oleh pohon-pohon balak tersebut akan mengalir perlahan-lahan ke laut melalui alor-alor dan sungai-sungai. Bila sampai satu ketika di mana bumi telah hampir kekeringan, maka Allah pun menurunkan hujan yang lebat menyirami bumi. Bumi yang sudah hampir kering itu akan mampu menyerap sebahagian besar dari air hujan tersebut. Hanya saki bakinya saja yang akan mengalir ke sungai-sungai dan seterusnya ke laut.

Bila yang mengalir ke sungai hanyalah saki baki yang tak mampu lagi diserap oleh bumi sahaja, maka pertambahan air dalam sungai tidaklah secara mendadak dan tidak dengan kuantiti yang banyak. Dalam keadaan demikian, air-air sungai tidaklah melimpah ke atas tebing. Paras air sungai-sungai tersebut hanya sekadar mengalami kenaikan yang masih di bawah paras bahaya.

Bayangkan apa yang terjadi bila puluhan/ratusan juta botol-botol raksaksa itu telah tiada. Bumi akan sentiasa terendam dalam air sepanjang masa. Bila datang musim hujan, bumi tersebut tidak mampu lagi menyerap air hujan yang baru turun itu. Akibatnya seluruh air hujan yang turun akan terus mencari jalannya ke laut. Sungai-sungai pula tidak mampu membendung air yang turun dari langit itu dengan begitu banyak, dan secara mendadak.

Akibatnya, sungai-sungai pun melimpah airnya ke atas tebing lalu berlakulah banjir di kawasan-kawasan rendah, di sepanjang laluan sungai-sungai berkenaan. Yang agak menyedihkan ialah ada kawasan-kawasan yang sejak sekian lama tidak pernah mengalami banjir, tetapi kini turut dilanda banjir. Lebih parah lagi jika banjir yang melanda bukan sekadar air biasa sahaja, malah disertai pula dengan lumpur.

Jika ada yang bertanya kepada Acik apa formulanya bagi mengatasi masalah banjir, maka sudah tentulah Acik cadangkan agar aktiviti pembalakan dihentikan sepenuhnya dengan serta merta. Namun tidaklah bermakna bahawa kerja-kerja menyelamat mangsa banjir juga harus dihentikan dengan serta merta. Ini kerana, menghentikan aktiviti pembalakan tidak akan memberi kesan serta merta. Kesan positifnya mungkin akan dapat dilihat hanya selepas puluhan tahun akan datang.

Untuk pengetahuan semua, negara Thailand telah pun menghentikan aktiviti pembalakan sejak puluhan tahun yang lalu. Acik masih ingat tentang banjir lumpur yang sangat buruk yang menimpa negara Gajah Putih itu suatu ketika dahulu. Berikutan dari kejadian tersebutlah maka kerajaan Thailand terus mengharamkan aktiviti pembalakan dengan serta merta. Namun, dua atau tiga dekad lagi barulah kesan positifnya akan dapat dinikmati rakyatnya. .

Di sini sukalah Acik tegaskan bahawa Acik tidaklah bermaksud menghasut sesiapa pun supaya mempercayai hipotisis bodoh Acik di atas itu. Masing-masing pembaca telah dianugerahi Allah dengan akal fikiran yang waras lagi rasional. Mungkin telah ada pun dalam fikiran masing-masing tentang wujudnya hubung kait antara balak dan bala (banjir). Jadi terpulanglah kepada penilaian masing-masing, samada nak menerima ataupun tidak hipotisis tersebut.

Lagi pun, apa yang Acik jelaskan di atas hanyalah masih berstatus hipotisis saja, bukan teori atau hakikat (law). Sesuatu yang berstatus hipotisis boleh jadi betul, boleh jadi salah. Bagi menentukan samada hipotisis itu benar, maka kajian terpeinci termasuklah “experiment” perlulah dilakukan.

Khususnya tentang isu banjir, cubalah hentikan sepenuhnya aktiviti pembalaksan mulai sekarang ini. Acik penuh yakin bahawa selepas 50 tahun dari sekarang, insya Allah akan sama-sama dapat kita lihat kesan positifnya. Kata orang, “tak cuba, tak tahu”. Oleh itu marilah kita sama-sama mencubanya mulai sekarang juga tanpa tunggu-tunggu lagi. Sebagaimana dinasihati sebuah peribahasa Mad Saleh, “time and tide waits for no one”

Acik sangat bersimpati terhadap mangsa-mangsa banjir. Majoriti mereka adalah penduduk-penduduk kampung yang rata-rata dalam kemiskinan. Setiap tahun mereka terpaksa mengalami kesusahan akibat dilanda banjir. Banyak harta benda mereka yang rosak binasa ditenggelami air. Namun mereka tetap bersabar dan redha kerana menganggap ia semata-mata kerana takdir Allah.

Sedangkan pihak yang ghairah mengaut keuntungan besar hasil dari aktiviti pembalakan tidak terjejas sedikit pun kehidupan mereka. Pendek kata, balak orang kaya yang dapat, tetapi bala (banjir) rakyat miskin yang terpaksa tanggung. Kata peribahasa Melayu, “yang lain makan nangka, yang lain kena getahnya”.

Yang mendapat nikmat (makan nangka) itu ialah pengusaha-pengusaha balak. Manakala yang menanggung kesusahan (kena getah) ialah mangsa-mangsa banjir. Mujur juga ada BR1M. Sekurang-kurang dapat juga meringankan beban mereka. Kata orang, “dari cempedak baiklah nangka. Daripada (langsung) tak ada, baiklah ada (walaupun sedikit).

Selain BR1M, banyak juga bantuan lain yang datang mencurah-curah kepada mangsa-mangsa banjir. Bebagai-bagai pihak dan dari merata-rata tempat seolah-olah berlumba-lumba datang memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Banjir yang dah menjadi fenomena alam tahunan itu nampaknya membuka ruang yang sangat luas kepada penderma-penderma untuk menjana pahala. Inilah satu-satunya kebaikan banjir yang tidak dapat Acik nafikan.

Wallahualam.

 Selingan 3 :

The Malaysian Who Stood Up

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ani-arope-the-malaysian-who-stood-up-years-ago

d a u l a t    r a k y a t   !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

BANJIR # Index :   http://4uni2c.wordpress.com/2015/01/26/banjir-index/

BR1M 2.0 dan Strategi Abu Nawas   https://4uni2c.com/2012/12/25/4uni2c12z25-br1m-2-0-dan-strategi-abu-nawas/

Hudud # 02 Manifestasi atau Penyebab … ? http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/

 

*** Untuk ke MENU Utama sila KLIK :   www.4uni2c.com

@ OPajar (# 14Z23)

~ by OPajar on 2014-12-22.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: