BANJIR # 03 : MengINGKARi sunnatullah ?
Namun, bagi mereka yang berkuasa yang telah mengingkari sunnatullah, maka ia adalah juga satu balasan. Semoga mereka sedar bahawa faktor sunnatullah juga tidak kurang penting dalam menempuhi realiti kehidupan seharian kita. Segala usaha dan perancangan tidak akan berjaya jika faktor sunnatullah dipandang remeh lalu diingkari.
*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
mengingkari sunnatullah ?
Selingan 1 :
Video : banjir di Kota Bharu, Kelantan, Dis 2014
Andaikan bahawa kita mengambil beberapa biji guli kaca yang semuanya serupa dari segala sifatnya. Andaikan juga bahawa beberapa penerima telah sanggup memberi kerjasama dengan kita. Kepada setiap dari mereka itu kita beri sebutir guli tersebut. Kemudian kita minta setiap mereka mencampakkan guli masing-masing ke dalam sebuah kolam berenang yang sangat jenih airnya.
Nescaya apa yang kita dapat lihat ialah tiap-tiap guli yang dicampakkan ke dalam kolam itu akan tenggelam. Tidak ada sebutir pun yang terkecuali dari tenggelam atau timbul terapung-apung dipermukaan air kolam tersebut. Sedangkan penerima-penerima guli tersebut terdiri dari seorang Raja yang sangat berdaulat bersama dengan seorang hamba sahayanya, seorang Professor Fizik bersama dengan anaknya yang baru boleh bertateh, seorang Ulama besar bersama dengan seorang muridnya yang paling Jahil, dan seekor kera bersama dengan tuannya.
Fenomena tersebut meyakinkan kita bahawa sunnatullah adalah bersifat sejagat atau universal. Sunnatullah juga tidak ada diskriminasi di dalamnya. Tidak ada diskriminasi maksud Acik ialah, tidak ada penerima yang gulinya tidak tenggelam. Walaupun beliau seorang Maha Raja ataupun seorang Ulama besar, guli yang dicampakkan ke dalam kolam itu tetap akan tenggelam.
“Tiada diskriminasi” adalah suatu sifat maha penting bagi sesuatu sunnatullah. Maksud sunnatullah bagi kefahaman Acik ialah peraturan yang ditelah ditentu atau ditetapkan Allah. Orang Putih menggunakan istilah “law of nature” manakala orang Melayu pula menggunakan istilah “hukum adat”. Adat yang Acik maksudkan di sini tidak harus disamakan dengan “adat resam” maupun “adat istiadat”. Adat dalam sebuah peribahasa Melayu, “biar mati anak jangan mati adat” adalah merujuk kepada adat resam atau pun adat istiadat.
Dengan sifat sunnatullah yang tiada mendiskriminasi sesiapa pun itu, maka manusia telah berjaya mencipta berbagai-bagai kemudahan. Siapa yang rajin berusaha mengkaji dan merekacipta sesuatu kemudahan, Allah akan beri dia kejayaan. Allah tidak kira samada hambaNya itu Islam atau pun tidak. Asalkan beliau yakin kepada sunnatullah maka ia akan Allah izinkan berjaya mencipta sesuatu.
Sebaliknya seseorang yang mengingkari sunnatullah, tidak akan berjaya mencipta apa-apa. Malah kadang kala akan menanggung balasan buruk akibat keingkarannnya itu. Tidak kiralah samada beliau seorang Professor ataupun seorang Presiden, hatta seorang Ulama besar sekali pun
Berkaitan dengan bencana banjir yang sedang melanda negara sekarang, kita tidak boleh menafikan sama sekali faktor sunnatullah yang berkaitan dengannya. Jika telah menjadi sunnatullah bahawa aktiviti pembalakan akan mengakibatkan belakunya banjir, maka suka ataupun tidak suka kita kenalah hentikan segera aktiviti pembalakan.
Namun, oleh sebab “nasi sudah menjadi bubur” kerana pokok-pokok balak sudah pun lebur, maka apa yang boleh kita lakukan ialah tindakan “rawatan” ke atas kegawatan yang telah berlaku. Disamping itu kita juga harus membina satu sistem pencegahan banjir yang berkesan. Ini supaya, banjir yang bakal berulang di masa-masa akan datang, akan dapat diminimakan kesan buruknya. Jika kita berjaya membebaskan langsung negara dari bencana banjir maka itu adalah bonus buat rakyat jelata dan negara.
Acik percaya dengan kata-kata pujangga Melayu “di mana ada kemahuan maka di situ ada jalan”. Oleh itu usaha kita untuk mencegah banjir biarlah bersungguh-sungguh. Bukan hanya dilakukan sekadar “hangat-hangat tahi ayam sahaja” ataupun sekadar “melepaskan batuk ditangga”. Sebagaimana satu lagi kata pujangga Melayu, “Jika tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
Peribahasa Mad Saleh pula berbunyi, “prevention is better than cure and necessity is the mother of invention”. (pencegahan adalah lebih baik dari rawatan dan keperluan adalah ibu kepada penciptaan). Sekiranya Mad Saleh tidak yakin dan patuh kepada sunnatullah Acik percaya sampai sekarang pun kita masih merantau ke Mekah dengan menaiki kapal layar ataupun berjalan kaki. Oleh itu kita berterima kasih banyak-banyaklah kepada mereka yang telah merekacipta kapal terbang dan bersyukur kepada Allah kerana umat Islam telah mendapat munafaat yang besar dari penciptaan orang bukan Muslim itu.
Membaca PenCERAHan Acik ini mungkin akan membuat sesetengah orang merasa tersentap. Mungkin akan ada yang menuduh Acik tidak percaya akan kadha’ dan kadhar. Acik seolah-olah menolak pandangan Ulama yang mengatakan banjir besar adalah ujian Allah. Malah bagi mereka banjir tersebut adalah proses “pembersihan” oleh Allah menjelang perlaksanaan hukum hudud 2015.
Sebenarnya Acik bukan menolak dakwaan seperti itu 100%. Cuma Acik tidak dapat menerimanya 100 peratus. Acik juga percaya bahawa banjir itu adalah suatu ujian dari Allah. Cuma bagi Acik, ia adalah ujiian ke atas mereka yang tidak bersalah. Musibah banjir juga mungkin merupakan balasan tunai bagi mereka yang melakukan maksiat kepada Allah agar mereka insaf dan kembali mengingati Allah.
Namun, bagi mereka yang berkuasa yang telah mengingkari sunnatullah, maka ia adalah juga satu balasan. Semoga mereka sedar bahawa faktor sunnatullah juga tidak kurang penting dalam menempuhi realiti kehidupan seharian kita. Segala usaha dan perancangan tidak akan berjaya jika faktor sunnatullah dipandang remeh lalu diingkari.
Wallahualam.
Bersambung ……….
Selingan 2 :
Video kesan banjir di Gua Musang
https://www.facebook.com/video.php?v=562831637194009&set=vb.150264678450709&type=2&theater
d a u l a t r a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
BANJIR # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2015/01/26/banjir-index/
BANJIR # 01 : Produk Sampingan PemBALAKan : https://4uni2c.com/2014/12/22/banjir-01-produk-sampingan-pembalakan/
Hudud # 02 Manifestasi atau Penyebab … ? http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4uni2c.com
@ OPajar (# 14Z30)