BANJIR # 05 : Lega Tak Wajib UNIFOM

Sebenarnya tidak mewajibkan murid-murid memakai unifom adalah satu perkara yang boleh mengurangkan beban keluarga si murid. Bagi ibu/bapa yang mempunyai ramai anak ke sekolah, menyediakan pakaian seragam (unifom) sekolah anak-anak boleh menjadi satu beban kewangan yang agak berat. Jika anaknya lima orang dan setiap seorang memerlukan tiga pasang unifom sekolah, dah berapa kosnya. Sebagai seorang ayah yang memiliki anak yang ramai, beban ini Acik sendiri pun pernah rasai suatu masa dahulu.

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Lega tak wajib unifom

Bila diistiharkan bahawa murid-murid sekolah di Kelantan tidak diwajib memakai unifom sekolah akibat banjir, tentu ramai ibu bapa menarik nafas lega. Cara kebetulan Acik (Ayah/Abang+cik) ada terdengar anak sulung Acik memberi pandangan yang serupa beberapa hari yang lepas. Katanya, beliau tak nampak dimana rasionalnya pemakaian unifom diwajibkan ketika majoriti rakyat Kelantan terjejas banjir. Betullah kata peribahasa Mad Saleh, “wise men think alike”.

Ramai orang mungkin menganggap bahawa memakai unifom sekolah adalah perkara pokok yang penting. Oleh itu ia bukan lagi satu perkara yang layak dijadikan isu untuk dipertikaikan. Yang layak dijadikan isu ialah hal-hal yang kontrovesi. Contohnya, samada nak membenarkan murid perempuan bukan Muslim memakai kain yang menampakkan lutut. Ataupun perlukah mewajibkan pelajar-pelajar universiti memakai tali leher sepanjang masa mereka berada di dalam kampus.

Sebenarnya tidak mewajibkan murid-murid memakai unifom adalah satu perkara yang boleh mengurangkan beban keluarga si murid. Bagi ibu/bapa yang mempunyai ramai anak ke sekolah, menyediakan pakaian seragam (unifom) sekolah anak-anak boleh menjadi satu beban kewangan yang agak berat. Jika anaknya lima orang dan setiap seorang memerlukan tiga pasang unifom sekolah, dah berapa kosnya. Sebagai seorang ayah yang memiliki anak yang ramai, beban ini Acik sendiri pun pernah rasai suatu masa dahulu.

Di sebuah negara maju, tempat Acik tinggal selama beberapa bulan di awal tahun 2014 lepas, murid-murid sekolah tidak memakai unifom. Agaknya, bagi masyarakat di tempat itu unifom sekolah tidak memberi apa-apa munafaat kepada mereka dan anak-anak mereka. Namun apa yang terbaik bagi mereka taklah semestinya terbaik untuk kita di Malaysia.

Bagi Acik, tanpa berunifom ke sekolah bukanlah satu penyebab ke arah mencapai sesuatu kejayaan. Sebaliknya ia lebih merupakan satu manifestasi kejayaan yang telah dicapai masyarakat tersebut untuk hidup secara bermuafakat dan bertimbang rasa. Misalnya murid A sangat ingin memakai sepasang pakaian yang sangat mahal ke sekolah. Tetapi selepas membelinya beliau tidak jadi pula memakainya ke sekolah. Rupa-rupanya beliau tidak mahu menimbulkan sesuatu perasaan negatif di hati rakan-rakannya yang miskin.

Tetapi senario yang sama mungkin belum wujud di negara kita. Sekiranya murid dibenarkan tidak memakai unifom sekolah, murid yang berada akan mempamirkan kekayaan masing-masing kepada rakan-rakannya di sekolah. Akibatnya, murid-murid yang serba kekurangan mungkin akan merasa hina diri (inferiority complex) semasa berada di dalam kelas yang sama dengan rakan-rakan yang kaya raya itu. Ini satu suasana negatif yang wajar dielakkan.

Walaupun peraturan boleh diwujudkan agar pakaian-pakaian mahal tak dibenarkan ke sekolah, namun dari segi penguatkuasaan peraturan tersebut, ia mungkin tidak praktikal. Oleh itu (di Malaysia) mengekalkan pemakaian unifom sekolah adalah dianggap masih lagi relevan dan lebih praktikal berbanding dengan tidak memakai unifom sekolah.

PenCERAHan Acik ini bukanlah untuk mempertikaikan kelonggaran tentang pemakaian unfom yang diistiharkan oleh pihak berkenaan itu. Malah sebaliknya Acik ingin menyatakan sokongan padu Acik terhadap langkah tersebut. Ia menunjukkan bahawa pihak yang berkenaan adalah bijaksana dalam membuat keputusan yang sesuai dan relevan dengan realiti semasa. Syabas Acik ucapkan kepada mereka. Semoga akan terus berani membuat keputusan-keputusan rasional sedemikian di masa-masa akan datang.

Mengenai bab pakaian, Acik bukanlah ingin sangat melihatnya dari aspek teknikalitinya. Yang lebih penting bagi Acik ialah implikasi kepada kewajipan pemakaian unifom itu. Acik rasa fesyen pakaian adalah sangat penting kerana ia adalah manifestasi peradaban atau nilai sesuatu individu, masyarakat dan bangsa.

Kadang-kadang pakaian yang kita kenakan pada tubuh badan kita secara tidak langsung boleh menipu diri sendiri dan orang lain. Contohnya, seorang pemandu peribadi kepada seorang CEO sebuah syarikat, memakai pakaian yang cukup hebat. Beliau lalu berhenti mengambil minyak di stesyen minyak selepas menghatar bosnya ke KLIA.

Dengan melihat pakaiannya yang begitu hebat, maka ramai orang yang percaya bahawa beliau adalah pemilik kereta yang dipandunya. Maksudnya, beliau dipercayai sebagai seorang yang sangat kaya kerana mampu memiliki kereta mewah yang dipandunya itu. Secara tidak disedari, ramailah orang yang tertipu tentang status sebenar pemandu tersebut.

Sekiranya dalam hati pemandu tersebut, beliau suka atau bergembira dengan persepsi masyarakat yang sedemikian terhadapnya, maka beliau adalah secara tidak langsung seorang penipu. Beliau mendapat munafaat dengan menipu (sebagai seorang kaya itu), lalu dihormati oleh banyak pihak serta diberi layanan VIP di restoren tempat beliau bersarapan.

Tanpa merujuk kepada orang lain kecuali kepada diri sendiri, Acik sebenarnya bukan tak teringin untuk mengenakan jubah dan serban. Acik percaya bahawa jubah dan serban adalah sunnah rasul s.a.w.. Sesiapa yang memakai jubah dan serban insya Allah akan mendapat pahala di sisi Allah. Oleh itu Acik tak pernah pertikaikan tentang pakain jubah dan serban.

Yang Acik agak muskil adalah terhadap diri sendiri jika Acik memakainya. Betulkah Acik ni seorang individu yang memang layak memakai jubah dan serban. Secara jujur, biarlah Acik mengakui di sini bahawa Acik sebenarya belum layak memakai jubah dan serban.

Sebab utama mendakwa bahawa diri Acik belum layak mengenakan jubah dan serban ialah kerana ilmu dan amalan Acik adalah terlalu sedikit. Tidak kurang penting juga ialah, kerana takut orang lain tertipu dengan Acik bila menganggap Acik adalah ikon agama atau pakar rujuk agama. Lebih-lebih lagi jika ada pula yang terus menganggap Acik seorang Ulama lalu digelar Ustaz.

Sungguhpun Acik sendiri tidak memakai jubah dan serban, namun Acik suka melihat individu yang memakai jubah dan serban. Acik tidak mempertikaikan nawaitu masing-masing kerana tidak siapa pun yang tahu objektif sebenar seseorang individu itu. Yang tahu hanya Allah. Samada hambanya itu ikhlas ataupun tidak dalam melakukan sesuatu kebaikan, semuanya itu adalah dalam pengetahuan Allah semata-mata.

Namun, tidaklah bermakna bahawa segala apa yang dicakap oleh mereka yang berjubah dan berserban itu akan Acik terima bulat-bulat sebagai benar. Contohnya, jika yang berjubah dan serban itu mengatakan bahawa banjir yang berlaku sekarang ini tidak ada kena mengena dengan aktiviti pembalakan, maka dakwaan beliau itu tidak bolehlah Acik terima 100% sebagai satu kebenaran. Namun, apalah hak Acik nak menuduh bahawa dakwaan seseorang itu tidak berdasarkan kejujuran.

Yang boleh dipertikaikan hanyalah dari aspek percanggahannya dengan sunnatullah. Ini kerana faktor sunnatullah adalah faktor universal yang boleh dibuktikan dengan fakta-fakta. Fakta-fakta mampu menyakinkan pihak kawan maupun lawan. Contohnya fakta bahwa manusia akan mati jika tidak ada air langsung, dan manusia juga boleh mati oleh sebab terlalu banyak air. Mati kerana tidak ada air langsung adalah akibat kehausan, manakala mati kerana terlalu banyak air ialah akibat ditenggelami banjir.

Begitu juga dengan sunnatullah yang mengaitkan bencana banjir dengan kepupusan pohon-pohan balak. Ini telah Acik jelaskan dalam PenCERAHan Acik bertajuk “Banjir # 01 : produk sampingan pembalakan”. Usaha untuk menafikan faktor sunnatullah tersebut boleh membawa implikasi yang tidak baik. Bukan saja implikasi negatif terhadap individu yang membuat dakwaan tersebut, malah memburukkan pula imej agama Islam yang dianuti individu berkenaan.

Seorang bukan Muslim bertanya kepada seorang anak Acik mengapalah PAS teruk sangat. Beliau hairan mengapa PAS suka menyalahkan tuhan berhubung dengan banjir yang berlaku. Pada tanggapan mereka Tuhan itu Maha Adil, Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Pengampun dosa dan sebagainya. Oleh itu tak akan Tuhan nak melakukan apa-apa terhadap manusia yang menampakkan Tuhan itu kejam dan zalim.

Bagi mereka (bukan Muslim) yang menyebabkan bencana adalah akibat dari tindakan bodoh dan ganas manusia itu sendiri. Jika PAS yakin dengan sifat-sifat Tuhan seperti tersebut, maka tak wajarlah Tuhan pula dituduh sebagai penyebab banjir. Adakah mereka yang bukan Muslim lebih percaya terhadap sunnatullah berbanding dengan kita Muslim. Sedangkan ada ayat dalam al Quran yang menyebut bahawa kerosakan di bumi adalah akibat tangan-tangan manusia sendiri.

Wallahualam.

 Selingan 1:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=900919146627167&set=pcb.900928906626191&type=1&theater

Selingan 2 :

https://www.facebook.com/frensofbn/photos/pcb.10152738217929998/10152738217674998/?type=1&theater

 Selingan 3 :

Dimalukan kerana memakai baju kurung

http://www.malaysiakini.com/news/286495

d a u l a t    r a k y a t  !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

 

BANJIR # Index :   http://4uni2c.wordpress.com/2015/01/26/banjir-index/

BANJIR # 01 : Produk Sampingan PemBALAKan :   https://4uni2c.com/2014/12/22/banjir-01-produk-sampingan-pembalakan/

Hudud # 02  : Manifestasi atau Penyebab … ? http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/

 

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

@ OPajar (# 14z05)

~ by OPajar on 2015-01-05.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: