Unifom # 01 Dulu seluar pendek kini panjang
Pengalaman itu telah memberi Acik satu pengajaran yang sangat penting. Nak melakukan sesuatu perubahan yang besar kadang-kadang tak perlu diheboh-hebohkan. Secara diam-diam mungkin jauh lebih berkesan. Ini sejajar dengan ungkapan berikut : Tauladanilah sifat PENYU, bertelur BERIBU tiada yang tahu; Jangan contohi AYAM betina, bertelur SEBIJI heboh sedunia.
*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
dulu berseluar pendek
kini berseluar panjang
Sebelum tahun 90an dahulu majoriti murid-murid lelaki sekolah kebangsaan memakai seluar pendek. Tetapi sekarang keadaannya dah terbalik. Yang memakai seluar pendek pula dah menjadi minoriti.
Acik percaya salah satu sebab kenapa boleh berlaku perubahan demikian ialah hasil kerjabuat Acik sendiri. Sebenarnya Acik pernah bercita-cita melihat semua murid-murid lelaki di sekolah rendah memakai seluar panjang. Dua orang anak lelaki Acik telahpun memakai seluar panjang ke sekolah sejak darjah satu lagi.
Rupa-rupa pemakaian seluar panjang oleh mereka itu diikuti oleh murid-murid lain di sekolah yang sama. Mereka berdua seolah-olah menjadi pemangkin kepada perubahan dari pemakaian seluar pendek kepada seluar panjang. Mula-mula ianya berlaku di sekolah mereka berlajar. Kemudian ianya merebak ke seluruh negara.
Sekolah tempat anak-anak Acik belajar itu ialah Sekolah Kebangsaan Ampang. Kedua-dua anak lelaki Acik itu asalnya belajar di Sekolah Rendah Al-Amin. Sekolah Al-Amin adalah sekolah yang berorientasikan agama. Oleh itu unifom sekolahnya adalah menutup aurat sepenuhnya.
Acik terpaksa pindahkan kedua-dua anak Acik tu dari sekolah swasta (Al-Amin) ke sekolah kerajaan (SK Ampang) bila tidak mampu lagi menanggung kos persekolahan mereka. Lagi pun isteri Acik lebih suka kedua-dua anaknya itu belajar di SK Ampang supaya lebih mudah untuk beliau memantau kemajuan pelajaran mereka. Isteri Acik itu merupakan salah seorang guru yang mengajar di sekolah tersebut.
Ketika anak-anak Acik itu baru berpindah ke SK Ampang itu, belum ada lagi murid lelaki yang memakai seluar panjang di sekolah tersebut. Jadi, yang memecah tradisi dengan memakai seluar panjang ialah anak Acik yang dua beradik itulah. Ini menimbulkan sedikit kelainan antara mereka dengan murid-murid yang lain. Rupa-rupa ada pula di kalangan guru-guru yang kurang senang melihat kelainan tersebut.
Kedatangan guru besar baru telah membawa tuah kepada sekolah tersebut. Beliau telah melantik isteri Acik menjadi guru disiplin sekolah. Tugasan utama yang diberi kepada guru disiplin baru ialah menyiapkan “manual” etika sekolah.
Sebenarnya “manual” tersebut telah pun siapa didraf oleh orang lain. Tugas guru disiplin baru itu hanyalah menambahbaikkannya di mana perlu agar ia menjadi lebih kemas dan jelas. Kemudian mencetaknnya untuk diberi kepada setiap murid. Murid akan menjadikannya peduman yang penting agar tidak melanggar mana-mana peraturan yang telah diterimapakai oleh sekolah tersebut.
Kebetulan Acik ketika itu telah pun memiliki sebuah komputer meja dan juga sebuah mesin cetak (printer). Oleh sebab isteri Acik itu belum belajar menggunakan komputer maka terpaksalah Acik membantu beliau menyiapkan “manual” etika tersebut. Bagi Acik tugasan tersebut tidaklah susah sangat sebab Acik dah agak mahir mengguna komputer.
Antara yang terkandung dalam “manual” etika tersebut ialah tentang unifom sekolah tersebut. Setelah meneliti bab unifom, Acik dapati belum ada disebut bahawa murid lelaki dibenarkan memakai seluar panjang. Ini membuka peluang kepada Acik untuk menambah satu ayat yang sesuai supaya ibu bapa kepada murid akan faham bahawa seluar panjang pun dibenarkan juga bagi murid lelaki.
Tidak dapat disangkalkan bahawa selepas “manual” etika tersebut diedarkan kepada semua murid sekolah berkenaan, maka mulalah nampak berlakunya perubahan. Sedikit demi sedikit bilangan murid yang memakai seluar panjang di SK Ampang kian bertambah. Lajakan (momentum) dari perubahan yang bermula di sekolah tersebut pada awal tahun 90an itu kini dapat dilihat kesannya di seluruh negara.
Acik tidak tahu samada guru besar SK Ampang ketika itu (Cikgu Mohamad Ali) perasan ataupun tidak, mengenai pemakaian seluar panjang yang Acik tokok tambah dalam “manual” etika sekolah tersebut. Jika beliau tidak perasan pun beliau tetap telah melakukan satu kebajikan.
Tetapi mungkin juga beliau menyedarinya. Cuma sebab merasa bahawa apa yang Acik tambahkan itu suatu yang baik, maka beliau mengambil sikap “kura-kura dalam perahu” saja. Apa pun Acik harap semoga beliau akan menerima ganjaran yang besar dari Allah atas sebab memperkenalkan “manual” etika sekolah tersebut.
Acik juga harap, selain guru besar berkenaan, guru disiplin berkenaan juga akan beroleh ganjaran yang sama dari Allah. Dengan persetujuan beliaulah maka Acik dapat memperkenalkan seluar panjang lelaki dalam “manual” etika sekolah beliau. Dengan lain perkataan, beliau telah sanggup berkonspirasi dengan Acik demi melakukan suatu perubahan yang diredhai Allah.
Pengalaman di atas telah memberi Acik satu pengajaran yang sangat penting. Nak melakukan sesuatu perubahan yang besar kadang-kadang tak perlu diheboh-hebohkan. Secara diam-diam mungkin jauh lebih berkesan. Ini sejajar dengan ungkapan berikut :
Tauladanilah sifat PENYU, bertelur BERIBU tiada yang tahu;
Jangan contohi AYAM betina, bertelur SEBIJI heboh sedunia.
Wallahualam
d a u l a t 4 r a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
BANJIR # 05 Lega Tak Wajib UNIFOM : https://4uni2c.com/2015/01/05/banjir-05-lega-tak-wajib-unifom/
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4uni2c.com
Latar belakang pemilik blog ini :
https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/
@ OPajar (# 15119)