HUDUD # 03 – Metafizik atau Dailektik ?
Acik percaya, sekiranya struktur masyarakat Malaysia sekarang sama dengan struktur masyarakat “tribal” dahulu, perlaksanaan hukum hudud tentu tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Malah sebaliknya, setiap anggota masyarakat akan menyokong perlaksanaannya tanpa sebarang keraguan. Malangnya ciri-ciri sistem masyarakat kita sekarang ini samasekali tidak menepati ciri-ciri masyarakat “tribal” ketika mana hudud diperkenalkan oleh Islam, sebagai tawaran yang lebih baik dari sistem pengadilan yang sedia ada pada masa itu.
*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
metafizik atau dailektik ?
Dalam Islam kita sering bertemu dengan soalan, “adakah ia satu metafizik ataupun dailektik ?”. Soalan ini perlu diberi jawapan terlebih dahulu sebelum melangkah membahaskan isu berkenaan dengan lebih jauh. Dalam ilmu sains umpamanya, sebelum kita meneruskan sesuatu kajian terhadap sesuatu objek, soalan pertama yang wajar dijawab terlebih dahulu ialah “adakah objek itu hidup atau pun tidak ?”. Contoh objek hidup ialah binatang dan tumbuh-tumbuhan. Contoh objek yang tidak hidup ialah batu batan dan seumpamanya.
Perlunya mengklasifikasikan sesuatu objek itu ialah agar kajian yang dibuat ke atas objek berkenaan relevan dengan sifat semulajadi objek tersebut. Dengan demikian barulah kajian kita mampu sampai ke “destinasinya” yang di tuju. Begitulah juga dengan sesuatu isu yang nak dibahas dalam Islam demi meraih kemunafaatan maksimum dari isu berkenaan.
Metafizik adalah sesuatu yang tak boleh ditukar dengan yang lain ataupun dipinda. Contohnya ialah solat yang diamalkan oleh umat Islam. Sejak Rasul s.a.w. lagi solat tidak pernah berubah. Dari segi hukum ia tetap wajib dari dulu, kini dan selama-lamanya. Begitu juga dari segi pergerakan dan cara perlaksanaannya.
Sebaliknya apa yang dikatakan dailektik ialah perkara yang boleh diubah cara perlaksanaannya ataupun ditinggalkan langsung. Alim ulama wajar bijak mengklasifikasikan sesuatu perkara atau isu itu, samada nak memasukkannya ke bakul metafizik ataupun bakul dailektik . Perkara ini sangat penting kerana ia mempunyai implikasi sejagat yang sangat besar, samada terhadap umat Islam mahu pun bukan Islam.
Hudud adalah juga antara isu yang boleh masukkan ke dalam bakul metafizik ataupun bakul dailektik. Acik percaya ramai ilmuan Islam yang telah memasukkan hudud ke dalam bakul metafizik tetapi tak kurang juga ramainya yang memasukkannya ke bakul dailektik. Yang memasukkan hudud ke bakul dailektik contohnya ialah Sister in Islam. Manakala yang memasukkannya ke dalam bakul metafizik ialah tokoh-tokoh agama tertentu dalam PAS.
Hujah-hujah yang diberi oleh pihak yang menganggap hudud itu dialektik ada rasionalnya bagi sesetengah orang. Begitu juga dengan hujah-hujah yang diberi oleh pihak yang menganggap hudud itu metafizik bagi sesetengah orang. Yang menjadi masalah sekarang ialah masing-masing kata “engkau salah, aku yang betul”. Malah lebih malang lagi kerana ada yang kata, “kau dah murtad sebab menolak hudud !”.
Acik memang menyokong penuh perlaksanaan hudud, tapi itu dahulu. Masa tu Acik belum faham konsep metafizik dan dailektik dalam agama. Sedangkan masa tu darah muda Acik memang berkobar-kobar nak membuktikan bahawa hudud merupakan ubat paling mujarab bagi mengubati penyakit social ketika itu. Rupa-rupanya setelah menambahkan ilmu pengetahuan tentang pelbagai isu seiring dengan ilmu agama maka kefahaman Acik agak berbeza dari dahulu.
Khususnya bab hudud, Acik percaya bahawa yang pentingnya ialah aspirasinya. Tetapi nampaknya yang amat dititik berat secara keterlaluan sekarang ini ialah kafiatnya (prosidurnya). Misalnya menunggang kuda atau unta dari Madinah ke Makkah bagi menunaikan fardu haji. Menunggang kuda atau unta itu adalah “kafiatnya”, sedangkan aspirasinya ialah sampai ke Makkah.
Bila manusia telah Berjaya mencipta kereta malah pesawat (kapal terbang) bagi mencapai aspirasi tersebut, maka tak perlunya ke Makkah dengan menaiki kuda dan unta macam dahulu. Rasionalnya ialah kereta dan persawat lebih efisyen bagi mencapai aspirasi yang dikejar, iaitu sampai ke Makkah berbanding dengan kuda dan unta.
Ketika Islam mula memperkenalkan hukuman hudud dahulu, ia merupakan hukuman paling menarik ketika itu berbanding dengan hukuman-hukuman yang sedia ada. Islam meletakkan siling kepada hukuman yang boleh dikenakan terhadap pesalah. Namun bukanlah begitu senang nak menjatuhkan hukuman maksimum kepada orang yang didakwa melakukan sesuatu kesalahan di bawah hudud.
Keindahan hukum hudud malah ditiru oleh undang-undang sivil dimana hukuman yang ditetapkan bagi setiap kesalahan diletakkan had ataupun siling. Contohnya hukuman bagi kesalahan memandu melebihi had laju di lebuh raya PLUS “tidak lebih dari RM300”. Namun tidak semesti pesalah yang disabitkan dengan kesalahan tersebut mesti dihukum dengan denda RM300 secara mandatori.
Setelah tamaddun manusia berkembang dan maju, struktur social telah banyak berubah berbanding dengan zaman Rasul s.a.w. diutuskan dahulu. Mungkin dengan merujuk kepada aspirasi hukuman hudud yang paling mesra masyarakat ketika itu, orang bukan Islam pun menggubal undang-undang yang lebih menarik dan lebih mesra mengikut kacamata masyarakat mereka sendiri. Dengan cara itu, sekurang-kurangnya mereka berjaya mengekalkan pengaruh agama mereka dikalangan penganut agama masing-masing.
Satu faktor penting yang membezakan masyarakat zaman hudud dipraktikkan dahulu ialah faktor alienasi (alienation). Pada zaman dahulu elemen alienasi masih belum wujud. Alienasi bermaksud tidak adanya saling kenal-mengenali antara satu dengan lain, dengan erti kata yang sebenarnya. Sebaliknya, tanpa alienasi bermaksud wujudnya saling kenal-mengenali antara satu sama lain.
Dalam system masyarakat “tribal” dahulu, elemen alienasi belum wujud. Oleh itu bila berlakunya sesuatu jenayah, bila penjanayah ditangkap, majoriti anggota dalam “tribal” tersebut akan mengenali si penjenayah tersebut dengan detail. Bukan saja dia dikenali malah seluruh anggota lain dalam keluarganya juga dikenali. Oleh yang demikian, hakim yang dilantik secara “ad hoc” bagi menjatuhkan hukuman hudud ke atas pesalah berkenaan tentulah merasa tersangat bertanggungjawab atas hukuman yang akan dijatuhkan terhadap pesalah. Maka beliau terpaksalah berhati-hati dalam melaksanakan amanah yang diserahkan kepadanya.
Situasi sekarang amat berbeza dengan situasi tersebut. Hakim yang akan menjatuhkan sesuatu hukuman ke atas seseorang yang didakwa langsung tidak kenal si yang kena dakwa itu. Apa yang hakim tersebut tahu hanyalah apa yang dilaporkan kepada beliau. Pengetahuan ini sebenarnya tidak cukup bagi menjamin agar hakim benar-benar berasa bertanggungjawab di atas hukuman yang dijatuhkan beliau ke atas si yang disabitkan dengan kesalahan berkenaan. Inilah akibat factor alienasi yang wujud dalam sistem pengadilan moden sekarang.
Menghayati faktor alienasi tersebut, banyak pihak memilih jalan yang lebih berhati-hati sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman ke atas sesiapa yang disabitkan dengan sesuatu kesalahan. Ini sejajar dengan prinsip pengadilan yang bermaksud bahawa “tidak menghukum seorang yang bersalah (pada hakikatnya) adalah 10 kali lebih baik dari terhukum seseorang yang (pada hakikatnya di sisi Allah) tidak bersalah. Lebih-lebih lagi menjatuhkan hukuman berat seperti potong tangan dan merejam dengan batu.
Acik percaya, sekiranya struktur masyarakat Malaysia sekarang sama dengan struktur masyarakat “tribal” dahulu, perlaksanaan hukum hudud tentu tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Malah sebaliknya, setiap anggota masyarakat akan menyokong perlaksanaannya tanpa sebarang keraguan. Malangnya ciri-ciri sistem masyarakat kita sekarang ini samasekali tidak menepati ciri-ciri masyarakat “tribal” ketika mana hudud diperkenalkan oleh Islam, sebagai tawaran yang lebih baik dari sistem pengadilan yang sedia ada pada masa itu.
Bersambung ……………
Selingan
Ini Pandangan MAZA Tentang Pelaksanaan Hudud Di Kelantan
http://sozcyili.blogspot.com/2015/03/ini-pandangan-maza-tentang-pelaksanaan.html
d a u l a t r a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
Hudud # 02 – Manifestasi atau Penyebab ? https://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/
Rupa Buruk, Cermin Dipersalahkan: https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4uni2c.com
@ OPajar (# 15325)