Ahmad’s SAGA # 031 Redha GAGAL Rayuan
*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Redha Gagal Rayuan
Semalam (2015 Okt 01) keputusan rayuan Ahmad di Mahkamah Rayuan, Puterajya telah diumumkan. Acik mendapat tahu melalui Facebook milik peguam bela Ahmad, Tuan Radzlan Jalaludin. Sepertimana yang telah diduga, Ahmad gagal dalam ruyuannya itu.
Oleh sebab itulah keputusan yang dijangkakan, maka sedikit pun Acik tidak merasa keciwa dengan keputusan tersebut. Sebaliknya Acik rasa sangat lega kerana pihak mahkamah mengekalkan keputusan yang telah dijatuhkan pada 2013 Oktober 21 yang lepas. Dengan lain perkataan, hukuman denda RM20 ribu yang dikenakan ke atas Ahmad itu tidak ditambah maupun dikurangkan.
Acik juga rasa lega kerana kes tersebut telah ditutup bukunya. Mudah-mudahan tidaklah ada lagi implikasi kewangan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga Acik berhubung dengan kes Ahmad itu. Begitulah juga, tidaklah lagi tertanya-tanya sesama sendiri, bilakan kes Ahmad akan selesai.
Jika mengikut kronologi, Ahmad ditangkap dan dibawa ke Johor Bahru pada 2012 November 03. Setelah menjalan perbicaraan hampir setahun, maka pada 2013 Oktober 21 hukuman telah dijatuhkan ke atas Ahmad. Namun Ahmad telah membuat rayuan di Mahkamah Tinggi sebaik dijatuhi hukuman ke atasnya.
Keputusan Mahkamah Tinggi ialah mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Ahmad. Kerana tidak berputus asa, Ahmad meneruskan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan semalam, maka kes Ahmad adalah muktamat. Yakni tidak boleh lagi membuat rayuan kerana mengikut peraturan mahkamah, rayuan hanya boleh dibuat dua kali sahaja.
Jika dihitung, kes Ahmad telah mengambil masa selama hampir tiga tahun genap atau 35 bulan. Kos yang telah ditanggung kedua-dua pihak, iaitu pihak pendakwa dan pihak yang didakwa tentulah tidak sedikit. Anggaran kos yang ditanggung oleh pihak Ahmad saja tidak kurang dari RM60 ribu. Bagi pihak pendakwa kos yang ditanggung mungkin jauh lebih tinggi walaupun mengambil kira denda RM20 yang dibayar oleh Ahmad.
Dengan pengorbanan yang telah ditanggung oleh kedua-kedua belah pihak itu, Acik harap masing-masing telah mendapat munafaat dari kes tersebut. Sesungguhnya Allah jua yang mengetahui hakikat sebenar kes tersebut, selain dari pihak yang dihukum (Ahmad) itu sendiri. Pihak yang dihukum tentu mempunyai keyakinan yang penuh, samada dirinya bersalah dan wajar menerima hukuman atau pun teraniaya akibat sistem pengadilan yang lemah.
Pihak yang sekadar menjadi pemerhati (termasuk diri Acik) hanya mampu akur kepada keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah. Seandainya ada yang masih merasakan bahawa yang dihukum itu tidak bersalah sekali pun, Namum tidak ada apa yang boleh dilakukan bagi mengubah keputusan yang telah dibuat.
Memahami realiti tersebut, Acik tiada ada apa-apa pilihan lain yang lebih baik, kecuali keredhaan terhadap apa yang telah berlaku. Apa yang telah berlaku itu sebenarnya adalah manifestasi kepada apa yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. Namun, sebagai seorang Muslim Acik kena percaya tentang kisah Nabi Yusof a.s. kerana ia ada disebut di dalam al Qur’an.
Kisah Nabi Yusof a.s. itu adalah satu contoh bahawa tidak mustahil seseorang individu yang tak bersalah pun boleh dihukum. Atau dengan perkataan lain, hukuman yang dijatuhkan ke atas seseorang individu itu bukanlah suatu bukti mutlak bahawa individu tersebut benar-benar bersalah dan wajar dihukum.
Bagi yang menerima hukuman akibat kesalahan yang dilakukan, maka mudah-mudahan hukuman tersebut membawa keinsafan kepada dirinya. Manakala bagi yang tak bersalah tetapi dihukum, mudah-mudahan hukuman tersebut diterimanya sebagai suatu ujian khusus dari Allah, demi memupuk sifat sabar dan redha untuk dirinya.
Wallahualam.
d a u l a t r a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
Ahmad’s SAGA # 030 BAHAYA Jika Rayuan GAGAL https://4uni2c.com/2014/11/14/ahmads-saga-030-bahaya-jika-rayuan-gagal/
Ahmad’s SAGA # Index B https://4uni2c.wordpress.com/2014/12/11/ahmads-saga-index-b/
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4uni2c.com
Latar belakang pemilik blog ini : https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/
OPajar (# 15X02)