Lagu -Demi cinta ini 16324
*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Demi cinta ini
Setiap kita haruslah mempunyai keinginan untuk bejasa atau berbakti kepada negara. Cara kita menabur jasa dan bakti tidak semestinya serupa seperti yang lazim dilakukan oleh orang lain. Contohnya, orang yang kaya harta mungkin dengan cara mendermakan sebahagian dari harta bendanya kepada rakyat yang miskin. Manakala yang kaya ilmu pula dengan mengajar rakyat yang jahil secara percuma atau tanpa mengenakan bayaran yang tinggi.
Selain dari contoh tersebut, ada seribu satu macam lagi cara yang boleh dilakukan demi menabur jasa dan bakti. Usaha gigih bagi menabur jasa dan bakti itu adalah merupakan suatu PERJUANGAN suci.
Berdasarkan realiti bahawa setiap kita memainkan peranan yang berbeza dalam sama-sama menguruskan kehidupan kita secara berjemaah, maka cara masing-masing berjuang tentulah juga berbeza. Pendek kata masing-masing kita berjuang dengan cara sendiri bagi menabur jasa dan bakti..
Bagi orang yang berjiwa patriotik, objek cintanya adalah ibu pertiwinya. Dengan kata lain, perjuangan murninya adalah semata-mata “DEMI CINTA INI’
Wallahualam
Di sini ; lahirnya sebuah cinta ; Yang murni, abadi, sejati, ; Di sini ; tersemai cita-cita ; Bercambah menjadi warisan *** Andai ku terbuang tak diterima ; Andai aku disingkirkan ; Ke mana harusku bawakan ; Ke mana harusku semaikan ; Cinta ini . *** Betapa ; Di bumi ini ku melangkah ; Ke utara selatan timur dan barat ku jejaki ; Aku bukanlah seorang perwira ; Gagah menghunus senjata ; Namun hati rela berjuang ; Walau dengan cara sendiri ; Demi cinta ini *** Ku ingin : Kotakan seribu janji ; Se panjang kedewasaan ini ; Ku ingin ; Sampaikan pesanan ; Akulah penyambung warisan.
d a u l a t 4 r a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
Hudud # 02 – Manifestasi atau Penyebab ? https://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/
Rupa Buruk, Cermin Dipersalahkan: https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4uni2c.com
Latar belakang pemilik blog ini : https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/
OPajar (# 15325)