Lagu – Jumpa di akhirat
Latar belakang pemilik blog ini : https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/
*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Jumpa di akhirat
Kasih sayang adalah antara sifat-sifat mahmudah (terpuji). Ia wajib ada pada setiap individu yang normal. Dengan sifat kasih sayang inilah maka manusia dapat bermuafakat. Permuafakatan menghasilkan amalan saling bantu membantu bagi memudahkan pelbagai aspek kehidupan.
Permuafakatan itu bermula di kalangan ahli-ahli dalam sesebuah keluarga. Kemudian melalui perkahwinan sifat kasih sayang pun menjalar melangkaui sempadan kekeluargaan. Ia menyeberangi ke keluarga lain, samada dalam masyarakat yang sama budayanya atau pun ke dalam masyarakat yang berbeza. Contohnya, perkahwinan antara pemuda Melayu dengan wanita Melayu dan antara pemuda Melayu dengan wanita Tionghua
Dalam proses mencari pasangan hidup, elemen yang menjadi kritiria penting yang digunakan seseorang individu bagi menilai bakal pasangan hidupnya itu adalah budi. Sebuah pantun Melayu yang masyhor berbunyi : Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti ; Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Pantun tersebut menyimpulkan bahawa nilai budi tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Budi adalah terlalu mahal sampaikan tak terhingga nilainya.
Sebuah lagi pantun Melayu berbunyi : Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga ; Walau badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. Pantun ini juga menggambarkan betapa tingginya nilai budi, hingga akan menjadi kenangan abadi terhadap orang yang berbudi itu walaupun ia telah dikebumikan.
Natijahnya, budi mampu membuat orang lain terpikat. Contohnya seorang wanita terpikat kepada seorang pemuda kerana budinya, ataupun sebaliknya. Walaupun kecantikan rupalah yang mencetuskan rasa teruja terhadap seseorang itu, namun budilah jua yang menjadi penentu keputusan. Yakni keputusan samada sanggup komit dengan ikatan (perkahwinan) ataupun sebaliknya.
Budi juga adalah elemen yang menentukan samada sesebuah perkahwinan itu seumpama syurga (bahgia) atau pun neraka (sengsara). Kebahgiaan rumah tangga adalah aspirasi setiap insan yang melakukan perkahwinan. Namun tidak semua pasangan berjaya mencapai aspirasi tersebut.
Bibit-bibit penceraian timbul apabila persepsi positif seseorang itu terhadap pasangan hidupnya mulai pudar. Kalau dahulunya persepsinya terhadap pasangannya adalah sebagai seorang yang berbudi mulia, kini tidak lagi demikian. Sebaliknya pasangannya itu kini dianggap sebagai sebuah tong sampah. Pelbagai nilai-nilai buruk semuanya dilemparkan terhadap pasangannya itu.
Toleransi merupakan salah satu sifat insan yang berbudi tinggi. Dengan adanya toleransi maka sesebuah perkahwinan itu mampu dilanjutkan usianya. Misalnya, seorang pemuda telah mendapati bahawa isterinya itu bukanlah sebagaimana sebelum berkahwin dahulu.
Sebelum berkahwin dahulu wanita tersebut begitu menghormatinya. Tak pernah mengangkat suara terhadapnya kerana marah. Malah tak pernah langsung melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan kemarahan beliau walaupun sedikit.
Namun setelah diijab-kabulkan dengan beliau, lepas satu, satu, sifat buruk wanita itu telah terserlah. Mula-mula tidak suka kepada adik perempuan beliau (pemuda itu) yang disayanginya sejak kecil. Dan akhir sekali hingga mak ayah beliau pun tak dihormatinya lagi.
Maki hamun terhadap dirinya sendiri jangan ceritalah apa perkataan kotor yang tak pernah masuk ke lobang telinganya. Sedangkan sejak dari kecil hingga kini tak pernah ayah dan ibunya mengeluarkan sebarang kata-kata nista atau maki hamum terhadap dirinya. Tiba-tiba bila dah berkahwin, wanita yang baru dikenalinya itu pula yang sanggup memaki hamun beliau.
Namun, dengan adanya toleransi, maka si pemuda tersebut telah mampu melanjutkan usia perkahwinannya hingga berbelas tahun. Walaubagaimana pun kita semua tentu tahu bahawa toleransi juga ada hadnya. Bila sampai satu tahap, toleransi semata-mata tidak akan terdaya lagi untuk menyelamatkan sesuatu perkahwinan. Ia ibarat retak menanti belah. Bila-bila masa saja akan berlaku penceraian terhadap perkahwian yang statusnya sedemikian rupa.
Yang sebut di atas hanyalah sebagai satu contoh sahaja. Ia tak semestinya suatu peristiwa yang benar-benar berlaku. Begitulah juga dengan kisah wanita yang dibelasah suaminya setelah beliau menjadi isterinya. Pada hal sebelum kahwin macam-macam janji manis yang dimeterai bakal suaminya itu dihadapannya dangan disaksikan bulan dan bintang. .
Kembali kepada budi tadi, sepasang suami isteri yang sentiasa menabur budi kepada pasangan masing-masing nescaya jodohnya akan kekal hingga ke akhir hayat. Kasih sayang sesama mereka berdua begitu mantap. Seboleh-bolehnya mereka tidak mahu berpisah buat selama-lamanya.
Namun, setiap nyawa akan menemui ajalnya. Sukakah, tak sukakah, salah seorang daripada pasangan tersebut pasti akan meninggalkan yang seorang lagi. Maka tinggallah pasangannya itu dengan penuh kesayuan dan kerinduan. Namun demi kasih sayang yang sejati pasangan yang masih hidup itu akan menganggap bahawa mati hanya merupakan batas perpisahan mereka di dunia sahaja. Kerana beliau yakin bahawa beliau pasti akan dapat berjumpa lagi dengan kekasihnya (yang dah mati) itu di akhirat nanti.
Wallahualam
@@@ Dari mana datangnya kasih sayang ; Dari mata ke hati lalu dikenang. ** Kerana budi menjadi ikatan sayang ; sumpah setia disaksikan bulan @@@ Mengapa hatiku selalu rindu dendam ; Kerana kekasih dah lama tak jumpa ** Bercerai mati batas di dunia sayang ; di akhirat kita kan jumpa pula …
d a u l a t r a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
Perasan Dia Anak Bangsawan # Index https://4uni2c.com/2015/10/05/perasan-dia-anak-bangsawan-index/
Hudud # 02 – Manifestasi atau Penyebab ? https://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/
Rupa Buruk, Cermin Dipersalahkan: https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/
*** Untuk ke MENU Utama sila KLIK : http://www.daulat4rakyat.wordpress.com
*** Untuk ke BLOG Utama sila KLIK: www.4uni2c.com
.
Latar belakang pemilik blog ini : https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/
.
OPajar (# 16417)