Perasan dia anak bangsawan # bab 12A – 15

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

 

Perasan Dia Anak Bangsawan

 

Sambung dari :    https://4uni2c.com/2016/04/21/perasan-dia-anak-bangsawan-10-12/

 

Bab 12AMendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan

Apa yang membuat Pak Jat dan Makcik On terkejut beruk ialah apabila mendapat tahu bahawa majlis perkahwinan adik ipar *AL*  (Anak Lelaki) mereka itu mencecah hampir RM 50k. Bagi Pak Jat dan Makcik On yang miskin itu, RM 50k adalah suatu kos yang sangat menakutkan. Sedangkan wang yang dibelanjakan itu adalah dari sumber yang dipinjam oleh *AL* mereka bagi tujuan bisnes beliau.

Pada mulanya bajet majlis tersebut hanyalah sekitar RM 20k saja mengikut kata *AL* Pak Jat dan Makcik On. Kononnya sebagai ganti bonos tahunan kepada adik imparnya itu selaku perkerja syarikat. Yang menjadi tanda tanya bagi Pak Jat dan Makcik On, ialah mampukah syarikat “milik” *MP* (Menantu Perempuan) mereka itu membayar bonos.

Biasanya bonos dibayar oleh syarikat yang berjaya menjana keuntungan lumayan. Dengan keuntungan tersebut maka digunakan bagi menghadiahkan kepada pekerja-pekerja dalam bentuk bonos. Tetapi yang peliknya, syarikat milik bersama *MP* dan *AL* mereka itu belum lagi bejaya menjana keuntungan malah sebaliknya semakin menambah hutang.

Beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan adik perempuan *MP* Pak Jat dan Makcik On seorang rakan bisness *AL* telah bermurah hati meminjamkan beberapa puluh ribu ringgit kepada beliau. Tujuannya ialah bagi membantu *AL* menghadapi sebarang krisis kewangan sekiranya ia berlaku tanpa diduga.

Kerana terlalu percaya kepada si isteri maka duit tersebut telah disimpan semuanya di dalam akaun si isteri tersebut. Kira-kira sebulan menjelang majlis kenduri, syarikat “milik bersama” isterinya itu menjangka akan berjaya menjana keuntungan pertamanya. Keuntungan tersebut memang agak besar bagi sebuah syarikat baru. Kononnya paling lewat pun keuntungan tersebut akan masuk ke akaun syarikat sebulan selepas majlis perkahwinan tersebut.

Wah, berbelanja sakanlah isteri *AL* Pak Jat dan Makcik On itu. Khabarnya beberapa set pakaian sedondon pun ditempah. Setiap set mengandungi tak kurang dari sepuluh pasang pakaian. Tempat majlis pun dipindah ke dewan besar milik sebuah kelab social yang berprestij tinggi di bandar kelahiran *MP* Pak Jat dan Makcik On itu. Jadi tak hairan jika seluruh kos mengadakan majlis tersebut melonjak dari RM 20k kepada hampir RM 50k.

Namun kata orang, “kalau rezeki secupak tak kan boleh jadi segantang”. Inilah yang berlaku ke atas anak menantu Pak Jat dan Makcik On itu. Transaksi perniagaan yang hampir menjadi kenyataan 100 %  itu tiba-tiba dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Ini bermakna tiadalah apa-apa keuntungan yang akan diperolehi. Keciwa besar kedua-dua anak menantu Pak Jat dan Makcik On itu.

Kalau majlis perkahwinan adik perempuan *MP* Pak Jat dan Makcik On itu dilaksanakan secara wasatiah (sederhana) dan mengikut bajet asalnya, sekurang-kurangnya wang simpanan mereka masih tinggal lagi RM 30k. Sekarang apa yang dah tinggal hanyalah habuk. Itulah tindakan yang diumpamakan sebagai, “mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkah”. “Yang dikejar belum dapat, yang  dikendong dah keciciran”.

Namun bagi Pak Jat, apa yang nak dikesalkan sangat jika itulah selera sebenar seorang isteri yang “perasan dia anak bangsawan”.

Bab 12BKemewahan Punca Krisis Keluarga

Bagi Pak Jat, duit bukanlah segala-galanya. Akan tetapi setiap yang nak dibuat pasti kena ada duit. Bagi orang bendang (bersawah) padi disinonimkan dengan duit. Maka timbullah peribahasa di kalangan orang-orang bendang, “jika ada padi barulah kerja menjadi”. Ia membawa maksud bahawa sesuatu pekerjaan hanya akan berjaya (menjadi) sekiranya ada duit (padi).

Sebelum dapat membuat duit, kita perlulah berduit. Duit yang diperlukan bagi membuat duit diistilahkan sebagai modal. Manakala duit yang berjaya dihasilkan oleh modal itu pula diistilahkan sebagai untung. Contohnya, bagi menangkap ikan kita perlukan duit untuk membeli peralatan tangkapan ikan. Dengan peralatan tersebut barulah mampu kita menangkap ikan.

Bila ikan yang berjaya ditangkap dijual maka dapatlah duit jualan. Jumlah duit jualan ikan yang ditangkap,  selepas ditolak dengan jumlah duit yang diberlanjakan bagi membeli peralatan tangkapan ikan itu, maka itulah untungnya. Andai kata duit yang digunakan untuk membeli peralatan tangkapan ikan ialah RM10, manakalah duit hasil jualan tangkapan pula ialah RM15, maka untungnya ialah RM5 (RM15-10).

Bagi Pak Jat dan juga Makcik On, agak mustahil jika konsep modal dan untung di atas pun masih belum difahami oleh *MP*  mereka itu. Tapi kalau dah tahu kenapa tidak berusaha menambahkan modal dengan menjimatkan perbelanjaan. Sebaliknya, dalam masa tidak berapa ada wang pun sanggup membuat majlis kenduri yang begitu besar bagi meraikan perkahwinan adiknya. Bukan duit simpanan saja yang dihabiskan, malah duit modal pun turut sama dikorbankan.

Bab 13Bapa Berkahwin Lain

Maklumat terbaru yang membuat Pak Jat skeptical (musykil) terhadap kemungkinan *MP* nya itu boleh bertukar menjadi wanita yang solehah ialah tentang hubungan beliau yang kurang sihat dengan bapa kandungnya sendiri. *MP* mereka itu menuduh bahawa bapanya itu lebih mengutamakan kebajikan anak-anak tirinya tetapi membiarkan ibunya dan adik beradiknya merempat. Namun, berdasarkan sifat-sifat mulia yang ada pada bapanya itu mengikut persepsi Pak Jat, tuduhan *MP* itu agak susah nak diterima.

Bagi Pak Jat, bapa berkahwin lain bukanlah suatu alasan yang boleh menghalalkan seorang anak perempuan menderhakai si bapa tersebut. Si anak mungkin tidak tahu kerenah sebenar emaknya yang menyebabkan bapanya terpaksa mencari isteri kedua. Boleh jadi juga si bapa rasa tak senang kerana emaknya tidak menjaga solat fardunya. Sedangkan si bapa tak mampu menegor emaknya itu kerana memang sifatnya degil lagi tidak tahu menghormati suami.

Kalau seorang wanita itu sanggup menyimpan prasangka yang begitu buruk terhadap bapa kandungnya sendiri, sudah tentulah terhadap orang lain beliau lebih sanggup lagi. Sepatutnya seorang anak tidak boleh menafikan jasa-jasa bapa kandungnya. Kerana jasa bapanyalah maka beliau dapat hidup agak selesa, dari baru lahir hingga keluar universiti dan berkahwin.

Kalau jasa seorang insan bernama “bapa” itu pun tak tahu si anak tersebut menghargainya, macam mana nak kita harapkan bahawa si anak tersebut akan tahu menghargai jasa orang lain. Tak kiranya samada orang lain itu ialah kawan-kawannya sendiri, maupun suami dan mertuanya yang baru dikenalinya. Jawapan mudahnya ialah, “jauh panggang dari api”. Kata sebuah peribahasa lain, “sedangkan bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang”.

 

Bab 14Berkahwin Bukan Sebab  Utk Tinggalkan Keluarga

Sebuah mesej dari *MP* Pak Jat dan Makcik On kepada *AL* mereka itu juga membimbangkan mereka. Mesej tersebut bermaksud bahawa sekiraya suaminya itu tak sanggup meninggalkan keluarga (ibu bapanya) maka jangan berkahwin. Mungkin falsafah inilah yang membuat *MP* Pak Jat dan Makcik On itu tidak rasa bersalah berusaha untuk membuat *AL* mereka berpatah arang dengan abang kandungnya.

Ironinya pula ialah si *MP* itu tidak pula membiarkan supaya ibu dan saudara-saudara kandungnya hidup bersendirian seperti yang beliau mau  *AL* Pak Jat dan Makcik On lakukan ke atas ibu bapa dan saudara-saudara kandungnya. Malah bukan saja ibunya seorang saja yang ditanggung saraan hidupnya, bahkan beberapa orang lagi saudara kandungnya yang lain.

Nampaknya *MP* Pak Jat dan Makcik On macam dah mengambilalih sepenuhnya pula tugas dan tanggungjawab bapa kandungnya. Sedangkan bapanya itu masih hidup dan mempunyai daya sendiri bagi memikul tanggungjawab yang diamanah Allah ke atas beliau sebagai seorang bapa. Tegas Pak Jat kepada *MP* nya itu bahawa itu bukanlah tanggungjawab beliau. Dan bukan juga tanggungjawab *AL* mereka, selaku suaminya.

Seandainya niat *MP* Pak Jat dan Makcik On itu adalah dengan hati yang penuh ikhlas, iaitu bagi meringankan beban bapa kandungnya yang baru bersara itu, maka tiada siapa pun yang akan menafikan bahawa itu adalah tindakan yang sangat terpuji. Namun, adilkah jika suaminya pula yang menjadi kaldai bagi menanggung segala beban kewangan yang terlibat, implikasi dari tindakan terpuji tersebut ?

Bila *AL* Pak Jat dan Makcik On sebagai suaminya itu tidak mampu menanggung beban yang semakin berat yang diletakkan di atas bahunya itu, maka semakin keraplah berlaku perbalahan antara mereka suami isteri. Apa yang sedang dilakukan oleh *MP* Pak Jat dan Makcik On itu adalah ibarat ingin memeluk gunung tetapi tangan tak sampai.

Setelah membuat analisis sendiri tentang masalah *MP* nya itu dengan *AL* nya, Pak Jat percaya bahawa hidup mereka suami isteri tidak akan boleh bahagia lagi. Bukan Pak Jat dan Makcik On tak kasihan kepada *MP* mereka itu. Tetapi berdasarkan fitrah tentulah mereka lebih kasihan kepada *AL* mereka itu berbanding dengan *MP* mereka itu. Bak kata peribahasa Inggeris, “blood is thicker than water”. Maksudnya, hubungan darah adalah lebih kuat dari hubungan melalui perkahwinan.

Sebagai seorang ayah dan seorang ibu, *AL* itu adalah hasil susah payah Pak Jat dan Makcik On sendiri melahir dan membesarkannya. Tentulah *AL* mereka itu yang lebih mereka kenali hati budinya berbanding dengan apa yang mereka sempat kenali hati budi *MP* mereka itu. Jika mereka bias atau berpihak kepada *AL* sendiri, maka itu bukanlah satu perkara yang pelik.

Lebih-lebih lagi setelah Pak Jat dan Makcik On yakin bahawa, *MP* mereka itu telah gagal melaksanakan tugasnya sebagai seorang isteri. Beliau bukan sahaja tidak tahu menghormati *AL* mereka sebagai suaminya, malah cuba memaksa suaminya itu memikul beban yang amat berat, tidak setimpal dengan kemampuannya. Tindakan yang paling zalim beliau ialah cuba merosakkan hubungan kasih sayang yang telah terjalin sejak sekian lama antara suaminya dengan saudara-saudara kandung suaminya.

 

Bab 15Nasihat Dan Doa Ibu Bapa

Walaubagaimanapun, sebagai seorang Muslim, Pak Jat dan Makcik On tidak harus berputus asa dalam usaha mendamaikan semula keluarga anak menantunya itu. Nasihat Pak Jat dan Makcik On kepada *AL* mereka itu ialah, isikanlah sepenuhnya dada isterimu itu dengan ilmu-ilmu agama. Mudah-mudahan beliau akan insaf diri, menyedari dari mana sebenarnya dia datang dan ke destinasi mana sebenarnya yang harus dituju.

Kepada *MP* mereka itu pula Pak Jat nasihati agar mengikiskan sebersih-bersihnya prasangka buruk terhadap bapa kandungmu itu dan pohonlah maaf kepada beliau banyak-banyak. Kedua, perbetulkanlah prinsip salah yang kamu pegang selama ini iaitu “kalau tak sanggup meninggalkan keluarga (ibu bapa) jangan kahwin”. Kerana  sesungguhnya, salah satu aspirasi perkahwinan itu ialah meluaskan hubungan siratul rahim sesama manusia, bukan sebaliknya.

Tak kurang penting ialah, “ukurlah baju di badanmu sendiri”. Ambillah nasihat dari satu peribahasa China yang bermaksud, “jika kita benar-benar kaya, kaca yang kita pakai pun akan dianggap orang bahawa ianya permata. Sebaliknya, jika kita miskin, sekali pun yang kita pakai itu berlian tulen, orang hanya akan menyangkanya kaca”.

Secara berterus terang, tak usahlah menyusahkan diri kita dengan hidup berpura-pura. Kerana hakikatnya kita sebenarnya bukanlah dari keluarga bangsawan mahu pun jutawan.  Maka tak payahlah meniru gaya hidup mereka yang jutawan mahu pun bangsawan. Kalau gaya hidup mereka itu adalah syurga bagi mereka, ia mungkin neraka buat kita.

Pak Jat berharap, nasihat iklasnya itu akan difahami dan dipraktikkan oleh anak menantunya demi kesejahteraan hidup mereka sendiri. *MP* mereka itu khususnya, tak perlu rasa bimbang apa-apa. Pak Jat dan Makcik On tak ada kepentingan apa-apa pun yang nak minta tolong *AL* mereka itu tunaikan.

Sebagai seorang anak yang masih ada ayah dan ibu kita kenalah melayan mereka sebaik yang mungkin. Sekarang mereka berdua sudah tua. Tenaga dan kesihatan mereka tentu sudah berkurangan berbanding dengan kita yang masih muda. Ketika kita masih ada peluang, rebutlah peluang itu demi berbakti kepada ibu bapa kita yang masih hidup.

Perbuatan mulia kita terhadap kedua ibu bapa kita bukan saja ditonton oleh para-para malaikat. Ia turut diperhatikan oleh anak-anak kita sendiri. Apa yang kita lakukan depan mata mereka akan menjadi ikutan mereka. Jika mereka melihat kita melayan ibu bapa kita dengan sopan dan penuh kasih sayang, nanti akan sampai pula giliran kita menerima layanan yang sama dari anak-anak kita itu.

Kata peribahasa, “tanduk akan tumbuh ke hadapan”.  Maksud peribahasa ini ialah apa yang dialami oleh ibu bapa kita sekarang, akan dialami pula oleh kita satu masa nanti. Masa tu barulah kita akan menyesal. Jika kita gagal melayani ibu bapa kita sekarang apa akan kita rasai nanti andai kata anak kita juga tak layan kita ketika kita tua nanti. Masa tu, “nasi sudah jadi bubur”. Tapi jika setakat baru jadi bubur masih boleh berkira lagi. Takut-takut akan terus hangit hingga jadi arang.

 

Wallahualam.

 

Selingan :

d a u l a t    r a k y a t   !

 

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Perasan Dia Anak Bangsawan # Index    https://4uni2c.com/2015/10/05/perasan-dia-anak-bangsawan-index/

Hudud # 02Manifestasi atau Penyebab ?  https://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/

Rupa Buruk, Cermin Dipersalahkan:   https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/

.

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

 

Latar belakang pemilik blog ini :   https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/

OPajar (# 16425)

Advertisements

~ by OPajar on 2016/04/25.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: