Lagu – Nanti di kebun syurga
Acik AJAR : https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/
*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Nanti di kebun syurga
Hati Cikgu Melur tak dapat lagi membendung rasa sayu yang bersangatan. Sayu akibat ditinggalkan Orkid yang baru sebulan saja meninggalkan alam fana ini. Kini sepotong ayat rengkas pula menusuk hatinya. Isinya menggandakan lagi kepedihan rasa sayu yang sedang dibendungnya itu.
Sama sekali Cikgu Melur tak menyangka ayat yang berbunyi, “tergamak Cikgu nak tinggalkan kami !” akan terkeluar dari sesiapa pun terhadap dirinya. Kata-kata itu amat menyentuh perasaan beliau. Tapi itulah yang dibisikkan ke telinga kirinya sebaik saja beliau melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sebelah Cikgu Jasmin. Ketibaan beliau ke atas pentas dewan sekolah itu amat dinanti-nantikan sekelian warga SKPB (Sekolah Kebangsaan Pos Brooke).
Majlis bagi meraikan pertukaran Cikgu Melur ke sekolah lain itu baru nak dimulakan. Cikgu Jasmin ditugaskan oleh Puan Gurubesar menjadi juruacara bagi majlis tersebut. Kerusi Cikgu Jasmin ditempatkan di sisi kiri kerusi Cikgu Melur, sedangkan Puan Guru Besar sendiri duduk di sisi kanan Cikgu Melur..
Sebaik saja Cikgu Melur mengambil tempatnya di atas pentas tersebut maka bangunlah Cikgu Jamin ke mikrofon bagi membuka tirai majlis selaku juruacara.
Pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti;
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga ;
Walau badan dikandung tanah,
Budi nan baik dikenang juga”
“Izinkan saya membaca dua rangkap pantun traditional itu tadi sebagai pembuka tirai majlis ini”.
Itulah kata-kata yang keluar dari bibir Cikgu Jasmin dengan nada yang agak sayu tanpa dibuat-buat. Kemudian beliau menyambungnya, “Yang berbahagia Puan Gurubesar, Wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, tetamu khas kita Cikgu Melur, guru-guru penolong kanan, rakan-rakan sejawat saya dan seluruh warga SKPB yang dihormati lagi dikasihi sekelian, assalamualaikum ! “
“Sesungguhnya, bersama dan berpisah itu adalah suatu lumrah hidup. Begitulah dengan kita sesama kita. Dan majlis yang kita adakan ini adalah bagi meraikan perpisahan antara kita dengan seorang dari ahli kita warga SKPB ini tidak lama lagi. Ya, kita akan ditinggalkan oleh Cikgu Melor yang akan bertukar balik ke negeri kelahiran beliau iaitu Pulau Pinang”
“Bagi memula dan merasmikan majlis yang mulia lagi bersejarah ini, maka saya dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakanYang Berbahagia Puan Nur’ain selaku Gurubesar SKPB bagi memberi ucapan dan merasmikan majlis perpisahan ini”
“Dipesilakan Puan ! “ kata Cikgu Jasmin lalu menyerahkan mikrofon kepada Puan Gurubesar.
Puan Nur’ain pun berdiri dan menyambut mikrofon yang dihulurkan Cikgu Jasmin itu. Beliau memulakan ucapannya dengan memberi salam kapada semua yang hazir. Ucapan beliau begitu tenang sekali tetapi dengan penuh semangat. Tanpa merujuk kepada apa-apa nota tangan, beliau mampu mengucap selama lima belas minit dengan penuh berisi. Dewan begitu senyap sekali. Seluruh warga SKPB itu begitu terpegun dengan kata-kata dan nada ucapan Puan Nur’ain..
Memang ucapan Puan Nur’ain itu amat memberansangkan bagi sesiapa yang mendengarnya. Aspirasi beliau datang berkhidmat di SKPB itu amat jelas. Iaitu semata-mata demi memajukan anak-anak masyarakat orang Asli di seluruh kawasan Lojing. Beliau amat sedih dan simpati terhadap orang Asli yang masih ketinggalan jauh kebelakang.berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia.
Puan Nor’ain (Gurubesar) amat taksub dengan pendidikan, bidang yang telah diceburi beliau sejak lebih 30 tahun dahulu. Bagi beliau, pendidikan adalah satu-satunya kenderaan yang mampu membawa masyarakat orang Asli berhijarah dari alam kuno ke alam moden. Belum pernah terjadi dalam sejarah SKPB, seorang gurubesar wanita sanggup menawar diri untuk datang berkhidmat di sekolah itu. Tapi itulah yang telah dilakukan oleh Puan Nor’ain.
Mengikut Cikgu Iswan yang telah agak lama mengajar di SKPB itu, beliau sendiri sangat teruja dengan kemahiran Puan Nur’ain menyampai ucapan. “Hanya insan seni yang jujur lagi ikhlas saja mampu membuat pendengar-pendengar teruja dengan ucapannya”, kata Cikgu Iswan lagi.
Selaku guru bahasa di SKPB itu, Cikgu Iswan sangat apresiatif terhadap seni ucapan Puan Nur’ain. Terhadap setiap ucapan yang disampaikan oleh Puan Nur’ain beliau akan memberi perhatian khusus, baik dari segi pemilihan kata-kata maupun gaya ucapan beliau. Tujuan Cikgu Iswan ialah untuk mentauladani Puan Nor’ain supaya ucapannya juga akan turut menarik tumpuan pendengar-pendengarnya.
Selepas Puan Gurubesar habis memberi ucapan, mereka bertiga (Gurubesar, Cikgu Melor dan Cikgu Jasmin) pun turun dari pentas. Kerusi mereka bertiga telah tersedia di meja paling hampir dengan pentas tersebut. Di meja yang sama ialah wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, guru-guru penolong kanan SKPB dan beberapa orang AJK PIBG SKPB.
Suasana dalam dewan agak tenteram. Susuk Cikgu Melor rata-rata menjadi focus utama mata-mata kebanyakan warga SKPB ketika itu. Wajah Cikgu Melor agak berbeza dari wajah beliau yang ceria dlihat sebelum ini. Senyuman balasnya terhadap sesiapa yang melempar senyum kepadanya tidak lagi menampakkan ketulenannya. Senyuman balas beliau itu seolah-olah dibuat-buat. Agaknya sekadar supaya tidak menghampakan individu yang sudi mensedekahkan senyumannya kepada beliau.
Sebaik saja setiap yang hadir menerima juadah masing-masing, mulalah terdengar suara muzik keluar dari pembesar suara yang telah dipasang di kedua-dua penjuru dewan tersebut. Beberapa buah lagu instrumental popular dikumandangkan bagi menghidupkan suasana majlis tersebut. Cikgu Melor kelihatan seolah-olah tenggelam dalam alunan lagu-lagi yang dimainkan oleh pasukan orkestra terkemuka tanah air. Sambil itu, tangan kanannya menyuapkan makanan ke mulutnya dengan penuh sopan.
Tiba-tiba wajah Cikgu Melur berubah pucat sebaik saja sebuah lagu dinyanyikan oleh seorang murid lelaki SKPB itu. Cikgu Melur kenal benar dengan murid tersebut kerana pernah mengajar beliau dahulu. Sepertimana kakaknya Orkid, Jefridin juga mempunyai potensi dalam bidang seni suara. Berdasarkan nama mereka dua beradik itu Cikgu Melur boleh teka bahawa bapa atau ibu mereka adalah peminat lagu-lagu Melayu era 60an. Orkid adalah nama seorang penyanyi perempuan popular. Manakala Jefridin adalah nama seorang penyanyi lelaki popular yang sewaktu dengannya.
Seni kata lagu tersebut rupa-rupanya sangat menyentuh hati dan perasaan yang sedang dibendung oleh Cikgu Melur. Lirik lagu itu seolah-olah mendedahkan rahsia hatinya kepada seluruh yang hadir di majlis itu. Terbayang di ingatan Cikgu Melur akan wajah insan yang sangat dicintainya sejak beberapa tahun dahulu. Malangnya insan mulia itu kini telah meninggalkan alam fana ini buat selama-lamanya.
Selingan 1
https://www.youtube.com/watch?v=ap4OvYpOkeU
Bersambung ……
d a u l a t 4 r a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
Hudud # 02 – Manifestasi atau Penyebab ? https://4uni2c.wordpress.com/2014/12/15/hudud-02-manifestasi-atau-penyebab/
Rupa Buruk, Cermin Dipersalahkan: https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4uni2c.com
Latar belakang pemilik blog ini : https://4uni2c.com/2015/07/12/2250/
@ Acik OP AJAR (# 16509)