4uni2c : Yang ditakuti bukanlah realiti



Pintu Pagar adalah ibarat jambatan

 
Jumaat lepas (2017 Jun 16) Acik menunaikan solat Jumaat di masjid Muhtadin, Bandar PJU 10, Petaling Jaya. Selepas solat Acik ke Apartment Saujana yang berjiran dengan masjid tersebut. Maka terpandanglah Acik akan  notis merah yang dipasang di tapi pintu pagar yang memisahkan kawasan masjid tersebut dengan Apartmen Saujana itu (sepertimana dalam gambar di atas).

 
Notis tersebut memang sangat menarik perhatian Acik. Mesejnya itu sangat penting bagi Acik. Ia telah  mencetuskan rasa sedih bercampur sayu di hati kecil Acik. Rasa kecil hati pun ada juga.
 

Betapa tidak tercetus perasaan tersebut jika tidak ada sebabnya. Ya, tentulah ada sebab-sebabnya. Dan inilah yang ingin Acik kongsikan bersama dengan pengunjung-pengunjung blog Acik ini, yang Acik sendiri pun tak tahu nak agak berapa ramaikah mereka sebenarnya.
 
Maaflah jika ada sesiapa  yang tidak setuju Acik membuat penCERAHan tentang notis tersebut di dalam blog peribadi Acik ini. Namun Acik tidak rasa bersalah jika hanya sekadar melontar komen atau memberi pandangan terhadap sesuatu notis umum. Yang penting ialah demi untuk kebaikan bersama.
 
Setiap notis memang sengaja dipamirkan untuk menarik perhatian umum. Atas sifatnya yang sedemikian rupa, maka sudah tentulah ia akan mengundang teguran, kritikan, komen dan sebagainya. Dari semuanya itu, akan adalah yang berunsur positif (pro), dan tak kurang pula yang berunsur negatif (con).

Walaupun tidak boleh dinafikan bahawa dasar pintu tertutup pihak masjid tersebut memang ada juga kebaikannya, namun bagi Acik keburukannya adalah jauh lebih besar. Bagi Acik, sebuah pintu yang menyediakan laluan pintas adalah ibarat sebuah jambatan

Apakah tujuan membina sebuah jambatan yang melintasi sebatang sungai kalau bukan untuk memendekkan jarak perjalanan antara kedua-dua belah tebing sungai tersebut ?  Dengan adanya jambatan tersebut, masa perjalanan untuk ke tebing seberang sana dapat dipendekkan. Kos perjalanan juga dapat dijimatkan. Tidak kurang penting ialah rikso keselamatan semasa dalam perjalanan juga dapat diminimakan 

Oleh sebab itu antara pahala besar yang diajar oleh Islam ialah membina jambatan. Kalau membina jambatan menjanjikan pahala yang besar, apakah pula implikasinya jika jambatan yang sedia ada diruntuhkan ?  Menutup pintu (yang memberi laluan pintas) adalah umpama meruntuhkan sebuah jambatan.

Bayangkanlah akan kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh warga Apartmen Saujana yang sebelum ini sering pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardu berjemaah, akibat penutupan pintu berkenaan. Tiadakah kemungkinan bahawa warga Apartmen Saujana yang sebelum ini menjadi pelanggan tetap kepada Masjid Muhtadin tidak lagi berjemaah di masjid tersebut akibat tak sanggup menempuh perjalanan yang berkali-kali ganda lebih jauh ? 

Oleh sebab Acik pernah menjadi warga Apartmen Saujana itu, maka dapatlah Acik bayangkan sendiri akan kesusahan untuk ke masjid jika pintu pagar berkenaan tidak dibuka (kecuali pada hari Jumaat jam 12th hingga 3ptg saja).  Mujur juga Acik kini telah berpindah meninggalkan apartmen tersebut. 



Kalaulah masih lagi tinggal di Apartmen Saujana itu, nescaya Acik sendiri pun tak akan terus bersolat fardu di masjid tersebut seperti dahulu. Bukan sebab nak boikot rumah Allah itu, tetapi kerana memang tak sanggup dan tak daya untuk berulang-alik ke masjid itu melalui pintu pagar utama. Maklumlah, umur pun dah tua, tenaga pun dah tiada.


 
Punca sebab pintu ditutup.


Setiap keputusan dibuat adalah berdasarkan sebab-sebab atau sesuatu sebab. Sama ada ianya munasabah ataupun tidak adalah bergantung kepada pemikiran pihak yang membuat keputusan tersebut. Namun, fakta yang menjadi ramuan bagi penghasilan sesuatu keputusan adalah sangat penting.

Sekiranya fakta yang digunakan untuk menghasilkan keputusan itu bernas, maka adalah harapan bahawa keputusan yang akan dihasilkan nanti akan turut baik. Sebalik jika fakta tersebut adalah sampah maka keputusan yang akan terhasil adalah juga sampah. Sepertimana yang dikatakan oleh pakar pemain komputer, “garbage in, garbage out“.

Namun fakta yang bernas saja tidak cukup bagi menjamin penghasilan keputusan yang baik. Sekiranya pihak yang membuat keputusan itu adalah individu atau kumpulan yang jahil atau tidak ada kepakaran dalam membuat keputusan, maka keputusan yang dihasilkan tetap sampah. 

Contohnya, seorang tukang masak yang belum mahir gagal menghasilkan masakan yang popular walaupun segala ramuan yang disediakan adalah yang segar-segar belaka.



Maka itulah sebabnya kita wajar pandai memilih pemimpin kerana merekalah yang akan membuat keputusan untuk kita. Jika keputusan yang mereka buat itu baik, maka bertuahlah kita. Tapi jika sebaliknya, maka meranalah kita.

Berbalik kita kepada isu pintu pagar dikunci itu, Acik percaya bahawa keputusan tersebut adalah hasil dari fakta yang kurang baik. Di samping itu juga, yang memproses fakta itu pula mungkin kurang cekap atau kurang mahir dalam membuat keputusan.

Acik difahamkan bahawa sebab penting kenapa pintu pagar yang memisahkan kawasan masjid dari kawasan Apartmen Saujana itu dikunci ialah parking. Namun, adakah benar masalah parking itu merupakan satu fakta yang layak dijadikan isu bagi menjustikasikan penutupan pintu pagar berkenaan ?


Bersambung
……

Lain-lain PenCERAHan yg relevan :



Strategi barua Jepang 

https://4uni2c.com/?s=strategi+barua+jepang&submit=Search

Krisis keselamatan di Daman Ramai

https://4uni2c.com/2017/05/10/daman-damai-krisis-keselamatan/

~ by OPajar on 2017-06-17.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: