Daman Damai – krisis keselamatan
Krisis keselamatan di Daman Damai
*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada kotak Menu di atas SKRIN anda, kemudian SKROL
Yang Acik maksudkan Daman Damai ialah sebuah bandar satelit di mana Acik tinggal sekarang. Ianya terletak di dalam Petaling Jaya, Selangor. Mungkin lebih mudah jika Daman Damai ini dinamakan sebagai Bandar PJU 10 kerana hampir semua jalan dan lorong di Daman Damai ini mengunakan kod PJU 10. Manakala kod posnya ialah 47830.
Damansara Damai pula hanya merupakan salah satu dari beberapa taman kediaman yang terletak dalam bandar satelit Daman Damai ini. Taman-taman kediaman lain termasuklah Apartmen Lestari, Apartmen Saujana, Apartmen Indah, Kondo One Damansara, Kondo Park Avenue, Kondo Armani, Taman Desa Riang, Taman Sutera Damansara, Apartmen Idaman, Apartmen Impian, Apartmen Permai, Apartmen Bayu, Apartmen Suria, Apartmen Harmoni, Kondo Bayu Damansara dan Taman Saujana Damansara. (Maaf jika ada apartmen yang belum disebut di sini).
Faktor penting bagi penduduk mana-mana kawasan kediaman ialah faktor keselamatan. Oleh itu, boleh dikatakan semua taman kediaman di dalam Daman Damai ini mempunyai sistem kawalan keselamatan masing-masing. Sistem keselamatan tersebut adalah melibatkan kompeni sekuriti. Pemilik-pemilik rumah kediaman terpaksa membayar upah kepada kompeni sekuriti kerana menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan.
Kewujudan pondok-pondok kawalan di muka pintu masuk ke taman-taman kediaman di dalam Daman Damai ini bukanlah sesuatu fenomina yang positif. Ia memberi gambaran seolah-olah Daman Damai ini bukanlah sebuah bandar yang selamat untuk didiami.
Mungkin juga ia sebagai manifestasi bahawa majoriti penduduk Daman Damai ini belum yakin dengan keberkesanan sistem keselamatan yang disediakan oleh pihak PDRM. Adakah hakikatnya begiitu ?
Acik pernah tinggal di luar negara (USA) hampir dua tahun iaitu dari tahun 1983 hingga 1985. Kawasan Acik tinggal itu (Happy Valley, Pennsylvania) adalah jauh lebih besar dari Daman Damai ini. Namun tidak wujud langsung pengawalan keselamatan di kawasan itu seperti di Daman Damai ini. Taman-taman kediamannya tidak ada yang berpagar.
30 tahun kemudian (2014) Acik dan isteri berkunjung semula ke kawasan yang menjadi nostalgia bagi kami itu. Kami tinggal di sana lebih dari empat bulan kerana menemani anak bongsu kami yang belajar di universiti di dalam kawasan itu (Penn State University, State College).
Kawasan itu kini tentulah jauh lebih maju dan lebih ramai penduduknya berbanding dengan 30 tahun dahulu. Namun Acik masih juga tak nampak seorang pun pengawal keselamatan di mana-mana taman kediaman di kawasan itu. Polis pun sangat jarang kami temui, seolah-olah kawasan itu tidak ada polis langsung.
Namun tidak ada yang berasa takut untuk berjalan kaki di mana-mana di dalam kawasan itu. Jadi adalah kurang benar jika sekiranya ada orang mendakwa bahawa perasaan selamat hanya boleh diwujudkan dengan mengadakan pengawal keselamatan yang ramai.
Di Malaysia pun mungkin ada kawasan yang selamat seperti Happy Valley tu. Tapi tak dapat pula Acik nak bagi contoh melainkan Cameron Highlands. Acik berani dakwa begitu sebab Acik dan keluarga pernah tinggal di Cameron Highlands beberapa tahun dahulu.
Entahlah kalau-kalau fenomina tentang keselamatan di Cameron Highlands kini sudah berubah. Maklumlah, setiap sesuatu itu boleh saja berubah mengikut masa.
Di Cameron Highlands belum nampak lagi pengawal keselamatan yang berunifom menjaga taman-taman kediaman. Rasanya belum ada keperluan mendesak utk memasang sistem pengawalan keselamatan di sana. Namun jangan hairan jika akan ada pihak yang menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan demi mengutip untung semata-mata.
Kalau di KL, apartment tingkat ke-10 pun mungkin ada gril besi. Kalau gril besi dipasang di pintu masuk ke rumah, Acik masih boleh faham rasionalnya. Tapi kalau pada tingkap pun nak dipasang gril besi susah juga nak fikir rasionalnya. Masih besarkah kemungkinan pencuri akan masuk rumah di tingkat ke-10 melalui tingkap ? Atau takut anak terjun tingkap
Bagi Acik, tidak ada keperluan yang munasabah untuk memasang jeriji (gril) besi pada tingkap apartmen yang letaknya di tingkat yang tinggi di sesebuah bangunan. Namun jika ada pemilik-pemilik apartmen sedemikian yang masih ingin memasangnya, itu adalah haknya. Selagi tidak menyalahi undang-undang, tiada pihak yang berhak melarang.
Tapi adalah tidak wajar jika ada mana-mana pemilik apartmen yang berkenaan itu cuba memaksa supaya jiran-jirannya yang lain supaya turut sama berbuat demikian. Alasannya ialah agar kos pemasangan gril besi itu menjadi lebih murah jika ramai yang memasangnya.
Sedangkan jiran-jiran mereka tidak berminat langsung untuk memasang gril besi itu. Bagi mereka, ia bukan saja satu pembaziran (kerana tidak ada keperluan yang munasabah), malah akan menjejaskan keselamatan mereka sekiranya berlaku kebakaran pada bangunan apartmen mereka itu. Kata orang “nak lari dari mulut harimau, pergi masuk ke mulut buaya”.
Dalam penCERAHan ini Acik ingin tumpukan kepada isu keselamatan khususnya di taman kediaman Saujana Damansara (TSD). TSD adalah kawasan rumah teres yang letaknya di bahagian utara dalam Bandar Daman Damai (PJU 10). Khabarnya dalam TSD ada hampir 900 buah rumah teres. Majoritinya dua tingkat. Yang tiga tingkat pun ada tapi hanya beberapa buah sahaja.
Mengikut maklumat dari seorang kawan Acik yang memiliki sebuah rumah di TSD itu, taman kediaman ini bukan asalnya sebuah kawasan yang berpagar dan berpengawal (guarded community). TSD bebas dimasuki oleh sesiapa juga tanpa apa-apa halangan. Bagi Acik, ia memberi suatu gambaran yang sangat positif kepada Bandar Daman Damai (PJU 10) iaitu sebagai bandar yang selamat didiami. Sistem kawalan keselamatan hanya bermula sejak dua atau tiga tahun yang lepas, khabarnya.
Sebagai penduduk di TSD Acik tidak nampak bahawa taman ini wajar dijadikan kawasan berpagar sehingga orang lain tidak lagi bebas untuk masuk ke TSD macam dahulu. Status TSD kita seolah-olah telah ditukarkan kepada “guarded community”. Siapakah yang menukar status taman ini dan apakah implikasi dari penukaran tersebut ?
Acik boleh dikatakan seorang ahli baru bagi TSD ini kerana baru berpindah ke sini pada Januari 2016. Sebelum tu Acik tinggal di Apartmen Saujana (AS) selama lebih kurang 5 tahun. AS memang termaktub dalam perjanjian jual beli (S&P agreement) sebagai taman kediaman yang berpagar. Status TSD tak sama dengan AS kerana dalam perjanjian jual belinya tidak dinyatakan sebagai taman kediaman berpagar.
Ketika Acik mula menyewa rumah di TSD, pengguna-pengguna jalan awam di TSD itu masih boleh masuk dan keluar TSD melalui pintu A dan B. Namun, dari pukul 11 malam hingga 5 pagi pintu A saja dibuka. Ini bermakna apa-apa kenderaan pun tak boleh masuk atau keluar TSD melalui pintu B ketika itu. Acik sangat tak setuju dengan penutupan pintu B tersebut, walaupun untuk beberapa jam saja (11malam ke 5 pagi)
Bagi Acik, itu sudah pun merampas “legitimate right” semua orang yang sering menggunakan jalan tersebut (bagi tujuan aman) sepanjang masa. Kalau ada mana-mana individu yang telah menyalahguna jalan tersebut, ia tidak boleh dijadikan justifikasi untuk menafikan hak mereka yang lain yang menggunakan dengan baik jalan itu, dari terus menggunakannya seperti biasa.
Merampas “legitimate right” orang lain untuk melindungi “legitimate right” kita (ke atas harta kita) bukanlah cara yang adil dan berkesan bagi menyelesaikan apa-apa juga masalah.
Selepas menjadi penduduk TSD itu lebih dari setahun Acik baru berpeluang menghadiri suatu mesyuarat PPSD (Persatuan Penduduk Saujana Damansara). Ia diadakan berhampiran dengan surau di taman itu. ADUN kawasan PJU 10 telah diundang bagi merasmikan mesyuarat itu.
Dalam ucapannya YB berkenaan telah mengingatkan semua bahawa meletakkan apa-apa halangan di atas jalan awam adalah salah di sisi undang-undang.
Ironinya, tidak berapa lama selepas mesyuarat tersebut PPSD telah menyiapkan pondok kawalan di tengah-tengah jalan di pintu A. Manakala di pintu B pula dijadikan satu laluan saja. Malah kenderaan tak dibenarkan langsung keluar melalui pintu B itu.
Tindakan menghalang kenderaan dari keluar TSD melalui pintu B telah menjejaskan kehidupan harian setengah penduduk, samada penduduk TSD maupun penduduk di taman kediaman bersebelahan dengan TSD. Mungkin atas desakan pihak-pihak tertentu, akhirnya PPSD membenar kenderaan keluar TSD melalui pintu B tu tapi terhad dari pukul 6pagi hingga 8pagi saja.
Kelonggaran yang diberi itu sebenarnya tidak banyak mengurangkan masalah yang dihadapi oleh mereka yang terjejas itu. Sungutan-sungutan terus terdengar berbunyi di kalangan mereka yang terjejas dan pihak-pihak yang bersimpati dengan mereka.
Pada pagi 2017 Mei 21, telah diadakan satu sessi dialog antara penduduk-penduduk yang terjejas tersebut dengan wakil AJK PPSD (Persatuan Penduduk Saujana Damansara). Wakil AJK PPSD itu ialah pengerusi, timbalannya (menangkap pengerusi surau TSD) dan seorang AJK lain.
Dalam sessi dialog itu pengerusi PPSD itu sendiri telah mengakui bahawa halangan yg dipasang di kedua-dua pintu A dan B itu tanpa mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) terlebih dahulu. Ia ibarat solat dahulu kemudian baru berwudhuk. Namun (kononnya) demi keselamatan penduduk TSD maka halangan itu terpaksa dipasang terlebih dahulu. Sebab kalau nak tunggu kelulusan MBPJ ia akan mengambil masa entah beberapa tahun lagi, kata pengerusi tersebut.
Mereka yg hadir dlm sessi dialog itu membantah keras terhadap penuntupan pintu B kepada kenderaan yang nak keluar dari TSD. Semua mereka menuntut agar pintu itu dibuka segera untuk keluar dan masuk TSD. Selewat-lewatnya sebelum tiba bulan puasa Ramadan nanti.
Penutupan pintu B itu sejak sebulan yang lalu, telah pun amat menyusahkan banyak pihak. Kini mereka tidak boleh bertolaransi dengan lebih lama lagi terhadap penutupan pintu itu.
Jika tujuan tindakan persatuan itu adalah utk keselamatan, maka bantahan keras tersebut adalah merupakan simptom kepada hasil yang lebih tidak selamat, iaitu dari aspek keharmonian sesama penduduk yang berbilang bangsa di Bandar PJU 10 itu.
Seorang penduduk yang hadir dalam sessi dialog itu mendakwa bahawa beliau telah menanggung kerugian serious sejak PPSD menutup laluan keluar TSD di pintu B tersebut. Tadika yang diusahakan beliau terpaksa ditutup setelah ibu bapa mengluarkan anak-anak mereka akibat penutupan pintu B itu. Kerana mereka kini tidak bebas (seperti dulu) lagi untuk menggunakan laluan pintas (pintu B) tersebut untuk menghantar dan mengambil anak mereka di taska beliau.
Seorang lagi penduduk mempertikaikan tindakan persatuan merampas “legitimate right” beliau untuk menggunakan laluan tersebut bila-bila masa yang beliau suka. Pihak persatuan tidak berhak untuk menghalang beliau jika beliau ingin ke restoran 24 jam di apartmen Harmoni walaupun selepas jam 12 malam. Beliau menuntut supaya laluan itu dibuka kedua-dua hala sepanjang masa (24 jam).
Legitimate right bagi seseorang individu adalah hak beliau yang dilindungi oleh undang-undang. Setiap orang berhak mengumpul dan memiliki harta sebanyak yang ia suka asalkan bukan dengan cara yang haram di sisi undang-undang. Namun bagi melindungi legitimate right beliau untuk memiliki kekayaan (dari dirampas oleh penjahat), beliau tidaklah pula berhak merampas atau menafikan legitimate right orang lain (iaitu menggunakan sesuatu kemudahan awam yang disediakan).
Dengan menghalang mana-mana individu dari masuk dan keluar TSD melalui pintu B (bagi tujuan aman), adalah sama dengan merampas legitimate right individu berkenaan. Akibatnya individu tersebut terpaksa mengambil laluan lain yang dua atau tiga kali ganda lebih jauh. Ini bermakna mengambil risko yang lebih tinggi dari aspek keselamatan di atas jalan raya. Selain itu beliau juga terpaksa menanggung kos petrol yang lebih tinggi dan membuang masa yang sangat bernilai baginya.
Acik dimaklumkan bahawa sudah ada pun penduduk yang telah membuat aduan kepada MBPJ, membantah penutupan pintu B TSD itu. Dan khabarnya pengerusi PPSD telah pun diarahkan oleh MBPJ supaya menanggalkan segala halangan yang telah dipasang (secara haram) di kedua-dua pintu A dan B bagi membolehkan jalan awam berkenaan berfungsi sepenuhnya seperti sepatutnya. Bagi Acik itu adalah suatu tindakan yang terbaik lagi wajar terhadap sesiapa juga yang mencabar mana-mana undang-undang.
Setelah menganalisis situasi sebenar di dalam TSD, Acik nampak bahawa keselamatan bukanlah isu sebenar yang hendak diatasi. Ia hanyalah dijadikan isu oleh beberapa individu tertentu supaya dapat dieksploitasi untuk meraih keuntungan.
Kononnya lebih dari Rm100 ribu telah pun dibelanjakan untuk memasang sistem keselamatan. Ini termasuklah membina pondok kawalan di tengah-tengah jalan di muka pintu A. Juga memasang palang otomatik yang boleh dibuka dengan imbasan kad akses, seperti smart tag untuk memasuki tol lebuh raya PLUS.
Kad akses itu dijual oleh PPSD dengan harga RM60 untuk sebuah kereta. Siapa yang enggan membeli kad akses terpaksalah dilihat hina iaitu terpaksa membuka tingkap kenderaan untuk menekan butang pembuka palang yang menghalang laluan, setiap kali melalui pintu A dan B.
Jika sebuah rumah memiliki dua buah kereta saja pun sudah berapa puluh ribu yang dapat dikutip dari penduduk TSD dari jualan kad akses saja. Realitinya kebanyakan rumah memiliki lebih dari dua buah kenderaan.
Yuran keselamatan (sekuriti) yang dikutip dari setiap rumah ialah RM70 setiap bulan. Oleh sebab belum ada paksaan supaya membayar yuran tersebut maka tak semualah rumah yang membayarnya secara konsisten (istiqamah).
Namun sekiranya 500 rumah saja yang membayarnya setiap bulan PPSD sudah mendapat RM35,000 sebulan. Tak banyakkah tu ?
Acik percaya bahawa aspek keselamatan yang sedang difokus oleh PPSD ialah tentang kehilangan harta benda. Kehilangan tersebut adalah akibat dicuri atau dirompak penjahat.
Segelintir penduduk mungkin telah pernah menjadi mangsa pecah rumah. Ataupun kaca tingkap kereta mereka yang di letak di depan rumah dipecah dan barang berharga yang tertinggal di dalamnya lesap.
Kita tak pasti berapa buah rumah dan dah berapa kali insiden seumpama itu berlaku di TSD. Kita juga tidak tahu siapakah pula mangsa-mangsa kecurian atau rompak tersebut dan bagaimana sikapnya dari segi penjagaan harta benda.
Apa pun, kita tetap tak nafi bahawa usaha agar insiden kecurian atau kehilangan itu tidak berulang adalah sangat wajar dilakukan. Namun biarlah tindakan pencegahan itu tidak pula mencetuskan kesusahan kepada mana-mana penduduk PSD yang lain.
Sepatutnya tindakan pencegahan yang nak dilaksanakan itu, perlulah mengambil kira kesan negatif terhadap kebajikan warga TSD itu. Tak kiralah samada yang akan terjejas itu adalah golongan majoriti maupun golongan minoriti.
Tak ada maknanya jika bagi melindungi kepentingan golongan minoriti yang menjadi mangsa kehilangan itu. maka kepentingan golongan minoriti yang lain pula dirampas atau dikorbankan. Bak kata peribahasa Inggeris “helping (poor) Paul by robbing (rich) John”. Malah dalam kes yang sedang kita bincang ini adalah lebih buruk lagi, iaitu umpama “helping (rich) John by robbing (poor) Paul.
Jika kita melawat kawasan berhampiran dengan pintu B TSD, kita akan dapat lihat jalan yang statusnya masih lagi sebagai “jalan awam dua–hala” kini telah tinggal sebagai sebuah lorong sempit saja. Sebelah dari laluan dua-hala itu kini dah menjadi lot-lot parkir ala “private parking”. Atau istilah BMnya lot-lot parkir persendirian.
Melihat fenomina tersebut tak hairanlah Acik kenapa ada penduduk TSD yang sangat seronok bila pintu B itu dijadikan satu laluan saja.
Dengan berlaku demikian maka tentulah ada pihak yang mendapat lot parkir tambahan.
Kalau dengan membayar RM70 yuran sekuriti kepada PPSD setiap bulan, seseorang itu dah boleh menikmati lot parkir persedirian di depan rumah, siapa yang tak nak ?
Acik tidak langsung rasa irihati atau dengki kepada sesiapa juga yang berjaya mengecapi nikmat Allah dalam apa bentuk sekali pun. Termasuklah kepada warga TSD yang bernasib baik kerana mendapat lot lot parkir tersebut.
Tapi apa yang Acik peka dan prihatin ialah terhadap ketidak-adilan yang berlaku akibat sesuatu tindakan. Jika satu pihak mengecapi sesuatu nikmat di atas kesengsaraan satu pihak yang lain, maka itu zalim namanya.
Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, penutupan pintu B itu telah menjejaskan kepentingan banyak pihak. Jadi tentulah zalim jika kesengsaraan mereka ini adalah akibat dari satu tindakan yang menguntungkan pihak tertentu. Dengan kata mudah, satu pihak dihalang melalui sebuah lorong supaya pihak tertentu yang lain dapat menggunakan lorong tersebut sebagai lot parkir persendiriannya.
Acik telah pun mengirim mesej melalui whatsapp kepada ADUN Bandar PJU 10 (Daman Damai) ini, meluahkan bantahan Acik terhadap penutupan pintu B TSD itu. Acik bimbang bahawa ia akan menjejaskan keharmonian penduduk-penduduk Islam di bandar PJU 1O ini dalam menghadapi bulan puasa.
Dalam TSD itu terdapat sebuah surau yang agak besar. Pada setiap bulan puasa Ramadhan surau tersebut mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terawih. Ia dihadiri bukan saja oleh penduduk TSD yang beragama Islam, malah oleh penduduk-penduduk Apartmen Harmoni dan lain-lain.
Pada tahun-tahun yang lepas jemaah yang tinggal di Apartmen Harmoni tidak ada masalah untuk datang ke surau itu. Kerana sebelum ini isu penutupan pinta B belum timbul. Jadi mereka boleh saja datang ke surau itu membawa keluarga tanpa apa-apa halangan.
Namun akibat dari tindakan PPSD tidak membenarkan mereka pulang ke rumah mereka di Apartmen Harmoni melalui pintu B, maka mereka terpaksalah pulang melalui pintu A. Ini bermakna mereka akan terpaksa menempuh perjalanan pulang yang berganda-ganda lebih jauh. Secara tidak langsung halangan itu akan menberatkan hati mereka untuk menyertai aktiviti agama mereka di surau tersebut.
Ibadat puasa Ramadan memang melatih umat Islam bersabar. Namun memaksa mereka membuat kerja bodoh bukanlah cara meningkatkan tahap kesabaran umat Islam. Sebaliknya mungkin akan mencetuskan provokasi terhadap mereka. Kata peribahasa Inggeris, “hungry man is an angry man”.
Bagi membuat persediaan membuka puasa suri rumah tangga Muslim akan memerlukan banyak benda. Berulang kali ke kedai bukanlah satu perkara pelik di bulan puasa berbanding di bulan-bulan biasa.
Bagi mereka yang memilih untuk membawa keluarga berbuka di restoran pula, mungkin memilih restoran yang letaknya di Apartmen Harmoni dan Suria. Bukankan menyusahkan mereka jika tak boleh keluar dari TSD melalui pintu B bagi tujuan aman seperti ini.
Bagi Acik, mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan oleh PPSD adalah suatu kebodohan. Pertama kerana menyokong tindakan PPSD yang melanggar undang–undang. Kedua kerana peraturan tersebut telah mendatangkan kesusahan terhadap kehidupan harian mereka tanpa sebab yang munasabah.
Sebagai analogi, katakanlah ada sebuah taman kediaman terletak di tebing sebatang sungai (eg. tebing S). Di seberang sungai tersebut (iaitu di tebing H) pula terdapat sebuah pekan di mana terdapat sekolah, pejabat pos, kedai-kedai runcit, restoran 24jam dan sebagainya. Di sana juga tinggalnya kawan-kawan rapat dan kaum keluarga bagi beberapa penduduk taman kediaman berkenaan.
Di antara taman kediaman dan pekan itu telah dibina dua buah jambatan. Jambatan H untuk melintas dari pekan ke taman kediaman, jambatan S pula dari taman kediaman ke pekan seberang. Sejak sekian lama penduduk di kedua-dua belah tebing sungai tersebut bebas menggunakan kedua-dua jambatan tersebut (sepanjang masa – 24jam) berulang-alik bagi menguruskan aktiviti harian mereka.
Tiba-tiba berlaku kecurian keatas beberapa buah rumah milik orang kaya di taman kediaman itu. Demi melindungi rumah-rumah tersebut dari kecurian yang berulang, maka jambatan S diruntuhkan. Jadi tidak adalah lagi kenderaan yang boleh lantas sungai tersebut dari tebing S ke tebing H. Rasional dan adilkah tindakan tersebut ?
Tindakan meletupkan jambatan tersebut sebenarnya adalah satu tindakan yang zalim dan tidak rasional sama sekali. Ia memberi implikasi seolah-olah yang mencuri rumah si kaya itu adalah dari kalangan mereka yang sering mengguna jambatan tersebut. Lalu mereka pun dianggap layak dan wajar didera.
Hukuman yang dianggap paling sesuai lagi berkesan ialah, memusnahkan jambatan S supaya si pencuri tidak berpeluang melepaskan diri selepas mencuri dari rumah-rumah si kaya di taman kediaman tersebut.
Pertama, adakah benar bahawa si pencuri itu datang dari kalangan pengguna-pengguna jambatan tersebut ? Kalau yang mencuri itu hanya seorang dua saja, wajarkah bukan pencuri (yang jauh lebih ramai) pun turut dihukum ?
Kedua, adakah meruntuh jambatan S itu satu-satunya cara yang ada bagi mengatasi kecurian rumah-rumah si kaya itu dari berulang ? Sudahkah dicuba kaedah lain yang lebih mesra penduduk, samada terhadap penduduk pekan maupun penduduk taman kediaman berkenaan.
Adakah benar bahawa keselamatan di TSD ini sedang berada pada tahap yang begitu kritikal sekali hingga perlu dikenakan perintah berkurung (curfew) sebagaimana negara sedang diancam musuh dari luar ?
Bagi Acik, keselamatan bukanlah isu sebenar yang mewajarkan penduduk-penduduk TSD dipaksa hidup dalam suasana perintah berkurung (walaupun tidak sepenuhnya). Sedangkan mengikut kenyataan wakil pihak polis yang turut hadir dalam mesyuarat PPSD dahulu, kadar jenayah di Daman Damai adalah kian menurun.
Oleh itu pengorbanan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk-penduduk TSD dan jiran-jiran mereka di taman-taman kediaman bersebelahan amat tidak berbaloi. Ia ibarat menggunakan senapang gajah untuk menembak seekor tupai. Kejayaan membunuh tupai itu tak padan dengan kos penggunaan sejata tersebut dan kerosakan yang diakibatkan keatas pokok di mana tupai itu berpaut.
Acik bimbang dengan tindakan PPSD yang tidak menghormati undang–undang itu. Pihak yang terjejas dengan tindakan PPSD itu mungkin akan melakukan sesuatu (yang juga melanggar undang-undang) demi membalas dendam. Akhirnya usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di TSD bukan saja menjadi sia-sia malah mencetuskan isu keselamatan lain yang lebih sukar ditangani.
Acik harap pihak berkuasa MBPJ dapat masuk campur dalam isu laluan ini ASAP demi mengembalikan keharmonian penduduk TSD yang telah terjejas itu khususnya, dan keseluruhan penduduk Bandar PJU 10 amnya.
Perlanggaran terhadap mana-mana undang-undang yang sedang dikuatkuasakan oleh MBPJ adalah suatu perkara yang tidak harus dipandang remeh. Jika tindakan yang tegas lagi berkesan tidak dilaksanakan, ianya akan menjadi ikutan kepada individu atau kumpulan lain pula di kemudian hari. Akhirnya, keselamatan yang diidamkan, kekacauan pula yang menjadi hasilnya
Bersambung ……………………….
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
https://4uni2c.com/2015/02/27/4uni2c-15227-dilema-menghadapi-polis/
https://4uni2c.com/2015/03/27/community-policing-01-sessi-dialog-bersama-penduduk-dd/
.
.
Jalan awam dalam video di atas itu asalnya adalah dua laluan yang dibuka sepanjang masa. Kemudian disempitkan menjadi satu laluan dan dihadkan laluan sehingga jam 11 malam saja. Kini dikhaskan untuk laluan masuk saja. Laluan keluar langsung tak dibenarkan.
(TWO-way entrants / exits had been reduced to ONE. Then further restricted to “entry ONLY”)
Berikut ialah mesej whatsapp yang telah Acik hantar kepada ADUN bagi Daman Damai ini.
๐ฒ๐พ Dear YB !
I am a resident of TSD (Taman Saujana Damansara). May be you could still remember the occasion in which you were invited to “officiate” PPSD‘s (Persatuan Penduduk Saujana Damansara) meeting not a too long time ago.
I was the old man who asked about the incentives for being a committee member of the PPSD, in that meeting.
Though I am a member of PPSD, I am strongly against its decision of committing an offence i.e. by denying the legitimate right of the public to enjoy easy entry and exit using the public road that links TSD and its neighbor TAH (Taman Apartmen Harmoni), as you can see in the video above.
The public road has been providing an invaluable convenience ever since, to the residents of TSD to attend to their daily needs and activities such as sending children to school, acquiring daily groceries from the sundry shops at TAH, going to the post office, attending social functions held by relatives or friends at TAH and etc.etc.
But regret to inform you that PPSD has imposed the rule prohibiting exiting of TSD using the road (except at 6am – 8am).
As a consequence, my wife who frequently goes to the sundry shops at TAH would now have to drive more than 3 km despite the actual distance is only less than 1 Km from our home.
Driving a longer distance would of course incur more time (wastage), higher (petrol) cost and greater risk.
I think such a decision snd action is not a wise or justified strategy to improve the security of TSD Instead, it has already sparked disharmony among the residents.
Hence I would like to call for the complete dismantling of all the physical obstacles that have been erected on the road which are currently causing inconvenience and unnecessary extra expenses to the members of the public generally, and to the residents of TSD in particular.
Please do advise !
Tqvm in anticipation.
Faithfully from
Abd Jalil bin Abd Rahman
๐
**P*E*N*G*E*T*A*H*U*A*N**DI**L*U*A*R**K*O*T*A*K***
๐ฒ๐พ Crimea, Rusia : Tak kenal maka tak cinta๐
https://m.youtube.com/watch?v=HLH6TQCmBwE