Hargailah keikhlasan

2017 Oktober 12

🇲🇾 Pengalaman berkawan dengan ramai orang memberi peluang bagi Acik untuk memahami sifat individu lain. Acik lebih suka memulakan hubungan dengan individu lain berdasarkan berpersepsi positif. Persepsi positif terhadap individu berkenaan hanya akan berubah apabila mendapati bahawa beliau tidaklah sebagaimana yang Acik sangkakan.

Sebagai contoh, seorang individu telah datang ke pejabat Acik tidak berapa lama selepas Acik mulai berkhidmat di sebuah badan berkanun kerajaan. Wajah individu tersebut sangat biasa Acik temui di kampus universiti di mana Acik mengambil ijazah pertama Acik dahulu. Maka tanpa sebarang sangkaan yang negatif, Acik menerima beliau sebagai seorang tetamu.

Dalam masa yang sengkat kami menjadi kawan yang rapat. Kehadiran beliau itu bermula apabila Acik dalam kekosongan akibat baru kecewa menagih cinta. Rupa-rupanya individu tersebut membawa ubat mujarab bagi mengisi kekosongan Acik tersebut. Kami berkawan selama beberapa bulan.

Tiba-tiba suatu hari Acik secara kebetulan mendapati bahawa individu tersebut adalah seorang penipu (conman). Tanpa terus mempercayai fakta negatif yang Acik ketemui tentang status individu tersebut, Acik mulalah membuat siasatan keatas beliau. Akhirnya memang sahih bahawa beliau memang seorang conman. Ramai orang yang telah menjadi mangsa beliau terutama mahasiswa Universiti Malaya.

Mahu tidak mahu Acik terpaksa membuat laporan polis. Conman tersebut dapat ditangkap lalu dikurung di sebuah Balai Polis di Kuala Lumpur. Namun, beliau dibebaskan beberapa hari kemudian tanpa dikenakan apa-apa dakwaan. Sejak daripada conman itu dibebaskan sehingga sekarang pun Acik belum pernah terjumpa beliau lagi.

Apa yang penting yang ingin sampaikan kepada pengikut blog Acik ialah tentang perasaan Acik ketika mendapati bahawa seseorang yang amat Acik percayai telah menipu Acik. Sepanjang berkawan dengan conman itu banyak masa dan wang Acik telah dibelanjakan untuk bersama-sama beliau.

Acik difahamkan bahawa conman itu banyak mengirim wang gajinya ke kampungnya bagi mambantu orang-orang maskin di sana. Betapa mulianya hati beliau pada persepsi Acik. Oleh itu Acik tidak teragak-agak langsung untuk menampung apa juga kekurangan yang beliau alami bila diadukannya kepada Acik.

Kalau hanya beberapa bulan saja berkawan dengan seseorang penipu Acik merasa betapa keciwa dan marah apabila menyedari Acik tertipu, bayangkan betapa pula rasa seorang kawan kita, yangmana selepas puluhan tahun berkahwin dengan pasangan hidupnya, baru sedar bahawa hati pasangannya itu masih lagi bersama dengan bekas kekasih lamanya.

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg popular ⬇️

Laguku buat ayah https://shalleducate.wordpress.com/2022/05/27/laguku-buat-ayah/
.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Cinta yang sejati https://4uni2c.com/2018/01/10/cinta-yang-sejati/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

http://www.4uni2c.com

https://beappreciative.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com
.

..

~ by OPajar on 2017-10-12.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: