PRU14: Wajarkah Usir PM ?
.
Walaupun Acik tak turut hadir dalam perhimpunan Sayangi Malaysia di Padang Timur PJ malam tadi, tapi Acik turut mengikuti ucapan beberapa pemimpin utama PH melalui Facebook secara live. Antara mereka yang Acik dengar ucapannya ialah Haji Mat Sabu, DS Wan Azizah, YAB Lim Guan Eng, YB Mahyuddin dan YBhg Tun DM.
Sedih Acik dibuatnya. Sedih Acik bukan kerena takut Malaysia akan bankrupt seperti yang diyakini oleh pemimpin-pemimpin PH tu. Akan tetapi Acik sedih mendengar tutur kata yang keluar dari pemimpin-pemimpin utama PH itu.
Cara mereka berbahasa tidak melambangkan akhlak mulia seseorang yang wajar ditauladani. Sedangkan mereka adalah calon-calon bakal pemimpin negara jika PH memerintah nanti.
Tuduhan-tuduhan yang dilaungkan oleh seorang bekas PM terhadap seorang PM amat tidak wajar. Ia membawa sekurang-kurangnya dua implikasi negatif.
Pertama terhadap akhlak bakal-bakal pemimpin negara yang akan datang. Apakah kaedah yang sama yang bakal diwarithi mereka nanti. Yakni kaedah kutuk mengutuk di hadapan khalayak terhadap saingan politik mereka yang di dalam parti yang berlainan.
Kedua implikasi negatif terhadap sistem perundangan negara. Kalau yang melemparkan tuduhan itu hanya pemimpin peringkat kampung, itu Acik masih boleh toleransi. Tapi jika tuduhan itu datang dari seorang bekas PM, maka amat susah bagi akal fikiran Acik nak merasionalisasikannya.
Sepatutnya apa yang disebut oleh pembuat undang-undang mestilah serasi dengan undang-undang yang dibuatnya. Ketua pembuat undang-undang di Malaysia siapa lagi kalau bukan PM ?
Jika undang-undang yang digubal itu lemah maka cadangkanlah agar ianya dipinda supaya bertambah baik. Bukan menyalahkan orang yang melaksanakan undang-undang yang sedia ada itu. Maruah undang-undang itu harus dihormati bukan dicemari.
Prinsip undang-undang kita mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh dilabelkan sebagai pesalah sehingga dibuktikan dan disabitkan dengan kesalahan sepertimana ia didakwa. Tidak patut seorang bekas ketua penggubal undang-undang tak tahu prinsip ini. Kalau tahu kenapa tuduh PM sekarang sebagai penyangak, perompak dan sebagainya. Sudahkah beliau disabitkan dengan kesalahan sepertimana dakwaan terhadapnya ?
Paling tidak wajar ialah bilaTun DM mengusir DS Najib supaya “balik” ke Bugis. Walaupun memang DS Najib datuknya (Datuk Husin) berasal dari Bugis namun ia bukan satu justifikasi untuk mengusir beliau supaya meninggalkan negara kelahiran beliau ini.
.
Jika tak silap Acik Tun DM sendiri datuknya berasal dari India. Begitu juga DSAI. Namun demikian apa hak kita nak megusir mereka “balik” ke India bila kita dah meluat sangat kepada mereka berdua ?
Seluruh bangsa Johor tahu bahawa Sultan mereka sekarang, bonda baginda berasal dari luar negara. Andai kata baginda melakukan kesalahan semasa mentadbir negeri Johor, adakah rakyat Johor berhak mengusir baginda balik ke negara kelahiran ibunda baginda ?
Ramai kawan-kawan Acik yang sangat kagum dengan kehebatan Tun DM. Ada yang kata Acik ni bodoh sebab tidak sokong Tun DM untuk jatuhkkan DS Najib demi menyelamatkan Malaysia dari bankrupt.
Acik terima saja label bodoh itu dengan penuh keinsafan dan tawadhu’. Ya, jika dibandingkan Acik dengan Tun DM, maka memanglah Acik bodoh dari segi relatifnya (perbandingan). Namun tidak mustahil bahawa mungkin persepsi Acik terhadap Tun DM yang berikut ini betul.
Kawan-kawan yang anggap Acik ni bodoh mungkin kerana mereka begitu taksub dengan kehebatan bekas PM Msia yang keempat itu kut. Akibatnya, jika sekiranya Tun DM kata baju yang Acik sedang pakai ni kuning warnanya, nescaya mereka akan terus membuat tanggapan (presumption) bahawa kuning adalah warna sebenarnya baju Acik ini.
Sedangkan secara praktiknya Acik tidak biasa memakai baju selain dari yang berwarna putih. Begitulah agaknya degree ketaksuban mereka terhadap Tun DM, dulu, kini dan selama-lamanya.
Mereka dengan penuh yakin percaya bahawa Tun DM sekarang sedang berjuang dengan penuh keikhlasan demi untuk negara Malaysia yang tercinta. Beliau sanggup mengorbankan masa, tenaga dan pemikiran beliau (yang tak ternilai itu) demi untuk kepenting negara semata-mata.
Bagi kawan-kawan Acik tersebut, Tun DM dikagumi kerana kesanggupan beliau untuk terus berjuang bagi menyelamatkan negara Malaysia yang sedang dirosakkan oleh PM sekarang. Padahal beliau boleh saja berehat dan bersenang lenang (sama seperti Pak Lah dan isterinya) tanpa pening kepala.
Mereka dengan penuh yakin percaya bahawa Tun DM sekarang sedang berjuang dengan penuh keikhlasan demi untuk negara Malaysia yang tercinta. Beliau sanggup mengorbankan masa, tenaga dan pemikiran beliau (yang tak ternilai itu) demi untuk kepenting negara semata-mata.
Namun begitu, Acik mempunyai persepsi yang berbeza dari itu terhadap Tun DM. Bagi Acik, Tun DM sebenarnya tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa terus berjuang demi menjamin kejayaan yang beliau tempah masa beliau berkuasa dahulu akan terus berkekalan.
Antara kejayaan besar Tun DM ialah berjaya menjadikan setiap anak beliau jutawan besar. Anak beliau ada yang memiliki harta bernilai ratusan juta, malah ribuan juta RM.
Acik percaya DS Najib tidak akan boleh berjaya semacam Tun DM.
Ketika meninggal dunia dahulu, bapa DS Najib (arwah Tun Abdul Razak) hanya meninggalkan beberapa ribu ringgit saja dalam akaun bank beliau utk diwarithi oleh DS Najib dan siblingnya yang lain.
Tidak seperti Tun DM, Tun Abdul Razak tidak berjaya mengkayakan anak-anak beliau sebelum beliau meninggal dunia.
Wallahualam
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
https://4uni2c.com/2017/09/06/kutuk-mengutuk-bukan-budaya-melayu/
.