PRU14 : “Mad Politics”

.

PRU14 : Mad Politics

.
Ada orang mengistilahkan PRU14 sebagai ibu kepada semua PRU. Ibu bermaksud maha penting. Kerana, anak tidak akan wujud tanpa ibu. Tanpa ibu juga, seseorang anak tidak akan dapat membesar dengan kasih sayang yang terbaik.
.
Sesuatu yang penting itu tidak harus disia-siakan. Bagi pembangkang mensia-siakan PRU14 bermaksud tidak menggunakan PRU14 bagi menjatuhkan BN dan menggantikannya dengan PH sebagai pemerintah. Kononnya rakyat akan menyesal sekiranya PRU14 ini disia-siakan.
.
Namun, Acik tak percaya bahawa rakyat akan menyesal jika BN terus memerintah. Sebaliknya rakyat akan kecewa jika PH yang memerintah. Acik ada justifikasi yang banyak untuk berpendapat begitu ?
.
Jika kita renungi dengan tenang, sabar (tanpa tegopoh gapah) dan teliti, nescaya kita akan dapati bahawa PH adalah pakatan yang didominasi oleh pemimpin-pemimpin yang kecewa terhadap parti asal mereka. Dari calon bakal PM hinggalah ramai bakal menteri-menteri lain, semuanya adalah mereka yang kecewa. Mereka kecewa kerana gagal merebut jawatan-jawatan penting dalam parti asal mereka itu.
.
Kekecewaan adalah elemen yang membuat mereka berasa status diri mereka sama antara satu dengan yang lain. Itu sebab mereka dapat bersama membentuk satu pakatan. Kata peribahasa Inggeris, “birds of samilar feathers flock together”.
.
Teringat Acik akan satu cerekana mengenai dua pasangan yang bercerai kerana kecewa. Pasangan pertama S & I dan pasangan kedua H & W. Sebelum bercerai mereka berjumpa dengan seorang kaunselor yang sama.

Si S (suami) mendedahkan segala keburukan si I (isteri) kepada kaunselor tersebut. Tak tinggal sikit habok pun keaiban si I yang tak didedahkan, kata oghe Kelante. Sedangkan si I pula malu nak dedahkan apa-apa kekurangan si S kepada kaunselor tersebut. Maklumlah si I seorang yang solehah.

Sebaliknya bagi pasangan kedua pula si W (wife) mendedah segala yang negatif tentang si H (husband) kepada kaunselor. Sedangkan si H pula malu nak dedahkan apa-apa kekurangan dan keaiban si W. Maklunlah beliau seorang yang soleh.

Bayangkanlah, sebagai pasangan hidup kita apa keaiban diri kita yang pasangan kita itu tak tahu. Patutkah segala keaiban kita didedahkan oleh bekas pasangan kita kepada sesiapa pun, walaupun kita dan dia sudah bercerai ?
.
Direngkaskan cerita, kedua-dua pesangan tersebut pun bercerailah. Yang menariknya ialah tak lama kemudian S telah berkahwin dengan W, dan H pula berkahwin dengan I.
.
Kata peribahasa Inggeris, “round pole goes into the round hole while the square pole goes into the square hole”. Dalam quran pun ada disebut bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.
.
Beberapa tahun kemudian terbuktilah bahawa pasangan yang berakhlak mulia, kekal hidup harmoni. Sebaliknya pasangan yang kecewa tersebut telah bercerai berai. Malah masing-masing belum berkahwin lagi.
.
Satu soalan penting dalam minda Acik ialah, apakah tak mungkin pemimpin-pemimpin PH yang kecewa itu akan mengecewakan pula pengundi-pengundi nanti ?
.
Sifat orang-orang yang kecewa biasanya agak ekstrim. Mereka didominasi oleh sifat marah, dendam, hilang kesabaran, hilang pertimbangan dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Tindakan mereka yang ekstrim itu adalah manifestasi bahawa sifat-sifat negatif tersebut telah menguasai diri mereka.
.
Pada pencerapan (observation) Acik, PRU14 adalah PRU yang lain dari yang lain. Maksud Acik, ia bukanlah PRU yang normal. Jika seseorang itu sangat tidak normal, ia mungkin termasuk kategori gila. Kira-kira begitulah apa yang Acik lihat wajah PRU14. Dengan rengkas, Acik istilahkan PRU14 sebagai “mad Politics”
.
Politik menjadi gila bila ianya didominasi oleh pemain-pemain politik yang gila. Maksud gila ialah tindak tanduk mereka yang nampak tidak rasional pada pandangan umum. Antara ciri-ciri utama orang gila ialah dia lupa apa yang dia pernah katakan dahulu.
.
Pemain-pemain politik yang Acik lihat sebagai politikus gila terdiri dari sekurang-kurangnya tiga kategori utama. Pertama yang seumpama Mad Joned, kedua yang seumpama Mad Ampu dan ketiga yang seumpama Mad Sapu.
.
Untuk mengenali ketiga-tiga pemain politik tersebut dengan lebih dekat silalah baca PenCERAHan-PenCERAHan berikut :
.

Kisah Mad Joned

https://beappreciative.wordpress.com/2018/04/28/cerekana-kisah-mad-joned/

.

Mad Ampu dalam Kisah Gajah Berak Kek

https://beappreciative.wordpress.com/2018/04/28/cerekana-gajah-berak-kek/

.

Kisah Mad Sapu

https://beappreciative.wordpress.com/2018/05/01/cerekana-kisah-mad-sapu/

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan :

.

SENARAI PenCERAHan yg relevan

https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/

Jom “emulate” Pak Lah https://4uni2c.com/2018/05/08/pru14-jom-emulate-pak-lah/

.

.

Ke PenCERAHan terbaru

⬇️ ⬇️ ⬇️

http://www.4uni2c.com

..

~ by OPajar on 2018-05-05.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: