PRU14: Jom “emulate” Pak Lah
2018 Mei 08
(Sehari menjelang PRU14)
.
Pak Lah tak pernah hina ulama
.
Selamatkan Malaysia dari BN. .. ❌
Selamatkan Malaysia dari PH . .. ✅
Bersama2 Pak Lah selamatkan Malaysia.
.
Acik percaya bahawa PRU14 adalah PRU yang sangat luar biasa. Faktor yang menjadikan ia luar biasa ialah penglibatan seorang mantan PM BN (Tun DM) sebagai calon MP. Bahkan beliau juga adalah bakal PM Malaysia ke-7 jika sekiranya PH menang PRU14 nanti.
.
Turut berkempen sakan supaya beliau menjadi PM ialah beberapa orang bekas menteri kabinet BN dahulu (Tun Daim & TS Rafidah).Tak mustahil sekiranya Tun DM berjaya menjadi PM nanti mereka mungkin juga dilantik menjadi senator untuk layak menjadi menteri.
Kata sebuah peribahasa Melayu, “habis madu sepah dibuang”. Tindakan veteran politik tersebut mungkin sesuai dengan makna peribahasa tersebut. Rakyat menjadi pening kerana mereka, terutamanya kerana penyertaan semula Tun DM dalam politik negara.
.
Acik percaya, mereka itu adalah menteri-menteri BN yang paling banyak mendapat habuan hasil dari dasar “privatization” yang dilaksanakan semasa Tun DM sebagai PM dan DSAI sebagai TPM dahulu. Harta milik masing-masing mungkin berjuta-juta seorang. Kalau tak ratusan pun mungkin puluhan.
.
Adakah benar bekas-bekas menteri BN itu menentang BN demi untuk menyelamatkan Malaysia ❓
.
Acik tidak percaya kepada dakwaan mereka itu . Sebaliknya Acik lebih percaya bahawa ianya untuk menjamin supaya harta kekayaan mereka tidak terjejas. Bukan mereka saja yang takut kekayaan terjejas, bahkan ramai lagi kroni-kroni mereka yang lain.
.
Kerana hasutan mereka kepada rakyat bahawa negara sedang dirosakkan oleh PM sekarang, maka rakyat menjadi risau, pening, keliru dan kelam kabut. Nak takmau percaya kepada apa yang mereka dakwa itu, mereka tu adalah bekas-bekas menteri yang hebat. Jika nak percaya, maka terpaksalah bersama-sama mereka menukar kerajaan dari BN ke PH.
⬇️ Spekulasi ⬇️
Acik harap rakyat rata-rata sedar bahawa menukar kerajaan bukanlah suatu perkara main-main macam kahwin kontrek. Riskonya sangatlah besar. Namun, ia tidak menjamin akan membawa kebaikan yang lebih banyak kepada negara. Sebaliknya mungkin akan menambahkan lagi kesengsaraan hidup rakyat. Ibarat lari dari mulut singa masuk ke mulut buaya.
⬆️ Spekulasi ⬆️
.
Cuba tengok apa yang dah terjadi dengan negara Libya dan Iraq. Setelah rakyat berjaya menjatuhkan kerajaan mereka yang dipimpin oleh Muamar Ghadafi (Libya) dan Sadam Husein (Iraq) adakah negara mereka lebih baik dari dahulu ❓
Tak mungkinkah perkara yang sama akan berlaku pula kepda negara kita Malaysia jika sekiranya BN digantikan dengan PH sebagai pemerintah ❓ Walaupun taklah sampai berlaku pertumpahan darah macam di Libya dan Iraq, namun berbaloikah ❓ Bagi Acik, tak berbaloi sama sekali.
.
Kita jangan lupa bahawa selain Tun DM kita juga ada seorang lagi mantan PM iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Oleh sebab beliau lebih suka dipanggil “Pak Lah” dari Tun Abdullah, maka biarlah Acik juga panggil beliau “Pak Lah”.
.
Jika sekiranya benar bahawa negara kita sedang dirosakkan oleh BN sekarang, mengapakah Pak Lah tak turut sertai geng Tun DM untuk tukarkan kerajaan dari BN ke PH ❓ Awat, hangpa ingat Pak Lah tak sayangkan Malaysia dan rakyat Malaysia❓ Hanya Tun DM dan gengnya saja yang sayangkan Malaysia.
.
Acik percaya bahawa Pak Lah lebih sayangkan Malaysia berbanding dengan Tun DM dan gengnya. Atas sebab itu maka Acik lebih suka “emulate” (mencontohi) Pak Lah daripada Tun DM.
.
Acik percaya bahawa semua rakyat yang peduli politik masih ingat siapa dia Pak Lah dan jasa-jasa beliau. Lebih-lebih lagi pesara-pesara kerajaan dan warith masing-masing.
.
Pak Lah sokong siapa ya, Najib atau Tun DM ❓
.
Jika beliau sokong Tun DM maknanya beliau berpihak kepada PH. Sebaliknya jika beliau di sebelah Najib maka maknanya beliau masih bersama BN.
.
Acik percaya tidak ramai rakyat yang taksub kepada Pak Lah. Yang ramai taksub ialah kepada Tun DM. Buktinya amat jelas. Apa Tun DM cakap akan ramailah yang terus percaya bulat-bulat, walaupun ianya satu pembohongan atau fitnah.
Walaupun tak ramai rakyat yang taksub kepada Pak Lah, namun Acik percaya bahawa ramai pesara kerajaan dan warith mereka merasa terhutang budi kepada beliau. Apa tidaknya, kerana ketika beliau menjadi PMlah pencen minima RM700 sebulan dilaksanakan. Sebelum itu ada pesara atau warith mereka yang menerima pencen kurang dari RM200 sebulan. .
.
Setinggi-tinggi terima kasih kita ucapkan kepada Pak Lah di atas keperihatinan beliau terhadap kebajikan rakyat jelata bertaraf marhain. Semasa Pah Lah menjadi PM juga cukai jalan (road tax) diturunkan dengan agak ketara. Rasionalnya ialah lebuh raya dah banyak mengutip tol. Jadi rakyat tak wajar dikenakan lagi kadar cukai jalan yang tinggi.
.
Pak Lah juga memiliki rasa perikemanusiaan yang tinggi. Kalau DSAI dimasukkan ke dalam penjara semasa Tun DM menjadi PM, beliau dikeluarkan dari penjara semasa Pak Lah menjadi PM. Bekas Ketua Hakim Negara (Tun Salleh Abas) yang dipecat dari jawatannya semasa Tun DM menjadi PM dikembalikan haknya, juga semasa Pak Lah menjadi PM.
.
Mungkin ramai pesara kerajaan yang sempat berkhidmat di bawah Pak Lah semasa beliau masih berjawatan menteri hingga menjadi PM dahulu. Tentu mereka terasa bahawa bekerja dengan bos seperti Pak Lah amat berbeza dari bekerja dengan bos sebelum beliau. Bekerja dengan bos yang kuat beragama seperti Pak Lah membawa banyak berkat.
.
Istinewanya Pak Lah ialah beliau sangat setia kepada partinya. Walaupun beliau telah bersara dari kerajaan dan tidak lagi memegang jawatan penting dalam parti, namun beliau masih sokong partinya. Ini dibuktikan dengan kehadiran beliau di majlis penamaan calon BN di kawasan Parliamennya pada April 28 yang lalu.
.
Itu menunjukkan bahawa Pak Lah adalah seorang hamba Allah yang “appreciative” atau tahu menghargai jasa orang kepadanya. Beliau berpeluang berkhidmat kepada negara adalah kerana parti politik (UMNO) yang disertainya. Jadi walau apapun terjadi, beliau tetap pertahankan parti tersebut. Kalau tak pertahankan pun, sekurang-kurangnya tidaklah sampai menyertai musuh untuk menghancurkan parti asalnya.
.
Dua bekas PM kita dahulu pun pernah meninggalkan BN/UMNO kerana tidak berpuashati dengan pengurusan parti. Tetapi adakah sampai mereka menentang parti yang pernah mereka tunggangi hingga membawa mereka ke puncak kejayaan itu ?
.
Sekiranya ahli biasa macam Acik ni, iaitu tak pernah ada apa-apa kepentingan dalam parti, tak kisahlah nak tukar ke parti mana pun. Tapi yang nampak sangat tidak wajar ialah bagi mereka seperti Tun DM dan gengnya.
.
Acik tak kata tindakan mereka itu salah. Ya, memanglah tak salah mengikut undang-undang. Tapi dari aspek moral, ia amat salah, dan tak wajar ditauladani dan disokong. Ia bukan sekadar umpama “kacang lupakan kulit” bahkan umpama “anjing tersepit yang menggigit orang yang tolong melepaskannya” .
.
Wallahualam.
PenCERAHan yg popular ⬇️
Ibarat telah kena kencing
https://shalleducate.wordpress.com/2022/10/04/ibarat-telah-kena-kencing/
PRU14: antara janji & realiti https://4uni2c.com/2018/05/28/pru14-antara-janji-realiti/
.
PenCERAHan yg relevan ⬇️
Politik: Legasi Tun DM yg dikesali
https://beappreciative.wordpress.com/2021/08/09/politik-legasi-tun-dm-yg-dikesali/
Himpunan penyatuan ummah https://4uni2c.com/2019/09/14/himpunan-penyatuan-ummah/
.
SENARAI PenCERAHan2 yg relevan
https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/
.
PenCERAHan terbaru ⬇️
http://www.4uni2c.com
.
.