PRU14 : Antara janji & realiti
.
🇲🇾 Dalam setiap PRU rakyat akan disogok dengan bermacam-macam. Ada yang berupa wang ringgit, ada yang berupa barangan dapur, ada yang berbentuk tenaga, rawatan perubatan percuma, dan sebagainya. Tetapi yang paling berharga ialah yang berupa janji-janji manis yang bakal dilunaskan jika rakyat memberi mandat kepada mereka untuk memerintah negara.
Berdasarkan janji-janji tersebut maka tercetuslah 1001 harapan yang menggunung di minda pengundi-pengundi bahawa semuanya itu akan menjadi realiti bila mandat telah diberi kepada PH nanti. Ia termasuklah harapan setengah rakyat negeri Perak bahawa mereka akan dapat memiliki sebidang tanah milik kekal bila PH memerintah nanti.
PRU 14 yang lepas juga tidak bebas dari budaya sogokan tersebut. Malah pada pesepsi Acik, sogokan yang diberi kepada rakyat dalam PRU14 adalah jauh lebih besar dari PRU-PRU yang sebelumnya. Sogokan yang Acik tekankan di sini bukanlah yang berbentuk fisikal menjelang PRU, tetapi janji-janji manis pasca PRU.
Acik tidak hairan jika yang membuat janji-janji manis pasca PRU itu adalah BN, iaitu parti yang menguasai Putrajaya menjelang PRU14. Sebab sekurang-kurangnya mereka ada maklumat tentang sumber negara yang masih ada. Dengan maklumat itu mereka boleh mentaksir kemampuan yang ada dengan kerajaan sebelum menjanjikan sesuatu kepada rakyat menjelang PRU. Oleh itu manifesto BN adalah lebih realistik.
.
Betapa pemurahnya k’jaan PH Perak
.
Sedangkan parti PH (yang belum pernah memegang kerajaan pusat) belum tahu apa tahap stok sumber-sumber yang ada dengan kerajaan. Oleh itu jika manifesto parti PH lebih hebat dari manifesto BN, maka bolehkah rakyat percaya bahawa PH akan mampu menunaikan janji-janji pilihanraya mereka itu nanti, selepas ia menang ?
Comtohnya, PH berjanji menaikkan gaji penjawat awam, meneruskan BR1M, menurunkan harga minyak (kereta) hingga ke RM1.5 per liter dan sebagainya. Semua ini mempunyai implikasi kewangan (financial implication) yang sangat besar.
Ironinya ialah, dalam masa yang sama juga GST akan dihapuskan. Sedangkan GST adalah salah satu sumber kewangan negara yang terbukti sangat penting, bukan saja di Malaysia bahkan di banyak negara-negara lain. Begitu juga dengan kutupan tol. Penghapusan tol bukan saja menyebabkan satu lagi sumber pendapatan negara (melalui cukai) akan hilang, bahkan kerajaan memerlukan satu perbelanjaan yang besar bagi menebus konsessi tol dari tangan pihak swasta.
.
Komen seorang penganalisis politik
https://youtu.be/nR95MrPXg6A
.
Yang membuat Acik paling “skeptical” terhadap janji-janji PH ialah kerana kepercayaan pemimpin-pemimpinnya kepada mistik bahawa negara sedang berada di ambang kebankrapan. Bila peneraju PH telah dihantui oleh mistik (negara akan bankrap) ini, maka kerajaan akan takut untuk meningkatkan perbelanjaan. Kalau dah takut nak menambahkan perbelanjaan, bagaimana mungkin segala janji dalam manifesto PH akan dapat ditunaikan. Kerana, semua janji-janji itu mempunyai implikasi kewangan yang besar jika dilaksanakan ?
Tidak kurang menakutkan pemimpin PH ialah terhadap hutang negara yang semakin bertambah. Hutang dianggap sebagai simtom yang menunjukkan kesihatan kewangan negara dalam keadaan kritikal. Maka kerajaan tidak ada jalan lain lagi melainkan berusaha melangsaikan segala hutang negara dengan seberapa segera yang mungkin, walaupun dengan bergadai golok.
Adakah faktor hutang negara yang tinggi itu benar-benar memberi ancaman besar kepada negara ? Mustahilkah bahawa faktor hutang negara itu hanyalah semata-mata satu strategi politik pemimpin-pemimpin PH bagi membuktikan kepada rakyat bahawa BN gagal mentadbir negara. Dengan itu maka rakyat perlu menukarkan BN dengan PH sebagai pemerintah melalui PRU14 yang lepas.
Setahu Acik banyak negara lain yang kadar hutangnya jauh lebih besar dari Malaysia. Namun hutang negara berkenaan bukanlah faktor yang menyebabkan pembangunan negara tersebut terhenti atau menjadi pelahan. Malah ada di antara negara-negara berkenaan itu jauh lebih maju dari kita kerana sanggup berhutang.
Prinsip hutang wajib dibayar adalah satu prinsip yang baik, yang tak harus kita pertikaikan. Namun adakah wajar setiap hutang itu dibayar dengan segera hinggakan terpaksa bergadai golok ?
Melihat kepada penekanan oleh pemimpin-pemimpin utama PH terhadap isu hutang negara Acik mula merasa bimbang. Apa yang Acik bimbangi ialah faktor hutang negara mungkin akan digunakan sebagai justikasi untuk menjual asset-asset negara kepada puak-puak kapitalis. Sedangkan pada hakikatnya hutang tersebut masih mampu diurus dengan baik oleh kerajaan, tanpa menyerahkan kepada pihak swasta apa-apa asset negara, walaupun yang bernilai satu sen.
Mengurangkan hutang negara dengan cara menjual mana-mana asset negara tak wajar dilakukan sama sekali. Samalah juga dengan mana-mana negeri dalam Malaysia yang berhutang dengan kerajaan pusat. Adaĺah kurang cerdik jika negeri itu menjual asset (terutama tanah) milik negeri demi untuk melangsaikan hutangnya dengan kerajaan pusat.
Adalah lebih mesra rakyat jika tanah negeri dibangunkan ribuan rumah kediaman di atasnya, yangmana mampu disewa atau dibeli oleh majoriti rakyat jelata. Ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan negeri menjual tanah milik negeri kepada pemaju-pemaju untuk dibina beberapa buah banglo mewah saja.
Sebagai kerajaan bagi sesebuah negeri, Acik rasa bahawa kebajikan majoriti rakyat adalah lebih wajar diutamakan daripada mengaut keuntungan RM bilion melalui penjualan tanah milik negeri kepada pemain hartanah, semata-mata kerana ingin menglangsaikan dengan segera hutang negeri kepada pusat.
.
Wallahualam.
.
Lain-lain PenCERAHan yg relevan
.
PH akui 100 hari tak cukup … .. .
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/345260/pakatan-harapan-akui-100-hari-memang-tak-cukup
.
Janji ditepati
https://4uni2c.com/2018/05/10/pru14-janji-ditepati/
.
SENARAI PenCERAHan2 yg relevan
https://4uni2c.com/2018/04/15/pru14-pencerahan2-yg-relevan/
.
PenCERAHan terkini ⬇️
.