PRU14 : Lompat parti haruskah ?

.

.

Lompat parti ada suatu pengkhiatan kepada amanah pengundi

.
.
Walaupun PRU14 telah selesai dilaksanakan pada 2018 Mei 09 yang lepas, namun keputusannya macam masih belum muktamad lagi. Rakyat belum tahu berapa sebenarnya bilangan kerusi parti yang memerintah dan berapa pula bilangan kerusi pembangkang.

Kalau masa keputusan diistiharkan dahulu PH dapat 122 kerusi parliamen, manakala bukan PH dapat 100 kerusi, namun beberapa hari kemudian bilangan tersebut sudah berubah. Bilangan kerusi PH bertambah, sebaliknya bilangan kurusi bukan PH mengurang.
.
Apakah perubahan tersebut suatu fenomina yang baik bagi sesebuah negara demokrasi ?
.
Bagi Acik ia bukanlah suatu fenomina yang positif, tetapi sebaliknya. Ia manifestasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem PRU kita. Oleh itu SPR wajar kaji dengan teliti kelemahan yang terdapat dalam.sistem PRU supaya ianya dapat dibaiki segera.
.
Acik percaya bahawa fenomina pemindahan kerusi dari satu parti ke parti yang lain banyak menimbulkan kesusahan bagi memuktamadkan sesuatu keputusan PRU. Kadang-kadang implikasinya amat besar. Contohnya di Sabah, parti yang diistiharkan menang kemudian dikira kalah pula. Sedangkan pelantikan Ketua Menteri dari wakil parti tersebut telahpun dilakukan dengan sah.

Pemindahan kerusi dari satu parti ke parti yang lain sebenarnya tidak adil kepada pengundi. Ia adalah suatu pengkhiatan kepada majoriti pengundi.

Sebagai contoh, ada dua parti saja yang bertanding dalam satu PRU, iaitu parti 🌸 (bunga) dan parti 🦋 (rama-rama). Selepas pengiraan undi, parti 🦋 telah mendapat 5 kerusi mengatasi parti 🌸. Tiba-tiba 3 kerusi dari parti 🦋 berpindah ke parti 🌸. Implikasinya ialah parti 🌸 akhirnya dinobatkan sebagai pemerintah, sedangkan hakikatnya parti yang mendapat undi majoriti dalam PRU berkenaan ialah parti 🦋
.
Dalam PRU12 dahulu, parti BN telah kalah beberapa kerusi kepada parti PR di negeri Perak. Wakil dari parti PR pun mengangkat sumpah sebagai MB. Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang YB dari parti PR mengistihar diri keluar dan parti PR. Ini

Tindakan mereka itu menyebabkan kerusi majoriti DUN berpindah dari parti PR kepada BN. Maka kerajaan negeri Perak yang dipegang oleh PR pun jatuh ke tangan BN. Sedangkan majoriti rakyat negeri Perak telah memilih parti PR untuk memerintah negeri Perak bukan parti BN.

Oleh sebab lompat parti boleh memberi implikasi negatif yang sangat besar lagi bercanggah dengan aspirasi PRU, maka tindakan lompat parti amat wajar dielakkan dari berlaku. Cara yang paling berkesan bagi mengelakkannya dari berlaku ialah dengan menggunakan kuasa undang-undang. Ia termasuk mengharamkan lompat parti dan mengenakan hukuman yang berkesan terhadap “katak” yang melompat itu.

Usaha untuk menapis bakal-bakal calon juga perlu dilakukan agar calon-calon yang berisko lompat parti tidak dinamakan sebagai calon PRU. Malah parti yang menamakan calon berkenaan bagi mewakilinya juga wajar turut dihukum jika sekiranya beliau lompat parti.

Lompat parti telah menjadi satu fenomina selepas setiap PRU. Ia adalah berpunca dari satu precedence. Suatu ketika dahulu, dua orang ADUN Kelantan telah lompat parti. Mereka itu berasal dari parti UMNO tapi meninggalkan UMNO untuk bertanding sebagai colon sebuah parti pembangkang.

Namun setelah mereka menang PRU tersebut sebagai ADUN pembangkang, mereka telah melompat masuk semula ke dalam UMNO. Bersama-sama mereka ialah kerusi DUN berkenaan yang masih melekat di punggung masing-masing.
.
Lantaran itu speaker DUN Kelantan pun segera mengistiharkan bahawa kerusi DUN berkenaan sebagai telah kosong. Dengan kerjasama penuh pihak SPR maka PRK pun diadakan. Kedua-dua “katak politik” tersebut terut bertanding. Kali ini mereka sebagai calon UMNO.

Keputusan PRK telah mengecewakan mereka dimana kedua-dua mereka telah kalah. Keputusan tersebut mengesahkan kepada rakyat bahawa pengundi-pengundi mengundi bukan kerana sosok calon, tetapi kerana parti yang mereka wakili.

Sepatutnya peristiwa kekalahan dua ekor “katak” tersebut dalam PRK itu dijadi precedence. Dengan precedence rersebut maka tidak akan membiaklah “katak-katak politik” di masa-masa akan datang.

Malangnya, peristiwa lompat parti itu tak tamat setakat itu saja. Sebaliknya kedua-dua “katak” tersebut telah berjaya mendapat keputusan mahkamah bagi membatalkan keputusan PRK itu serta mengembalikan mereka ke kerusi DUN yang mereka menangi dalam PRU yang lepas. Inilah rupa-rupanya yang menjadi precedence.

Precedence yang Acik maksudkan ialah bahawa melompat parti adalah dibenarkan. Dengan ertikata lain, lompat parti tidak menjejaskan status seseorang YB sebagai ADUN maupun MP. Jadi apa yang berlaku pasca PRU14 bukanlah amalan baru.
.

.bersambung …. .

.

Forum Lompat Parti

https://scontent.fkul6-1.fna.fbcdn.net/v/t42.9040-4/10000000_1616336191797603_4917005614183350272_n.mp4?_nc_cat=0&efg=eyJ2ZW5jb2RlX3RhZyI6InNkIn0%3D&_nc_eui2=AeHqs5ojaQkbWM2j-NVUpjvWkk-3-VM467CpCY2hIfElZ3NN0OfFuI829sulWfpqp-dxAhpvh33SB5Te7EGZworeawJzDf-doQgmzlOBRtawRQ&oh=3273075246dc25a72e2e341fb418d8c9&oe=5AFEC581

.

Advertisements

~ by OPajar on 2018/05/14.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: