Politik: Angkara lompat parti

2020 Feb 27 (Kha)

Anti-hopping law is very urgently required for a long term political stability

🇲🇾 Rakyat seluruh negara kini sedang “menikmati” hasil tanaman yang disemai ketika era PM4 dahulu. What we are reaping now, is what we had sowed before. Apa yang kita sedang tuai sekarang ini adalah apa yang kita telah semai suatu ketika dahulu.

Bagi Acik punca utama mengapa boleh berlaku kemelut politik seperti sekarang ini ialah kerana YB-YB kita dihalalkan menipu pengundi. Adakah dakwaan Acik ini betul, dan kalau betul apa modus operandinya ❓
.
Jawapannya “ya betul ❗Dan caranya pun amatlah mudah ” . Semasa nak bertanding dalam PR (Pilihan Raya), jadilah calon bagi mewakili parti kita. Lepas menang dan mendapat status YB, tinggalkan saja parti tersebut. Kerusi bisa dibawa bersama ke mana-mana saja sebab halal berbuat demikian. Samada untuk join parti lawan ataupun nak jadi YB bebas. Samada dengan hati yang ikhlas maupun bagi mendapat habuan yang amat lumayan, susah nak dipertikaikan.


Kalau mengikut akal yang rasional tindakan lompat parti tak patut dilakukan pun. Namun realitinya, ia telah berlaku. Bukan sekali dua saja bahkan berulang-ulang kali ia dilakukan. Adakah ianya telah menambahkan kebaikan kepada rakyat ❓ Jauh panggang dari api. Sebalik dah banyak menyusahkan kita semua.

Tetapi kenapa tidak dipinda peraturan berkenaan yang kini terbukti membawa mudharat besar kepada negara. Jawapannya ialah kerana ia masih memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu yang menguasai kerajaan. Malah tujuan undang2 itu diwujudkan dahulu pun adalah supaya dapat digunakan bagi mengekalkan kuasa politik parti yang memerintah.
.

⬇️ Selingan ⬇️

Arwah TGNA telah pun menjangka, kemelut politik yg serius macam skrg akan berlaku

Seingat-ingat Acik, lompat parti dihalalkan berdasarkan satu preceden yang diwujudkan semasa era PM4 dahulu. Ianya diwujudkan demi kepentingan parti pemerintah (pusat) ketika itu. Kelantan ketika itu baru saja jatuh ke tangan pembangkang.

Dua orang ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang telah menang sebagai YB pembangkang telah kembali ke pangkuan UMNO, parti asal mereka. Speaker DUN Kelantan pun mengistiharkan bahawa kerusi kedua-dua DUN (Dewan Undangan Negeri) berkenaan telah kosong. Lalu diadakan PRK (Pilihan Raya Kecil) di kedua-dun DUN tersebut.
.
Kedua-dua ahli UMNO itu telah turut bertanding dalam PRK berkenaan. Kali ini mereka sebagai calon UMNO pula. Malangnya, kedua-dua mereka telah kecundang. Ini membuktikan bahawa mereka menang dahulu bukan kerana faktor peribadi tapi kerana parti yang mereka wakili.

Mungkin atas nasihat parti mereka maka perkara kekalahan mereka dalam PRK berkenaan itu dibawa mahkamah. Akhirnya mahkamah memulangkan kerusi DUN kepada mereka dengan memutuskan bahawa PRK adalah tidak perlu kerana keputusan PR yang dahulu masih dikira sah

Justifikasi yang digunakan ialah kerana tidak ada undang-undang yang melarang mana-mana YB daripada meninggalkan parti yang diwakilinya, selepas menang dalam PR. Maka kes ini pun menjadi satu preceden pilihanraya di Malaysia sehingga sekarang. Namun mengikut pendapat Acik preceden itu adalah satu preceden yang buruk kerana ia mencabul sistem demokrasi Malaysia.

Berikutan preceden tersebut maka wujudlah istilah wakil mahkamah dalam DUN Kelantan. Sebelum itu hanya wakil rakyat saja yang bersidang dalam DUN Kelantan. Tetapi selepas wujudnya preceden lompat parti tersebut yang turut sama bersidang ialah dua orang wakil mahkamah.

Sejak tindakan YB meninggalkan parti yang diwakilinya dihalalkan, maka politik Malaysia mula menjadi keliru dan haru biru. Parti yang mendapat majoriti undi dalam PRU belum jamin akan menjadi pemerintah. Contohnya di Perak satu ketika dahulu dan di Sabah dalam PRU14 yang lepas. Ini ada Acik sentuh dalam PenCERAHan ini ⬇️

https://4uni2c.com/2018/05/15/pru14-lompat-parti-haruskah/

Berdasarkan angkara angkara buruk yang timbul berpunca dari tindakan lompat parti, adakah wajar untuk kita terus mengHALALkan tindakan lompat parti ❓

Adalah tersangat wajar suatu peraturan undang-undang dibuat dengan seberapa segera yang boleh, bagi mengharamkan tindakan lompat parti di kalangan AP (MP) maupun ADUN. Jika mana-mana YB meninggalkan parti yang diwakilinya, maka dengan sendirinya kerusi politik (DR/DUN) yang didudukinya itu diistiharkan kosong.
.

Wallahua’lam 🌹

Akta anti lompat parti perlu disegerakan https://harakahdaily.net/index.php/2018/12/13/akta-anti-lompat-parti-perlu-disegerakan/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Lompat parti haruskah https://4uni2c.com/2018/05/15/pru14-lompat-parti-haruskah/

Time is right for anti-hopping law https://www.google.com/amp/s/www.nst.com.my/node/445557/amp

Rasuah: Salah Siapa ❓ https://4uni2c.com/2017/08/27/rasuah-salah-siapa/

Mad politics https://4uni2c.com/2018/05/05/pru14-mad-politics/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

Lawyer Siti Kasim

~ by OPajar on 2020-02-27.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: