PRU14 Pasca: Antara ECRL & Proton

Gambar hiasan sahaja

.

2018 Jun 01

PRU14 Pasca: Antara ECRL & Proton

🇲🇾 Dalam kempen politik menjelang PRU14 yang lepas, PH berjanji akan membatalkan projek ECRL jika sekira ia berjaya menggantikan BN sebagai pemerintah. PH mendakwa bahawa projek itu adalah satu pembaziran duit rakyat. Ia juga akan membebankan generasi akan datang dengan hutang yang sangat besar yang tak mampu dibayar balik.

Kononnya negara sekarang belum mampu membiayai projek mega tersebut. Ini kerana hutang negara sekarang telah melebihi RM satu trilion. Sekali gus meletakkan negara di ambang kebankrapan mengikut kepercayaan pemimpin-pemimpin PH. Lagi pun mengikut tanggapan mereka, rakyat pantai timur belum memerlukan lagi kemudahan ECRL itu.

Walaubagaimana pun, setakat PenCERAHan ini ditulis, PM belum lagi membuat kenyataan tentang pembatalan projek ECRL itu. Yang dibatalkan ialah prrojek MRT3 dan HSR (High Speed Railway) antara Singapura dan Kuala Lumpur dan LRT ke Kelang. Mudah-mudahan projek ECRL itu diteruskan sehingga ianya siap sepenuhnya.

Acik percaya bahawa majoriti rakyat ingin melihat projek ECRL itu diteruskan hinggalah ia beroperasi sepenuhnya. Bagi Acik yang pernah tinggal di Kelantan, Acik melihat projek ECRL berpotensi besar menjadi faktor penting yang menyumbang kepada pembangunan pesat negeri-negeri pantai timur itu.

Jika projek Kereta Nasional (Proton) merupakan legasi kebanggaan PM Malaysia Keempat, maka ECRL pula adalah legasi kebanggaan PM Malaysia Keenam satu hari nanti. Kedua-dua projek tersebut adalah bagi memberi kemudahan pengangkutan yang selesa kepada seluruh rakyat Malaysia, sesuai dengan era masing-masing.

Ketika projek kereta Proton itu hendak dilaksanakan oleh PM Malaysia Keempat dalam tahun 80an dahulu, banyaklah pihak yang mempertikaikan “viability” projek tersebut. Ahli-ahli akademik misalnya, ramai yang “skeptical” terhadap kemampuan projek tersebut mencapai objektifnya. Apakah objektif yang ingin dicapai oleh projek tersebut, Acik sendiri pun masih rabun terhadapnya. Cuma yang Acik mampu teka ialah untuk menjana keuntungan besar buat negara tercinta.

Pendekata, projek tersebut telah tidak mendapat sokongan daripada banyak pihak. Namun, oleh sebab projek Kereta Nasional itu adalah idea tulen orang nombor satu negara, maka ianya dilaksanakan juga akhirnya.

Sebaik saja Proton dilahir dan dipasarkan, harga kereta baru (brand new) di dalam negara naik mendadak. Kereta import di bawah RM 17k tiada lagi dalam pasaran tempatan. Pada hal sebelum lahirnya kereta nasional pertama itu, bermacam-macam jenama kereta import yang rakyat boleh beli dengan harga di bawah RM 15k. Itulah “nikmat” segera yang dapat dikecapi oleh rakyat dari projek kereta nasional.

Kini projek kereta Nasional itu telah berumur lebih dari 30 tahun. Kalau sesebuah syarikat itu mampu hidup begitu lama, maka sudah tentulah syarikat tersebut sebuah “entity” perniagaan yang berjaya menjana keuntungan yang berterusan. Namun bagi Proton, ianya tidaklah sama begitu. Proton dapat terus hidup adalah atas pergantungan kepada suntikan dana oleh kerajaan, secara berterusan.

Jika projek ECRL diteruskan juga hingga siap dan beroperasi, mustahilkah negara tak akan terpaksa menanggung beban kewangan sepertimana yang dialami oleh projek Kereta Nasional itu ?

Pemikir ekonomi ada yang menyokong dan ada juga yang tidak menyokong projek ECRL itu. Masing-masing mereka mempunyai hujah-hujah yang rasional. Mungkin juga ada di kalangan mereka yang dahulunya tidak menyokong projek Kereta Nasional tetapi terhadap projek ECRL disokongnya pula. Begitulah juga sebaliknya.

Acik adalah antara yang tidak menyokong projek kereta Nasional tetapi sangat menyokong projek ECRL. Tentulah ada justifikasinya yang membuat Acik berpendirian demikian. Jika pandangan Acik tak sama dengan pandangan anda (pembaca) maka ia janganlah pula menjadi alasan untuk kita bermusuhan selepas ini ya…..

Latar belakang pendidikan Acik ialah dalam bidang ekonomi dan pentadbiran. Mungkin sebab itu kut maka Acik lebih utamakan faktor ekonomi dari faktor-faktor yang lain. Dari sudut ekonomi, Acik tak nampak industri pembuatan kereta itu sesuatu yang wajar diutamakan oleh negara kita waktu itu. Yang patut diutamakan ialah industri berasaskan pertanian.

Acik lihat petani-petani di Malaysia majoritinya adalah bangsa Melayu. Dan majoriti mereka adalah miskin. Padahal merekalah yang menghasilkan sumber makanan yang semua rakyat Malaysia memerlukannya.

Begitu juga dengan warga nelayan. Acik sendiri membesar di sebuah kampung nelayan. Tidak ada nelayan pun yang hidupnya senang di kampung itu. Hampir semuanya adalah Melayu. Waktu itu hasil laut adalah sumber utama protein kepada majoriti rakyat. Protein amat penting bagi menghasilkan zuriat yang cergas dan cerdik. Oleh itu warga nelayan juga wajar mendapat habuan ekonomi yang setimpal dengan sumbangan penting mereka kepada rakyat jelata.

Sedangkan industri pembuatan kereta yang diceburi oleh kerajaan tidak nampak relevannya dengan sektor penghasilan sumber makanan. Maksud Acik, ia tidak menyumbang kepada usaha peningkatan taraf sektor pertanian serta nelayan, yangmana majoriti pemainnya ialah orang Melayu yang miskin.

PM ketika itu pernah membuat perbandingan antara sektor pertanian dengan sektor perkilangan. Katanya, jika sebidang tanah digunakan untuk pertanian, pendapatan yang diperolehi tidaklah banyak. Tetapi jika di atas tanah yang sama dibina sebuah kilang, maka pendapatan yang dapat dijana di atas tanah yang sama adalah jauh lebih besar.

Pendapat beliau itu memanng sangat rasional. Pendapatan yang dijana oleh kilang tersebut sudah tentu berganda-ganda lebih banyak berbanding dengan nilai hasil pertanian. Maka benarlah katanya lagi, bahawa adalah lebih untung mengimport makanan dari negara luar dari menghasilkannya sendiri.

Semua kita tentu boleh terima logik hujah bahawa adalah “lebih baik meimport sesuatu produk itu jika sekiranmya ia lebih murah dari menghasilkannya sendiri”. Namun bagaimana pula dengan penghasilan kereta Nasional. Bukankah ia lebih mahal dari kereta yang diimport ?

Jika projek kereta Nasional yangmana pakar ekonomi rata-rata tidak percaya bahawa ia mampu menjana keuntungan, tapi masih juga dilaksanakan oleh kerajaan, mengapa pula terhadap projek ECRL nak diskriminasikan ? Sedangkan projek ECRL menjanjikan munafaat yang besar kepada negara dan generasi akan datang.
.
Bagi Acik adalah tidak benar sama sekali kepercayaan bahawa projek ECRL akan menyumbang kepada keruntuhan ekonomi negara atau membankrapkan negara. Malah sebaliknya, membatalkan projek tersebutlah yang akan membawa padah kepada ekonomi negara.
.
Setiap PM ingin meninggalkan legasi positif masing-masing. Maka PM ke-6 pun tentulah tak nak ketinggalan. PM keempat telah pun meninggalkan banyak legasi positifnya. Antaranya ialah Proton, KLCC, Puterajaya, KLIA dan LRT (STAR & Putra).

PM ke-6 pun juga telah meninggalkan legasi positifnya yang berupa MRT, KLIA2, UTC, RTC, BR1M, PR1MA, Kelinik1M dan ETS. Jadi apa salah jika ECRL juga dijadikan satu lagi legasi positif beliau ?

Acik percaya bahawa selain Acik, ramai lagi rakyat yang “appreciative” terhadap segala jasa-jasa yang telahpun di-“deliver” oleh PM ke-6 itu. Jika rakyat rata-rata sanggup “to forgive & forget” segala legasi PM ke-4 yang negatif, mengapa mereka tidak sanggup berbuat demikian kepada semua legasi PM ke-6 yang negatif ?

Adakah “diskriminasi” itu satu produk keadilan baru yang wujud di era PH memerintah ?

.

Wallahualam.

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan

.

ECRL : Kenapa kompeni China

https://4uni2c.com/2017/08/23/ecrl-kenapa-kompeni-china/

.

ECRL : Pemangkin kemajuan pantai timur SM

https://4uni2c.com/2017/08/12/ecrl-pemangkin-kemajuan-pantai-timur-sm/

.

PenCERAHan terkini ⬇️

http://www.4uni2c.com

Advertisements

~ by OPajar on 2018/06/01.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: