Kesihatan : Rakyat Malaysia amat bertuah ?

Kesihatan adalah asset yang sangat penting.

2018 Julai 05 (Khamis)

Rakyat Malaysia patut rasa sangat bertuah dan bersyukur beroleh PM (Perdana Menteri) dan TPM (Timbalan Perdana Menteri) yang sekarang. Bertuah kerana kedua-dua mereka adalah doktor perubatan.

Biasanya orang yang ahli di dalam sesuatu bidang adalah orang yang paling mahir dalam bidang berkenaan. Oleh sebab itu, sangatlah wajar jika orang yang mahir dalam bidang tersebut dijadikan sumber nasihat atau pertolongan yang relevan dengan bidang tersebut.

Kebanyakan kita mengakui bahawa faktor yang paling utama dalam hidup kita ialah kesihatan. Tanpa status kesihatan yang baik kita tidak dapat hidup sempurna. Oleh sebab itu, orang yang kaya akan sanggup mengorbankan harta bendanya untuk “membeli” kesihatan. Ataupun, untuk “menebus” kesihatan yang telah tergadai (hilang) akibat suatu kemalangan, atau suatu jenis panyakit yang menimpa.

Acik percaya bahawa individu yang paling sensitif terhadap faktor kesihatan ialah pakar perubatan yang bergelar doktor. Malangnya, untuk menjadi seorang doktor bukannya senang. Ia mestilah seorang pelajar yang pintar. Selain pintar beliau juga kena cukup berdisiplin. Acik kata begini kerana seorang dari anak Acik adalah juga seorang penuntut perubatan dia UIA beberapa tahun dahulu. Jadi Acik boleh bandingkan beliau dangan anak-anak Acik yang bukan penuntut perubatan di beberapa universiti yang lain.

Bukan saja ketika masih menuntut seseorang doktor itu perlu cukup berdisiplin untuk lulus kursus perubatan yang diikutinya, malah disiplin yang lebih tinggi juga perlu bila dah mula bertugas.. Ada juga penuntut perubatan yang tidak mampu patuh kepada disiplin doktor lalu memilih bidang kerjaya lain selepas mencapai ijazah dalam bidang perubatan.

Acik sangat “admire” individu yang mampu menjadi seorang doktor atas faktor-faktor di atas. Bila dah tua macam Acik ini, kehadiran doktor amat terasa pentingnya. Ketika muda dahulu Acik amat jarang berjumpa doktor. Tapi kini setiap 3 bulan sekali mesti berjumpa doktor.

Kos perubatan adalah satu elemen penting bagi semua rakyat. Jika kerajaan tidak menyediakan rawatan perubatan percuma kepada rakyat, maka sudah pasti rakyat akan menderita. Oleh itu, kerajaan yang pentingkan kesejahteraan rakyat akan berusaha besungguh-sungguh untuk meningkat mutu rawatan perubatan percuma kepada rakyat.

Sebaliknya kerajaan yang kurang peduli terhadap kebajikan rakyat akan hanya membiarkan pihak swasta menawarkan rawatan perubatan kepada rakyat. Oleh sebab kesihatan adalah terlalu penting, maka rata-rata rakyat akan sanggup bergadai golok untuk membayar rawatan perubatan. Tanpa adanya kemudahan perkhidmatan perubatan yang cukup yang disediakan oleh kerajaan, maka rakyat terpaksalah bergantung kepada kemudahan perubatan yang ditawarkan oleh pihak swasta. Ini akan membuka peluang yang luas kepada pihak swasta untuk menangguk di air keruh. Sedangkan pesakit pula adalah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Sebagai pesara warga emas, Acik harap kerajaan tidaklah kedekut untuk berbelanja lebih demi kesihatan setiap rakyat. Usaha kerajaan kearah menyediakan rawatan perubatan percuma sangatlah wajar diteruskan. Janganlah pula mistik yang mengatakan bahawa negara boleh bankrap akan mendorong kerajaan baru PH mengswastakan perkhidmatan perubatan. Kononnya, dengan kaedah pengswastaan itu kerajaan tidak perlu lagi berbelanja besar. Maka dengan sendirinya negara akan selamat dari bencana bankrap.

Betulkan sebuah negara boleh bankrap jika menyediakan perkhidmatan–perkhidmatan percuma kepada rakyat, termasuk rawatan perubatan ?

.

Bersambung … ..

Advertisements

~ by OPajar on 2018/07/05.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: