Wajarkah PM bawa mulut ?
Video klip di atas adalah ucapan PM di negara Brunei, jiran Malaysia.
2018 Sept 04
Acik rasa agak sedih selepas menonton klip video di atas. Sebagai seorang warganegara Malaysia, Acik rasa apa yang negatif tentang Malaysia biar tidak disebarluaskan kepada dunia luar. Lebih-lebih lagi oleh seorang yang menjadi pemimpin tertinggi negara. Walaupun tiada ada undang-undang yang mengharamkan rakyat Malaysia dari berbuat demikian, namun Acik rasa ia adalah tindakan yang agak negatif dari sudut moral.
Pemimpin tertinggi bagi sesebuah negara adalah individu yang amat dihormati. Bukan saja di dalam negari, bahkan di luar negara. Itu sebabnya maka beliau diberi gelaran Yang Amat Berhormat. Segala perbuatan dan cakapan beliau akan menjadi pemerhatian dan ikutan bagi ramai orang. Walaupun tak 100% rakyat setuju 100% dengan tindakan dan ucapan beliau, namun majoriti rakyat akan setuju dengan beliau. Malah ramai pula yang akan menjadikan “precedent” segala tindakan dan ucapan beliau itu.
Bawa mulut adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Itu berdasarkan makna literalnya. Mana ada orang yang berjalan tanpa membawa mulutnya atau meninggalkan mulutnya di rumah atau di mana-mana. Jadi bawa mulut yang dimaksudkan dalam PenCERAHan ini ialah sebuah peribahasa.
.
Peribahasa bawa mulut mengandungi makna khusus, iaitu menceritakan sesuatu yang berunsur negatif mengenai seseorang individu atau pihak kepada pihak lain. Ia mungkin sama dengan mengumpat. Iaitu mendedahkan keaiban orang lain walaupun dengan cerita-cerita yang sebenar. Cuma individu berkenaan (mangsa umpatan) itu tak redha orang lain tahu akan keaibannya itu.
Manakala fitnah pula adalah menggunakan fakta-fakta palsu (bohong) yang direkacipta bagi tujuan memudaratkan maruah orang yang dibenci atau dimusuhinya. Fitnah tentulah lebih zalim dari mengumpat. Namun kedua-duanya adalah perbuatan yang terkutuk di sisi agama maupun moral. Walaubagaimana pun, ada juga agamawan yang mendakwa bahawa mendedahkan kesalahan penguasa yang zalim adalah harus malah digalakkan demi menyelamatkan rakyat dari menjadi mangsa kezaliman penguasa berkenaan. Wallahualam.
Berbalik semula tentang kandungan klip video di atas, Acik sendiri pun turut rasa tersinggung. Acik dahulu pun penjawat awam juga walaupun bersama sebuah badan berkanun saja. Jadi, kalau penjawat awam dituduh tidak setia kepada kerajaan secara pukal (borong), maka sedikit sebanyak perasaan Acik terusik juga. Jika pesara macam Acik pun boleh merasa kecil hati, apakah penjawat-penjawat awam yang sedang berkhidmat sekarang tak rasa apa-apa ?
.
Berdasar kepada prinsip profesionalisma, penjawat awam adalah bertanggungjawab untuk patuh dan setia kepada kerajaan semasa. Perkhidmatan awam adalah satu dari tiga komponen yang membentuk kerajaan bagi sebuah negara demokrasi.
Dua lagi komponen lain ialah parti pemerintah dan parti pembangkang. Tanpa parti pembangkang, maka kerajaan itu tidak layak dikategorikan sebagai kerajaan demokrasi. Dengan kata lain, salah satu dari ciri-ciri penting bagi sesebuah kerajaan demokrasi ialah adanya penyertaan parti pembangkang dalam kerajaan.
PRU14 dah pun berlalu hampir 4 bulan. PH menjadi pemerintah adalah realiti, bukan lagi mimpi. BN dah pun dihukumi rakyat dengan pemecatan dari tahta kekuasaan. Kalaulah rakyat belum tahu segala kemungkaran BN menjelang PRU14 dulu, mungkin BN masih kekal memerintah.
.
Sekarang rakyat nak lihat pula tindakan positif kerajaan baru PH dalam mengatasi segala kerosakan yang ditinggalkan BN. Rasa Acik tak perlulah lagi nak mendedahkan dalam-dalam sangat segala kesalahan BN dahulu. Ini hanya membuang masa PH saja. Masa yang ada biarlah digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan usaha-usaha pembaikan ke atas segala kemusnahan yang diwarithi dari BN.
Bertindaklah pantas tanpa mambazir masa dan sumber-sumber yang ada. Terus mengutuk BN, bukannya boleh meningkatkan prestasi PH. Malah mungkin akan menjadi “counter productive” apabila rakyat mula naik meluat kepada segala tudahan yang tak sudah-sudah itu.
.
.
Wallahua’lam
Mendedahkan kegagalan pesaing kita, tidak akan meningkatkan kejayaan kita. Sebaliknya, akan hanya mempamirkan kelemahan dan akhlak buruk kita.
.
.
Lain-lain PenCERAHan yg relevan:
.
Janji (PRU14) diCAPATI
https://4uni2c.com/2018/10/14/politik-janji-dicapati/
.
PenCERAhan terbaru
http://www.4uni2c.com
.
.