PRK PD: Mampukah pembangkang menang ?

Rakyat mulai meluat kepada nepotisma

Error
This video doesn’t exist

2018 Okt 01

Bagi Acik jawapan bagi soalan di atas adalah rengkas iaitu “ya”. Sebab apa Acik berkata demikian, ikutilah hujah-hujah berikut. Namun perlu diingatkan bahawa, sesuatu itu boleh berlaku bukanlah semestinya kerana ia wajar berlaku. Kewajaran itu adalah salah satu faktor saja yang menyebabkan ia boleh berlaku. Maka apa yang boleh berlaku mengikut persepsi Acik, mungkin sebaliknya mengikut persepsi anda dan majoriti pengundi Port Dickson.

Point pertama Acik ialah ramai rakyat dah mula benci kepada nepotisma. Jadi mereka akan menolak amalan yang boleh menyuburkan nepotisma. Kalau nak ikutkan, nepotisma memang pun telah ketara wujudnya dalam sistem politik kita. Sebagai contoh kita ada YB Lim Kit Siang sebagai AP (Ahli Parlimen). Turut bersama beliau ialah anak dan menantu beliau. Kita juga ada YAB Tun DM dan bersama beliau ialah anak beliau YAB MB Kedah. Dan kita juga ada YAB TPM dan bersama beliau ialah YB Permatang Pauh.

Kalau ada sesiapa nak menyangkal dakwaan Acik tentang amalan nepotisma ini, silalah. Namun bagi Acik nepotisma tetap telah menjadi fenomina dalam politik negara kita. Samada ia berlaku secara kebetulan atau dirancang, maka itu persoalan lain. Ia ibarat tersentuh najis. Samada sengaja atau pun tidak, anggota yang tersentuh najis itu tetap kotor.

Bukankah DSAI itu suami kepada YAB TPM ❓ Bukankah DSAI juga ayahanda kepada YB Permatang Pauh ❓ Maka jika sekiranya DSAI juga masuk Parlimen sebagai AP baru, sudah tentu nepotisma menjadi bertambah ketara dalam Parlimen negara kita.
.
Jika ada pula orang bertanya, “apa salahnya nepotisma❓” kepada Acik, maka Acik tiada jawapan yang menyakinkan untuk si penanya. Cuma Acik percaya bahawa nepotisma itu tak baik. Jika sekiranya nepotisma itu baik maka sudah tentu Saidina Omar Al Khattab r.a. tidak melarang anak beranak beliau dari dilantik sebagai pemimpin. Sedangkan baginda bukanlah calang-calang ahli politik ketika itu.
.
Malah sekiranya diamati dengan teliti, nescaya kita akan dapati bahawa kemungkinan akan berlakunya amalan pilih kasih atau diskriminasi adalah tinggi natijah daripada amalan nepostisma. Kemudian dan seterusnya akan tercetus pula politik berpuak-puak berdasarkan hubungan kekeluargaan. Akhirnya process membuat dan meluluskan sesuatu keputusan menjadi rumit dan memakan masa yang lama.

Point kedua bagi Acik, adalah faktor calon yang menjadi wakil kepada parti pemerintah. Sejarah hidup beliau yang penuh dengan kontrovesi itu amat membimbang banyak pihak. Bukan kata pihak pembangkang saja yang bimbang, bahkan Acik percaya, dikalangan ahli dan penyokong parti PH pun ramai yang turut bimbang.

Kalau nak kata beliau adalah seorang bekas banduan pun tak siapa yang boleh menafikannya. Sebab, hakikatnya dan rekodnya memang begitu. Sekali pun dapat dibuktikan (melampaui keraguaan) bahawa beliau sebenarnya tak bersalah, tetapi telah menjadi mangsa penganiayaan yang tulen, namun status beliau sabagai bekas banduan tetap kekal. Dan siapa pula yang menganiayai beliau hingga mengakibatkan beliau pernah dipenjarakan. Kata peribahasa kalau ada asap tentu ada apinya, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

Dengan perkataan lain, mahu tidak mahu, suka tidak suka kita tetap kena menerima hakikat bahawa beliau adalah seorang individu yang amat kontrovesi. Beliau berpotensi mencetuskan masalah yang kompleks kepada kerajaan PH nanti. Ini bukan saja menyusahkan kerajaan PH bahkan akan merugikan seluruh rakyat Malaysia.

Antara faktor-faktor yang membuat calon PH menjadi individu yang sangat kontroversi ialah dakwaan-dakwaan terhadap beliau berhubung dengan akhlak beliau. Contohnya dalam klip-klip video (youtube) berikut ⬇️⬇️

https://youtu.be/_MsPrQgsuUM

.

https://youtu.be/AYIXDiQpN2U

.

Point ketiga Acik ialah kehadiran calon-calon pembangkang yang bersih rekod peribadi masing-masing. Contohnya calon PAS dan calon Parti Rakyat. Penyertaan mereka memberi alternatif kepada pengundi-pengundi PD untuk memilih AP mereka, selain dari calon PH.

Kewibawaan calon PAS itu khususnya, agak memikat bagi ramai pengundi-pengundi PD berbanding dengan calon PH. Penjawat-penjawat awam sangat menghormati anggota tentera bukan saja kerana mereka berdisiplin, malah mereka patuh kepada ketua dan organisasinya. Lebih-lebih lagi seorang yang bersara sebagai pegawai tentera yang agak tinggi pangkatnya.

Penglibatan bekas-bekas pegawai pasukan keselamatan (samada tentera atau polis) dalam arena politik negara agak penting. Yakni, jika tak menjadi anggota kabinet pun sekurang-kurangnya sebagai Ahli Parlimen. Di Indonesia misalnya, peranan mereka dalam politik agak dominan. Begitu juga di negara Thai dan negara-negara jiran yang lain. Oleh itu elok sangat jika calon PAS dipilih oleh pengundi-pengundi PD sebagai wakil mereka di Parlimen.
.
Bagi Acik, pengundi-pengundi PD mempunyai tanggungjawab yang amat penting bagi mencorakkan warna politik Malaysia. Melalui PRK Okt 13 nanti, mereka mampu memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin politik atasan bahawa kuasa pemerintahan adalah sebenarnya hak rakyat. Ia bukan hak mana-mana individu. Apa lagi calon AP yang rekod peribadinya sangat kontroversi.
.
Acik ingin mencadangkan kepada SPR supaya menggubal undang-undang bagi menghentikan “political move” seperti yang sedang berlaku di PD sekarang. Cukuplah dengan Permatang Move, Kajang Move dan PD Move ini. Lebih-lebih lagi move yang melibatkan individu yang sama.

Biarlah PD move ini merupakan move terakhir yangmana tiada lagi move lain selepas ini. Setiap PRK bukannya murah kosnya. Perbelanjaan yang tak sepatutnya berlaku terpaksa dilakukan. Khabarnya, bagi PD move kerajaan terpaksa peruntukkan RM3.6 milion. Itu baru pengorbanan dari pihak kerajaan. Bagaimana pula dengan pengorbanan oleh rakyat yang terlibat dalam proses perlaksanaan PRK tersebut.
.
Apakah benar bahawa seseorang itu boleh jadi terlalu “indispensable” dalam pesada politik negara hingga “by hook or by crook” beliau wajib dijadikan seorang AP atau menteri ? Janganlah sampai rakyat dijadikan seperti kuda tunggangan untuk membawa seorang politikus yang rakus ke puncak kuasa, semata-mata bagi memunuhi cita-cita besarnya untuk menjadi seorang PM ?

Ayuh pengundi-pengundi PD yang majoritinya telah matang politik dan tidak lagi bodoh. Kalau suatu masa dahulu DSAI telah berjaya mengalahkan PAS di Permatang Pauh, apa salahnya kali ini diberi pula kemenangan kepada PAS. Adilkan ? Mudah-mudahan dengan kekalahan beliau dalam PRK PD nanti, maka DSAI akan insaf akan segala kesalahan dan kesilapan yang pernah beliau lakukan. Bukan saja kepada lawan politik bahkan kepada kawan sendiri.

Ramai juga kawan beliau dalam ABIM dan PAS telah terguris hati apabila dengan tiba-tiba beliau meninggalkan ABIM. Bukan untuk bersama PAS bagi menjayakan aspirasi Islam, tetapi sebaliknya untuk menentang PAS semata-mata demi untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang PM. Majoriti ahli ABIM tahu akan cita-citanya itu kerana itulah yang dijajanya ketika dalam ABIM dahulu.

Wallahuaklam

.

Lain-lainPenCERAHan yang relevan

.

People are not vehicles ⬇️⬇️⬇️

https://daulat4rakyat.wordpress.com/2018/09/13/people-are-not-vehicles/

.

PRK PD: Jika DSAI kalah ? ⬇️⬇️⬇️

https://4uni2c.com/2018/09/16/prk-pd-jika-dsai-kalah/

.

.

~ by OPajar on 2018-10-01.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: