PRK PD: Pengundi bukan kenderaan
Gambar di atas sebagai hiasan saja
2018 Oktober 11
Artikel berikut adalah C & P (Salin & Tampal) dari sebuah mesej WA yang Acik terima baru baru ini. Artikel asalnya adalah dalam bahasa Inggeris. Tapi untuk munafaat pengikut-pengikut blog Acik yang lebih sedap membaca artikel berbahasa Melayu maka Acik terjemahkan dulu ke BM sebelum Acik muatnaikkan ke dalam blog Acik ini.
.
Acik harap artikel ini bukan saja menarik, malah yang lebih penting ialah dapat menjadi pembuka minda. Apabila seseorang memohon bantuan dari kita, maka tolonglah semampu mungkin. Namun, jangan sampai beliau menggunakan kita semaunya untuk mencapai hajatnya semata-mata.
.
Sila baca artikel berikut dengan penuh nikmat .
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
Artikel ini telah tular (viral) melalui Messenger dan Whatsapp …. jika saya pengundi PD saya tentu tahu apa yang patut dibuat.
MARI KITA AJAR KELUARGA ANWAR & PKR satu pengajaran.
Mula-mula diadakan Permatang Pauh Move. Kemudian Kajang Move pula. Sekarang sedang berlaku Port Dickson Move. Apa punya bahan ketawa – sungguh lucu !
Kita wajib ajar keluarga DSAI satu pengajaran. Kita wajib buat mereka insaf bahawa Malaysia ini bukan milik mereka.
Keluarga ini tak sepatutnya mengambil mudah (take for granted) terhadap rakyat – mereka bukanlah bodoh ! Adalah hasil dari usaha gigih rakyat maka kerajaan “kleptokratic” BN telah dinyahkan selepas memerintah 61 tahun. Orang lelaki ini tidak ada kesabaran. Hanya itulah satu-satunya sebab beliau dipecat oleh Tun DM di tahun 90an dahulu. Yang lain-lain tu hanyalah cerita dan sejarah. Untuk berlaku adil kenapa tidak isteri beliau Wan Azizah atau anak perempuan beliau Nurul Izzah yang memberi laluan kepadanya ?
Bukankah itu satu tindakan yang lebih mementingkan diri sendiri (selfish) ? Mengapa keluarga ini khususnya mahu mendominasikan parti dan parliamen ? Adalah rata-rata dirasakan bahawa sekiranya DSAI perlu menjadi AP dengan segera sekali pun, tidak wajar mana-mana AP dikorbankan semata-mata kerana nak buka laluan kepada beliau memasuki parliamen.
AP Port Dickson Danyal Balagopal Abdullah, seorang yang pertama kali menjadi AP itu, mungkin telah dipaksa mengosongkan kerusi AP yang disandang beliau.
Ketika mana negara kita sedang menghadapi krisis kewangan yang belum pernah dirasai dahulu, adakah keperluan untuk membelanjakan beberapa juta ringgit kerana terpaksa menjalankan sebuah PRK ?
Adalah suatu kezaliman dan menjadi bahan ejekan terhadap politik Malaysia. Terutamanya bila dua daripada ahli keluarga beliau sudah menjadi AP.
Warga Malaysia yang berfikiran bijak tak wajar membiarkan mana-mana satu keluarga mendominasikan parti dan kerajaan.
Jika kita biarkan DSAI menang di Port Dickson, dalam masa yang tidak lama nanti kita mungkin akan menghadapi satu senario dimana si suami menjadi PM manakala si isteri adalah TPM. Bukankah itu satu lagi bahan ketawa ?
Seandainya senario sedemikian dipersembahkan oleh keluarga DSAI, maka kita boleh dengan selamat membuat tanggapan bahawa PH tidak akan kekal berkuasa melampaui tahun 2023
.
SEKARANG APA YANG WAJIB KITA LAKUKAN ?
Mari kita semua bekerjasama bagi memastikan DSAI kalah dalam PRK PD nanti.
Dalam PRU14, Danyal memdapat 36,226 undi menentang lawan (BN & PAS) yang medapat 25,109 undi.
Dengan sedikit lagi usaha, kita boleh pastikan bahawa pembangkang akan menang.
.
Kehilangan cuma satu kerusi saja, tak akan mengakibatkan apa-apa perbezaan kepada kerajaan yang memerintah. Namun, rakyat kena ingatkan politikus-politikus yang tidak senonoh itu bahawa rakyat tidak harus diambil mudah (taken for granted). Persatuan Bekas Perajurit (Patriot – penyokong kuat PH) telahlah memberi teguran terhadap Port Dickson Move tersebut.
Biar kita lakukannya.
Wallahualam.
PenCERAHan yg relevan ⬇️
.
PRK PD: Jika DSAI kalah ?https://4uni2c.com/2018/09/16/prk-pd-jika-dsai-kalah/
Jangan suburkan nepotisma https://4uni2c.com/2015/04/27/politik-15428-jangan-suburkan-nepotisma/
.
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com
.
.