ICERD: Acik bukan racist

Walaubagaimana pun Acik menolak ICERD

181103

πŸ‡²πŸ‡Ύ Baru baru ini timbul isu diskriminasi berdasarkan bangsa diwar-warkan dalam media sosial. Seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan supaya kerajaan Malaysia turut menandatangani perjanjian ICERD (International Convention on the Elimination of Racial Discrimination).
.
Selepas membaca dan memahami sedikit sebanyak mengenai treati ICERD, Acik mengambil pendirian tidak menerima treati tersebut. Ini kerana ia bercanggah dengan beberapa peruntukan penting dalam perlembagaan negara kita. Jika kita menerima treati ICERD itu, maka secara tidak langsung ataupun tidak sedar kita telah menyemai hasrat untuk meminda perlembagaan kita supaya ia kompromi atau konfom (conform) dengan aspirasi treati itu.

Walaupun agak ramai juga orang M&B (Melayu & Bumiputera) yang amat ghairah nak menerima treati itu sekalipun implikasinya akan menjejaskan hak mereka sendiri (yangmana telah termaktub dalam perlembagaan kita), itu adalah pilihan mereka. Namun bagi Acik, kerana telah begitu banyak mendapat munafaat dari dasar hak istimewa M&B, maka Acik wajar menentang treati ICERD itu demi mempertahankan hak dan maruah M&B.

Bagi Acik penerimaan ICERD akhirnya akan merugikan orang M&B Malaysia. Bukan sekadar itu saja akibatnya, bahkan ia akan mengundang mala petaka yang lebih besar kepada seluruh negara. Akhirnya semua rakyat Malaysia baik M&B maupun bukan M&B juga yang akan kerugian. Inilah yang pernah berlaku dalam tahun 1969 yangmana ramai daripada jenarasi adik-adik dan anak-anak Acik tidak pernah tahu atau membaca mengenainya.

Bencana yang menimpa negara dalam tahun 1969 itu adalah akibat kegagalan kerajaan Perikatan bertindak secara proaktif menterjemahkan hak keistimewaan M&P yang termaktub dalam perlembagaan ke dalam pelan perlaksanaan (action plan). Kerana kegagalan tersebut, maka jurang perbezaan status ekonomi dan sosial diantara M&B dengan bukan M&B menjadi semakin ketara. Keadaan yang tidak seimbang itu akhirnya mencetuskan peristiwa 13Mei yangmana telah mengorbankan nyawa bukan sedikit rakyat Malaysia.

Mengambil iktibar dari peristiwa merah tersebut, maka barulah kerajaan mula berusaha bersungguh-sungguh bagi membetulkan keadaan yang tidak seimbang itu. Dengannya maka seluruh rakyat telah berjaya hidup dengan aman damai sehingga ke hari ini.

Kata peribahsa Melayu biarlah senget daripada tumpah. Mengekalkan hak keistimewaan M&B adalah ibarat senget, manakala menghapuskannya adalah ibarat tumpah, malah teruk lagi.

Buat pengetahuan semua pengikut blog Acik tentang ICERD maka berikut Acik sertakan keterangan oleh seorang pensyarah undang-undang mengenai ICERD serta implikasinya terhadap orang M&B jika sekiranya kita menerima dan menandatanganinya. ⬇️⬇️⬇️

⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘

πŸ‡²πŸ‡Ύ dari kumpulan WA UM 7376

MEMAHAMI ISU ICERD DALAM 3 MINIT.

Sebagai seorang pensyarah undang-undang antarabangsa yang tiada apa-apa kepentingan politik peribadi, saya, Dr.Yazid terpanggil nak jelaskan isu ICERD ni dalam bahasa mudah:

β€’ Baru-baru ini, seorang menteri mengumumkan bahawa Malaysia akan menandatangani dan membuat ratifikasi treati ICERD dan 5 treati lain pada awal tahun depan.

β€’ Pertama sekali, treati atau konvensyen ni apa? Treati atau konvensyen ni ialah perjanjian antarabangsa. Semua negara di dunia berdaulat dan tak boleh dipaksa untuk mengikut telunjuk negara asing.. kecuali jika negara tersebut menandatangani perjanjian antarabangsa atau treati.

β€’ Contoh mudah ialah Perjanjian Pangkor. Kerana ketua negara dulu tandatangani Perjanjian Pangkor, atuk nenek kita terpaksa akur menerima penjajah Barat sebagai penasihat dan mesti terima semua β€˜nasihat’ dan arahan Barat.

β€’ Contoh lain ialah perjanjian bekalan air dengan Singapura. Pasal lebih 50 tahun dulu sign dan setuju nak bekalkan 1000 gelen air dekat Singapura dengan harga 3 sen, kita terikat dengan treati tersebut dan jadi bahan ketawa. Sebagai bandingan, Hong Kong bayar China antara 4 ke 8 dollar untuk bekalan air sedangkan Malaysia terpaksa bagi kat Singapura dengan harga semurah 3 sen untuk 1000 gelen.

β€’ Bosan dengan treati dan perjanjian zalim, bangsa Melayu bangkit menolak tawaran Malayan Union oleh penjajah kerana Malayan Union akan menghilangkan hak-hak asas orang Melayu selaku tuan rumah dan Islam selaku agama rasmi orang Melayu. Takut dengan kebangkitan Melayu, British akur dan batalkan Malayan Union.

β€’ Sejak Merdeka, Malaysia tidak menandatangani ICERD pasal maklum isu ni panas. Treati ni pada teorinya menolak β€˜diskriminasi kaum’ tapi kita melihat banyak isu provokatif pada treati-treati ini. Contohnya, Malaysia satu-satunya negara yang mendefinasikan kaum menurut agama iaitu kaum Melayu didefinasikan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai orang Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu.

β€’ Malaysia unik kerana mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, menghalang penyebaran agama lain pada orang Islam, mengiktiraf Islam dan hak keistimewaan Bumiputera, biasiswa dan sebagainya. Ini bercanggah dengan semangat ICERD.

β€’ ISU RATIFIKASI. Ramai yang tidak faham isu ratifikasi. Kita kena faham beberapa benda. Pertama, kita tak wajib sign atau terima apa-apa treati tetapi sekali kita sign dan ratify, kita wajib akur. Maknanya, kalau ada percanggahan antara undang-undang kita dan undang-undang antarabangsa, kesannya ialah treati iaitu undang-undang antarabangsa akan terpakai di mahkamah antarabangsa.

β€’ Bahasa mudah, treati ni boleh jadi jalan belakang untuk mengatasi Perlembagaan. Sebelum undang-undang antarabangsa atau treati ni terpakai, ada proses ratifikasi dulu. Apa ratifikasi ni? Ianya satu proses di mana undang-undang ni dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diadjust agar selari antara keduanya. Kita kadang-kadang boleh membuat reservation iaitu membantah atau tidak bersetuju dengan bahagian tertentu treati tersebut. Masalahnya, ini memerlukan kajian dan masa yang lama oleh pihak Pejabat Peguam Negara sedangkan menteri memberi jaminan akan membuat ratifikasi awal tahun depan. Pejabat Peguam Negara sebelum ini teliti dalam isu panas ini kerana faham isu ini akan membawa ketegangan kaum. Sikap terburu-buru hendak membuat ratifikasi pada masa ini cukup mencurigakan.

β€’ Sepatutnya Pejabat Peguam Negara yang mesti membuat kajian teliti terlebih dahulu, dan kebenaran dan izin Majlis Raja-Raja diperlukan kerana melibatkan kepentingan Melayu Islam.

β€’ Turut tidak diceritakan ialah reservation tidak semestinya diterima. Sekiranya 2/3 negara lain menolak reservation yang dibuat, reservation akan terbatal. Reservation juga tidak boleh dibuat sekiranya bercanggah dengan semangat dan objektif treati.

β€’ Secara ringkasnya, mudarat jelas lebih banyak daripada manfaat. Satu-satunya manfaat ialah kita mungkin boleh mendapat sedikit pujian antarabangsa kerana akur pada standard mereka.

β€’ Sebagai penutup, cara terbaik ialah meneruskan polisi Malaysia sebelum ini untuk membasmi diskriminasi dengan acuan kita sendiri tanpa perlu merujuk dan mengikut telunjuk luar. Golongan minoriti mesti didekati, masalah mereka mesti dikenalpasti dan usaha untuk menaiktaraf dan menjaga kepentingan mereka dan semua pihak mesti dibuat secara komprehensif, tapi tanpa menggadai perpaduan kaum dan kedaulatan negara.

Ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja.

Wassalam

From fb: Yazid Zul
🌱🌱

Wallahua’lam 🌷

.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

ICERD menentang agenda Melayu & Bumiputra

https://4uni2c.com/2018/11/11/icerd-menentang-ajenda-mb/

.

PenCERAHan terbaru

http://www.4uni2c.com

.

~ by OPajar on 2018-11-03.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: