ICERD: Menentang ajenda M&B
Prof. Dr Riduan Tee adalah seorang bukan M&B yang faham hak dan ajenda M&B serta menghormatinya.
.
2018 Nov 11
π²πΎ Setiap negara ada penduduk dan pemilik asalnya. Penduduk dan pemilik asal Malaysia ialah orang M&B (Melayu & Bumiputera). Orang Melayu telah lama bertamaddun. Bukan macam penduduk asal AS dan Australia.
Video satu jam setengah berikut membuktikan tahap ketamuddunan orang Melayu. Silalah tontoni
.
.
Dgn sifat keMelayuan dan keIslaman mereka, orang Melayu suka meraikan tetamu (pendatang). Lebih-lebih lagi yang seagama dan serumpun dgn mereka iaitu yang datang dari negara jiran (Indonesia). Mereka sangat menghargai pendatang2 yang bersedia lagi setia membantu melaksanakan ajenda Melayu. Oleh sebab itu, maka kita dapati ramai pemimpin2 UMNO yg (separuh) Melayu. Malah PM sekarang pun adalah (separuh) Melayu. Begitulah juga Paklah (PM ke-5), dan Sultan Johor sekarang.
Asalkan mereka setia dan ikhlas dalam membantu menjayakan ajenda M&B maka mereka akan terus dihargai dan direstui oleh majoriti orang M&B.
Apa rasa majoriti M&B jika ada diantara mereka yang diamanahkan melaksanakan ajenda M&B itu tiba-tiba mengkhianati amanah tersebut β
Antara amanah orang M&B yg maha penting yg diberi kpd mereka (peminpin2) ialah mengekalkan hak yang diwarithi oleh orang M&B sejak zaman berzaman. Hak ini telah pun termaktub dalam perlembagaan.
Jika amanah ini pun nak dikhianati. maka apakah lagi nilai pemimpin2 (separuh) Melayu itu kpd orang M&B β
Harap pemimpin2 Melayu PH tidak turut sama mengkhianati ajenda orang M&B itu.
Sebaliknya merekalah yang patut proaktif, bukan saja bagi mempertahankah, malah bagi memperkasakan lagi ajenda M&B. Inilah harapan besar majoriti orang M&B kpd mereka selagi kuasa masih di tangan mereka.
Janganlah hendaknya, kerana lebih mengutamakan ajenda diri sendiri atau ajenda parti, maka mereka sanggup bersekongkol dgn orang bukan M&B dan dalam tak sedar bersama-sama mengkhianati ajenda M&B.
Kegagalan pemimpin2 Melayu PH melaksanakan ajenda orang M&B akan mengundang mala petaka yang besar kpd negara. Ia akan merugikan semua pihak samada orang M&B sendiri maupun bukan M&B.
Nauzubillah !
βββββββββββββββββββββ
Jaminan Perkara 153 dikecuali satu pembohongan, Tun Hamid
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, 1 Rabiulawal 1440H, Jumaat β Tujuan utama Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hendak diratifikasi, kerana terdapat golongan yang mahu keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, dihapuskan.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid berkata, golongan ini tidak memberitahu secara berterus-terang bagi mengelakkan bantahan orang ramai, namun itulah tujuan mereka.
“Mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu adalah satu pembohongan. Alasan yang mereka beri untuk memansuhkan Perkara 153 (walaupun mereka tidak berkata terus terang) ialah Perkara 153 itulah yang menghalang perpaduan.
“Dalam kata-kata lain, mansuhkan Perkara 153, perpaduan akan tercapai. Hapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan berikan mereka hak yang sama, perpaduan akan wujud.
“Itu adalah hujah yang meleset. Ia adalah helah untuk memansuhkan Perkara 153. Ini orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, perlu sedar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun diuar-uarkan bahawa mereka mahu mengesahkan konvensyen itu dengan pengecualian, namun, bolehkah Peguam Negara, Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy memberi jaminan ia boleh dilakukan.
Katanya, jika Perkara 153 dan semua diskriminasi yang disebut itu akan dikekalkan, maka tidak ada tujuan konvesyen itu hendak disahkan.
“Saya katakan bahawa pengecualian seperti itu akan dibantah oleh negara-negara lain yang mengesahkannya atas alasan ia bercanggah dengan tujuan asas konvensyen itu, iaitu menghapuskan diskriminasi kaum. Lagi pula, bersetujukah Waytha Moorthy dan semua pihak yang memperjuangkan pengesahan konvensyen itu, dengan pengecualian seperti itu?
“Jika sekadar untuk mengadakan kesalahan-kesalahan bagi mengelak ketegangan antara kaum, sekarang pun kesalahan-kesalahan itu telah ada dalam Akta Hasutan 1948. Jika tidak cukup tambahkan sahaja. Peliknya Akta Hasutan hendak dimansuhkan. Konvensyen itu hendak disahkan,” katanya.
Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/11/09/jaminan-perkara-153-dikecuali1-satu-pembohongan-tun-hamid/
Nyatakan bantahan anda terhadap ICERD dengan menadatangani petisyen atas talian ini β¬οΈβ¬οΈβ¬οΈ
https://www.change.org/p/pendokong-perlembagaan-bantahan-ratifikasi-konvensyen-antarabangsa-icerd
Maklumbalas tentang petisyenβ¬οΈβ¬οΈβ¬οΈ
.
Wallahua’lam π·
.
.
Lain-lain PenCERAHan yg relevan:
.
Acik bukan racist
https://4uni2c.com/2018/11/03/acik-bukan-racist/
.
Himpunan penyatuan ummah
https://4uni2c.com/2019/09/14/himpunan-penyatuan-ummah/
.
PenCERAHan terbaru
http://www.4uni2c.com
.