Melayu malas : satu tuduhan liar

2019 Jan 05

Sebagai seorang rakyat yang kedua-dua ibu dan ayahnya Melayu, Acik rasa amat tersinggung bila Melayu dilabelkan pemalas. Lebih-lebih lagi bila yang melabelkan itu adalah individu yang separuh Melayu. Maksud Acik bagi separuh Melayu ialah yang salah seorang dari ibu dan bapa beliau adalah bukan Melayu.

Seorang ibu atau bapa akan berasa lega apabila anak-anaknya menjadi rakyat yang normal. Maksud normal ialah masing-masing mereka dapat hidup sebagai anggota masyarakat yang tidak menyusahkan pihak lain. Lebih-lebih lagi jika mereka menjadi penyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang mereka anggotai.

Bagi seorang ketua sebuah kaum pula, kejayaannya diukur dari segi kejayaan yang dapat dicapai oleh kaumnya sepanjang tempoh pentadbirannya. Kalau tak lebih pun sekurang-kurangnya setanding dengan kaum-kaum lain kemajuan kaumnya itu.

Rajin adalah satu faktor yang sangat penting. Kaum yang rajin tidak akan menghadapi masaalah besar untuk maju. Sebaliknya kaum yang malas akan tertinggal ke belakang dalam pelbagai aspek pembangunan.

Maka apabila seseorang ketua bagi sesuatu kaum itu gagal memajukan kamumnya setanding dengan kaum-kaum lain, alasan yang mudah diberi ialah bahawa kaumnya itu pemalas. Pada hal banyak lagi faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kemunduran kaum yang dipimpinnya itu. Malah mungkin juga kerana faktor kepimpinan beliau sendiri yang menyebabkan kaumnya itu tidak maju.

Contohnya kerana terlalu nak menjaga hati mereka agar dirinya terus popular di kalangan mereka, maka segala kesalahan mereka tidak ditegur. Ataupun tidak memberi tunjuk ajar yang terbaik kepada mereka sebagaimana sewajarnya, atas alasan-alasan yang beliau sahaja yang tahu.

Tidak mustahil juga bahawa si pemimpin kaum tersebut kurang berminat melihat kaumnya itu cepat maju supaya kepemimpinannya terus diperlukan. Sebaliknya beliau lebih bangga mengkayakan anak pinak dan kroni-kroninya sahaja. Kononnya mereka inilah yang paling banyak membayar cukai kepada kerajaan berbanding dengan rakyat marhain.

Amat malang sekali bagi rakyat sesebuah negara, sekiranya golongan pemerintah adalah mereka yang bersikap demikian. Rakyat yang kaya raya akan dihargai, sedangkan yang papa kedana tidak diambil peduli, malah dibenci.

.

Bersambung …

Lain-lain PenCERAHan yg relevan:

https://4uni2c.com/2018/11/11/icerd-menentang-ajenda-mb/

.

~ by OPajar on 2019-01-05.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: