Agama: ibarat makan pisang sedekah

2019 April 10

Ilmu fardu: 1. ‘ain & 2. kifayah

Islam sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu. Malah Islam menjadikan hukum menuntut ilmu itu sebagai fardu. Hanya dengan ilmu pengetahuan saja manusia bisa maju dan membina tamaddun.

Ilmu bagi Islam terbagi kepada dua. Satu dinamakan ilmu fardu ‘ain dan satu lagi ilmu fardu kifayah. Setiap Muslim wajib menuntut ilmu fardu ‘ain bagi dirinya. Ilmu fardu kifiyah pula disunatkan saja mempelajarinya.
.

Selingan ⬇️

.

Contoh ilmu fardu ‘ain yang setiap Muslim wajib belajar ialah ilmu tauhid, sebahgian dari ilmu fekah, dan ilmu tasauf. Manakala contoh bagi ilmu fardu kifayah ialah ilmu mengira dan ilmu perubatan. Definasi mudah bagi ilmu fardu kifayah ialah jika dah ada orang belajar, maka yang lain tak payah (belajar).

Biasanya, sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim mula diajar membaca. Bahan bacaannya ialah al Quran. Gurunya ialah samada ibu bapanya sendiri, atau jiran yang pandai membaca al Quran. Ini yang berlaku di kampung tempat Acik dibesarkan dahulu. Tapi kini tidak lagi sama environment nya.

Ilmu membaca al Quran adalah termasuk ilmu fardu ‘ain dalam Islam. Oleh itu setiap Muslim wajib belajar membaca al Quran dengan betul walaupun tidak faham maknanya. Guru al Quran diharuskan menerima sumbangan ikhlas dari pelajarnya, tetapi haram baginya menuntut apa-apa bayaran sebagai upah mengajar.

Ilmu fardu kifayah pula tidak diharamkan bagi pengajarnya untuk mengenakan apa-apa bayaran. Contohnya ilmu bahasa Arab, walaupun ia adalah bahasa al Quran. Bagitu juga ilmu mengira, walaupun ia sangat penting dalam kehidupan manusia sejagat. Ilmu ini sentiasa digunakan dalam urusan jual beli, pengiraan zakat dan sebagainya.

Apabila kita tidak menghalusi perbezaan antara ilmu fardu ‘ain.dengan ilmu fardu kifayah, maka akan timbulkan istilah menjual atau menunggang agama. Maksudnya ialah menjadikan ilmu agama sebagai produk yang boleh dijual untuk mengaut untung lumayan.

Aktiviti menjual ilmu agama kini telah menjadi satu fenomina. Ada ilmuan agama meletakkan harga yang sangat tinggi untuk beliau menyampaikan kuliah agama. Sedangkan ilmu yang akan disampaikan dalam kuliahnya itu sebahgian besarnya adalah ilmu fardu ‘ain.

Ada juga ilmuan agama yang menyamakan dirinya dengan diri seorang artis. Kalau artis yang membuat suatu persembahan, sanggup dibayar oleh penganjurnya puluhan ribu RM, kenapa pula kepada beliau tidak demikian. Sedangkan persembahan beliau akan membimbing penonton ke syurga.

Sebaliknya persembahan artis akan membuat penonton leka dan lalai, yangmana boleh menjerumuskan mereka ke neraka. Maka tak kan mereka (ilmuan agama) tak layak menerima ganjaran yang sekadar beberapa ribu RM saja.

Bagi Acik, kepercayaan sedemikian adalah salah dari segi prinsip agama. Sesuatu yang ditetapkan sebagai haram oleh agama tidak sama dengan yang halal. Judi tidak sama dengan perniagaan. Riba yang haram tidak sama dengan keuntungan yang halal.

Ilmu fardu ‘ain adalah amanah dari Allah kepada ilmuan agama untuk disebar luaskan tanpa mengambil untung dunia (upah). Sebaliknya ia wajar disampaikan kepada sesiapa saja yang memerlukannya secara percuma.

Acik menganalogikan ilmu fardu ‘ain sebagai pisang sedekah dalam CEREKANA (CErita REKaan ANAlogi) berikut. Manakala ilmuan agama umpama murid-murid yang diamanahkan supaya menyampaikan pisang-pisang sedekah tersebut kepada semua penerima tanpa menjual atau memakan sendiri pisang-pisang tersebut.

Mudah-mudahan CEREKANA tersebut mampu memberi munafaat kepada semua Muslimin yang membacanya, insyaAllah. Selamat membaca !
.

CEREKANA : Ibarat makan pisang sedekah.

Mudir sebuah sekolah agama ingin menguji kefahaman anak-anak muridnya tentang konsep ehsan dan sedekah. Maka beliau pun mengumumkan bahawa pada esoknya murid-murid akan dikerahkan untuk mengagih-agihkan sehimpunan pisang sedekah kepada seberapa ramai penduduk kampung-kampung yang berjiran dengan sekolah tersebut.

Bakul-bakul yang bersaiz kecil, sederhana dan besar akan disediakan oleh pihak sekolah. Murid boleh memilih bakul saiz apa yang ia suka untuk membawa pisang sedekah itu nanti.

Syarat penting yang wajib dipatuhi oleh setiap murid ialah seperti berikut:

1. Murid tidak boleh memakan pisang tersebut walaupun sebiji ;
2. Murid tidak boleh sama sekali menjual pisang tersebut.

Supaya pelanggaran kepada syarat-syarat tersebut dapat dielakkan, maka murid dipesan supaya membawa bekal makanan tengahari masing-masing semasa menjalankan operasi pengagihan pisang tersebut.

Murid yang paling banyak mengagihkan pisang sedekah akan mendapat markah tertinggi. Namun jika syarat penting berkenaan gagal dipatuhi, maka murid berkenaan akan dikira masih gagal ujian kefahaman akan konsep sedekah dan ehsan itu.(

Maka pada esok paginya murid-murid pun datang ke sekolah seperti biasa. Cuma masing-masing tidak membawa buku. Majoriti murid-murid membawa bekal makanan untuk makan tengah hari. Namun ada juga segelintir murid yang tidak membawa bekal apa-apa makanan pun walaupun telah dipesan oleh mudir supaya berbuat demikian, semalam.

Kebanyakan murid-murid memilih bakul yang kecil dan sederhana. Setelah meletakkan bekalan makanan masing-masing ke dalam bakal tersebut maka telah berkuranglah ruang yang tinggal untuk diisi dengan pisang sedekah.

Sedangkan segelintir murid yang tidak membawa apa-apa bekalan makanan itu memilih bakul yang besar. Seluruh ruang dalam bakul itu pun diisi dengan pisang sedekah semata-mata. Maka banyaklah pisang sedekah yang masing-masing mereka boleh bawa dengan bakul itu berbanding dengan murid-murid lain.

Operasi pengagihan pisang sedekah itu pun bermula. Setiap murid akan memberi sebanyak lima butir pisang saja kepada sesiapa saja yang diketemuinya. Sesiapa yang sudah menerima pisang sedekah dari murid lain tidak akan diberi lagi. Bilangan penerima akan dicatit untuk dilaporkan kepada mudir bila pulang ke sekolah nanti.

Selepas masuk waktu asar kembalilah murid-murid semua ke sekolah tersebut. Ramai yang membawa balik bakul kosong. Namun ada juga yang masih ada pisang yang berbaki di dalam bakul masing-masing.

Murid-murid yang bakulnya masih berisi dengan pisang dikumpulkan sebelah kiri di dalam dewan. Manakala yang bakulnya kosong pula dikumpulkan sebelah kanan.

Murid-murid yang berjaya mengosongkan bakulnya dari pisang sedekah pun dipanggil seorang demi seorang masuk ke pejabat mudir. Mudir menyoal beberapa soalan kepada setiap murid untuk mengesan samada murid tersebut melanggari syarat-syarat yang ditetapkan.

Semua yang membawa bakul kecil lulus ujian tersebut. Yang membawa bakul sederhana kurang sikit yang lulus. Namun ternyata bahawa yang memilih bakul besar semuanya gagal ujian tersebut.

Mereka yang memilih bakul besar adalah murid-murid yang tidak membawa apa-apa bekalan makanan. Mereka bercita-cita besar. Dengan memilih bakul besar mereka harap akan dapat mengisi banyak pisang sedekah. Tambahan pula mereka tidak membawa apa-apa bekalan makanan.

Malangnya setiap mereka telah termakan pisang sedekah akibat tak tahan lapar semasa melaksanakan operasi pengagihan pisang sedekah itu. Walaupun pisang yang dimakan itu sedikit saja, iaitu sekadar melegakan diri dari kelaparan, namun ia tetap telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh mudir. Akibatnya mereka gagal ujian mudir itu
.

The moral of the story

Ilmu agama hendaklah diajar dan disampaikan kepada orang lain (Muslim & non Muslim) dengan penuh keikhlasan.

Seorang ilmuan agama tidak wajar mengaut kekayaan dari kuliah-kuliah atau ceramah-ceramah agama yang disampaikannya kepada orang lain.

Jika ilmuan lain (bukan agamawan), kaya raya kerana ilmu yang diajari mereka, ilmuan agama tak perlu cemburu. Ini kerana ganjaran yang menanti mereka (ilmuan agama) di akhirat kelak adalah jauh lebih baik dari apa yang dinikmati oleh ilmuan lain di dunia ini.

Sebaliknya, dengan menjual ilmu agama yang tak sepatutnya dijual itu, maka balasan yang akan menanti ilmuan agama di akhirat kelak adalah neraka. Nauzubillah ❗

Wallahua’lam.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan:

.

Bahaya penyakit riyak & takabbur

https://4uni2c.com/2019/04/22/tasauf-bahaya-penyakit-riyak-dan-takabbur/

.

PenCERAHan terbaru

http://www.4uni2c.com

.

~ by OPajar on 2019-04-10.

One Response to “Agama: ibarat makan pisang sedekah”

  1. Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.

    Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

    Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

    Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.

    Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.

    Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

    Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

    Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

    Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

    Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

    Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

    Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

    Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

    Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.

    Ingatlah,
    Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian

    Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian

    Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian

    Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

    Setiap pujian juga adalah ujian

    Setiap kejian juga adalah ujian.

    Kesimpulannya,
    setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.

    Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

    Alhamdulillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: