Masjid: Rahmatan Lil ‘Alamin

2019 Mei 30

Soalan yang sama masih juga tercetus di dalam minda Acik setiap kali pulang ke kampung asal. Ya, soalannya ialah “bagaimana nak menjadikan masjid sebuah institusi Rahmatan Lil ‘Alamin ?”

Kemerduan bagi A,B dan C mungkin kebisingan bagi D, E & F – Z (a music to a man might be a noise to another)
Kesunyian adalah hak universal bagi semua orang. Maka hak itu haruslah dihormati oleh semua pihak.
Tentulah tidak wajar jika di waktu dinihari atau menjelang subuh (4 : 50 pagi) jiran mana-mana masjid, surau dan sebagainya, terpaksa bertoleransi dengan suara yang kurang disenanginya.

.
Dalam PenCERAHan ini, Acik tak nak tekankan isu lain. Yang ingin Acik tekankan ialah bab pemasangan speaker oleh banyak masjid dan surau. Apalah salahnya jika speaker luar masjid dikhaskan untuk laungan azan saja. Untuk selainnya biarlah menggunakan speaker dalaman saja, supaya tidak didengari oleh mereka yang di luar masjid.

Percayalah bahawa memasang speaker luar itu tidak pasti akan dapat menghasilkan apa-apa faedahnya dari aspek dakwah. Sebaliknya, ia ibarat mendapat untung secupak, tapi ruginya segantang.

Yang pastinya ialah tak rugi jika tak buka speaker luar (kecuali untuk laungan azan) kerana ia boleh mengundang fitnah dan kebencian terhadap Islam dan institusi Islam. Lagi pun, dengan tidak memasang speaker luar akan terelak dari dosa riak akibat menunjuk-nunjuk amal kebajikan yang sedang dilakukan oleh mereka yang menyertai aktiviti agama berkenaan di rumah Allah.

Bersolat terawih di kampung.

Alhamdulillah, dapat lagi Acik pulang ke kampung asal Acik di dalam Ramadhan tahun 1440H ini. Rumah Acik menumpang bila berada di kampung, taklah dekat sangat dengan masjid. Rasanya lebih dari 100 meter. Di rumah itulah Acik dibesarkan bersama-sama siblings (saudara kandung) Acik. Kini yang masih tinggal di rumah pusaka itu hanyalah Kakak dan adik perempuan Acik.

Di antara rumah Acik menumpang itu dengan masjid terdapat beberapa buah rumah jiran-jiran yang lain. Kalau semua yang tinggal berhampiran dengan masjid itu rajin berjemaah di masjid nescaya masjid itu akan hampir penuh pada setiap solat fardu.

Seronoknya pulang ke kampung kerana beberapa faktor. Selain daripada dapat berjumpa dengan siblings dan saudara mara Acik sendiri, dapat pula berjumpa dengan kawan-kawan lama Acik.

Nostalgia juga ya pulang ke kampung asal kita ? Kata orang, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain (ketika zaman kecil dahulu).

Nak jadi satu kebetulan kut, Acik pulang ke kampung kali ni pun ada juga berlaku kematian. Kali ini yang mati ialah isteri kepada seorang classmate Acik (1959 – 64). Semasa kepulangan Acik yang lepas, yang meninggal ialah Tok Siak masjid dan seorang makcik tua. Innalillahi wainnailaihi rojium. Semoga mereka semua mendapat keredhaan Allah.

Faktor yang lebih menyeronokkan Acik pulang ke kampung ialah kerana akan dapat solat berjemaah di masjid hampir setiap solat fardu. Kerana rumah tempat Acik menumpang itu hanya kira-kira 100 meter saja dari masjid, maka berulang alik antara masjid dengan rumah tanpa kenderaan pun taklah memberatkan Acik. Malah menjadi suatu riadah pula.

Ibadat di bulan Ramadhan

Ramadhan di kampung kali ini agak terasa perbezaannya dari Ramadhan-Ramadhan yang dahulu. Mungkin kerana kali ini Acik pulang di penghujung Ramadhan. Ketika ini kebanyakan masjid dan surau meriah dengan program lailatul qadar. Masjid di kampung Acik juga tidak ketinggalan dari mengadakan program yang sama.

Program lailatul qadar yang Acik fahami ialah persediaan menunggu turunnya lailatul qadar. Program ini diadakan di masjid-masjid dan di surau-surau. Program ini diisi dengan solat-solat sunat dan zikir secara berjemaah menjelang makan sahur. Iaitu kira-kira dari jam 4:00 pagi hingga jam 5:00 pagi.

Acik percaya, susah nak jumpa dengan orang beriman yang tidak setuju dengan program lailatul qadar yang dianjurkan oleh AJK masjid dan surau di kawasan kediaman masing-masing. Cuma yang Acik agak skeptical (ragu) ialah terhadap cara program lailatul qadar itu dilaksanakan.

Di masjid kampung Acik itu speaker (pembesar suara) dipasang dengan agak kuat. Bunyinya mengganggu anak-anak khariah yang tinggal berhampiran masjid. Mereka mungkin inginkan kesunyian malam dan dinihari. Ada yang nakkan kesunyian malam supaya dapat tidur nyenyak selepas penat bekerja di sepanjang siang hari. Dan ada pula yang nakkan kesunyian supaya dapat beribadat dengan khusyuk.

Penganjur program lailatul qadar tidak wajar “merampas” atau menafikan hak mereka itu. Setiap malam suara deras dari speaker masjid akan memecahkan kesunyian malam. Iaitu mulai dari azan magrib dilaungkan hinggalah tammat doa solat isya.

Lazimnya solat isya akan dilaksana selepas ceramah agama pada malam berkenaan ditangguhkan. Jika lambat sessi ceramah magrib ditangguhkan maka lewatlah suara speaker masjid itu berakhir.

Pengamatan terhadap masjid

Rasanya tidahlah keterlaluan jika Acik mendakwa bahawa diri Acik adalah seorang (daripada jutaan Muslim) yang dianggap sebagai kaki masjid atau surau. Di sini bukanlah niat Acik nak bangga dengan status tersebut. Tapi sekadar nak menyatakan bahawa komen-komen Acik tentang surau dan masjid ada asas kebenarannya. Ia bukan sekadar mendengar apa yang orang lain kata, tapi dengan melihat sendiri realiti di depan mata.

Pada pengamatan Acik, kebanyakan masjid masih memerlukan berbagai penambahbaikan. Bukan saja dari segi fisikalnya, bahkan dalam aspek-aspek penting yang lain. Aspek penting yang paling utama yang perlu diperbaiki segera ialah pengurusan. Ya, majoriti masjid agak lemah dalam aspek pengurusannya.

Pengurusan masjid yang cekap dan berkesan adalah sumber kepada segala sifat-sifat positif terhadap masjid berkenaan. Dari segi fisikalnya, masjid tersebut akan sentiasa bersih, kemas dan teratur.

Dari segi kebajikan pula, masjid berkenaan akan berjaya mempraktikkan sikap mesra jumaah dan mesra pengunjung. Dari aspek tarbiah, ia akan berjaya menyampaikan ilmu agama kepada anak-anak dengan cara yang paling berkesan.

Mengadakan kuliah magrib setiap malam belum dapat menjamin bahawa anak-anak khariah akan bertambah ‘alim dan wara’. Mungkin juga ilmu yang disampaikan setiap malam hanya umpama mencurah air ke daun keladi sahaja.

Dengan kata lain, walaupun sudah bertahun-tahun hadir kuliah magrib di masjid yang sama, namun perangai lama yang buruk itu tetap kekal tak berubah (dulu, kini dan selama-lamaya). Sifat-sifat mazmumah masih juga bersarang di hati. Contohnya sifat sombong, dengki, khianat, mementingkan diri sendiri, tidak jujur dan seumpamanya masih juga dipraktikkan.

.

.

B e r s a m b u n g ……

Lain-lain PenCERAHan yg relevan :

.
Silence is golden

https://4uni2c.com/?s=Silence+is+golden&submit=Search

.

Bahayanya riyak dan takabbur

https://4uni2c.com/2019/04/22/tasauf-bahaya-penyakit-riyak-dan-takabbur/

~ by OPajar on 2019-05-30.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: