Nasihat buat calon2 haji

2019 Julai 19 (Jum)

.

Subuh di Makkah.

.

Acik ingin mengucapkan sebesar-besar tahniah kepada calon-calon haji (termasuk hajah) yang akan melaksanakan ibadat haji tak berapa lama lagi. Ada diantara mereka yang dah berada di dalam negara Arab Saudi, malah ada juga yang sudah sampai pun ke Makkah. Acik doakan agar semuanya akan beroleh haji mabrur.

Sebenarnya bukan senang nak mendapat peluang menunaikan ibadat haji. Ada orang yang dah cukup kemampuan kewangan tetapi tidak cukup kemampuan kesihatan dan masa. Begitulah sebaliknya. Kalau semua kemampuan tersebut telah wujud sekali pun, namun jika belum mendapat seruan dari pihak Tabung Haji, maka belum dapat juga individu berkenaan menjadi calon haji untuk tahun berkenaan.

Ibadat haji adalah seperti ibadat zakat kerana kedua-duanya mempunyai implikasi ekonomi yang penting. Oleh kerana itu maka kedua-duanya hanya diwajibkan keatas orang-orang yang kaya dan bermampuan saja. Sedangkan keatas yang lainnya tidak diwajibkan

Nasihat Acik kepada semua calon haji ialah supaya masing-masing membaca kisah yang diceritakan di bawah ini. Semoga masing-masing dapat mengambil iktibar dari kisah tersebut demi untuk kebaikan diri sendiri, lebih-lebih lagi demi kepentingan umat Islam sejagat.

Maksud Acik ialah bijak menyusun priorities (keutamaan) demi mengumpul pahala yang maksimum dengan kos yang minimum. Contohnya, wang yang berbaki ketika masih di Makkah nanti, daripada dihabiskan untuk membeli barang-barang yang kurang perlu, maka lebih baiklah ianya dibawa pulang untuk di sedekahkan kepada saudara mara atau jiran-jiran tertangga yang miskin.

⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘

Tukang kasut yang dimuliakan Allah kerana tidak mengutamakan ibadat haji.

Si kaya berulang alik ke Mekah mencari redha Allah.. Sedangkan jaraknya dengan Si Miskin hanya di sebelah rumah..”

Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat. Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak.

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan (meriwayatkan) kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, “Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?” Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

“Tujuh ratus ribu,” jawab malaikat yang satu lagi.

”Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?”

“Tiada satu pun”

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, “Apa?” Dia menangis dalam mimpi.

“Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?”
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

“Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah.”

“Bagaimana ia boleh terjadi begitu?”

“Itu adalah kehendak Allah.

“Siapakah orang tersebut?”

“Sa’id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik.”
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga.

Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa’id bin Muhafah.

“Di sana, di pinggir bandar,” kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya.

Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

“Adakah benar anda bernama Sa’id bin Muhafah?” tanya Ulamak.

“Betul, siapakah tuan?”

“Saya Abdullah bin Mubarak.

Said terharu, “Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?”

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.

“Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?”

“Wah! saya sendiri tidak tahu!”

“Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini.”

Sa’id bin Muhafah kemudian teringat, “Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika…. Labbaika la syarika laka labbaika… innal hamda… Wanni’mata… Laka wal mulka… La syarika laka…”

Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, “Ya Allah aku rindu Mekah… Ya Allah aku rindu melihat ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…”

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan.

Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

“Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji.”

“Tetapi anda batalkan?”

“Benar.”

“Apa yang berlaku?”

“Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.”

“Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?”

“Ya sayang.”

“Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya.”

“Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya.”

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.

Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.” Akhirnya dengan perlahan dia berkata, “Tidak boleh tuan”

“Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi,” kata saya tegas.

“Makanan ini bukan untuk dijual, tuan,” katanya sambil berlinang air mata.

Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, “Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan,” katanya.

Dalam hati saya, “Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, “Kenapa?”

“Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram.”

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. “Ini masakan untuk kamu.”

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. “Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.”

Ya Allah… di sinilah Hajiku..Ya Allah di sinilah Mekahku..

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..

Fikirkanlah bagi orang yang pergi berkali-kali Haji tapi bakhil…

Muhasabah Diri.😢😢

Soalan : Jika majoriti Muslim lebih mengutamakan perbelanjaan kekayaan mereka untuk kebajikan Muslim lain daripada berbelanja ke atas ibadat haji sunat dan umrah, apa agaknya akan berlaku kepada seluruh umat Islam di dunia ini ?

W a l l a h u ‘a l a m ⚘

Lain-lain PenCERAHan yg relevan :

.

TH : Ada yang rasa tertipu ?

https://4uni2c.com/2019/07/06/th-ada-rasa-tertipu/

.

.

Advertisements

~ by OPajar on 2019/07/19.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: