Yang ditakuti bukan realiti

2019 Okt 06 (Ahad)

🇲🇾 Pagi semalam (yesteday), Acik bersama isteri dan Along (abang long) keluar “meronda-ronda” di dalam bandar Damandamai (Damansara Damai = PJU10, PJ). Ketika “rondaan” tersebut pandangan Acik tertarik kepada kawasan parkir di sebuah taman kediaman di bandar tesebut. Banyak lot-lot pakir yang kosong, seolah-olah ramai daripada penduduk taman tersebut tidak memiliki kereta. Namun hakikatnya ialah semua lot-lot parkir tersebut telah ada tuannya. Sebagai buktinya, di setiap lot pakir itu telah tertera nombor plat kereta yang telah “dijodohkan” dengan lot parkir berkenaan.

Senario seperti itu telah menjadi fenomina di hujung-hujung minggu dan di hari-hari cuti umum. Ketika itu ramai daripada penduduk taman itu telah keluar meninggalkan taman tersebut. Ada yang pulang ke kampung, ada yang pergi makan angin di luar kawasan dan sebagainya.

Selama mereka tiada di taman itu maka banyaklah lot-lot pakir yang terbiar kosong tanpa dimunafaatkan. Ini adalah akibat daripada dasar yang digunapakai terhadap sistem pakir berkenaan. Yakni, setiap lot pakir tidak dibenarkan dicerobohi oleh apa-apa jua kenderaan, kecuali yang dikhususkan untuk lot pakir berkenaan itu saja.

Sistem pakir di atas Acik namakan dia APS atau ” Assigned Parking System”. Ia agak berbeza daripada FPS atau “Free Parking System”. Yang Acik maksudkan dengan FPS ialah sistem pakir yang tidak mengkhususkan mana-mana lot pakir kepada mana-mana kenderaan. Ia bolehlah disamakan dengan “free seating system” di atas pengangkutan-pengangkutan awam seperti MRT dan bas-bas tempatan.

Dahulu Acik pernah tinggal di taman kediaman yang menggunapakai FPS itu. Jika dibandingkan dengan APS, Acik rasa FPS ada beberapa kelebihannya.

Pertama, FPS membuat hampir semua lot pakir dapat dimunafaatkan sepenuhnya pada setiap masa. Dengannya maka pihak JMB (Join Management Board) taman berkenaan dapatlah menambah sedikit pendapatan iaitu dengan menjual perekat (sticker) pakir untuk kereta kedua, kepada penduduk taman berkenaan. Contohnya, satu perekat pakir kereta kedua dijual dengan harga RM200 bagi tempoh kegunaan setahun. Jika 300 keping perekat tersebut dapat dijual setiap tahun, maka pendapatan tambahan yang dapat dihasilkan oleh JMB ialah RM60,000.

Kedua-dua pihak akan mendapat munafaat dari FPS itu. Pihak JMB mendapat pendapatan tambahan. Penduduk-penduduk taman bekenaan pula dapat lot pakir untuk kereta keduanya dengan kos yang sangat murah. Malah jika perekat pakir kereta kedua itu dijual dengan harga RM365 pun ia masih dikira murah kerana baru RM1 sehari kos pakir untuk kereta keduanya itu.

FPS sebenarnya menolong menyediakan lot-lot pakir tambahan kepada sebilangan penduduk taman berkenaan yang memiliki kereta kedua. Tentunya akan ada orang bertanya kepada Acik, bagaimana boleh berlaku begitu ?

Sebenarnya jarang, malah hampir tidak pernah berlaku bahawa dalam sesatu masa semua kereta penduduk taman berkenaan berada di lot pakir. Sebagai contoh, taman SA mempunyai 1100 lot pakir sedangkan perekat pakir yang dikeluarkan adalah 1400. Dalam sesatu masa tidak pernah terjadinya realiti dimana bilangan kereta yang berada dalam taman tersebut adalah 1100 ataupun lebih. Oleh sebab realitinya begitu, maka JMB berani menjual perekat pakir kedua sehingga 400 keping walaupun lot pakir yang ada hanyalah 1100.

Realiti adalah satu faktor yang sangat penting bagi membuat sesuatu rancangan ataupun dasar. Dalam isu pakir di atas, realitinya ialah tidak pernah berlaku dimana dalam sesatu masa kesemua kereta yang ada perekat pakir berada di dalam taman itu. Oleh kerana itu, maka tidak perlulah timbul kebimbangan bahawa taman tersebut akan menghadapi masalah kekurangan lot pakir walaupun bilangan kereta yang berperekat pakir melebihi bilangan lot pakir yang disediakan di dalam taman berkenaan.

Supaya lebih difahami tentang realiti yang dimaksudkan itu, mari kita lihat sebuah taman kediaman yang dilengkapi sebuah kolam renang. Sejak Acik mula tinggal di taman tersebut hinggalah Acik berpindah dari taman tersebut, tidak pernah terjadi pun peristiwa dimana kolam renang tersebut dibanjiri oleh majoriti penduduk yang turun untuk berenang di kolam renang berkenaan dalam masa yang sama. Padahal taman tersebut mempunyai lebih dari 1000 unit apartment. Sedangkan kolam renang tersebut hanya mampu menampung puluhan pengguna saja dalam satu-satu masa.

Oleh sebab realitinya begitu maka pemaju yang membangunkan taman tersebut telah berjaya menyediakan kemudahan kolam renang untuk taman kediaman tersebut tanpa menimbul apa-apa masalah kepada penduduk taman tersebut yang bersabit dengan kolam renang.

Memahami faktor realiti adalah tersangat penting bagi kita semua. Tanpa memahaminya kita akan rugi. Samada rugi kerana tidak memunafaatkan potensi kebaikan yang melintas di hadapan mata kita, mahu pun melepaskan kebaikan yang sedang berada di dalam genggaman kita.

Menjelang PRU14 dahulu, majoriti rakyat gagal memahami realiti. Akibatnya mereka telah memberi mandat kepada PH. Sekarang ramai yang baru sedar dan menyesal. Mulalah mereka inginkan supaya mandat dikembalikan kepada BN untuk memerintah negara dalam PRU15 nanti.

Antara beberapa realiti maha penting yang gagal difahami oleh majoriti rakyat ketika itu ialah bahawa sesungguhnya negara tak akan bankrap kerana hutang. Dan hutang negara ketika diperintah oleh BN dahulu adalah terkawal. Turut menjadi realiti penting ialah bahawa sesungguh GST bukannya penyebab kepada kenaikan harga barang. Malah ia adalah jauh lebih baik daripada SST.

Akibat gagal memahami dan menghayati realiti-realiti tersebut, maka majoriti rakyat telah termakan hasutan PH supaya mejatuhkan BN dalam PRU14 yang lepas.

Malangnya apa yang dijanjikan oleh PH dalam manifesto pilihanrayanya dahulu bukannya berdasarkan realiti. Sebaliknya berdasarkan persepsi yang salah terhadap realiti. Persepsi yang salah bukan saja terhadap kredibiliti kerajaan BN ketika itu, malah terhadap segala projek-projek pembangunan yang telah dirancang dan sedang diimplimentasi oleh kerajaan BN ketika itu. Contohnya ialah projek ECRL dan HSR.

Memahami realiti beradasarkan persepsi yang salah adalah ibarat kanak-kanak tadika yang percaya bahawa bulan itu adalah jauh lebih besar dari bintang kejora. Sebagai orang yang telah dewasa lagi berpelajaran, wajarkah kita meletakkan status diri kita sama setaraf dengan status kanak-kanak tadika ?

.

Wallahua’lam 🌷

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

PRU14: Antara janji dan realiti
https://4uni2c.com/2018/05/28/pru14-antara-janji-realiti/

Advertisements

~ by OPajar on 2019/10/06.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: