Strategi Kancil Tipu Harimau
.
2019 Okt 23
.
🇲🇾 Strategi Kancil Tipu Harimau
Ada satu kes jenayah seksual yang telah diadukan oleh seorang ibu mangsa kepada pihak berkuasa berkenaan. Aduan tersebut dibuat terhadap sebuah institusi pendidikan agama di Perak. Institusi pendidikan tersebut agak sohor dan pengusahanya adalah di antara selebrati agama yang sangat popular di seluruh negara.
Aduan tersebut telah dibuat beberapa tahun dahulu. Namun sehingga sekarang pun kes yang diadukan itu masih belum dibicarakan di mana-mana mahkamah. Alasan yang beri ialah kerana pihak yang melaksanakan siasatan belum berjaya mengumpulkan bukti yang cukup. Tanpa cukup bukti maka kes tersebut tidak layak disebut di mana-mana mahkamah bagi tujuan pembicaraan.
Maka pihak pendakwaan pun mengarahkan supaya kes tersebut di-NFA-kan. NFA bolehlah dianalogikan sebagai sebuah mangga yang digunakan bagi mengunci sebuah bilik stor yang didalamnya disimpan dengan berbagai kes yang belum layak dibicarakan.
NFA adalah initial bagi “No Further Action” atau dalam bahasa Melayu bermaksud “Tiada Tindakan Lanjut“. Acik yang rabun undang-undang ni faham bahawa kes yang berstatus NFA adalah umpama seorang pesakit yang dalam keadaan koma. Walaupun ia sedang menunggu saat-saat kematian tapi tak pasti bila kematian tersebut akan berkunjung tiba. Namun tak mustahil juga pesakit itu akan kembali pulih atas rasangan sejenis ubat yang mujarab, sumbangan ikhlas dari seorang rakan setia yang tidak mengharapka apa-apa balasan.
Khususnya terhadap kes tersebut, suatu kontroversi telah timbul. Pihak pendakwaan (Penasihat Undang-Undang Perak – PUUP) telah memberitahu pihak pengadu kononnya kes itu telah di-NFA-kan dengan arahan pihak Peguam Negara (AG). Ironinya, pihak AG pula menafikan dakwaan tersebut. Yakni beliau (AG) mengaku bahawa beliau tidak tahu menahu pun tentang dakwaan pihak PUUP tersebut. Maka siapakah yang wajar dipercayai, AG kah atau PUUP kah ?
Kes tersebut mengingatkan Acik akan beberapa kisah yang pernah Acik baca ketika di zaman kanak-kanak dahulu. Kisah-kisah tersebut menceritakan bagaimana seekor binatang yang kecil tetapi pintar berjaya melepaskan diri dari ancaman dari seekor binatang yang kuat tetapi bodoh. Bintang yang pintar itu bergelar Sang Kancil manakala yang kuat itu pula bergelar Pak Belang (harimau belang).
Satu daripada kisah-kisah tersebut ialah yang bertajuk “Kek Raja Sulaiman“. Al kisah maka terkejutlah dengan teramat sangat akan Sang Kancil akan kehadiran Pak Belang tidak jauh dari lokasi ia berada. Maka timbullah kerisauan yang teramat sangat di hati Sang Kancil, takut kalau kalau bau dirinya dapat dihidu oleh Pak Belang. Bergegas lari meninggalkan lokasi tersebut bukanlah cara yang paling selamat. Pak Belang pasti akan berjaya mengejar dan menangkapnya sebelum sempat ia pergi jauh.
Mujur juga kebetulan ternampak akan Sang Kancil akan selungguk tahi kerbau yang masih segar bugar tidak jauh dari tempat ia bersembunyi itu. Maka pergilah ia mendekati tahi kerbau tersebut, sambil matanya sentiasa memerhati akan gerak geri Pak Belang. Lalu ia pun duduk tercokoh bersebelahan dengan tahi tersebut seolah-olah sedang menjaga tahi itu dari dihinggapi lalat.
Maka ternampaklah Pak Belang akan Sang Kancil yang sedang duduk tercokoh di sebelah tahi kerbau itu. Maka hairanlah ia akan sebab Sang Kancil bersama selungguk benda yang ia sendiri pun kurang pasti apa gerangannya. Sebaik saja mata bertemu mata antara mereka berdua maka diberinya isyarat oleh Sang Kancil kepada Pak Belang akan pentingnya benda di sebelahnya itu. Pak Belang pun terpinga-pinga akan isyarat itu. Maka tak beranilah ia mengapa-apakan akan Sang Kancil dik kerana benda selungguk itu.
Maka dengan lemah lembut Pak Belang pun mendekati Sang Kancil. Maka ditanyai olehnya akan Sang Kacil tentang benda yang selungguk itu apakah gerangannya. Maka dengan megahnya Sang Kancil memberithu akan Pak Belang bahawa itu adalah kek Raja Sulaiman. Bahawa sesungguh Sang Kancil diperintah oleh baginda agar jangan dibiarkan kek itu disentuhi sesiapa.
Maka percayalah Pak Belang bahawa benda selungguk yang di sebelah Sang Kancil itu rupa-rupanya ialah kek Raja Sulaiman. Maka timbullah dalam hati kecil Pak Belang keinginan untuk merasai betapa sedapkah kek Raja Sulaiman itu. Lalu memujuklah ia akan Sang Kancil untuk menikmati kek tersebut barang sedikit saja tanpa mengurangkan kek tersebut.
Andaikata Raja Sulaiman tahu sekalipun baginda pasti menghalalkannya. Begitulah sangkaan baik Pak Belang terhadap rajanya. Pak Belang penuh yakin bahawasanya Raja Sulaiman tidak akan murka terhadapnya kerana baginda adalah seorang Raja yang sangat adil lagi pemurah orangnya kepada semua rakyat baginda.
Namun Sang Kancil tidak mahu menunaikan hajat Pak Belang itu walau sebesar habuk sekali pun. “Amanah tetap amanah !“, itulah jawaban Sang Kancil kepada Pak Belang dengan tegas. “Tapi kalau tuan hamba tak nak kempunan, maka biarlah hamba pergi mengadap baginda terlebih dahulu untuk memohon perkenan dari baginda bagi pihak tuan hamba. Tapi tuan hamba mestilah berjanji akan menunggu kek baginda ini dan jangan ke mana-mana sehinggalah hamba pulang ke mari“.
Maka bersetujulah Pak Belang akan syarat yang dikenakan oleh Sang Kancil itu. Maka duduklah ia secokoh di sebelah kek Raja Sulaiman itu bagi menggantikan Sang Kancil untuk mengawal kek tersebut. Hati Pak Belang rasa macam tak sabar lagi nak menjamah kek yang disangkanya tersangat enak itu. Namun kesetiaannya pada janjinya kepada Sang Kancil mengatasi nafsunya. Keehsanan terhadap kekuasaan Raja Sulaiman pula menyebabkan ia tak berani langsung mengusik kek baginda itu selagi belum menerima perkenan dari baginda melalui Sang Kancil.
Maka memohon dirilah dahulu akan Sang Kancil kepada Pak Belang untuk meninggalkannya bersama kek tersebut. Kononnya untuk pergi mengadap Raja Sulaiman. Maka tinggallah Pak Belang bersendirian di sebelah kek Raja Sulaiman itu dengan harapan setinggi gunung, akan dapat menikmati kek Rajanya itu sekejap lagi atas perkenan baginda.
Setelah beberapa ketika maka terdengar suatu suara yang sayup-sayup dari jauh sana. “Silalah makan wahai tuan hamba ! Tuanku telah perkenankan permohonan tuan hamba itu !” Suara pekikan tersebut berulang sebanyak beberapa kali. Makin lama semakin sayup kederangannya.
Wah betapa rakus sekali Pak Belang menjamah kek Raja Sulaiman itu. Maklumlah sudah beberapa hari ia tidak menemui apa-apa makanan. Antara percaya dengan tidak, ia terus menyuap kek itu ke dalam mulutnya. Namun, setelah beberapa suap tercetuslah kesangsian di hatinya. Betulkah apa yang sedang dipelahapnya itu kek Raja Sulaiman ataupun bahan yang tak sepatutnya dimakan ? Sedangkan Sang Kacil telah jauh pergi meninggalkan tempat itu. Agak mustahil ia masih mampu dijejaki lagi.
.
The moral of the story
.
1. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Faktor yang lebih penting bagi menjamin kemenangan ialah kebijaksanaan memunipulasikan realiti bagi menyusun strategi.
2. Realiti yang dimaksudkan dalam CEREKANA di atas ialah accessibility kepada pihak tertentu oleh pihak yang ditipu. Kerana Kancil yakin bahawa harimau tidak mungkin sanggup menghubungi Raja Sulaiman, maka nama baginda pun dengan mudah “dijual” kepada harimau.
Dalam dunia realiti, menjual nama individu-individu tertentu bukanlah pelik malah merupakan suatu strategi popular untuk mengatasi pihak lawan. Kerana tidak adanya accessibility kepada individu tersebut, maka verifikasi mengenai sesuatu “fakta” itu tidak dapat buat.
Contohnya, bagi hakim dan peguam yang tak ada accessibility atau takut kepada AG bagi mendapatkan veifikasi mengenai sesuatu “arahan beliau” maka mudahlah menjadi mangsa kepada “Strategi Kancil Tipu Harimau”.
3. Dan lain-lain lagi
Wallahua’lam 🌷
Jika jenayah buli tidak didedahkan, kononnya untuk menjaga imej baik sekolah, maka sampai kiamat pun ianya tak akan berjaya dibenteras.
.
Lain-lain PenCERAHan yg relevan
.
https://www.malaysiakini.com/news/496820?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
.
Strategi Abu Nawas
https://4uni2c.com/2013/09/14/cerekana-13914-strategi-abu-nawas/
.
PenCERAHan yg popular
.
Jawatan PM hak siapa❓
.https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/
.
.
PenCERAHan terbaru
http://www.4uni2c.com
.
.