UMNO & PAS Bukan Racists

.

2019 Okt 31

UMNO & PAS bukan racists

Acik terasa lega apabila dimaklumkan bahawa calon BN bagi PRK Tanjung Piai adalah dari MCA. Bagi Acik, lebih baiklah BN meletak calon bukan Melayu asalkan menang, daripada meletak calon Melayu tetapi kalah. Kerana, berdasar firasat Acik BN pasti akan kalah jika meletakkan calon dari UMNO ataupun dari PAS. Walaupun dengan meletakkan calon dari MCA BN belum pasti 100% akan menang, namun mengikut firasat Acik lagi, peluang untuk menang masih ada.

Berdasarkan environmen politik semasa, Acik percaya bahawa ramai pengundi yang mengundi PH dalam PRU14 dahulu dah serik dengan PH. Ramai yang dah rasa seolah-olah dah kena kencing PH. Namun, ramai yang malu nak tunjuk marah kepada PH sebab yang memenangkan PH dalam PRU14 dahulu adalah mereka sendiri.

Maka PRK-PRK adalah gelanggang yang memberi peluang kepada mereka untuk melahirkan rasa keciwa mereka kepada PH. Iaitu dengan kembali memberi undi kepada BN sama seperti dalam PRU13 dan PRU-PRU sebelumnya.

Berikut adalah C & P satu artikel tentang pemilihan wakil MCA sebagai calon BN bagi PRK Tanjung Piai untuk makluman kita bersama:

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

Selepas semua faktor diambil kira, melalui perbincangan dan permesyuaratan akhir kepimpinan BN sebulat suara memilih Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng sebagai calon Ahli Parlimen Tanjung Piai

Ini merupakan bukti bahawa Muafakat Nasional PAS dan UMNO adalah inklusif berjiwa besar dan pramagtik , kata Datuk Ir Haji Hasni Mohammad
Pengarah Pilihanraya Kecil Barisan Nasional P.165 Tanjung Piai

Berikut adalah sedikit sebanyak mengenai Calon P165 Tanjung Piai, Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng. Beliau berusia 55 tahun.

Beliau memiliki Diploma dalam Perniagaan pada tahun 1998. Kemudian melanjutkan pelajaran di Sunderland University, United Kingdom dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam dan memperolehi Ijazah Sarjana di Universiti Utara Malaysia pada 2014 dan akhirnya memperolehi Ijazah Kedoktoran Pengurusan Awam, di UUM pada 2019.

Dalam bidang kerjaya . Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai (2008-2018) , Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia (2008-2010) ,Ahli Dewan Undangan Negeri (Pekan Nenas) (2004-2008) ,Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1999-2006) dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri (1995-1999).

Beliau pernah dilantik sebagai dan bergiat aktif dalam politik dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung MCA (2014-2018) ,Pengerusi Bahagian MCA (Tanjung Piai) dan Ahli Jawatankuasa Perhubungan MCA (Johor) sehingga kini
.

⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️

Berdasarkan maklumat di atas tentang latar belakang calon BN, maka tidak ada alasan lagi bagi pengundi-pengundi Tanjung Piai untuk tidak memberi undi kepada beliau. Pengundi-pengundi Islam juga tidak harus merasa bersalah jika tidak memberi undi kepada calon PH walaupun beliau beragama Islam.

Ketika Nabi s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah, baginda mendapatkan perkhidmatan seorang penunjuk jalan bagi menemani baginda ke Madinah. Penunjuk jalan tersebut bukanlah seorang Muslim. Ini memberi kita iktibar bahwa dalam situasi tertentu orang Islam dibenarkan mendapat perkhidmatan dari orang bukan Islam yang mahir dalam bidang berkenaan asalkan beliau seorang yang jujur.

Ini termasukkan mendapat perkhidmatan dari seorang Ahli Parlimen atau Ahli DUN yang tinggi kredibilitinya. Seyugia ditegaskan, keturunan (race) seseorang individu itu tidak mungkin boleh ditukar. Tetapi akidah atau agamanya mungkin akan bertukar sebelum akhir hayatnya. Calon BN bagi PRK Tanjung Piai tidak terkecuali dari kemungkinan ini. Wallahua’lam.

Race cannot be changed but not religion.

Wallahua’lam 🌷

.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

Adakah Adam racist ❓ https://4uni2c.com/2019/10/30/adakah-adam-racist/
.

Jom “emulate” Paklah https://4uni2c.com/2018/05/08/pru14-jom-emulate-pak-lah/

.

PenCERAHan yg popular

.

Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

.

PenCERAHan terbaru ⬇️

http://www.4uni2c.com

.

~ by OPajar on 2019-10-31.

 
%d bloggers like this: