Politik: Redha kpd takdir

TS Muhyiddin Yassin sebagai PM 8

Allah yg memberi kuasa kpd sesiapa yg dikehendakiNya dan dia jualah yg melucutkannya dari sesiapa yg dikehendakiNya

2020 Mac 03 (Selasa)

Walaupun seorang PM ke-8 Malaysia telah dilantik dengan rasminya oleh KDYMM SPB YDPA, namun masih ada lagi suara suara sumbang yang mempertikaikan pelantikan tersebut. Kata peribahasa Melayu, “Ibarat rumah sudah pahat berbunyi”. Seolah-olah keputusan yang telah dibuat dan dimantapkan itu masih boleh di-U-turn.

Dengan perlantikan seorang PM8 itu, maka lahirlah sebuah kerajaan baru PN (Perikatan Nasional) bagi menggantikan kerajaan PH (Pakatan Harapan) yang baru terkubur itu. Walaupun belum terbentuk kabinet bagi kerajaan baru ini, komen-komen negatif terhadapnya dah mula menular melalui medsos. Komen yang sering Acik temui melabelkan kerajaan baru ini sebagai kerajaan pintu belakang.

Yang dimaksudkan dengan KPB (kerajaan pintu belakang- berdasarkan apa yang Acik faham) ialah kerajaan yang ditubuhkan bukan berdasarkan keputusan PR (Pilihan Raya). Sebaliknya melalui konspirasi beberapa parti politik yang bermuafakat menubuhkan kerajaan baru. Ada pihak mendakwa KPB itu adalah satu pengkhianatan kepada pengundi-pengundi yang telah memberikan mandat kepada PH melalui PRU14 dahulu.

Bagi Acik, apa yang berlaku adalah manifestasi apa yang telah siap tercatit di lohmafuz. Walaupun perlantikan TS Muhyiddin Yasin sebagai pengganti Tun M adalah sesuatu yang tak pernah terlintas di minda Acik, namun itulah hakikatnya. Samada ia suatu yang memang dirancang oleh Tun M, ataupun hanya satu kebetulan, Wallahua’lam.

Kita semua tahu kan, Tun M dulu adalah orang nombor SATU bagi parti Bersatu (PPBM), manakala TS Muhyiddin pula adalah orang nombor DUA bagi parti yang sama. Jadi tentulah tak pelik kan bila orang nombor SATU berhenti maka yang naik menggantikannya adalah orang nombor DUA.

Apa yang Acik sikit bimbang ialah kut kut lah TS Muhyiddin cuba didominasi oleh bekas bossnya itu sepertimana yang telah berlaku ke atas PM5 dan PM6


.

Sudah Suratan Takdir ⬇️

Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya 🌷

Adakah kerajaan PN itu haram ❓

Sebenarnya Acik tak berani meletak apa-apa hukum ke atas kerajaan PN. Biarlah masing-masing kita memilih sendiri apa status yang layak untuk dipadankan kepada kerajaan PN. Mungkin maklumat Acik yang berikut dapat membantu anda memilih hukum yang sesuai bagi kerajaan PN.

Ramai netizen mendakwa bahawa kemenangan PH dalam PRU14 dahulu adalah dengan cara menipu iaitu dengan menabur pelbagai janji2 yg menarik tapi palsu

Penipuan itu terbukti apabila PH gagal atau tidak mampu menunaikan janji2 tersebut. Alasan-alasan yang diberi sebagai justifikasi mungkir janji mereka ialah ⬇️

1. Kerosakan yg ditinggalkan BN adalah terlalu besar hingga Malaysia hampir bankrap. Ini yang menyebabkan PH tak mampu nak tunaikan janji janjinya dalam PRU14 dulu. Ironinya, ada pakar ekonomi yang mengatakan bahawa itu alasan yang palsu kerana ekonvomi negara sebelum PRU14 adalah sihat.

2. PH kata depa tak sangka akan menang besar dlm PRU14 itu. Jadi mereka tak teragak-agak untuk menabur janji janji dengan kepercayaan bahawa mereka tidak akan menjadi pemerintah dimana janji janji tersebut akan terpaksa ditunaikan.

3. PH mendakwa bahawa manifesto PRU14 bukanlah kitab suci. Siapa yang percaya manifesto (macam kitab suci) maka dia sendirilah yg bodoh. Jangan salahkan PH.

Apabila ramai rakyat merasakan bahawa mereka mengundi PH kerana tertipu oleh janji– janji palsu PH menjelang PRU14 dahulu, maka mereka merasa bahawa “merampas kuasa” dari PH bukanlah satu kezaliman malah suatu hak mereka.

Berdasarkan satu analysis, jumlah undi yang diperolehi oleh MN adalah lebih banyak daripada yang8 diperolehi oleh PH dalam PRU14 dahulu. Sila rujuk kepada posting Facebook berikut ⬇️

https://www.facebook.com/100002327036593/posts/2818435158244024/

Satu analogi

Kita menyerahkan kereta kepada X sebab beliau nak beli kereta tersebut dari kita. X berjanji akan terus membayar balik baki pinjaman ke atas kereta kita itu sampai habis. Malangnya, X sebenarnya tak mampu nak berbuat demikian. Bank sering menalipon kita menuntut kita melangsaikan loan atas kereta tersebut.

Bila kita jumpa X sedang memandu kereta itu, maka kita pun tahan dia. Kita ambil balik (rampas) kereta itu dari dia. X pun melaporkan kpd polis menuduh kita merampas keretanya.

Apakah agaknya tindakan polis kepada kita. ❓

Wallahua’lam 💊

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Taatilah perintah YDPA https://4uni2c.com/2020/03/01/politik-taatilah-perintah-ydpa/

Angkara lompat parti https://4uni2c.com/2020/02/29/politik-angkara-perebutan-kuasa/

Angkara perebutan kuasa https://4uni2c.com/2020/02/29/politik-angkara-perebutan-kuasa/

~ by OPajar on 2020-03-03.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: