Covid19: kebuluran juga perlu diatasi
2020 Mac 28 (Sabtu)
🇲🇾 India mungkin negara kedua yang paling ramai rakyatnya. China adalah negara pertama. Masing-masing mempunyai lebih daripada satu bilion perut untuk diisi setiap hari. Bayangkanlah berapa banyak sumber makanan yang perlu disediakan sepanjang masa oleh kedua-dua negara tersebut kepada rakyatnya.
Tidak siapa pun yang berani mempertikaikan bahawa makanan dan air adalah antara sumber asas kepada kehidupan. Baik bagi makluk Allah yang bernama manusia, maupun yang bergelar binatang. Begitu juga bagi tumbuh-tumbuhan.
Negara yang dikira berjaya ialah negara yang mampu menyediakan sumber (asas) kehidupan yang cukup kepada setiap rakyatnya. Tak kiralah dari mana sumber-sumber tersebut diperolehi. Ada negara yang menyediakan sendiri sumber-sumber tersebut. Contohnya negara Thai (Siam).
Ada juga negara yang bergantung sepenuhnya kepada sumber-sumber (asas) kehidupan yang diimpot dari negara luar. Contohnya Singapura. Namun begitu, setiap rakyat Singapura mendapat bekalan makanan yang cukup. Maka tidak adalah rakyat Singapura yang terpaksa meminta sedekah akibat kelaparan.
Seluruh dunia sekarang kebengungan dalam berperang dengan pembunuh licik yang berjenama Covid19 itu. Dalam tempuh yang begitu singkat, puluhan ribu nyawa manusia telah tewas ditangan pembunuh yang tersangat kejam ini. Sebelum pembunuh ini berjaya dinyahkan kehadirannya di muka bumi ini, entah berapa ramai lagi nyawa yang akan turut terkorban.
Yang akan turut terkorban itu tak semestinya yang terkena jangkitan Covid19 saja. Mungkin yang akan turut mati adalah akibat sebab-sebab sampingan, yang dicetuskan oleh Covin19. Contohnya ialah Makcik Liah (sepupu Makcik Kiah) yang tak dapat bertemu dengan cucu-cucu jantung hatinya sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dikuatkuasakan. Kerana tak tertahan menanggung rindu dendam yang bersangatan, maka Makcik Liah langsung mati.
.
Nun di sebuah kampung di sana, di negara Antah Berantah tu, Paklong Lahuma (seorang petani) telah keluar ke sawahnya. Tujuannya ialah untuk melepaskan air yang sedang bertakung yang hampir menenggelami petak bendangnya itu. Jika dibiarkan, anak-anak padi akan terendam dan mungkin akan mati. Beliau juga hendak memeriksa lukah yang dipasangnya di pergentingan sejak semalam. Ikan yang di dalam lukah itulah sumber utama protein beliau sekeluarga.
Tiba-tiba ternampak oleh beliau akan sepasukan polis menuju kepada beliau. Dengan serta merta Paklong Lahuma bergegas cabut lari lintang pukang kerana takut dibelasah oleh polis tersebut, dengan cotanya.
Malang tak berbau. Ketika melintasi jalan di hadapan rumahnya, Paklong Lahuma dirempuh oleh sebuah kereta peronda polis yang sedang bergerak laju.
Nasib Paklong Lahuma tersebut semua kita boleh teka. Tapi bagaimana pula dengan nasib tanggungan beliau yang di rumah. Mustahilkah mereka semua juga akhirnya akan turut mati ? Cumanya mati bukanlah kerana Covid19, tapi kerana kebuluran akibat kehilangan orang yang selama ini menjadi sumber rezeki mereka sekeluarga.
Melihat apa yang berlaku di dalam video di atas, Acik bertanya kepada diri sendiri tentang nasib mereka golongan bawahan itu. Mereka itu wajib bekerja setiap hari untuk membeli makanan. Jika mereka tak bekerja hari itu mungkin mereka terpaksa berlapar. Bukannya mereka malas nak bekerja tapi kerana dilarang oleh pemerintah.
Sepatutnya kerajaan kenalah sediakan makanan percuma yang cukup untuk mereka setiap hari. Selagi tempoh PKP belum tammat pemberian makan percuma tidak boleh dihentikan.
.
Pulang ke tempat asal
Apabila tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat makanan percuma yang cukup setiap hari, maka yang mampu membayar tambang mungkin akan pulang ke kampung. Stesyen stesyen bas dan keretapi pun menjadi sesak. Perhimpunan yang dilarang akan berlaku juga tanpa mampu dibendung, di stesyen stesyen pengangkutan awam

Sepanjang perjalanan ke kampung mereka beramai-ramai akan berada di dalam bas atau keretapi berjam-jam lamanya. Jika ada seorang saja yang positif Covid19 dikalangan mereka, mereka yang lain pun akan turut dijangkiti. Mereka ini pula yang akan menjadi ejen-ejen baru membawa balik Covid19 ke kampung masing-masing. Tak cukup merebak di bandar-bandar kini merebak pula di kampung-kampung.
Khusut sungguh fikiran Acik bila memikirkan tentang nasib rakyat golongan bawahan itu. Kalau Acik juga salah seorang daripada mereka, tak taulah apa yang boleh dibuat. Entahlah kut kut Allah tunjukkan Acik jalan keluar dari kesusahan tersebut.
.
Berangan menjadi negarawan
Berangan menjadi seorang negarawan tak salah kan ? Malah wajar digalakkan. Negarawan tak semestinya PM saja yang boleh jadi. Ada juga rakyat biasa yang digelar negarawan selepas kematiannya. Kerana selepas beliau meninggal barulah orang sedar bahawa legasinya amat berharga untuk negara. Contohnya Pendita Zaaba (bahasa & pendidikan) dan Seniman agung P. Ramli (kesenian). Idea yang baik juga boleh menjadi legasi yang berharga buat negara.
Di dalam negara demokrasi, rakyat bebas memberi pendapat peribadi mengenai apa-apa perkara. Baik pendapat yang selari dengan dasar kerajaan maupun yang bercanggah. Cuma mungkin ada satu dua isu yang dilarang komen. Isu-isu berkenaan jika dikomen, dikuatiri akan mencetuskan kekacaun atau komplikasi dalam sistem pentadbiran negara. Natijahnya rakyat dan negara jua yang akan rugi dalam jangka masa yang panjang.
Ideologi-ideologi yang available (sedia ada) untuk diterimapakai ialah kapitalisma, sosialisma dan komunisma. Namun, kebanyakan negara di dunia kini memilih ideologi kapitalisma. Malaysia kita pun turut menganuti ideologi kapitalisma.
Covid19 membuka mata umat manusia seluruh dunia terhadap kedua-dua negara signifiken dunia. Yang di sebelah barat ialah Amerika Syarikat dan yang di timur pula negara China. Negara AS adalah penganut ideologi kapitalisma. Manakala negara China pula pengamal ideologi komunisma. Antara dua negara itu, yang manakah lebih berjaya menguruskan kebajikan rakyat jelatanya dalam situasi yang sangat getir seperti sekarang ini.
Mungkin Covid19 akan pergi dengan meninggalkan suatu legasi yang sangat signifiken kepada dunia. Ya, dunia akan menyaksikan suatu anjakan paradikma yang maha penting. Kalau selama ini kapitalisma yang disayangi oleh kebanyakan negera, mungkin selepas ini komunisma pula yang dipeluki mereka.
Wallahua’lam 🌹
PN
PenCERAHan yg relevan ⬇️
FB posting by Dr. Ismail https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=640111673233104&id=327017001209241
Covid19: Bencana sejagat (Ujian keatas iman umat Islam) https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/