Covid 19: bencana sejagat
Ujian atas iman umat Islam
2020 Mac 13 (Jumaat)
🇲🇾 Dunia sekarang tengah kalut. Bala Covid 19 masih aktif. Hampir seluruh dunia dalam kebimbangan dan kebingungan. Sampai bilakah situasi ini, wallahua’lam ? Hanya Allah saja yang Maha tahu.
Bagi Acik, segala-galanya adalah dari Allah S.W.T. Baik yang buruk, maupun yang sebaliknya. Allah yang turunkan rezeki, kepada seluruh makluknya yang hidup. Dia jugalah yang menurunkan bala bencana. Samada sebagai hukuman (kifarah) atas dosa dosa makluknya itu, maupun sekadar menguji mereka.
Andaikata bencana Covid 19 ini adalah kifarah atas dosa dosa maklukNya, maka apakah yang umat manusia telah buat ? Khususnya kita umat Islam, apakah yang telah kita lakukan hinggakan bala yang diturunkan Allah itu turut menimpa kita.
Mungkin juga ramai di kalangan umat Islam yang meninggalkan solat fardu setiap hari. Bukan saja tidak solat malah benci pula kepada mereka yang rajin berulang alik ke masjid dan surau untuk solat berjemaah.
Berapa ramaikah pula si isteri yang tidak mentaati suami. Malah tergamak menconteng arang di muka suami di khalayak ramai. Sedangkan suaminya seorang yang patuh kepada ajaran Islam dan mulia di sisi Allah.
Begitu juga, berapa ramai pula suami yang tidak menunaikan amanahnya. Amanah sebagai seorang suami dan juga amanah sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya. Malah amanah mereka kepada ibu bapa yang telah tua tapi masih hidup. Sedangkan tanggungjawabnya ke atas ibu kandungnya adalah mendahului isterinya.
Berapa ramai pula yang tidak menghormati ibu dan bapa kandung mereka sendiri. Segala jasa orang tuanya tidak dihargai bahkan dilupai. Malah ada pula yang menyalahkan ibu bapa mereka bila hidup mereka tidak cukup selesa. Dituduhnya ibu bapa mereka gagal dalam mendidiki mereka. Kerana itulah maka mereka tidak berjaya mendapat pekerjaan yang mulia lagi bergaya.
Ada juga orang yang percaya bahawa bala akan menimpa umat Islam kerana meninggalkan kerja-kerja dakwah. Menyampaikan kebenaran Islam kepada orang lain adalah tugas besar yang diamanahkan ke atas setiap umat Nabi Muhammad s.a.w. Bagi mereka, kebenaran Islam wajib disampaikan mengikut kadar kemampuan masing-masing, walaupun hanya satu ayat.
Semoga kita tidaklah termasuk ke dalam golongan orang yang langsung tidak sudi menyampaikan apa apa kebenaran tentang Islam kepada pihak lain walaupun dengan sepatah ayat. Jauh sekali menjadi orang yang benci kepada kerja-kerja dakwah. Hinggakan sanggup memberi gelaran-gelaran negatif kepada pendakwah seperti “kolot” , “bodoh“, “sesat” dan sebagainya. Malah sanggup berusaha supaya kerja-kerja dakwah terhalang. Nauzubillah ❗
Dalam sebuah hadith : Saidina Huzaifah bin Yaman r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Demi Tuhan yang nyawaku dalam genggamanNya, sesungguhnya hendaklah kamu terus menjalankan amar bil ma’aruf dan nahi ‘anil mungkar. Sekiranya tidak, maka tidak lama lagi Allah SWT akan mengazab kamu lalu kamu akan berdoa kepadaNya tetapi Dia tidak akan menerima doa kamu” (Tirmizi)
.
Dalam hadith yang lain:
Saidatina Zainab Binti Jahsy r.a. meriwayatkan bahawa beliau berkata kepada Rasullullah s.a.w., “Wahai Rasullullah, adakah mungkin kami akan binasa (diazab) sedangkan dalam kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh ❓ Baginda menjawab, “Ya, apabila keburukan berleluasa.” (Bukhari).
.
Dipetik daripada kitab “Hadis Hadis Pilihan” (m.s. 589);
Penyusun: Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi ;
Penterjemah: Uz Abdul Hamid bin Chin & Uz Muhammad Razif bin Abd Wahab.
🇲🇾 Tidak kurang penting sebagai sebab yang mengudang bala dari Allah ialah kezaliman pihak berkuasa. Ada yang menzalimi rakyat sendiri. Contohnya, tidak membenarkan rakyat berniaga di tempat-tempat tertentu, tapi tidak menyediakan ruang perniagaan yang mampu disewa, di premis-premis berdekatan. Dalam usaha menangani wabak Covid 19 ini mereka diharamkan dari berniaga tapi bantuan saraan hidup yang mencukupi tidak pula diberi.
Ada pula negara umat Islam yang memusuhi negara jiran, walaupun sesama-sama Islam. Sedangkan negara jiran itu adalah negara yang lemah yang wajar disumbangi bukan diperangi.
.
Ujian terhadap iman umat Islam
Ketika Nabi s.a.w. menceritakan tentang israk mikraj yang baginda baru alami, maka iman umat-umat baginda ketika itu mulai teruji. Ada yang tidak mempercayai baginda kerana bagi mereka ia tidak masuk akal.
Namun bagi Abu Bakar r.a., asalkan sesuatu berita itu datangnya dari Nabi s.a.w., maka beliau terus yakin dengan sepenuh hati akan kebenarannya. Kerana sikapnya yang sebegitu terhadap Nabi s.a w. maka beliau digelar As Siddik.
Walaupun tidak sama dengan israk mikraj, namun Covid 19 mungkin juga satu bentuk ujian Allah keatas iman umat Islam sekarang. Ada yang yakin bahawa Covid 19 itu memang datangnya dari Allah. Tapi dalam masa yang sama merasa ragu-ragu tentang keberkesanan doa makluk kepada Tuhannya . Dengan kata lain, percaya bahawa doa tidak memberi apa-apa kesan positif sebagai usaha bagi menangani wabak Covid 19 itu.
Bagi mereka ini, cara yang berkesan hanyalah kaedah yang ditetapkan oleh kerajaan. Oleh kerana kerajaan yang mengeluarkan perintah supaya semua masjid dan surau ditutup selama sebulan, maka itulah yang dilaksanakan. Seolah-olah tidak percaya bahawa Allah berkuasa mengkabulkan doa hamba-hambanya dalam menangani wabak Covid 19 itu, dengan cara yang tidak mampu kita fahami.
Apabila masjid dan surau ditutup, maka satu ujian lain pula menimpa ratusan ustaz yang mengajar di masjid-masjid dan surau-surau tiap-tiap malam. Oleh sebab kuliah-kuliah agama dibatalkan selama sebulan, maka rezeki mereka pun turut terjejas. Setiap Ustaz kini diuji dengan kehilangan pendapatan mungkin diantara RM3 ribu hingga RM 6 ribu sebulan.
Betapa pula dengan Ustaz-Ustaz yang terlibat dengan perniagaan umrah dan ziarah. Mereka diuji dalam menghadapi pelangan-pelangan mereka yang membatalkan pelan umrah dan ziarah lalu menuntut ganti rugi yang dialaminya dengan serta merta.
Mudah-mudahan masing-masing mereka yang menerima ujian tersebut, akan menghadapinya dengan penuh sabar dan redha, bukan sebaliknya ?
Covid 19: Ujian buat Acik sendiri
Bagi Acik, ujian yang sangat pilu dan sayu akibat dari Covid 19 itu adalah larangan menunaikan solat fardu berjemaah di masjid dan surau.
Andaikanlah bahawa ada seekor burung merbuk yang bebas terbang riang ria ke sana sini. Lalu burung tersebut ditangkap dan dimasukkan ke dalam sebuah sangkar emas. Kemudian sangkar itu digantung di luar sebuah tingkap.
Setiap masa burung tersebut akan dapat melihat padang rumput tempat ia bermain dan mencari makan setiap hari, sebelum dia tertangkap dahulu. Apa agaknya perasaan burung merbuk itu ketika berada di dalam sangkar emas tersebut ?
Dalam masa yang sama ada pula seorang Abid tua yang tinggal berhampiran dengan sebuah masjid. Abid itu sentiasa beristiqamah ke Masjid itu bagi menunaikan solat fardu berjemaah setiap waktu.
Tiba-tiba atas arahan kerajaan, masjid tersebut ditutup. Maka bagaimanakah pula perasaan Abid tua itu apabila tidak boleh lagi solat berjemaah di dalam masjid tersebut ?
Abid tua itu tentulah lebih sedih dan keciwa daripada apa yang dirasai oleh burung merbuk yang di dalam sangkar emas itu. Namun, sebagai seorang muslim yang taat setia kepada pemerintah, maka Abid itu terpaksa akur dan bersabar.
Akan tetapi, tidak mustahil jika ada orang yang merasa dilemma dengan larangan solat berjemaah di masjid itu. Ia ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. Solat fardu berjemaah adalah suatu amalan yang telah sebati bagi setengah kaki-kaki masjid. Ianya dianggap wajib dikerjakan walau dengan bersusah payah sekali pun.
Jika tiada alasan yang cukup kuat bagi melarang solat jemaah di masjid, maka melarangnya adalah dianggap maksiat. Mungkin bagi ramai kaki-kaki masjid Covid 19 itu bukanlah satu ancaman kritikal terhadap mereka. Oleh itu bagi mereka, Covid 19 tidak layak dijadikan justifikasi bagi menghalang mana-mana masjid dari terus menunaikan solat fardu berjemaah.
.
Kalau seketul najis jatuh ke dalam sebuah takungan air mutlak yang kuantitinya melebihi dua buah kolah maka dua kemungkinan yang akan terjadi kepada air tersebut. Pertama, status air itu akan kekal sebagai air mutlak. Kedua, statusnya akan bertukar kepada mutanajjis. Adakah perlu air itu terus dibuang asalkan dijauhi najis ?
.
Sejak sekian lama masjid dan surau sentiasa ketandusan bilangan jemaahnya. Bermacam-macam usaha telah dilakukan bagi mengimarahkan rumah-rumah Allah itu. Beribu-ribu ringgit dibelanjakan untuk memasangkan aircond bagi menambahkan keselesaan supaya ramai orang lebih suka bersolat di masjid daripada di rumah. Ada masjid yang mengadakan ceramah-ceramah agama lebih dari 30 kali sebulan. Namun hasilnya tak seberapa.
Bagi menangani sesuatu masalah kita perlu ada mekanisma. Antaranya adalah satu dasar yang berkesan dan praktikal. Segala implikasi dari perlaksanaan dasar tersebut perlu diambil kira. Keadilan wajiblah menjadi teras bagi apa-apa juga dasar yang dibuat. Jika kesan positif yang dihasilkan untuk keuntungan satu pihak adalah di atas kerugian di pihak lain, maka dasar itu tak boleh dianggap adil, sebaliknya zalim.
.
Berpandukan ilmu di dada dan iman di hati, seseorang Muslim ingin melakukan kebaikan dengan sebanyak mungkin dan sebaik mungkin. Begitulah juga dengan kaki-kaki masjid. Mereka penuh yakin bahawa solat yang paling afdhal adalah di rumah Allah. Begitulah juga, tempat paling mujarab berdoa adalah juga di rumah Allah. Dan solat berjemaah pula pahalanya 27 kali ganda.
Suasana di rumah sendiri tentulah tak sama dengan di rumah Allah. Kalau di rumah sendiri belum tentu dapat berjemaah. Sembahyang di rumah Allah juga lebih khusu’. Jadi, kalau kehadiran kaki-kaki masjid di masjid-masjid tidak menyumbang apa-apa kepada penularan Covid 19 maka apakah rasionalnya jika mereka (khususnya) pun nak diharamkan ke masjid ?
.
🌷🌷🌷⬇️🌷🌷🌷⬇️🌷🌷🌷⬇️🌷🌷🌷⬇️🌷🌷🌷⬇️
INTIPATI YG DISAMPAIKAN DALAM KHUTBAH SYEIKH YUSRI حفظه الله تعالى
Beliau adalah Al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani. Seorang DOKTOR pakar bedah yang , alim, zuhud dan wara’, juga pakar dalam pelbagai bidang ilmu agama. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama’ah, bermazhab Syafi’ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli dan merupakan antara ULAMA’ Al-Azhar As-Syarif.
Maulana Syekh Yusri Rusydi حفظه الله تعالى menyampaikan bahwa virus corona yang melanda dunia adalah sebab perbuatan seseorang yang jahat, yang Allah ﷻ sahaja yang mengetahui.
Dan janganlah bimbang kerana rencana buruk akan kembali pada mereka yang berbuat demikian, sementara kita tidak punya pilihan kecuali menghadapi bahaya ini, dengan:
1- Tidak berlebihan menggunakan ubat-ubatan pembersih seperti alkohol, dettol dsb. Karena ubat-ubatan itu boleh memusnahkan bakteria2 baik yang bermanfaat menjaga kita dari bakteria2 jahat. Bakteria baik itulah yang menjadi pertahanan pertama dalam tubuh kita.
Sebagai seorang doktor aku tidak pernah memasukkan dettol ke rumahku, juga tidak pernah membeli alkohol. Cukup dengan menggunakan air secukupnya.
Apabila kamu berwudhu biasa & mencuci tanganmu yang kamu lakukan 5 kali dalam sehari maka kamu selamat.
Apabila ditambah dengan sabun sebelum & sesudah makan; maka itu lebih dari cukup.
Kerana air tidak membunuh bakteria baik. Sementara ubat-ubatan pembersih membunuh bakteria yang baik & yang buruk, sehingga tanganmu tanpa pertahanan.
Ketahuilah, bahawa semua organ tubuhmu ada dihuni bakteria, sampai kotoran (tahi) terdiri dari 70% bakteria, 10% sel mati & 20% adalah sisa makanan, menunjukkan bahwa kita dijaga Allah ﷻ dengan begitu banyak pasukan.
Jadi tidak perlu menggunakan ubat-ubatan pembersih, seperti juga tidak usah pakai ubat kumur2 secara kerap kerana ianya boleh merosakkan saluran kerongkong.
Cukuplah bersiwak atau berus gigi, kumur2 biasa, membersihkan sisa makanan setelah makan seperti takhlil (membuang sisa makanan yang menyangkut antara gigi dengan benang dll) seperti yang diajarkan Sayyiduna Rasulullah ﷺ.
Kita hidup di tengah begitu banyak bakteria yang kita hirup bersama udara, kita hadam bersama makanan/minuman kita, tapi kita tidak sakit kerana Allah ﷻ menjaga kita & memberi kita begitu banyak pasukan penjaga agar kita boleh bertahan hidup.
Jadi tidak usah ikut berlebihan membeli ubat-ubatan pembersih, berebut membelinya kerana kebodohan mereka. Dan sayangnya banyak perusahaan yang menghasilkannya menginginkan orang-orang terus membeli produk itu. Mereka tidak peduli apa yang mereka jual itu membahayakan manusia.
Karena begitulah perdagangan ubat-ubatan sekarang adalah semata-mata demi memperolehi keuntungan duniawi, bukan lagi demi khidmat kepada umat manusia, tidak seperti dulu yang dilakukan demi mengubati manusia sehingga dijual dengan harga termurah & boleh dibeli semua orang.
Kemudian berubah menjadi perdagangan mafia seperti halnya perdagangan senjata, bahkan ada ubat sekali minum saja ada yang harganya 70 Ribu junaih (sekitar 4500 USD), bagaimana kalau menelan setiap hari selama sebulan, seakan ubat-ubatan hanya untuk orang-orang kaya sahaja.
Begitulah kita hidup di alam yang dikuasai yang buruk, ini di antara tanda hari kiamat, sebagaimana yang dikabarkan Sayyiduna Nabi ﷺ bahawa antara kita & hari kiamat banyaknya terjadi fitan (huru hara dan fitnah) seperti gelapnya malam.
- Kita harus memperbaiki tabiat & akhlak kita.
- Menjauhi majlis keramaian seboleh mungkin.
- Yang mengurung diri hanyalah mereka yang sakit seperti hidung berair, batuk, panas. Mengurung diri bahkan dari mereka yang hidup serumah.
- Yang sihat sila beraktiviti seperti biasa.
- Solat Jum`at pun hanya dihadiri oleh mereka yang sihat. Yang sakit solat zuhur di rumah masing2. Allah ﷻ mengajarkan bagaimana beribadah ketika sihat atau pun sedang sakit, semua beribadah sesuai kondisinya.
- Tidak perlu ketakutan, atau saling menakuti & menyebarkan hoax melalui fb atau whatsapp.
- Virus tidak hidup kecuali pada suatu yang hidup, dia tidak mematikan kecuali pada seseorang yang punya penyakit lain. Dan virus itu hanya hidup selama 5 hari.
- Jadi bagi yang merasa letih atau panas, beristirahatlah, dan menjauh dari orang lain & meninggalkan ciuman. Jangan menggunakan alat makan/minum bersama-sama, tapi gunakanlah alat peribadi, dan itulah yang semestinya kita lakukan sepanjang waktu & untuk semua sakit menular.
- Ini hanya sementara, insyaAllah akan hilang. Ketika udara panas, virus akan mati.
- Alhamdulillah, umat Islam tidak takut mati, mereka hanya berhati-hati & berharap husnul khatimah yaitu mati dalam Islam. Orang kafir saja yang ketakutan mati.
Muslim itu tenang & redha pada qadha & qadar, tapi kamu juga jangan menjadi sebab kemudharatan bagi mereka, jadi kalau sakit menjauhilah.
- Perbanyakkan cairan terutama yang panas, seperti yansun (teh) , halba, lemon, vitamin C, mawalih(citrus) , boleh juga dengan 1 pil habatussauda barakah di pagi hari.
- Bersenam & bergerak cukup agar saluran darah berfungsi baik. Tinggalkan bermalasan; muslim yang kuat lebih baik dari muslim yang lemah.
Sebahagian faedah Khutbah Jum`at, 25 Rajab 1441H, 20 Mac 2020M.
⬆️🌹🌹🌹⬆️🌹🌹🌹⬆️🌹🌹🌹⬆️🌹🌹🌹⬆️🌹🌹🌹⬆️
Diskriminasi positif bagi kaki-kaki masjid
Dalam Islam ada apa yang diistilahkan ia diskriminasi positif. Maksud diskriminasi adalah memberi layanan berbeza pada individu atau kumpulan yang berbeza. Contohnya, layanan terhadap seorang Tuan Guru tentulah tidak sama dengan layanan terhadap orang awam biasa macam Acik ini.
Begitulah juga, menghormati seorang PM tentulah melebihi menghormati seorang Ketua Cawangan parti. Ini adalah adab dalam masyarakat sejagat yang diiktiraf oleh Islam. Dalam urusan-urusan rasmi ia dinamakan protokol.
Nak memulakan sesuatu kerja kebajikan tidak perlu menanti sehingga tibanya ketika atau suasana yang ideal. Kalau kita belum mampu membuat semua, maka jangan langsung tak buat apa-apa. Dalam suasana sekarang tidak ada pihak yang mendakwa bahawa masjid wajar dibuka seperti biasa.
Namun, ini tidaklah bermakna bahawa masjid tidak boleh dibuka langsung. Apa salahnya jika masjid dibuka khusus untuk sebilangan kaki-kaki masjid yang bebas dari jangkitan Covid 19. Acik percaya bahawa mengenalpasti mereka yang Covid 19 negatif tidaklah membebankan sangat pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
Bagi pendapat Acik, adalah wajar sekiranya sedikit perbelanjaan dikeluarkan untuk membiayai kos saringan keatas kaki-kaki masjid yang bersedia menjadi tetamu Allah sepanjang tempoh penguatkuasaan penutupan masjid dan surau. Anggaplah mereka itu sebagai duta-duta kita kepada Allah. Kesian juga kepada Imam, Bilal dan Siak jika setiap waktu solat fardu mereka saja yang berjemaah di masjid dan surau. Kan lebih afdhal jika bilangan makmum lebih ramai.
Semoga dengan berkat iktikaf, ibadat dan doa mereka (kaki-kaki masjid) yang mustajab di rumah Allah, maka wabak Covid 19 akan cepat menyahkan diri dari kita umat Islam khususnya, dan dunia seluruhnya , insyaAllah.
.
Wallahua’lam 🌷
Doa-doa pelindung ⬇️
Apabila sudah wujud segelintir kaki-kaki masjid yang istiqamah berjemaah di masjid, tiba-tiba datang pula arahan tutup masjid. Seolah-olah “marahkan pijat kelambu dibakar. Lain bengkak, lain menanah”. Tidak ada langsungkah cara menangani pandemic Covid 19 tanpa mengganggu fungsi masjid ?
.
.
PenCERAHan yg relevan ⬇️
Covid 19: Cabaran kepada Tabligh https://4uni2c.com/2020/03/16/covid-19-cabaran-kpd-tabligh/
Agama: Otak ibarat kalkulator https://4uni2c.com/2020/02/13/agama-otak-ibarat-kalkulator/
Agama: Ibarat makan pisang sedekah https://4uni2c.com/2019/04/10/agama-ibarat-makan-pisang-sedekah/
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com
