Agama: Otak ibarat kalkulator

2020 Feb 13 Kha

Sesuatu yg tak dapat dilihat atau disentuh tak semestinya tidak wujud

🇲🇾 Setelah terbaca komen-komen negatif terhadap hukum hakam Islam di dalam FB (Facebook), maka Acik rasa terpanggil untuk sekadar menegur. Yang nak Acik terguri adalah semua yang terlibat tak kira siapa. Samada yang membuat komen mahupun yang membacanya. Bukankah agama itu nasihat ?

Ini adalah sejajar dengan tanggungjawab keatas setiap Muslimin yang mukallaf. Sebagai seorang mukallaf kita adalah terikat dengan sebuah hadith Nabi s.a.w. yang mahfumnya, “jika kamu terlihat sesuatu kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan kamu, atau dengan lidah kamu atau sekurang-kurangnya membenciinya di dalam hati. Maka itu (benci) adalah selemah-lemah iman”.

Acik bukanlaah seorang yang ‘alim sangat tentang hukum hakam Islam. Tapi sebab ianya menyetuhi perkara-perkara yang basic dalam agama, maka apa salahnya Acik menegur. Kalau Acik sendiri yang salah faham InsyaAllah akan ada Muslimin lain yang sudi mencelah. Maklumlah, perkara yang basic itu lebih ramai orang yang tahu daripada yang masih jahil.
.

Kononnya Acik juga seorang kritikus ketika di zaman pembelajaran dahulu. Dari darjah satu hingga tamat Universiti, dalam kelas tak rajin Acik berdiam diri. Namun Acik tak rasalah bahawa Acik layak dilabel kritikus walaupun orang lain melabelkan Acik kritikus.

Tujuan Acik bertanya bukanlah bermaksud mengkritik atau mempertikaikan kebenaran sesuatu perkara. Cuma sekadar nak meyakinkan diri bahawa Acik benar-benar faham konsep subjek yang diajari oleh pengajar.

Ketika belum masuk sekolah dahulu Acik ikut abang-abang main meriam kabat. Kabat ialah bahan ledakan yang digunakan oleh meriam tersebut. Suatu hari, cikgu Acik mengajar tentang meriam orang-orang dahulu. Kata cikgu Acik itu, meriam menggunakan ubat bedil sebagai bahan ledakan. Acik pun bertanya, “meriam dahulu pun menggunakan kabat jugakah ?” Kerana soalan itu maka Acik dihukum.

Agaknya Acik dianggap cuba mempertikaikan fakta bahawa meriam dahulu menggunakan ubat bedil sebagai bahan ledakan. Kalau tidak, masakan soalan itu terbit dari mulut Acik. Namun, hakikatnya ialah Acik hanya ingin mendapatkan kepastian samada ubat bedil dan kabat itu bahan yang sama atau pun sebaliknya. Itu riskonya jika salah bertanya. Apa lagi kalau salah kritik.

Merujuk kepada komen-komen yang tersebar luas dalam FB terhadap hukum hakam Islam, pakar-pakar komen (PPK) berkenaan mungkin berniat baik. Tidak mustahil bahawa mereka juga mungkin seperti Acik dahulu. Mereka berniat mencari kepastian tentang kebenaran sesuatu hukum. Cuma caranya agak provokatif yang mengundang kemarahan umum.

Namun mungkin juga ada di antara PPK tersebut sememangnya mempertikaikan kebenaran ataupun status hukum hakam Islam berkenaan. Lebih-lebih lagi terhadap hukum hakam yang sudah mantap dalam minda hampir setiap individu Muslim sejak zaman baginda Nabi s.a.w. masih hidup lagi.

PPK kategori kedua inilah yang Acik rasa amat kasihan kepada mereka. Mereka sangat memerlukan hidayah dari Allah. Marilah kita sama-sama berdoa dalam hati masing-masing agar mereka ini dianugerahi Allah wisdom. Semoga melalui wisdom mereka akan mendapat hidayah.

Dengan wisdom tersebut mudah-mudahan mereka akan mampu menilai sendiri ilmu ilmu agama yang sudah ada dengan mereka. Adakah mereka sudah cukup kaya dengan ilmu agama tersebut.

Bagaimana pula dengan tahap ketajaman akal mereka bagi memotong hujah-hujah tokoh-tokoh agama dahulu yangmana kefahaman agamanya itu dipertikaikan. Bagaimana mungkin fahaman PPK itu lebih benar sekiranya fahaman sedia ada tersebut tidak mampu dipatahkan dengan fahaman mereka yang baru itu.
.

Siapakah PPK hukum hakam Islam berkenaan jika dibandingkan dengan tokoh-tokoh agama silam. Contohnya Imam Imam mazhab yang masyhor yakni Imam Hanafi, Imam Maleki, Imam Shafie dan Imam Hambali. Begitu juga dengan Imam Nawawi dan Imam Ghazali, dan ramai lagi.

Acik penuh yakin bahawa, andai kata PPK berkenaan telah pernah membaca dan memahami kitab-kitab karangan salah seorang saja dari tokoh-tokoh ilmuan Islam tersebut, nescaya tidak mungkin terbit komen-komen negatif terhadap hukum hakam Islam dari mulut-mulut mereka. Malah sebaliknya, mungkin mereka pula yang menjadi penyokong dan pendokong tegar fahaman dan ajaran semua tokoh-tokoh agama tersebut.
.

Hukum hakam yang telah ditetapkan Allah ada hikmah dan justifasinya. Ada yang nyata (zahir) dan ada pula yang tersembunyi (batin). Yang nyata mudah kita fahami dan terima. Tapi yg batin itu ramai daripada kita yang tak mampu memahaminya. Lalu hukum hakam itu pun tak dihormati atau ditolak.

Otak kita ibarat kalkulator 8-angka

Sebenarnya otak kita adalah umpama kalkulator 8 angka. Selagi input yang dimasukkan untuk diproses oleh kalkulator itu adalah masih dalam kemampuannya, maka kalkulator itu akan memberi jawapan yang tepat.

Namun sekiranya input yang dimasukkan itu melebihi kemampuan kalkulator itu untuk diprosesnya, maka yang akan keluar di skrinnya itu bukan jawapan tepat tetapi sebaliknya ERROR.

Demikianlah dengan otak kita. Bila sesuatu itu adalah masalah yang hakikatnya di luar kemampuan otak untuk memikirkannya, maka hasilnya juga adalah salah (ERROR ) . Namun kebanyakan kita syok sendiri dengan hasil pemikiran kita yang salah (ERROR) itu. Sebaliknya kita mendakwa bahawa jawapan kita itulah yang betul. Jawapan orang lain semuanya salah belaka.

Jika kalkulator kita itu kadang-kadang memberi jawapan ERROR, maka itu tandanya kalkulator itu sihat. Namun jika ia langsung tak pernah memberi jawapan ERROR maka itu petandanya ia telah rosak. Contohnya, jika inputnya ialah
12345678 X 12345678
lalu kalkulator tersebut masih memberi apa2 jawapan maka sahih lah bahawa kalkulator itu tak sihat. Maka eloklah dicari yang lain tanpa membuang masa.

Orang yang tinggi ilmunya akan faham analogi kalkulator yang Acik gunakan itu. Diam mereka bukanlah tanda mereka bodoh. Sebaliknya mereka sedar bahawa perkara yang dipertikaikan itu adalah di luar jangkauan pemikiran mereka bagi mendapatkan jawapannya. Ataupun rakan yang berdebat dgn nya itu tidak akan faham dan tak akan terima jawapan itu.

Kata peribahasa Melayu, “kalau kail panjang sejengkal, lautan yg dalam jangan diduga”. Maksudnya tak payahlah memikir atau membuat kerja yang diluar kemampuan kita kerana ianya pasti sia-sia.
.

Wallahua’lam 🌷

Selingan ⬇️

Contoh mempertikaikan hukum hakam yang termaktub dalam al Quran berdasarkan logik akal sendiri

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

https://m.facebook.com/100001564414911/posts/2920904861304966/?from_close_friend=1&notif_id=1581748791857437&notif_t=close_friend_activity&ref=notif

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

PenCERAHan yg relevan

Bahaya penyakit riyak dan takabbur https://4uni2c.com/2019/04/22/tasauf-bahaya-penyakit-riyak-dan-takabbur/

Hudud: metafizik atau dailektik ❓ https://4uni2c.com/2015/03/25/hudud-03-metafizik-atau-dailektik/

Selamat tinggal FB https://4uni2c.com/2017/11/19/selamat-tinggal-fb/

Agama: anak derhaka https://4uni2c.com/2020/04/28/agama-anak-derhaka/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

~ by OPajar on 2020-02-13.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: