Covid19: keperluan ibu kpd rekacipta
20 April 03 (Jumaat)
Necessity is the mother of invention
🇲🇾 Peribahasa Inggeris di atas jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu akan berbunyi kira-kira, “Keperluan itu ibu kepada rekacipta”. Majoriti kita mungkin pernah terlintas dengan peribahasa tersebut. Tabiat manusia, apabila timbulnya sesuatu keperluan, nescaya akan terbitlah alat baru yang direkacipta, bagi membantu mereka memenuhi keperluan berkenaan.
Contohnya ialah keperluan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Jika kita kaji tentang sistem pengangkutan sejak dari awal ketamadunan manusia, maka banyaklah perkara-perkara yang menarik yang bakal kita pelajari.
Bermula dengan berjalan kaki, manusia kemudiannya merekacipta perahu atau sampan. Kerja kaki untuk bergerak ke hadapan diberi pula kepada tangan. Kerja tangan ialah mendayung sampan tersebut. Maka bolehlah kaki berehat. Uniknya ialah, dengan menggunakan tangan manusia mampu bergerak ke hadapan dengan lebih laju dari berjalan kaki.
Namun begitu, sampan hanya mampu bergerak di dalam air. Maka manusia berusaha pula membina terusan (canal) atau tali air sebagai jalanraya untuk sampan. Dalam proses pembinaan terusan tersebut, maka bermacam-macam pula alat penggali tanah yang direkacipta.
Mula-mula yang direkacipta hanya alat-alat yang simple (mudah dan kuno). Cukuplah dengan keperluan untuk menggali tanah membuat terusan-terusan kecil bagi keperluan waktu itu. Namun akhirnya manusia berjaya merekacipta alat-alat yang canggih bila timbulnya keperluan membina Suez Canal (Terusan Suez) dan Panama Canal
(Terusan Panama).
Dengan terbinanya kedua-dua terusan tersebut jarak perjalanan kapal laut telah dapat dipendekkan sejauh ribuan batu. Bayangkan berapa banyak penjimatan masa dan kos pelayaran kapal telah dapat dinikmati manusia sejak ianya mula beroperasi hinggalah sekarang.
.
Akhirnya dalam tahun 1903, Wright bersaudara (Orville dan Wilber) telah berjaya merekacipta sejenis kenderaan yang boleh bergerak paling laju di zamannya itu. Kenderaan jenis tersebut itulah yang sekarang ini kita panggil pesawat atau kapal terbang. Namun, sudah tentulah pesawat sekarang ini berkali-kali ganda lebih canggih dari yang pertama yang direkacipta oleh Wright dua beradik itu.
Kalau nak ikutkan akal Acik yang amat kerdil ni, mana masuk akal bahawa ada objek yang mampu terbang, selain daripada burung. Namun realitinya, ia sudah lama ada di depan mata kita. Realiti ini tak siapa pun yang berani menyangkal kecuali si bodoh tegar saja.
.
Sebenarnya, kita bisa terbang adalah kerana Allah izinkan. Kalau Allah tak izinkan, dengan ada pesawat sekalipun mustahil kita akan bisa terbang. Kini ribuan buah pesawat, sedang tersadai (grounded) di airport (lapangan terbang) di seluruh dunia. Ini adalah manifestasi bahawa Allah tidak izinkan kita terbang. Covid19 hanyalah asbabnya saja.
.
Sebelum Nabi s.a.w. wafat, kewajiban melakukan ibadat haji di Mekah telah pun disyariatkan. Setiap Muslim wajib melakukan ibadat haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dan ibadat haji telah menjadi rukun Islam yang kelima selepas zakat.
Namun demikian, kewajiban haji adalah keatas Muslim yang berkemampuan sahaja. Keatas yang selainnya, belum wajib hukumnya. Malah jika sekiranya perjalanan pergi dan balik Mekah mengancam keselamatan diri dan harta benda, maka hukum melakukannya boleh menjadi haram.
Ini menunjukkan bahawa Islam sangat mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan. Atas sebab itulah, maka umat Islam yang tinggal jauh dari Mekah, rata-ratanya belum wajib menunaikan haji. Tidak ada fatwa bahawa umat Islam Malaysia dahulu benar-benar dituntut menunaikan ibadat haji, walaupun ia adalah rukun Islam yang kelima.
Tetapi setelah wujudnya pesawat, kewajiban menunaikan haji terkena keatas lebih ramai umat Islam seluruh dunia. Termasuk yang tinggal puluhan ribu kilo meter dari Mekah. Maka saban tahun jutaan umat Islam menunaikan ibadat haji. Jemaah dari Malaysia saja pun lebih dari 30 ribu.
Kerana wujudnya pesawat, maka umat Islam tak ada lagi alasan yang syarie untuk tidak melaksanakan ibadat haji. Zaman kita ni tak sama lagi dengan zaman datuk nenek kita dahulu. Tuntutan supaya menuaikan ibadat haji adalah lebih berat keatas kita sekarang daripada keatas datuk nenek kita dahulu.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemajuan sains dan teknologi telah banyak memberi munafaat kepada kita umat Islam. Teknologi pengangkutan dan komunikasi telah banyak mempermudahkan kita menunaikan kewajiban kita terhadap agama kita.
Kemajuan dalam bidang sains perubatan juga banyak membantu kita bagi menunaikan tanggungjawab peribadi kita sebagai seorang Muslim. Contohnya, apabila kita jatuh sakit kehidupan harian kita mungkin menjadi tidak normal. Akibat sakit, maka kita rasa susah dan malas nak menunaikan solat fardu 5 kali sehari. Semua ahli keluarga kita pun turut susah kerana kita.
Mujur perubatan moden bisa membuat kita cepat sembuh daripada sakit. Jadi kehidupan harian kita akan segera kembali normal. Justru itu amal ibadat kita juga turut kembali normal.
Sebelum kita berangkat ke Mekah, samada untuk membuat haji ataupun umrah, kita dinasihati supaya mendapat suntikan perubatan. Suntikan tersebut bertujuan melindungi diri kita daripada penyakit berjangkit semasa berada di Mekah nanti. Maklumlah di sana, kebarangkalian adanya jemaah yang sudah terkena infeksi (penyakit berjangkit) sangatlah tinggi.
Sedangkan keberkesanan suntikan tersebut telah dibuktikan berdasarkan kajian yang saintifik. Oleh sebab yang telah membuat kajian keatas suntikan perubatan itu adalah pakar sains perubatan moden, maka kita yakin dengan sepenuh hati bahawa kita dilindungi daripada jangkitan penyakit selama berada di Mekah.
Betulkah suntikan perubatan (vaccination) itu benar-benar membuat diri kita kebal 100 % dari sebarang penyakit berjangkit di Mekah nanti ? Wallahua’lam. Namun, ia sudah cukup memberi kita keyakinan diri bagi meneruskan hasrat kita untuk ke Mekah.
Andaikata kita terkena juga apa apa jenis penyakit di sana, sekurang-kurangnya kita tak rasa menyesal sebab kita telah berikhtiar bagi mengelakkan diri darinya. Ini sejajar dengan sunnah Rasul kita yang menyuruh sahabatnya menambat terlebih dahulu untanya sebelum bertawakkal.
.
Secara tak langsung kita sebenarnya telah sanggup mengambil calculated risk untuk ke Mekah. Kita yakin penuh bahawa kita nak ke Mekah adalah dengan niat yang suci dan ikhlas kerana Allah. Maka kita rasa bahawa kita layak untuk mengharapkan pelindungi Allah setalah kita mematuhi sunnah kekasihNya.
Dalam masa yang sama, kita juga menerima hakikat bahawa diri kita adalah milik Allah. Kalau Allah nak matikan kita, maka kita redha mati di mana juga kita sedang berada. Apa lagi jika kita dimatikanNya ketika sedang menjadi tetamuNya. Tetamu yang datang ke rumahNya bagi melaksanakan fardu haji yang disyariatkanNya ke atas kita.
.
Cuba anda berimaginasi bahawa kononnnya Kerajaan Arab Saudi membatalkan larangan ibadat haji bagi tahun ini. Dan kebetulan pula anda serta suami anda adalah di antara puluhan ribu pencarum TH yang dicalonkan sebagai peserta haji bagi tahun ini. Syarat yang wajib dipenuhi oleh setiap peserta haji dari seluruh dunia ialah disahkan negatif Covid19.
Saringan kesihatan telah mengesahkan bahawa anda dan suami memang super negatif Covid19. Tiba-tiba suami anda merasa amat keberatan untuk menunaikan haji dalam tahun ini. Katanya, bahana Covid19 masih kuat menghantui minda beliau.
Apa komen anda sebagai isteri terhadap suami yang sebegitu rupa pendiriannya❓ Seolah-olah beliau tak percaya kepada ubat yang direkacipta oleh pakar-pakar perubatan modern berdasar kaedah saintifik. Dalam masa yang sama, macam tak percaya pula akan kadha’ dan khadar Allah.
.
Kontroversi terhadap sesuatu hukum
Menetapkan hukum ke atas sesuatu perkara jika tidak berhati-hati pasti akan mencetuskan kontroversi. Hukum default atau hukum yang terpakai dalam keadaan normal terhadap sesuatu itu, bisa berubah bila suasana berubah. Contohnya, sepertimana hukum wajib haji yang telah kita bincangkan di atas.
Hukum default ditetapkan berdasarkan nas nas tertentu dan kefahaman yang tepat oleh ilmuan yang berotoriti. Nas nas berkenaan adalah bersumberkan al Quran, sunnah Rasul s.a.w. dan sunnah para-para sahabat baginda. Kerana ada hadith menyatakan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda mahfumnya, “sunnah sahabatku adalah sunnahku“
Sahabat yang manakah yang baginda maksudkan itu, wallahua’lam. Mungkin ada di kalangan pembaca PenCERAHan Acik ini yang alim dan sudi berkongsi ilmunya kepada kita semua…..?
.
Muslim umpama penumpang
Jika kita baca tentang pencipta-pencipta berbagai jenis peralatan canggih, sebagai Muslim kita mungkin akan rasa terkilan. Terkilan kerana perika-perika alat berkenaan jarang jumpa yang Muslim. Perika pesawat adalah bukan Muslim, perika kereta pun bukan Muslim bahkan perika basikal pun bukan Muslim.
Namun, segala alat-alat tersebut kita Muslim pun turut sama menikmatinya. Cuma kita boleh bangga sikit ialah dalam aspek perubatan. Dunia kenal dengan Ibn Sina (Avicenna) sebagai bapa perubatan moden. Beliau adalah seorang Muslim.
Pendek kata umat Islam lebih banyak menumpang daripada menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi dunia. Oleh sebab itu kita harus bersyukur banyak-banyak kerana Allah tidak melarang kita daripada menumpang guna hasil-hasil rikaan bukan Muslim. Malah jika kita tidak turut menikmati segala kemudahan yang sudah sedia dicipta oleh mana-mana hamba Allah, maka kita mungkin layak dilabel sebagai kufur nikmat. Nauzubillah !
.
Contoh kufur nikmat ialah apabila kita tidak mahu menaiki pesawat untuk ke Mekah bagi menunaikan ibadat haji. Sedangkan jarak negara kita dengan Mekah lebih dari 8 ribu KM. Kita masih nak ikut juga pengangkutan cara Nabi s.a.w. iaitu dengan menunggang binatang (kuda, unta dan sebagainya) dan berjalan kaki. Bagaimana agaknya suasana di Mekah setiap musim haji. Bagaimana pula dengan penjagaan binatang-binatang tersebut ketika memberi perkhidmatan kepada tuannya di sepanjang musim haji.
.
Kerana umat Islam bijak dalam mensyukur nikmat, maka banyak perintah Allah yang dapat dilaksanakan. Bukan sekadar dapat di tunaikan dengan mudah, malah dengan lebih sempurna lagi. Kalau sebelum dirikacipta kemudahan berkenaan kita cuma mampu melakukan yang wajib sahaja, tapi apabila adanya kemudahan berkenaan maka yang sunat-sunat pun dapat kita laksanakan.
.
The moral of the story
Dengan kehadiran berbagai peralatan canggih, kita tak ada alasan lagi untuk mengelat daripada melaksanakan syariat. Apa lagi perintah Allah yang telah menjadi amalan mantap umat Islam sejak berkurun lamanya.
.
Datuk nenek kita dahulu menganggap institusi masjid adalah satu keperluan bagi Mukminin. Oleh kerana itu mereka sanggup bersusah payah ke hutan menebang balak. Daripada balak, maka terbinalah masjid papan demi mengisi keperluan.
Masjid-masjid dibina di tepi-tepi sungai. Maka mudah lah ia the disinggahi bagi yang bersampan, selain daripada yang berjalan kaki. Ada yang membuat sampan semata-mata untuk bertandang ke masjid setiap pagi dan petang. Pendek kata, “necessity is the mother of invention” menjadi prinsip hidup yang mereka pegang.
.
Biar mati anak, jangan mati adat
Seorang negarawan berkata, “biar mati anak, jangan mati adat“. Maka bagunlah 1000 rakyat menentang kenyataan beliau. Lalu ada yang menyindir, “kalau semua anak dah mati, adat tak kan berguna lagi ?”
Jika seorang kaki masjid pula bersuara, “biarlah diantara kami ada yang terkorban, asalkan (institusi) masjid dapat dipertahankan“, nescaya akan ada yang menuduh beliau fanatik agama (jahil murakap) yang tak faham realiti. Acik doakan supaya mereka ini akan menjadi kaki masjid/surau selepas tempoh PKP (perintah kawalan pergerakan) tamat nanti, insyaAllah !
.
Wallahua’lam 🌹
PenCERAHan yg relevan ⬇️
Sweden does not isolate Covid19 negatives https://www.nationalreview.com/2020/04/coronavirus-response-sweden-avoids-isolation-economic-ruin/
Covid19: Bencana sejagat (ujian ke atas iman umat Islam) https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com
PN