Covid19: mungkin sial kita
2020 April 10 (Jumaat)
π²πΎ Sebentar tadi Acik terpikat oleh sebuah tulisan. Tulisan itu Acik kira daripada seorang jihadis di barisan hadapan. Beliau salah seorang daripada ramai jihadis lain yang sedang gagah dan gigih berjuang bagi menyelamatkan kita semua daripada ditawan oleh Covid19.
.
Sungguh sedih dah simpati Acik terhadap jihadis tersebut. Dalam masa yang sama terasa amat marah dan meluat kepada pihak yang memaksa jihadis tersebut membuang masanya yang sangat berharga itu untuk menukil surat yang sedemikian rupa.
.
Dalam tulisan beliau itu ada juga beliau memuji anggota Jemaah Tabligh. Acik bukan niat nak tokok tambah apa-apa kepada tulisan Dr. Jahadis tersebut. Cuma Acik ingin nak menyatakan tentang suatu kemungkin. Ianya tiba-tiba terlintas di hati kecil Acik sebaik membaca surat Dr. Jihadis tersebut.
Bagi Acik tak mustahil juga bahawa atas berkat doa ikhlas dari ahli-ahli Jemaah Tabligh itulah, maka Allah beri kita kekuatan untuk menangani Covid19 dengan jayanya. Ceramah DUSA (Datuk Ustaz Samsuri Ahmad) di pertengahan PenCERAHan ini mungkin mampu menjelaskan lagi kemungkinan yang Acik maksudkan itu.
.
C & P (01/2) β¬οΈ
Dr Sakinah Sulong
9 April 2020
- Kami Bukan Anjing
Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya.
Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia.
Pengarah Jabatan ke,
Jemaah tabligh ke,
Doktor ke,
Pelajar ke,
Semuanya sama. Lubang hidungnya sama.
Rongga mulutnya sama.
Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.
Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.
Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin.
Marah-marah.
Panggil staff kami ‘dog’
Panggil staff kami pencacai najis.
Memang sangat kurang ajar!
Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.
Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.
Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!
Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan.
Buat saringan simptom dan vital sign.
Buat pensampelan.
Buat rujukan ke hospital seandainya perlu.
Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.
Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.
Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan!
Memang tak bersyukur!
Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan.
πͺπͺπͺ
KitaJagaKitaCovid19
C & P (02/2) β¬οΈ
I am Malaysian doctor, dont look at me like im hindu,im buddha n etc
Terkesan dengan pergi ke pusat kuarantin yang kebanyakan tabligh yg ikut itjimak seri pettaling π jadi aku nak cerita sedikit pengalaman aku.
Di tawau pusat kuarantine kami di IPG dekat balung tu. Kami tanya keadaan mereka seharian, ada masalah apa apa di tempat penginapan ka, ada develop gejala2 batuk demam selsema ka, dan melayan apa saja keluhan mereka dan kami akan cuba perbaiki kelemahan dari kami dan cuba memenuhi permintaan mereka tapi kami juga ada byk sekat dan batasan.tidak bole la expect penginapan ini 100% perfect gitu bah. pasti ada kekurangan dan kami pun tau
Keluhan pesakit disini biasanya makanan. Makanan seharian mereka adalah nasi putih/ ayam atau ikan goreng dengan sedikit sayur rebus gitu .πππ
“makanan la doctor kering sangat takde kuah2 gitu..tapi kami makan saja la dr untuk isi perut,nak buat macam mana kan ” Kesian memang kesian. Bayangkan makan 3 kali sehari menu tawar yang sama .kamu rasa?
Bukan sebab mereka manja
Tapi cuba kita bayangkan diri kita di tempat mereka. Terkurung dlm bilik 14 hari, makanan itu itu je dan sejuk, rindu keluarga, takde entertainment lgsg Bosan, sedih, berbeza dengan kuarantin dirumah bersama keluarga. Dont judge mereka so fast.π
Something to be respected bila I see them always pray jam2 12 mereka solat lps tu duduk atas katil.mereka baca alquran. Dengan keadaan kurang selesa gitu panas2 dan mereka tetap tidak terlepas solat,mengkhatam al quran. Salute mereka
Memang la aku pun rasa geram juga awal2 kenapala cluster tabligh ni bawa virus “ke sini ke sana” But lepas involve in covid team nie, ternyata bukan yg seperti diwar warkan di social media, sebenarynya orang tabligh nie banyak yang munculkan diri, volunterly dtg nak screen diri mereka.
Skrg di pusat kuarantin pun tidakla mereka keluh nak ini nak itu seperti elit baru tu.mereka ikut je “doctor buatla apa yang terbaik, kami ikut je doctor” ππ
Sebenarnya Tuhan tolong Malaysia nie sebab awal2 kita kena covid nie 1st cluster kan tabligh, memang semua maki hamun mereka,aku juga marah . Tapi ada aku terbaca post org lain hari tu yg bikin aku fikir dalam juga
” nasib cluster tabligh yg kena dulu, senang kita nak kenalpasti mereka,sebab pakai kopiah, berjanggut panjang(kebanyakan) ,berbaju jubah yaa jadi senang kita nak kesan mereka bawa mereka untuk screen dan ambil sampel dan tempatkan mereka di pusat kuarantin. bayangkan di negara luar, mcm mana mereka mau detect siapa siapa yg berisiko dpt covid nie”
so itula selalu ada je kebaikan daripada apa yg kita pikir buruk.
Aku dapat pengajaran juga yg kita kena selalu pikir postive, Husnuzon, terima dengan hati terbuka not judgemental atau discriminative siapa pun. kita takde Hak!!
Peringatan untuk semua termasuk aku, skrg ni kita lawan covid bukan tindas sesama manusia, dont play race religion card ya this is not the timeπ
Corona virus duno who is malay,chinese indian sikh iban kadazan dusun bajau dia attack semua lapisan orang!
I am a hindu and i think i need to write this up
wegottafightthis
kitamestimenang
unitedwestanddividewefall
covid19
Wallahua’lam πΉ
PenCERAHan yg relevan β¬οΈ
Covid19: Bencana sejagat (ujian ke atas iman umat Islam) https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/
PenCERAHan terbaru β¬οΈ http://www.4uni2c.com
PN