Covid19: Masjid mula dibuka

Semoga Allah melindungi tetamuNya yg bertawakal kpdNya, insyaAllah ❤️

2020 Mei 16 (Sabtu)

Segala justifikasi dlm video ini wajar dikaji utk pembaikan institusi masjid seluruh Malaysia. 🌷

🇲🇾 Semalam (2020 Mei 15) dah ada beberapa buah masjid di Malaysia yang telah mula mengadakan balik solat Jumaat. Bagi kaki-kaki solat berjemaah, ini tentulah sesuatu fenomina yang ditunggu-tunggu. Namun, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang telah berpeluang menjadi tetamu Allah itu. Yang selainnya (termasuk Acik) hanya masih layak menjadi tetamu Tesco dan pasaraya besar sahaja.

Kini telah terbukti bahawa umat Islam Malaysia rata-ratanya adalah patuh ulul amri (law abiding citizen). Ini adalah manifestasi mereka yakin kepada kebijaksanaan institusi (ulul amri) tersebut. Dengan kata lain, tak ada yang bantah apa-apa, walaupun solat fardu Jumaat tak dibuat berminggu-minggu kerana masjid ditutup atas perintah ulul amri.

Video diatas (Acik percaya), dihasilkan adalah supaya kaki-kaki masjid tidak merasa bersalah kerana lama tidak menziarahi rumah Allah. Bersolat di rumah sendiri tentulah tak seafdhal dengan bersolat di rumah Allah. Lebih-lebih lagilah di ketika Allah sedang menguji manusia sejagat dengan bencana besar seperti Covid19 sekarang. Itulah agaknya kepercayaan majoriti kaki-kaki berjemaah yang fanatik agama.

Bagi anggota penting dalam tim ulul amri yang bebas dari kefanatikan, mungkin tersedik juga di hati masing-masing sekelumit perasaan bersalah berkaitan dengan penutupan masjid. Semoga video yang sama juga mampu menyahkan rasa bersalah tersebut dari hati masing-masing.

Tujuan PenCERAHan Acik ini bukanlah kerana kesal dengan apa yang telah berlaku. Kerana Islam melarang menyesali terhadap perkara yang telah berlaku. Iaitu dengan mengatakan, “kalaulah dibuat begini (atau begitu), tentulah perkara (negatif) itu tak berlaku”.

Sebaliknya, Acik ingin merekodkan beberapa harapan Acik terhadap institusi masjid dan surau pasca Covid19 nanti. Pertamanya Acik harap, beberapa ciri-ciri masjid biarlah dikembalikan kepada yang lama. Contohnya, seperti ciri-ciri masjid di zaman Acik budak-budak dahulu.
.

Di zaman Acik masih budak-budak dahulu, masjid dibukan 24 jam sehari. Walaupun pintu dan tingkapnya ditutup selepas selesai solat fardu Isya, namun pintunya tidak dikunci. Hanya sekadar ditutup rapat saja supaya tidak ada binatang liar masuk.

Menjelang subuh esok paginya, mana-mana kaki masjid pun boleh datang awal dan memasuki masjid. Beliau secara sukarela akan membuka lampu-lampu dan tingkap-tingkap masjid. Tak perlu menunggu Siak atau Bilal atau Imam datang baru masjid dibuka.

Bagi mempraktikkan jadual masjid dibuka 24 jam, maka kenalah ada SOPnya. Pertama, masjid janganlah dijadikan gedung menyimpan barang-barang berharga.

Kedua, setiap masjid hendaklah memasang jaga sepanjang malam. Kalau tak mampu mengupah jaga professional, mungkin boleh ditugaskan dua orang di kalangan kaki-kaki masjid, beriktikaf di antara Isya dan Subuh mengikut giliran. Cukuplah dengan menghadiahkan mereka sedikit sagu hati tanda penghargaan ke atas tugas ikhlas mereka itu.

Lebih efektif jika tugas jaga diamanahkan kepada dua orang siak. Dengan dibayar upah yang cukup untuk mereka hidup selesa, mereka tak perlu buat kerja part time (sampingan) bagi menampung kekurangan pendapatan mereka. Mudah-mudahan mereka akan menjadi anak muda yang hatinya tertambat dengan masjid.

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Masjid: sumber berbagai tauladan https://4uni2c.com/2019/10/11/masjid-sumber-berbagai-tauladan/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

~ by OPajar on 2020-05-16.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: