Masjid: sumber berbagai tauladan

Masjid bukan pentas politik.

2019 Okt 11 (Jum)

.šŸ‡²šŸ‡¾ Masjid: sumber berbagai tauladan

Bagi seorang Muslim sebaik-baik tempat di atas muka bumi ini adalah masjid. Manakala seburuk-buruk tempat ialah pasar. Itu adalah mahfum sebuah hadith. Cuma definasi pasar sekarang mungkin sudah jauh berbeza dari zaman Nabi s.a.w. dahulu. Namun, adakah definasi masjid juga sudah turut berubah, wallahualam.

Berpandu kepada hadith tersebut maka Acik bercita-cita hendak sentiasa tinggal dekat dengan masjid. Setakat ini alhamdulillah sebab selalu dapat tinggal berdekatan dengan masjid kecuali ketika di Pos Brook dulu dan di Saujana Damansara sekarang.

Di Pos Brook dahulu, jarak masjid dari rumah yang Acik tinggal ialah 15km. Dari Saujana Damansara tempat Acik tinggal sekarang adalah kira-kira 2km ke masjid. Tempat yang paling dekat dengan masjid yang pernak Acik tinggal ialah Saujana Apartmen, Damansara Damai iaitu tidak sampai 70 meter.

Setiap masjid ada kelebihan dan kelemahannya. Keadaan sesebuah masjid adalah manifestasi status sosial anak-anak khariah masjid tersebut. Juga manifestasi prestasi jawatankuasa yang mengurustadbir masjid tersebut. Jika majoriti anak khariahnya terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi, maka masjidnya juga akan terurus dengan baik. Apa pun, di mana-mana juga masjid itu berada ia harus menjadi lambang kepada kehebatan Islam.

Oleh sebab masjid adalah pembawa imej Islam maka keadaan masjid perlulah sentiasa baik pada kacamata orang ramai. Sekurang-kurangnya pada kacamata masyarakat setempat. Maka pihak berkuasa yang menjaga hal ehwal agama Islam wajarlah mengambil peduli tentang kebajikan setiap masjid di seluruh negara.

Ini merangkumi pelbagai aspek. Dalam aspek fisikal ia menyentuh kemudahan-kemudahan asas masjid seperti tandas, tempat mengambil wuduk, lampu, kipas dan sebagainya. Aspek bukan fisikal pula adalah merangkumi pengurusan masjid serta aktiviti-aktiviti agama yang dijalankan di masjid berkenaan.

Dari sumber mana dan bagaimana masjid mengisi dananya juga tidak kurang penting. Ia wajar dipantau oleh pihak berkuasa berkenaan agar tidak berlaku apa-apa penyelewengan yang boleh mencemarkan institusi masjid sebagai pembawa imej Islam.

Pendek kata, masjid wajarlah layak menjadi sumber tauladan bagi perbagai aspek kehidupan. Contohnya masjid layak dijadikan piawai dari segi kebersihan untuk diikuti oleh anak-anak khariah masjid berkenaan. Pengurusan masjid juga harus layak untuk dicontohi oleh institusi-institusi lain termasuk keluarga, koperasi dan persatuan.

AJK masjid juga hendaklah terdiri daripada individu-individu yang terpuji akhlaknya. Tidak harus ada seorang pun daripada AJK yang kontroversi sikap dan akhlaknya. Bukan saja tidak ada AJK yang meninggalkan solat fardu, malah gemar melakukan amalan-amalan sunat dan kerja-kerja kemasyarakatan.

Dari pangamatan (observation) Acik, banyak daripada masjid-masjid yang Acik pernah singgah bersolat di dalamnya masih dhaif keadaannya. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa masjid yang telah mencapai prestasi tinggi telah bertambah, namun bilangannya masih kecil. Oleh itu usaha bagi meningkatkan taraf masjid-masjid yang masih dhaif itu wajarlah dilaksanakan dengan lebih gigih dan terancang.

.

Saranan Acik kepada JAKIM dan IKIM

Untuk itu sukalah Acik mencadangkan supaya suatu kajian akademik yang komprehensif dijalankan ke atas masjid-masjid di seluruh negara. Pihak yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam seperti JAKIM dan IKIM misalnya, mungkin boleh membiayai sepasukan penuntut-penuntut universiti di peringkat PhD, bagi membuat kajian tersebut.

Seterusnya, berdasarkan hasil dari kajian tersebut, mereka hendaklah menyediakan manual program-program tindakan yang lengkap dan praktikal. Program-program tersebut adalah untuk diterimapakai oleh semua pihak yang relevan dengan maajid, demi meningkatkan taraf semua masjid dengan cara yang terancang dan berkesan.

Program tindakan tersebut hendaklah merangkumi aktiviti dakwah dan tarbiah. Kaedah pengajian yang diamalkan oleh hampir semua masjid selama ini mungkin belum cukup berkesan bagi meningkatkan pengetahuan anak-anak khariah masjid berkenaan. Mungkin program alternatif yang lebih efektif akan dapat dihasilkan melalui kajian tersebut. Ianya adalah bagi menggantikan kaedah pengajian ilmu agama yang dijalankan di masjid-masjid sejak sekian lama. Mudah-mudahan dalam tempoh 10 tahun akan datang hasrat menjadikan masjid sebagai sumber berbagai tauladan akan menjadi realiti.
.
.

Wallahua’lam

PenCERAHan yg relevan ā¬‡ļø

Covid19: susah, mungkin barakah https://beappreciative.wordpress.com/2021/05/28/covid19-susah-mungkin-barakah/

Masjid: Rahmatan lil alamin

https://4uni2c.com/2019/05/30/masjid-rahmatan-lil-alamin/

.

Silence is golden

https://4uni2c.com/2012/12/22/4uni2c-12722-silence-is-golden/

.

Wajarkah masjid dipenjarakan ?

https://4uni2c.com/2017/02/11/wajarkah-masjid-dipenjarakan/

.

PenCERAHan terbaru http://www.4uni2c.com

.

~ by OPajar on 2019-10-11.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: