Accident: tanda isyarat mungkin puncanya
2020 Ogos 19 (Rabu)
🇲🇾 Kemalangan yang kita tonton di dalam video di atas hanyalah salah satu contoh daripada ribuan “traffic accident” (kemalangan jalanraya) yang berlaku setiap tahun di Malaysia. Kebanyakan yang terbunuh akibat TA (Traffic Accident) itu adalah penunggang motorsikal. Kebiasaannya penunggang motorsikal adalah rakyat yang miskin. Mereka ini kurang berkemampuan untuk mengguna kereta sebagai kenderaan harian.
Mereka yang tidak pernah mengguna motorsikal sebagai kenderaan harian, tidak akan dapat menghayati bahaya yang dihadapi oleh penunggang-penunggang motorsikal. Contohnya ialah isteri dan anak-anak perempuan Acik sendiri. Oleh itu, Acik sering kali mengingatkan mereka agar lebih berhati-hati dengan penunggang2 motorsikal ketika memandu.
Sejak mula mamandu dalam tahun 1981 lagi, bermacam-macam masalah yang telah Acik alami semasa di jalanraya. Antara yang tak habis-habis Acik hadapi ialah tanda isyarat jalanraya (TIJ). Selain daripada tak ada langsung TIJ sebagai bimbingan, yang ada pula mengelirukan pemandu. TIJ terlindung oleh pokok atau objek lain juga adalah fenomina biasa.
Semua itu boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Malangnya sejak sekian lama, seolah-olah macam tidak ada usaha yang serius bagi mengatasi kelemahan tanda isyarat jalanraya di seluruh negara. Oleh itu, Acik sangat berharap agar selepas PRU15 nanti, suatu perubahan positif lagi ketara akan berlaku. Tak kiralah parti mana pun yang mendapat mandat daripada rakyat, asalkan sistem tandajalan diberi satu anjakan paradigma.
Pada persepsi Acik, memang kerajaan tidak serius dalam usaha bagi menambahbaikkan TIJ. Jikalau ia serius maka TIJ akan menjadi lebih dominan si sepanjang jalan, ke mana juga kita memandu. Sebaliknya yang dominan ialah papan iklan komersial. Papan2 iklan itu lebih jelas dipandang daripada TIJ. Sudah tentulah papan2 ikhlan tersebut akan mengurangkan penumpuan kita kepada urusan memandu yang sedang dilakukannya. Dengan cara tidak sedar ia menjejaskan keselamatan, bukan bagi diri kita sendiri saja babkan bagi pengguna2 jalanraya yang lain.
Kalau nak disebut satu persatu TIJ yang tidak berkesan dan boleh menyumbang kepada kemalangan, mungkin menjadikan PenCERAHan Acik ini tersangat panjang. Oleh itu Acik tak berniat berbuat demikian. Tapi Acik cuma nak tekankan kepada tanda arah destinasi (TAD) saja.
Apa yang Acik maksudkan dengan TAD itu ialah papan2 tanda yang memaparkan simbol anak2 panah yang menghala ke sesuatu tempat (destinasi). Jika TAD tidak berkesan ia boleh menyebabkan kereta lain terlanggar kita.
Contohnya, dari lokasi A kita hendak ke lokasi B. Pada permulaan perjalanan kita pun memandu ke arah A mengikut TAD yang tunjukkan. Tetapi ketika menuju suatu persimpangan Y nun beberapa puluh meter baru ternampak TAD. Simpang ke kanan menuju D, yang ke kiri menuju B. Kita pun memberi signal ke kanan kerana menyangka itulah arah yang betul.
Tiba-tiba sebuah kereta melanggar kita dari belakang. Rupa-rupa ketika kita dah terlalu hampir dengan persimpangan Y itu barulah kita perasan bahawa simpang ke kanan itu adalah menuju destinasi D bukan B. Secara spontan tangan kita telah memusingkan stering kereta kita ke kiri. Dan kebetulan tak jauh di belakang kita ada sebuah kereta lain yang sedang berada di laluan ke simpang kiri itu.
Punca kemalangan tersebut ialah kerana TAD itu tidak cukup berkesan. Nak jadikan ia berkesan tak susah. Pertama biarlah TAD itu diletak melintangi jalan tersebut. Contohnya macam papan iklan sejenis produk yang melintasi lebuhraya Shah Alam – KLIA.
Kedua biarlah saiz TAD itu lebih besar supaya jelas kelihatan kepada majoriti besar pemandu dari jarak 300m lagi. Bukan dah 20m saja dari persimpangan baru nampak. Semua usaha pembaikan itu adalah manifestasi sikap kerajaan sebenar terhadap aspek keselamatan jalanraya.
Mungkin ramai yang kata TAD dah tak perlu lagi sekarang sebab dah ada waze dan map. Namun bagi Acik, ada juga elemen negatifnya penggunaan waze dan map itu. Memandu dengan memerhati telefon boleh alih itu boleh membuat kita hilang kawalan terhadap kereta yang kita sedang pandu, lalu mengakibatkan kemalangan.
Lagi pun bukan semua jalan yang kita lalui mempunyai signal internet yang kuat. Bila internet kita lemah waze atau map tak lagi membantu kita. Di situ baru kita merasai betapa masih pentingnya lagi TAD.
Kajian terhadap TIJ dan wujudkan unit khas
Acik ingin cadangkan supaya satu kajian yang komprehensif dijalankan mengenai TIJ (tanda isyarat jalanraya – road signage). Dari kajian itu nanti kerajaan akan dapat mengenalpasti segala kelemahan yang ada dalam sistem TIJ itu sejak sekian lama. Adakah TIJ yang sedia ada itu benar-benar berkesan ataupun tidak. Malah, mungkin ada TIJ yang mengelirukan pengguna jalanraya.
Mungkin juga wajar ditubuhkan satu unit khas di dalam JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) bagi memantau dan mengawal semua TIJ supaya setiap TIJ itu terus relevan dan berkesan. Yang sudah tak relevan harus dinyahkan. Contohnya, TIJ tentang had kelajuan. Banyak terdapat TIJ had laju 90km/jam (misalnya) terletak amat berdekatan dengan TIJ tiada had laju. Acik Rasa salah satu daripada TIJ itu wajar dihapuskan ASAP.
Wallahua’lam 🌹
PenCERAHan yg relevan ⬇️
Faktor jalan juga punca kemalangan https://4uni2c.com/2018/09/01/faktor-jalan-juga-punca-kemalangan/
Tol : punca kemalangan maut ? https://4uni2c.com/2017/07/04/2842/
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com
