Analogi: rupa hodoh cermin disalahkan

Jika muka kita hodoh, jangan harap imej muka kita yg tubit dlm cermin akan jadi comel lote

2020 Ogos 23 (Ahad)

🇲🇾 Cermin ialah suatu alat yang biasa digunakan bagi melihat wajah kita sendiri. Boleh dikatakan di setiap rumah ada cermin. Oleh sebab cermin ini diperbuat daripada kaca, maka Acik namakannya cermin kaca.

Perbezaan antara cermin yang berkualiti dengan yang tak berkualiti ialah, cermin yang berkualiti menghasilkan imej yang hampir 100% serupa dengan objek sebenar. Manakala cermin yang tak berkuati akan menunjukkan imej yang kurang tepat atau herot petot.

Satu fenomina tentang cermin kaca ialah, ia tidak menunjukkan bahagian di sebelah kanan bagi sesuatu objek itu sebagai kanan. Sebaliknya ia menunjukkan bahagian di sebelah kanan itu sebagai kiri. Oleh sebab itu, agak sukar bagi kita untuk membaca tulisan yang tertera di dalam cermin berkenaan.

Contohnya, kita tak mudah membaca nombor plat kenderaan yang sedang mengekori kereta kita, yang kita nampak dalam cermin tepi (side mirror) kereta kita itu. Walaupun dengan fenomina itu, cermin kaca masih boleh menjadi teman setia kita.

Cermin kaca mampu memperlihatkan ketrampilan kita. Contohnya, jika muka kita comot akibat terlebih banyak dipalit dengan bahan-bahan solekan, maka cermin itu akan menyedarkan kita. Cermin kaca tidak pernah menipu kita dengan mempamirkan imej buruk kita sebagai cantik ataupun sebaliknya.

Sungguhpun cermin kaca mampu memperlihatkan sifat-sifat fisikal kita, namun ia tidak mampu memperlihatkan aspek-aspek kita yang lain. Contohnya sifat pribadi kita, samada yang positif maupun yang negatif.

Antara sifat-sifat negatif kita ialah, perangai atau nilai-nilai buruk yang menjadi amalan kita. Atas sebab itu maka kita tiada pilihan lain selain daripada bergantung kepada “cermin manusia“. Cermin manusia yang Acik maksudkan di sini ialah, orang-orang yang di sekeliling kita.

Merekalah yang akan melakarkan imej non fisikal kita samada yang positif maupun negatif. Andaikata kebanyakan mereka melakarkan imej (non fisikal) pribadi kita sebagai baik, maka kemingkinan besarnya ialah, kita adalah seorang individu yang tulen baik. Begitulah juga jika sebaliknya.

Acik ingin mengaitkan analogi ini dengan semua agensi penguatkuasaan undang-undang yang wujud di seluruh Malaysia sekarang. Ia termasuklah PDRM, Kastam, Imigresen, JPJ, PBT dan lain-lain lagi. Bagi setiap agensi tersebut, cermin manusia adalah alat yang wajar digunakan bagi menilai diri masing-masing.

.

Tindakan anggota polis dalam video ini adalah satu contoh yg boleh mencemarkan imej pasukan keselamatan tersebut.

Acik kuatir tidak ramai individu yang berminat untuk membina persahabatan yang mesra lagi ikhlas dengan anggota-anggota penguatkuasaan. Ada yang melabelkan pasukan penguatkuasa sebagai penjawat awam yang paling korup. Berdasarkan persepsi sedemikian, maka susah bagi pasukan penguatkuasaan hendak mendapat kerjasama yang baik dari orang ramai.

Oleh itu, Acik berharap kesemua agensi penguatkuasaan kerajaan akan menjaga imej baik agensi masing-masing. Mereka wajar menggunakan masyarakat umum sebagai “cermin” yang Acik sebut di atas. Mereka wajar dengan rendah hati menerima segala kritikan yang dilemparkan terhadap mereka dengan fikiran yang terbuka dan prasangka yang positif.

Sinderom penafian tidak sepatutnya menjadi ciri utama mana-mana agensi penguatkuasaan. Ia tidak akan membantu sama sekali untuk meningkatkan integriti agensi berkenaan. Sebaliknya akan memburukkan lagi persepsi orang ramai terhadap mereka.

Peribahasa Melayu ada menyebut, “seperti menegakkan benang Yang basah”. Ini merujuk kepada percubaan menafikan apa-apa juga amalan negatif yang berlaku secara terang-terangan di hadapan mata kepala masyarakat awam.

.

Elemen yang selalu mencemarkan imej sesebuah organisasi ialah gejala rasuah oleh anggotanya 🌹

Senario yang lebih buruk ialah apabila ada agensi-agensi pemguatkuasa yang suka menyalahkan pihak yang membuat kritikan terhadap mereka. Dengan lain-lain perkataan, mereka tidak suka melayan sebarang komen negatif tentang diri mereka.

Sekiranya sikap atau dasar sedemikianlah yang diamalkan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan, ia tidak akan menambah baik imej agensi tersebut. Sebaliknya ia akan membentuk persepsi masyarakat yang semakin buruk terhadap agensi penguatkuasaan itu.

Oleh yang demikian, sukalah Acik menasihati setiap agensi penguatkuasaan supaya tidak mempersalahkan masyarakat umum yang menyimpan persepsi yang kurang baik terhadapnya. Persepsi orang ramai sebenarnya adalah hasil daripada kredibiliti agensi berkenaan itu sendiri, berdasarkan apa yang masyarakat umum sendiri nampak.

Dengan lain perkataan, usah salahkan orang ramai atas kelemahan agensi-agensi penguatkuasaan itu sendiri. Inilah yang dikatakan, “muka hodoh jangan cermin pula yang dipersalahkan”.

Orang ramai adalah ibarat “cermin manusia” kepada setiap agensi penguatkuasaan. Masyarakat umum adalah pihak yang akan menilai dan menentukan tahap integriti mana-mana agensi penguatkuasaan kerajaan yang berkenaan.

Analogi yang sama juga boleh diapplikasikan kepada semua parti-parti politik, baik ia parti yang memerintah maupun pembangkang. Tidak kira samada ia meletakkan label “Islam” pada logo partinya ataupun tidak. Samalah juga terhadap Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Bahasa menunjukkan bangsa

Kita sebagai individu pun tertakluk kepada penilaian oleh masyarakat umum. Lebih-lebih lagi jika kita seorang netizen yang aktif menulis dalam medsos (FB, twitter, telegram dan sebagainya). Kata peribahasa Melayu, “bahasa menunjukkan bangsa”.

Oleh sebab itu, supaya kita tidak dilabel dengan sesuatu yang jijik atau negatif, maka marilah sama-sama kita jaga tutur kata kita. Jadilah kita sebagai netizen yang beradab, berpelajaran dan tidak sombong atau bongkak. Berhujahlah dengan cara yang sesuai dengan bangsa kita yang dikenali dengan sifat-sifat yang mulia dan mesra.

Seyugia juga Acik sentuh di sini ialah, netizen dinilai reputasinya berdasarkan substance bukannya form. Pada pemerhatian Acik, banyak komen2 yang dibuat hanya berdasarkan pengetahuan yang sangat sedikit tentang isu yang dikomen. Samalah seperti kisah beberapa orang buta mengenal gajah. Masing-masing mengenal gajah berdasarkan apa yang sempat diraba pada anggota seekor gajah yang dilawati mereka.

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Polis rasuah: “Duit banyak-banyak nak buat lapik dalam kubur kah?” – Ayob Khan https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-rasuah-duit-banyakbanyak-nak-buat-lapik-dalam-kubur-kah-ayob-khan-291855#.YGvouLDfl0M.whatsapp

Cerekana: Strategi barua Jepang https://4uni2c.com/2012/12/16/cerekana-11z12-strategi-barua-jepang/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

~ by OPajar on 2020-08-23.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: