Polis: satu anjakan paradigma ?

2020 Ogos 11 (Selasa)

Malu pun biarlah bertempat

.

🇲🇾 Acik sangat kagum dengan pegawai Polis yang membuat kenyataan dalam video di atas. Kalaulah sikap mejoriti anggota Polis seperti beliau, sudah tentu isu perniagaan haram tidak ditularkan melalui medsos oleh mana-mana pihak, sepertimana apa yang berlaku baru-baru ini. Semua rakyat akan dapat menikmati suatu kehidupan yang aman damai. Selama ini yang merasa aman hanyalah segelintir rakyat elit yang mendapat perlindungan dari Bukit Aman saja. Yang lain-lain macam kebanyakan kita ?

Sebesar-besar syabas Acik ucapkan kepada pegawai Polis yang di dalam video di atas. Semoga beliau ataupun anggota yang semacam beliaulah yang bakal mengganti KPN (Ketua Polis Negara) sekarang, apabila KPN itu bersara nanti. Aamiin.

Kata sebuah peribahasa, “setiap yang berlaku itu ada hikmahnya”. Begitu juga dengan video yang dilakoni oleh pelakon solo Saudara Asri Janggut pada 2020 Ogos 08 yang lepas. Dengan sebab video tersebut, maka rakyat seluruh Malaysia mulalah memperlihatkan reaksi masing-masing terhadap badan penguasa undang-undang yang berkenaan. Sejak sekian lama masing-masing takut nak bersuara. Seolah-olah masing-masing masih menganggap dirinya mentimun, sedangkan pihak berkuasa adalah durian. Menggolek luka, digolek pun luka. Maka kalau nak selamat lebih baiklah menjauhkan diri.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Syabas Asri !🌹

Acik percaya bahawa apa yang didedahkan oleh Sdr Asri dalam video di atas adalah benar. Dari segi logiknya, tak ada siapa pun yang suka menjolok sarang tebuan, kecuali budak-budak nakal lagi bodoh. Tapi Sdr Asri bukanlah seorang yang bodoh maupun nakal. Ini kita sendiri boleh menilainya berdasarkan ketrampilan beliau dan kepetahan beliau bercakap dalam video di atas.

Sepatutnya seluruh rakyat Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi syabas kepada Sdr Asri. Sekiranya majoriti rakyat Malaysia berani menuntut keadilan untuk diri masing-masing, nescaya negara akan bebas dari gejala rasuah. Malangnya boleh dikatakan majoriti masih lagi penakut. Iaitu masih lagi menganggap dirinya umpama mentimun, seperti yang Acik dah sebutkan tadi.

Rasuah adalah “salahguna kuasa”

Dahulu sebelum mantan TPM Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) dipenjara selama 6 tahun, Acik ingat rasuah itu bermaksud menerima dan memberi wang atau harta benda saja, bagi mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah disisi undang-undang. Tindakan memberi rasuah itu diistilahkan sebagai menumbuk rusuk. Manakala menerima pemberian tersebut diistilahkan sebagai makan rasuah. Tetapi selepas mantan TPM itu dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun atas kesalahan rasuah, maka baru Acik faham bahawa rasuah juga merujuk kepada penyalahgunaan kuasa.

Contohnya, Tuan A adalah seorang pegawai tinggi Polis. Maka beliau diberi kuasa serta tanggungjawab tertentu bagi melaksanakan keadilan kepada semua pihak. Beliau wajib mematuhi SOP yang ditetapkan keatasnya, sesuai dengan kuasa dan tanggungjawabnya itu. Tidak mematuhi SOP itu bolehlah dikira sebagai sudah menyalahgunakan kuasa.

Tindakan berdiam diri dalam keadaan beliau perlu bertindak, adalah juga sama dengan menyalahguna kuasa. Misalnya, di hadapan mata kepala beliau berlaku suatu pelakuan ragut. Sedangkan beliau mampu bertindak segera bagi menggagalkan pelakuan ragut tersebut. Namun, beliau hanya berdiam diri macam kura-kura dalam semak (pura-pura tak nampak). Maka bagi Acik, itu adalah juga suatu kes rasuah.

Dahulu “mata-mata” sekarang “polis”

Semasa Acik baru masuk sekolah rendah dahulu istilah mata-mata masih lagi digunakan. Begitu juga dengan istilah kereta sakit dan rumah sakit masih digunakan. Dan banyaklah lagi istilah lain yang seumpama itu masih digunakan, ketika itu. Namun, kereta sakit dan rumah sakit dah lama tiada. Maklumlah yang sakit itu lama-lama matilah ia.

Mata-mata ketika itu adalah umpama pengawal keselamatan (security guard) sekarang. Maka memang sangat tak sesuailah bagi polis sekarang dipanggil mata-mata. Apa yang Acik nak sebut di sini ialah tentang fungsi mata-mata sekadar yang Acik fahami sebagai seorang murid sekolah rendah ketika itu.

Tugas mata-mata adalah memerhati dengan mata seluruh kawasan dimana mereka ditugaskan berada. Kebanyakan mata-mata cuma bersenjatakan cota atau sejenis kayu belantan. Jarang Acik nampak mata-mata membawa senjata api. Namun, kehadiran mata-mata itu mampu membuat penduduk merasa selamat.

Acik rasa kerana uniform yang mereka pakai, maka kehadiran mata-mata adalah disedari oleh semua pihak. Ada baiknya demikian. Kata peribahasa orang putih, “prevention is better than cure”. Mungkin dengan kehadiran mata-mata maka jenayah tak berlaku di hadapan mata. Ini dapat mengelakkan masalah yang lebih rumit timbul berpunca dari jenayah yang kecil.

Untuk lebih memahami peribahasa orang putih itu, mari kita analisa tiga senario berikut.

Andaikan bahawa di sebuah pasar tani ada beberapa anggota polis yang ditugaskan membuat kawalan. Ada seorang peragut tegar telah merancang melakukan operasi meragut di pasar tani tersebut.

Senario pertama.

Operasi ragut telah dilaksanakan. Kebetulan salah seorang daripada anggota polis (tanpa uniform) itu sedang berada berdekatan dengan mangsa ragut itu. Maka dengan pantas seperti kilat anggota polis tersebut mengejar peragut tersebut. Maka tertangkaplah si peragut tersebut. Tahniah kepada anggota polis berkenaan !

Senario kedua

Operasi ragut itu telah dilaksanakan. Kebetulan anggota polis yang berdekatan dengan mangsa itu ada urusan peribadi yang (baginya) tersangat penting disegerakan. Jika beliau bertindak keatas peragut tersebut nescaya urusan peribadinya itu akan tergendala. Sedangkan mangsa ragut itu hanya sekadar kerugian beg tangannya saja. Tak ada luka apa-apa dan takde patah apa-apa pun. Maka si anggota polis tersebut pun berdiam diri saja, bagaikan kura-kura dalam semak. Lagipun tiada siapa pun tahu bahawa beliau adalah seorang anggota polis.

Senario ketiga

Semua polis yang hadir di pasar tani itu memakai uniform belaka. Ini menyebabkan peragut tersebut membatalkan rancangannya untuk melakukan operasi meragut di pasar tani tersebut kerana takut ditangkap oleh anggota polis yang hadir di situ.

Bagi anda semua, manakah senario yang paling baik untuk dipraktikkan ? Tapi bagi Acik senario ke-3 adalah yang paling baik dan praktikal. Ia lebih bersifat prevention. Senario pertama lebih merupakan cure. Yang paling tak berguna adalah senario ke-2

Kaedah cure boleh mencetuskan kompikasi lain yang mungkin yang jauh lebih merugikan. Kerenah yang terpaksa dihadapi anggota yang terlibat mungkin membuat beliau serik. Akhir senario ke-2 pula yang menjadi pilihan alternatif bagi anggota polis yang berkenaan itu.

Bagi Acik, tak mustahil bahawa senario ke-2 itulah yang paling popular, malah menjadi fenomina di kalangan majoriti anggota penguatkuasaan di semua jabatan kerajaan yang lain, selain daripada PDRM sendiri. Strategi yang dipraktikkan inilah yang dikatakan strategi kura-kura dalam semak. Bagi Acik, strategi ini adalah merupakan rasuah yang tersembunyi.

Bagi Acik, SPRM perlu lebih bijaksana dan aggressive bagi mengenalpasti rasuah tersembunyi itu dikalangan anggota-anggota semua agensi penguatkuasaan dalam Malaysia. Dengan kegigihan pihak SPRM membentras segala jenis rasuah, insyaAllah suatu hari nanti Malaysia akan bebas dari gejala rasuah. Ketika itu segala pembangunan akan mudah dirancang dan dilaksanakan.

.

Setiap Ketua Polis Negara (IGP) wajib berani melawan penjenayah 🌹

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Dilema menghadapi polis https://4uni2c.com/2015/02/27/4uni2c-15227-dilema-menghadapi-polis/

Rupa hodoh cermin dipersalahkan https://4uni2c.com/2020/08/23/analogi-rupa-hodoh-cermin-disalahkan/

Pertemuan Asri hot burger dgn Ketua Polis Negara https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/719770/kpn-dengar-sendiri-penjelasan-asri-hot-burger

Ketua balai ditahan SPRM http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-anggota-polis-termasuk-ketua-balai-ditahan-sprm-254912

Tidak harus ada diskriminasi https://m.facebook.com/groups/208407879948794?view=permalink&id=749082572547986&sfnsn=mo

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

.

~ by OPajar on 2020-08-11.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: