Musang King: Spekulasi bukan realiti

Rugi jika bertindak berdasarkan spekulasi 🌹

2020 Sept 04 (Jum)

🇲🇾 Musang King adalah satu istilah yang agak baru bagi Acik. Walaupun Acik makan durian tiap-tiap musimnya sejak lebih 50 tahun dahulu, namun durian yang jenamanya Musang King baru beberapa tahun saja Acik dapat rasai. Itu pun sebab ada kawan sponsor. Jika nak beli sendiri, baiklah tak payah sebab mahal sangat.

Pernah juga tercetus pertanyaan dalam minda Acik, dari mana datangnya perkataan King pada nama durian spesis tersebut. Tapi sampai sekarang pun belum ada jawapan yang agak meyakinkan Acik. Namun, apabila durian Musang King itu mencetuskan isu hangat sekarang, maka timbullah setitik idea dalam minda Acik tentang jawapannya.

Samada jawapan ini munasabah (makes sense) ataupun sebaliknya, itu terpulanglah kepada anda yang membaca PenCERAHan Acik ini. Yang penting bagi Acik ialah ada jawapan. Ya, ada jawapan adalah lebih baik daripada langsung tiada jawapan. Sekali pun jawapan tersebut mungkin tidak tepat malah salah.

Dusun durian yg dah wujud lebih 40 tahun baru kini dijumpai ?

Yang menarik hati Acik mengenai isu MK (Musang King) ialah kerana cara penghasilannya menimbulkan kontroversi. Bukan saja dari sudut undang-undang bahkan dari aspek syariat. Ia mempunyai implikasi besar, samada pada pihak yang menghasilkannya, mahupun yang membeli dan memakan durian MK berkenaan.

Sebuah analogi ⬇️

Analoginya begini: Acik memakan sebiji durian KQ (Kucing Queen). Durian itu Acik beli daripada seorang Siak sebuah masjid. Durian KQ itu adalah hasil tanamannya di atas tanah wakaf masjid tersebut. Apakah status durian yang Acik makan itu ?

Nak tambah cerita, kononnya tanah wakaf itu asalnya semak samun. Atas inisiatif si Siak yang rajin itu, maka ditukarkan tanah itu menjadi kebun durian KQ. Tindakan beliau itu telah mendapat restu Pengerusi masjid tersebut secara lisan. Jadi tak adalah didokumentasi restu di dalam mana-mana fail pentadbiran masjid. Pendekata tidak ada kelulusan rasmi daripada pihak AJK masjid tersebut.

Selama beberapa tahun kebun durian KQ yang diusahakan si Siak itu menghasilkan buah-buah durian dengan agak lumayan. Ramai anak khariah masjid tersebut yang dah dapat menikmati durian tersebut. Ada yang membeli durian itu daripada si Siak. Tak kurang pula anak khariah yang dapat makan percuma ketika durian itu dikendurikan di masjid oleh si Siak itu di sepanjang masim durian.

Namun tak dapatlah dinafikan bahawa yang paling beruntung ialah si Siak itu sendiri. Tanpa perlu membayar apa-apa sewa keatas tanah kebun tersebut, beliau berjaya mendapat untung berganda daripada hasil jualan durian KQ itu setiap tahun. Tak menang tangan hendak menguruskan penjualan duriannya, maka beliau mengambil 10 anak khariah membantu beliau.

Namun kebun durian KQ si Siak itu mula mencetuskan isu tak berapa lama selepas Pengerusi masjid tersebut meninggal dunia. Khabarnya Pengerusi yang baru telah mula mempertikaikan kesahihan kebun durian itu dari beberapa aspek, terutama dari sudut syariat. Antara AJK, ada yang turut menyesal kerana dahulu tak berani mempersoalkan tentang kebun durian itu. Terlalu takut atau hormat agaknya terhadap Pengerusi dahulu.

Maka bermesyuaratlah AJK masjid dengan dipengerusikan muka baru, khusus membincangkan isu kebun durian KQ atas tanah wakaf masjid itu. Akhirnya mesyuarat memutuskan bahawa Siak telah melakukan kesalahan kerana menanam durian di atas tanah wakaf itu tanpa kelulusan dari pihak pentadbiran masjid. Dengan perkataan lain, beliau telah dikira menceroboh tanah wakaf masjid.

Maka timbullah bermacam-macam cadangan bagi memperbetulkan keadaan berhubung dengan tanah wakaf itu. Namun yang paling keras ialah cadangan supaya Siak membersihkan tanah tersebut sehinggalah tidak ada sebatang pohon durian pun yang tinggal di atas tanah wakaf tersebut. Kononnya, jika tindakan keras tak dikenakan, kesalahan yang sama akan diulangi oleh Siak lain pula, di kemudian hari nanti.

Di sini sukalah Acik menekankan bahawa ada dua faktor penting mengenai isu kebun durian tersebut. Faktor pertama adalah realiti dan faktor kedua ialah spekulasi. Yang Acik maksudkan dengan realiti ialah apa yang telah berlaku. Manakala spekulasi pula ialah apa-apa kemungkinan yang boleh berlaku berikutan daripada sesuatu tindakan. Namun spekulasi tak semestinya pasti menjadi realiti.

Dalam kes di atas yang sudah menjadi realitinya adalah positif. Daripada sebidang tanah yang semak samun telah bertukar menjadi tanah yang produktif. Ramai anak khariah masjid berkenaan telah dapat menikmati kesedapan rasa durian KQ selama beberapa musim. Siak masjid tersebut pula telah mendapat keuntungan lumayan setiap kali datangnya musim durian. Ini meningkatkan dedikasi beliau terhadap masjid, sebagai seorang Siak.

Manakala spekulasinya pula adalah terlalu negatif. Iaitu andaikata tindakan tegas lagi keras tidak dikenakan terhadap Siak tersebut maka ia akan membuka pintu (flush gate) kepada ramai yang lain untuk melakukan kesalahan yang sama. Dengan lain perkataan, itulah satu-satunya tindakan yang mampu menjamin bahawa kesalahan yang sama tidak akan dilakukan oleh sesiapa juga buat selama-lamanya.

Namun, persoalannya ialah, adakah pasti bahawa spekulasi seperti itu wajib akan membuahkan realiti ? Kita tak mahu, tindakan yang berdasarkan spekulasi semata-mata itu tidak menguntungkan sesiapa. Malah sebaliknya akan mengakibatkan kerugian yang besar. Tak kiralah yang akan rugi itu pihak mana.

Sedangkan pada hakikatnya spekulasi itu mungkin tidak akan membuahkan realiti. Lebih-lebih lagi apabila suatu tindakan pencegahan (preventive) mula diambil supaya peluang untuk berlakukan kesalahan yang sama tidak lagi wujud. Kata Mat Sale, “prevention is better than cure”.

Samalah juga dengan dusun durian Musang King di atas tanah kerajaan yang diusahakan tanpa kelulusan rasmi daripada pihak otoriti berkenaan. Kita tak mahu, kerana takut kepada spekulasi yang sama semata-mata maka tindakan yang diambil tidak menguntungkan sesiapa. Sebalik kerugian besar akan berlaku, tak kiralah siapa mangsanya.

Apa untungnya jika petani-petani yang terlibat dipaksa mengosongkan tanahnya ❓Ia akan melibatkan kos yang besar. Sedangkan tanah yang dikosongkan itu nanti tidak akan menambahkan nilainya berbanding dengan nilai sekarang.

Acik percaya pasti ada solusi yang lebih baik untuk semua pihak yang relevan dengan isu dusun durian MK itu. Pemilik dusun harus menanggung kerugian tapi janganlah sampai terpaksa bergadai golok. Manakala pihak otoriti pula wajar mendapat pampasan dalam bentuk dusun durian MK yang sangat bernilai.

Namun, yang bersalah janganlah diberi ganjaran sama sekali. Lebih-lebih lagi diberi hak untuk terus menguasai dusun tersebut. Apa lagi memiliki tanah dusun tersebut. Biarlah ditubuhkan satu GLC (Syarikat berkaitan kerajaan) bagi mengambil alih semua dusun-dusun tersebut. Petani-petani yang sama boleh berkerja dengan GLC tersebut tapi hanya sebagai kakitangan syarikat saja bukan lagi sebagai boss atau taukeh.

Kenapa ada “double standard” ❓

Bekas perajurit dihukum penjara 2 tahun dan denda RM50k atas kesalahan di bawah Akta Perhutanan 🌹

Kenapa mempraktik “double standard”

Sebenarnya yang menjadikan isu dusun durian MK itu sebegitu panas ialah amalan “double standard” (DS) oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Amalan DS amat besar implikasi negatifnya. Ia adalah manifestasi wujudnya unsur-unsur ketidakadilan dalam penguatkuasaan undang-undang negara.

Jika unsur-unsur tersebut tidak dihapuskan, lambat laun pihak pemerintah akan menghadapi penentangan daripada rakyat jelata. Ini akhirnya akan mencetuskan huru hara. Natijahnya nanti, semua rakyat akan rugi dan menderita. Termasuk mereka yang tidak mempraktikkan amalan “double standard” tersebut.


.

Siapakah penjaga kawasan hutan ❓

Melalui video di atas kita dimaklumkan bahawa kawasan yang dicerobohi adalah hutan milik kerajaan. Cuma bezanya ialah lokasi hutan yang dicerobohi. Yang dicerobohi secara individu itu lokasinya di negeri Perak. Manakala yang dicerobohi secara berjemaah itu pula lokasinya di Pahang.

Kedua-dua negeri tersebut (Perak & Pahang) ada sultannya. Acik difahamkan bahawa tanah adalah di bawah bidang kuasa sultan. Bagi Acik sultan adalah umpama kepten (Nakhoda) bagi sebuah kapal. Setiap kepten tidak sama dengan yang lain. Begitu juga dengan hala tuju setiap kapal yang dilayari masing-masing.

Kepten kapal berkenaan akan menentukan kapalnya itu belayar dengan baik dan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Dalam melaksanakan tugasnya sebagai kepten, beliau terpaksa dibantu oleh ramai anak-anak kapal. Oleh itu jika apa-apa yang tak kena berlaku terhadap kapal atau di dalam kapal tersebut, maka tak adillah jika kepten seorang saja terus nak dipersalahkan 100%.

Apa yang Acik tahu ialah, seluruh kawasan hutan di Malaysia diurustadbir oleh Jabatan Perhutanan Malaysia (JPM). Bilangan anggota JPM ribuan juga jumlahnya. Di tiap-tiap negeri ada pengarahnya. Pahang dan Perak juga tak ketinggalan.

Pencerobohan kawasan hutan secara individu yang berlaku di dalam negeri Perak telah dikesani. Malah pencerobohnya telah pun dihukum denda dan penjara. Jadi tentulah Acik rasa amat hairan apabila pencerobohan secara berjemaah di dalam negeri Pahang, hanya baru akhir-akhir ni saja dikesani.

Sedangkan pengarah JPM bagi kedua-dua negeri itu adalah di bawah Ketua Pengarah JPM yang sama. Bagi tempoh 40 tahun yang lepas entah dah berapa kali negeri Pahang menerima pengarah JPM yang baru. Biasanya, kata peribahasa Inggeris, “new broom sweeps clean”. Mungkin peribahasa ini tak “applicable” bagi pengarah JPM Pahang agaknya.


.

Apek mendesak pengusaha durian MK atas tanah kerajaan itu, melangsaikan dahulu segala cukai yang tertunggak ASAP 🌹

W a l l a h u a l a m 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Saran gazet tanah ceroboh di Raub sebagai tanah rizab Melayu
https://www.sinarharian.com.my/article/100573/Saran-gazet-tanah-ceroboh-di-Raub-sebagai-tanah-rizab-Melayu

Kenapa double standard ❓❓❓ https://www.facebook.com/groups/182668068770987/permalink/1267919490245834/

Politik: Mantapkan hak Melayu https://4uni2c.com/2020/06/03/politik-mantapkan-hak-melayu-%e2%9d%97/

Politik: Hak istimewa Melayu https://4uni2c.com/2019/12/12/politik-hak-istimewa-melayu/

PenCERAHan terbaru⬇️ http://www.4uni2c.com

~ by OPajar on 2020-09-04.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: