Politik: Hak Istimewa Melayu

2019 Dis 12

Benua China hak China; Benua India hak India; Tanah Melayu hak siapa ❓

Sila SENTUHI “Link” berikut ⬇️

https://www.facebook.com/250082641839168/posts/1283358111844944/

🇲🇾 Sebagai seorang Melayu, Acik kena mengakui bahawa rata-ratanya orang Melayu sekarang masih memerlukan keistimewaan dan berhak mendapatnya dalam aspek-aspek tertentu. Kerana termaktubnya peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia tentang hak istimewa inilah maka Acik seisi keluarga mampu berada di mana kami berada sekarang. Maksud Acik, bukanlah lokasi tempat kami (Acik anak beranak) tinggal sekarang saja, bahkan lebih dari itu.

Berdasarkan hak istimewa itulah maka lahirnya SBP (Sekolah Berasrama Penuh) di seluruh tanah air. 8 yang terbilang ialah MCKK, TKC, STF, STAR. SDAR, SAS, SMSP dan MSAH. Boleh dikatakan hampir 100% pelajar di SBP itu adalah anak-anak keturunan Melayu. Pelajar-pelajar tersebut adalah murid-murid yang dikenalpasti mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi rakyat yang penting dalam negara pada masa akan datang.

Yang paling ketara dan signifiken ialah MARA, UiTM dan istitusi-institusi di bawah MARA. Semuanya itu adalah manifestasi bahawa hak istimewa orang Melayu adalah diiktiraf dan dihormati sewajarnya oleh pemerintah.

Hak keistimewaan bagi rakyat peribumi (termasuk Melayu) di Malaysia khususnya adalah sangat wajar. Ini kerana Malaysia dibanjiri pendatang-pendatang dari beberapa negara jiran yang berhijrah ke Malaysia sejak beberapa abad yang lalui. Ada yang datang kerana dibawa oleh penjajah dan juga yang datang secara sukarela.

Bagaimana mereka datang bukanlah isu tetapi kehadiran “muhajrin” sebenarnya membimbangkan anak-anak Pribumi. Dengan bilangan mereka yang begitu ramai, mereka mampu menggugat kuasa politik orang Melayu dan ekonomi mereka..
.
Orang “muhajrin” biasanya adalah mereka yang berkualiti. Orang biasa-biasa tidak sanggup berhijrah ke mana-mana. Peribahasa Melayu memperihalkan golongan biasa-biasa tersebut sebagai orang yang lebih suka kekal tinggal di negerinya walaupun ditimpa hujan batu, daripada berhijrah ke negeri jiran walaupun di sana disirami dengan hujan emas.

Di setiap negara rakyatnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama yang hebat, kedua yang pertengahan dan ketiga adalah yang lemah. “Muhajirin” dari setiap negara adalah daripada golongan yang hebat. Di Malaysia majoriti “muhajirin” adalah dari negara China. Lalu diikuti dari India dan dari lain-lain negara.

Situasi di Malaysia tidak sama dengan negara-negara lain. Di sana tidak berlaku kebanjiran pendatang-pendatang. Maka rakyat negara berkenaan (yang berstatus lemah dan pertengahan) tidak memerlukan apa-apa perlindungan dari ancaman pendatang. Tetapi di Malaysia wajar wujud satu perlindungan untuk rakyatnya yang statusnya pertengahan dan lemah itu. Jadi Hak Keistimewaan Melayu itu adalah suatu dasar yang berfungsi sebagai pelindung kepentingan mereka yang berstatus lemah dan pertengahan itu.

Golongan pertengahan dan golongan lemah ini akan terus wujud di semua negara selama-lamanya. Oleh kerana itu, maka Hak Istimewa Melayu wajar kekal wujud selagi kebanjiran “muhajirin” berkenaan atau zuriat mereka masih kekal wujud di atas muka bumi Malaysia ini.

Seyugia ditegaskan bahawa orang Melayu dari Indonesia tidak dianggap sebagai pendatang yang sama statusnya dengan “muhajrin” dari negara China, India dan lain-lain. Orang Indonesia berkongsi keturunan dan agama dengan orang Melayu Malaya (kini Malaysia).

Sejarah Tanah Melayu sejak ianya ditakluki oleh penjajah dari Eropah, membuktikan bahawa orang Indonesia bukanlah pendatang. Sebaliknya mereka dengan orang Melayu Tanah Melayu adalah ibarat satu tubuh badan. Dicubit paha kanan paha kiri pun turut sakit.
.
Menyedari hakikat (perbezaan status tersebut) maka “muhajrin” di Malaysia dari keturunan China dan India tak perlu hairan jika ada pemimpin Melayu di Malaysia yang berasal dari Indonesia. Mereka juga tidak wajar cemburu bila melihat Melayu dari Indonesia turut menikmati hak keistimewaan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Klip video di bawah adalah mengenai sejarah yang membezakan status “pendatang” dari Indonesia dengan “muhajrin” dari China, India dan lain-lain.

Wallahua’lam 🌹

Maklumat yg berkaitan

Suatu kaji selidik tentang pelindung Melayu https://www.facebook.com/groups/182668068770987/permalink/1096364550734663/

Selamat menonton ❗

Melayu berjuang menentang penjajah. bukan Melayu di mana?


.

PenCERAHan² yg relevan ⬇️

Taatilah perintah YDPA https://4uni2c.com/2020/03/01/politik-taatilah-perintah-ydpa/

Kontrak Sosial https://4uni2c.com/2019/12/08/politik-kontrek-sosial/

Khatib ajak Melayu bersatu https://4uni2c.com/2019/12/06/politik-khatib-ajak-melayu-bersatu/

BMF (buy Muslims’ first) https://4uni2c.com/2020/01/23/bmf-muslims-esprit-de-corps/

Toleransi dalam demokrasi https://4uni2c.com/2019/11/20/politik-toleransi-dalam-demokrasi/

Merdeka: biarlah berlandaskan Islam https://4uni2c.com/2020/08/31/merdeka-biarlah-berlandaskan-islam/

PenCERAHan yg popular ⬇️

Jawatan PH hak siapa https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

~ by OPajar on 2019-12-12.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: