Politik: toleransi dalam demokrasi
Klip video di atas menunjukkan senario dalam sebuah DUN, akibat ketandusan sifat toleransi.
Dan apabila Al Qur’an itu dibaca, maka dengarlah akan dia serta diamlah, supaya kamu beroleh rahmat (Q:S7:A204)
(When the Qur’an is read, listen to it with attention and hold your peace: that ye may receive Mercy). (Q:C7:V204)
2019 Nov 20 (Rabu)
Toleransi dalam demokrasi
Istilah toleransi bukanlah sesuatu yang asing kepada kita semua. Begitulah juga dengan istilah demokrasi. Oleh sebab itu, maka rasanya tak perlulah lagi Acik menghuraikan dengan panjang lebar makna atau konsep kedua-dua istilah tersebut.
.
Dalam politik demokrasi, kita boleh menemui berbagai-bagai tindakan yang dilakukan oleh berbagai-bagai individu yang berbeza fahaman politik masing-masing. Namun kita tidak wajar memberi penilaian negatif terhadap apa-apa tindakan seteru politik kita semata-mata kerana mereka berlainan parti dengan kita.
Dalam sistem politik demokrasi terdapat sebilangan parti politik. Setiap parti tersebut mendakwa mempunyai visi dan misi tertentu yang diperjuangkan. Visi dan misi bagi sesebuah parti politik mungkin berbeza daripada visi dan misi parti yang lain. Namun matlamatnya adalah sama, iaitu menjadikan negara sebuah bumi yang paling baik untuk dihuni oleh semua penduduknya.
.
Setiap parti politik akan mendakwa bahawa dialah parti yang paling berkemampuan untuk menempah kebahgian untuk seluruh rakyat negara berkenaan. Oleh itu adalah wajar rakyat memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.
Mandat diberi kepada parti yang menang besar dalam PRU (Pilihan Raya Umum). Di Malaysia khususnya, PRU diadakan sekali dalam tempoh 5 tahun. Menjelang PRU, semua parti yang akan bertanding akan berusaha keras untuk memikat hati pengundi supaya memberi undi kepada mereka. Proses memancing undi dinamakan kempen PRU.
Kempen PRU adalah sessi menabur janji-janji manis kepada pengundi-pengundi. Janji PRU tebahagi kepada 3 kategori. Yaitu janji ditepati, janji dicapati dan janji Tabung Haji. Kebanyakan janji-janji itu hanya akan diketahui status atau kategorinya selepas parti yang menang besar dalam PRU berkenaan menubuhkan kerajaan dan mulai memerintah. Hanya janji-janji tabung haji saja yang mungkin boleh dikenalpasti sebelum PRU lagi.
Janji-janji yang ditabur menjelang PRU itu, ada yang dalam bentuk lisan saja. Namun ada juga janji-janji yang didokumentasikan supaya lebih meyakinkan pengundi-pengundi. Dokumen yang mengandungi janji-janji PRU berkenaan itulah kut yang menjadi manifesto parti-parti yang bertanding di dalam PRU berkenaan.
Selain dari menabur janji-janji manis dalam kempen PRU, tindakan tuduh menuduh antara parti-parti yang bertanding juga dilakukan. Tujuannya mungkin untuk “discredit” parti-parti lawan agar parti sendiri ternampak lebih hebat daripadi parti-parti lawan.
Tuduh menuduh terhadap parti-parti lawan samada berunsur mengumpat ataupun fitnah. Di sinilah perlunya sikap toleransi yang tinggi di kalangan pemain-pemain politik yang menyertai PRU berkenaan.
.
Bayangkan jika sikap toleransi tidak wujud dalam diri setiap pemain-pemain politik yang terlibat dalam kempen berkenaan. Nescaya tempoh berkempen akan sentiasa dicemari oleh tindak-tanduk negatif yang mungkin menggugat keselamatan negara.
Sikap toleransi bukan saja perlu semasa tempoh berkempen berjalan sahaja. Ia juga perlu dan penting wujud di dalam dewan persidangan. Samada di dewan rakyat maupun di dalam DUN (Dewan Undangan Negeri). Tanpa sikap toleransi di kalangan ahli-ahli dewan, persidangan tidak akan dapat berjalan dengan aman, lancar dan berkesan.
Kita boleh saksi sendiri bagaimana persidangan berjalan di Dewan Negara dan di DUN. Keadaan kelam kabut yang berlaku di dalam dewan persidangan adalah manifestasi ketandusan sifat toleransi dalam diri ahli-ahli tertentu dewan.
Sebagai contoh, klip video di atas menunjukkan senario dalam sebuah DUN. Akibat tidak memiliki sifat toleransi, maka Speaker berkenaan telah bertindak sedemikian rupa. Tindakan tersebut tidak disetujui oleh empat orang ahli lain. Malah 3 daripada ahli yang bagun menegur adalah ahli yang bukan beragama Islam (kalau tak silap Acik).
.
Sebenarnya Speaker diberi kuasa untuk menggunakan budibicara sendiri dalam membuat sesuatu keputusan. Jika sekiranya budibicara itu tidak digunakan dengan bijaksana, maka dewan yang mulia itu tidak akan menjadi ruang yang kondusif bagi membincang isu-isu semasa yang wajar ditangani bersama oleh semua ahli dewan. Apa lagi bagi membincang pemindaan atau penggubalan undang-undang di peringkat negara ataupun negeri.
Acik ingin mengambil sessi perlawanan bola sepak sebagai analogi kepada sessi persidangan DUN yang ditayang di dalam klip video di atas. Parti pemerintah Acik umpamakan pasukan PH (putih hitam) manakala parti pembangkang sebagai pasukan HB (hijau biru). Speaker DUN berkenaan pula adalah ibarat “referee”. Sementara kita rakyat jelata Acik umpamakan penonton perlawanan final bola sepak antara PH dengan HB.
.
Kalau referee terlalu “strict” sangat dengan peraturan permainan, Acik percaya bahawa matlamat untuk menjadikan perlawanan itu suatu yang sangat menarik buat penonton, tidak akan kesampaian. Apa lagi jika sekiranya referee hanya strict terhadap pasukan HB saja, sedangkan terhadap pasukan PH dilonggarkan saja peraturan permainan.
Contohnya jika tangan pemain PH tersentuh bola, referee buat-buat terlepas pandang saja. Sebalik, jika tangan pemain HB yang tersentuh bola, referee dengan spontan membunyikan wisil. Ini biasa berlaku sekiranya yang menjadi referee adalah salah seorang daripada ahli pasukan PH yang sangat setia kepada PH.
Lazimnya tindakan seseorang individu itu adalah manifestasi sikap peribadinya. Maka tindakan speaker DUN berkenaan adalah juga manifestasi sikap beliau terhadap pembangkang. Beliau telah mempamirkan sikap yang agak negatif terhadap rakan sejawatnya yang berada di pihak pembangkang. Itulah persepsi Acik terhadap speaker tersebut.
Sikap yang sedemikian rupa tentulah tidak baik bagi negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi. Sepatutnya Speaker tersebut membiarkan saja ahli berkenaan menamatkan bacaan ayat al Quran. Lainlah sekiranya beliau alahan (allergic) dengan ayat-ayat al Quran.
.
Maka di sini sukalah Acik mencadangkan supaya diwujudkan satu peraturan bagi menegaskan samada pembacaan ayat-ayat al Quran dibenarkan ataukan ataupun tidak di dalam dewan. Semoga dengan adanya peraturan tersebut peristiwa seperti di dalam klip video di atas tidak akan berulang.
Acik percaya bahawa insiden yang telah diviralkan melalui media massa itu telah cukup mengguris hati majoriti Muslim yang menyaksinya. Ia menunjukkan satu tindakan yang seolah-olah tidak mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan.
Mungkin tidak keterlaluan jika Acik samakan tindakan Speaker tersebut dengan satu perbuatan provokatif yang layak diambil tindakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Namun, memadailah jika sekiranya Speaker berkenaan sekadar memohon maaf kepada semua ahli DUN beliau itu, yang beragama Islam.
.
W a l l a h u a’ l a m 🌷
.
Lain-lain PenCERAHan yg relevan :
.
Janji dicapati https://4uni2c.com/2018/10/14/politik-janji-dicapati/
Janji Tabung Haji https://4uni2c.com/2019/09/21/ibarat-janji-tabung-haji/
Antara janji dan realiti https://4uni2c.com/2018/05/28/pru14-antara-janji-realiti/
Keciwa melihat Parliamen Malaysia https://4uni2c.com/2018/04/01/pru14-keciwa-lihat-parlimen-kita/
.
.
PenCERAHan yg popular
.
Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/
.
.