Politik: sedangkan sampah pun tak terurus
2020 Oktober 24 (Sabtu)
🇲🇾 Baru baru ni Acik balik kampung. Rupa-rupanya tempat pengumpulan sampah di kampung Acik itu telah ditamatkan langsung perkhidmatannya oleh PBT berkenaan.
Agak menyesal pula Acik membuat posting dlm FB, gambar tempat pengumpulan sampah itu 4 tahun dahulu.
Kata sekerat pantun Melayu, “daripada cempedak baiklah nangka, daripada (langsung) tak ada baiklah ada (walaupun tak sempurna).
Analogi ⬇️
Andai kata bahawa penguatkuasa adalah ibarat tong manakala penjenayah pula adalah ibarat sampah.
Apakah yg akan terjadi apabila status tong sama saja dengan status sampah (i.e. tong pun dah jadi sampah seperti di dalam gambar di atas) ?
Tujuan Acik komplen hari tu ialah supaya PBT berkenaan menambah baiki tempat pengumpulan sampah itu. Malangnya reaksi segera daripada PBT itu ialah menutup terus tempat buang sampah itu. Padan muka hangpa !
Tempat pengumpulan sampah itu disediakan ketika P.Pinang diperintah oleh BN dahulu. Bila DAP mengambil alih kerajaan Pulau Pinang, maka Acik ingat akan adalah penambahbaikan terhadap perkhidmatan pelupusan sampah bagi penduduk kampung Acik itu.
Malangnya, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran”. Bukan dapat yang lebih baik, sebaliknya yang dah ada pun hilang. Kini susahlah anak² kampung Acik itu. Tak tau nak buang sampah kat mana lagi. Jadi jangan marahlah PBT kalau membuang sampah ke dalam laut kembali menjadi amalan harian. Maklumlah kampung Acik itu letaknya di tepi pantai.
.
Sejak tiadanya tempat pengumpulan sampah di kampung Acik itu, penduduk di kampung itu ada dua pilihan di mana nak buang sampah masing². Pertama buang saja ke dalam laut yang berdekatan. Kedua keluar ke jalan raya dan buang ke dalam tong sampah yang letaknya di tepi jalan itu. Jarak lokasi tong sampah itu adalah hampir setengah km dari kampong tersebut dan terpaksa lintas jalan raya.
Bagi penduduk yang mampu, mujurlah juga sebab ada anak kampung yang sanggup membawa sampah mereka ke tong sampah yang jauhnya hampir setengah km itu. Kadar upahnya tidak ditetapkan. Bagi yang ada kemampuan membayar upah itu, OK lah. Tapi berapa kerat yang mampu. Dan bagaimana dengan majoriti besar yang tak mumpu ?
Masa tempat pengumpulan sampah itu baru ditutup, Acik ingat PBT berkenaan akan menugaskan, seorang anggotanya untuk bertugas di kampung itu sebagai pengumpul sampah. Contohnya dengan menggunakan motor roda tiga, pengumpul sampah tersebut akan menziarahi rumah² di dalam kampung Acik itu untuk mengutip sampah sarap yang nak dilupuskan.
Malangnya tidak ada apa-apa pun yang telah disediakan sebagai alternatif kepada penutupan tempat pengumpulan sampah tersebut. Pengumpul sampah yang menggunakan motor roda tiga yang berkhidmat dengan PBT berkenaan hanya mengutip sampah² kecil di sepanjang jalan raya di luar kampung Acik itu.
Apalah salahnya jika BPT tersebut menambah seorang lagi pengumpul sampah yang menggunakan motor roda tiga, khusus untuk kampong Acik itu. Jadi tak terasalah sangat kesusahan oleh anak² kampung Acik itu untuk melupuskan sampah mereka setiap hari.
.
Di atas adalah sebuah motor roda tiga yg digunakan oleh pengutip sampah PBT.
.
Pengurusan sampah yang tidak cekap adalah manifestasi bahawa kualiti pentadbiran PBT berkenaan adalah rendah. Ini adalah persepsi peribadi Acik semata-mata. Sebagai seorang Warga Emas yang dah agak lama hidup, maka banyaklah benda dan perkara yang dah Acik perati dan membuat penilaian. Persepsi tak semestinya realiti. Namun ada kemungkinan besar ia sama dengan realiti.
Kebanyakan PBT menyerahkan perkhidmatan pengurusan sampah kepada syarikat² swasta. Kononnya supaya perkhidmatan tersebut meningkat kualitinya. Adakah realitinya begitu ?
Bagi Acik, dasar pengswastaan tidak akan menambahkan kualiti perkhidmatan bagi jangka masa yang panjang. Dasar itu menguntungkan segelintir rakyat saja. Sedangkan majoriti rakyat cuma menerima munafaat yang tak seberapa. Pada hal rakyat berhak menikmati perkhidmatan yang lebih berkuali jika ianya disediakan oleh penjawat awam.
B e r s a m b u n g. ….. … .
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4526372754104166&id=100001944575222
PenCERAHan yg relevan ⬇️
.
Penjawat awam dikurangkan bilangannya https://4uni2c.com/2017/02/18/penjawat-awam-dikurangkan-bilangannya-wajarkah/
.