Politik: Mantan PM bakal banduan
DS Najib Tun Razak dihukum bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 2020 Julai 28
2020 Julai 30
🇲🇾 Tahun 2020 merupakan tahun yang amat bersejarah buat Malaysia. Di dalamnya berlaku beberapa peristiwa yang sangat penting bagi politik negara. Seorang PM yang sangat popular dikalangan rakyat Malaysia tiba-tiba meletak jawatannya sebagai PM ke-7.
Acik kata PM ke-7 itu amat popular sebab beliau dahulu pun dah pernah menjawat jawatan PM ke-4. Kemudian dipilih lagi untuk menjadi PM ke-7 pula dalam tahun 2018. Kalau tak terlalu popular masakan dipilih lagi menjadi PM, walaupun usia beliau sudah melepasi 90 tahun. Seolah-olah di Malaysia ni, beliau adalah manusia yang wajib ada, tak boleh tiada. Orang putih kata “indispensable person“.
Yang peliknya, selepas meletak jawatan PM, kemudian berusaha pula untuk mengambilnya balik daripada penyandang jawatan PM sekarang iaitu TSMY (Tan Sri Muhyidin Yasin). Ini membuat politik Malaysia menjadi haru biru. Mujur tak menyebabkan negara hura hara.
Kalau tempoh beliau menyandang jawatan PM ke-4 adalah selama 22 tahun, namun bagi jawatan PM ke-7 hanya 22 bulan saja. Mengikut firasat Acik, beliaulah bakal penyandang jawatan PM yang paling sat. Kalau firasat Acik ini tepat, maka beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang paling hebat. Baik Di dunia maupun di akhirat. Hebat kerana beliaulah PM yang paling lama dan yang paling sat. Kedua-dua gelaran tersebut beliau mampu bolot. Wallahua’lam.
Namun apa yang membuat Acik mengatakan PM ke-4 merangkap PM ke-7 itu lebih hebat ialah apabila Mantan PM ke-6 bakal disumbat ke dalam penjara. Semua rakyat sedia maklum bahawa PM ke-6 kini telah pun disabitkan dengan perlakuan beberapa kesalahan oleh pihak mahkamah. Kalau dahulu yang berjaya disumbatkan ke dalam penjara adalah seorang mantan TPM, kini mantan PM pun mampu disumbat ke dalam penjara.
Siapakah yang boleh menafikan bahawa PM ke-4 dan ke-7 itulah penyumbang paling penting ke arah menyumbatkan seorang mantan TPM dan PM ke dalam penjara ? Semoga keputusan mahkamah pada 2020 Julai 28 yang lepas itu akan memberi impak yang berkekalan kepada setiap rakyat Malaysia. Mudah-mudahan semua rakyat Malaysia akan semakin yakin bahawa sistem keadilan Malaysia tidak memilih bulu.
Ketika hendak menjatuhkan hukuman keatas pihak yang kena tuduh, status yang kena tuduh itu tidak dipentingkan. Ia tak menjadi halangan bagi hakim untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak yang kena tuduh itu. Fenomina ini adalah sangat baik bagi Malaysia. Kalau seorang PM pun boleh dihukum, maka apalah lagi orang awam biasa macam Acik ni.
Dulu Acik ingat seorang PM mustahil akan disumbatkan ke dalam penjara. Namun, sangkaan tersebut tidak tepat. Memanglah PM berkenaan tidak dihukum ketika beliau sedang berada di atas kerusi PM. Tapi beliau akan terlebih dahulu ditarik turun dari kerusi PM, lalu dihukum setelah menjadi mantan PM.
Sebenarnya, pihak yang kena tuduh iaitu mantan PM ke-6 itu belum boleh lagi disumbatkan ke dalam penjara Sungai Buluh. Beliau masih boleh merayu supaya hukuman keatasnya itu dikaji semula di perengkat Mahkamah Rayuan. Sama-samalah kita tunggu dan lihat apa pula keputusan rayuan tersebut.
Ramai penyokong mantan PM ke-6 itu masih setia dan sayangkan beliau. Ramai yang berdoa dan berharap agar akan berlaku perubahan 180° kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukum bersalah keatas Mantan PM ke-6 itu. Perubahan 180° itu bermaksud, perubahan daripada hukuman bersalah kepada hukuman sebaliknya. Ibarat hitam ditukar menjadi putih.
Adalah tidak mustahil bahawa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi akan berubah apabila dinilai semula oleh Mahkamah Rayuan. Kata peribahasa Inggeris, “two heads is better than one”. Kalau di Mahkamah Tinggi keputusan dibuat oleh hanya seorang hakim saja, tapi di Mahkamah Rayuan hukuman diputuskan oleh tiga orang hakim.
Andaikata Mahkamah Rayuan masih mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, namun Mahkamah Persekutuan tidak semestinya sama keputusannya. Mahkamah Persekutuan adalah terdiri daripada lima orang hakim. Semua mereka adalah hakim-hakim yang sangat senior dalam sistem perundangan dan pengadilan (judiciary) negera.
Menghukum seseorang yang dituduh itu sebagai bersalah adalah lebih rumit daripada sebaliknya. Mengikut prinsip keadilan, melepaskan 10 orang yang (pada hakikatnya) bersalah adalah lebih baik daripada terhukumnya seorang tertuduh yang (pada hakikatnya) tidak bersalah.
Dengan lain perkataan, memaafkan adalah lebih selamat dan mudah daripada menghukum. Membuktikan bahawa seseorang yang kena tuduh itu benar-benar melakukan sesuatu kesalahan itu (dengan niat atau pun sengaja) melampaui keraguan (beyond reasonable doubt), bukanlah suatu perkara yang mudah.
Namun, sama-sama kita tunggu dan lihat apakah nasibnya yg telah tersurat di dlm Lohul Mahfuz.
PenCERAHan yg relevan ⬇️
Tiada langsungkah jasa Najib ?https://4uni2c.com/2018/03/08/pru14-tiada-langsungkah-jasa-najib/
PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com
