CEREKANA #12X26 Maula Mulia
*** Untuk menCARI lain-lain PenCERHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.
(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Maula Mulia
Bila negara heboh dengan usaha menyenaraikan FGVH ke Bursa Saham oleh PM yang disayangi rakyat itu, Acik (Ayah/Abang+cik) tiba-tiba teringat kepada seorang individu yang bergelar Maula Mulia. Beliau ialah seorang yang sangat uniq. Sebabnya Acik kata uniq ialah kerana dalam dunia ini tidak ada mana-mana individu lain yang bersifat seperti beliau.
Samalah macam FELDA. FELDA juga dikira uniq kerana ia adalah satu-satunya institusi di dunia. Mana ada negara lain yang ada FELDA. Demikianlah juga PTPTN. Negara lain mana ada PTPTN. Jadi satu-satunya individu di dalam dunia ini yang besifat seperti Maula Mulia hanyalah Maula Mulia sendiri.
Kononnya Maula Mulia adalah seorang anak angkat kepada seorang peneroka FELDA di zaman arwah Tun Abdul Razak dulu. Si peneroka tersebut adalah seorang peneroka yang sangat disegani oleh kawan dan lawan kerana sifat-sifat mulia yang ada padanya. Sebab gagal mendapat anak hasil dari perkahwinannya dengan seorang janda kematian suami, maka Si Peneroka tersebut pun mengambil anak angkat.
Istilah maula sebenarnya bermakna anak angkat kepada. Manakala mulia adalah gelaran kepada Si Penoraka tersebut yang diberi oleh peneroka-peneroka FELDA yang sewaktu dengannya. Kononnya gelaran mulia diberi kepadanya itu bukan berdasarkan sifat kemuliaannya semata-mata. Malah kononnya beliau memiliki darah raja yang pernah menentang penjajah Inggeris duhulu . Kerana itulah maka kepada si anak angkat beliau itu dipanggil Maula Mulia. Dengan bahasa mudah, Maula Mulia bermaksud anak angkat kepada (yang bergelar) mulia.
Namun ada pula yang mendakwa bahawa mulia itu ialah sifat yang terletak pada si anak angkat itu sendiri. Kononnya si Maula itu juga sangat mulia sifatnya tidak kurang dari sifat mulia yang ada pada bapa angkatnya duhulu. Jika dakwaan ini lebih tepat maka Maula Mulia bolehlah ditafsirkan sebagai seorang anak angkat yang bersifat mulia. Ataupun Maula yang Mulia. Dakwaan ini ada asasnya berdasarkan kepada kisah seperti diceritakan di bawah.
Kononnya pada suatu hari Maula Mulia menunggang motor kapcainya ke bandar dengan membawa sebuah beg ala beg James Bond. Entah siapa yang hadiah beg itu kepadanya tak siapa pun yang tahu. Bersama-sama dengan beg itulah Maula Mulia masuk ke dalam bank. Rupa-rupanya Maula Mulia membawa beg itu kerana nak mengisi wang di dalamnya.
Setelah mengeluarkan dua puluh ribu ringgit wang tunai dari bank Bumiputera berkenaan, maka semua wang kertas itu pun disimpan dalam beg itu. Wah, banyaknya duit Maula Mulia ketika itu ! Ya, memang begitulah bertuahnya nasib peneroka FELDA suatu ketika dulu bila hasil tanaman mereka begitu berjaya memberi mereka pendapatan amat lumayan. Syabas Acik ucapkan kepada semua peneroka FELDA ketika itu. Lebih-lebih lagi ucapan syabas dan tahniah itu Acik tujukan kepada arwah Tun Abdul Razak yang menubuhkan FELDA ketika itu.
Gerak geri Maula Mulia rupa-rupanya sedang diperhati oleh dua anak muda sejak beliau menungkat motor kapcainya di luar bank lagi. Sebelum mengeluarkan wang tunai di kaunter, Maula Mulia membuat semakan baki terlebih dahulu di mesin ATM. Beliau tak sedar bahawa salah seorang anak muda tersebut sedang meneropong dari belakang beliau angka baki yang ada dalam akaun bank beliau.
Bila beliau berpusing ke belakang anak muda di belakang beliau itu berpura-pura minta tolong beliau keluarkan wang sepuluh ringgit dari akaunnya. Dengan rasa gembira dan rela Maula Mulia pun melayani permintaan anak muda tersebut kerana beliau sangka si Mamat tersebut memang tak pandai menggunakan mesin ATM. Si Mamat itu pun dengan penuh hormat mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Maula Mulia sambil senyum tersipu-sipu.
Tersipu-sipu mungkin kerana malu sebab baki yang tinggal dalam akaun banknya itu tidak sampai pun dua ringgit. Maula Mulia juga melemparkan senyuman mesranya kepada si Mamat tersebut tanda menghargai ucapan terima kasihnya. Bukan sekadar itu, beliau malah dengan bermurah hati menghulur pula sekeping wang kertas biru kepada si Mamat tersebut. Tanda simpati agaknya kepada anak muda itu.
Maula Mulia pun meninggalkan mesin ATM tersebut lalu terus ke kaunter bank, manakala si Mamat tersebut pula beredar dari tempat tersebut entah ke mana perginya. Melalui kaunter bank, maka Maula Mulia mengeluarkan wang tunai lalu mamasukkannya ke dalam beg ala beg James Bond itu. Kemudian beliau pun berjalan ke motor kapcainya yang sedang menanti beliau di luar bank tersebut.
Dengan menunggang motornya itu beliau terus ke kedai penjual kereta Proton tidak jauh dari situ. Sesampainya beliau di kedai Proton tersebut Maula Mulia disambut mesra ketibaannya oleh dua orang jurujual. Segala dokumen-dokumen berkaitan dengan urusan jual beli sebuah kereta Proton Saga 1.3 baru telah pun siap.
Maula Mulia cuma perlu menandatangani saja di tempat-tempat tertentu di dalam dokumen-dokumen jual-beli berkenaan seperti ditunjukkan oleh jurujual berkenaan. Wang tunai RM17 ribu pun bertukar tangan kepada jurujual kereta tersebut. Walaubagaimana pun dalam beg ala beg James Bondnya itu masih ada lagi wang baki tiga ribu ringgit untuk dibawa pulang ke rumahnya di tanah rancangan FELDA.
Sebaik saja Maula Mulia keluar dari pintu kedai Proton tersebut, beliau bertembung dengan si Mamat iaitu individu yang beliau tolong keluarkan duit RM10 dari mesin ATM tadi. Si Mamat datang bersama seorang kawannya. Mamat tersebut terus mempekenalkan kawannya itu kepada Maula Mulia. Kononnya dia menemani sahabatnya itu, yang datang untuk bertanyakan tentang status tempahannya untuk membeli sebuah Proton Saga di kedai tersebut.
Rakannya itu terus masuk ke dalam kedai Proton sedangkan si Mamat menunggu di luar saja. Dia pun bertanya Maula Mulia samada nak jual atau tidak motor kapcai yang Maula Mulia tunggangi tadi. Konon-kononnya dia berminat sangat untuk membelinya. Kononnya lagi dia tinggal di kampung yang sama jalannya ke kampung Muala Mulia. Jika Maula Mulia setuju nak jual, dia nak pinjam motor tersebut untuk dibawa pulang ke rumahnya supaya dapat ditunjukkan kepada bapanya terlebih dahulu.
Tanpa berfikir panjang Maula Mulia mengakui bahawa memang beliau nak jual motor kapcainya itu. Beliau bercadang nak beli motor yang baru agar sebaya dengan kereta barunya itu. Dengan memberi kepercayaan 100 peratus kepada si Mamat tersebut Maula Mulia terus menyerahkan kunci motornya itu kepadanya. “Nah ini kunci motor tu, bawalah balik tunjukkan ayah awak. Nanti telefon Pak Cik beritahu samada ayah setuju atau tidak. Nombor telefon PakCik senang saja awak ingat iaitu. 02YGMULIA”
“Nombor telefon apa tu Pak Cik, tak faham saya ? Tak pernah saya jumpa pun nombor macam tu. Ada angka dan ada huruf pula tu.” bertanya si Mamat kepada Maula Mulia dengan penuh kehairanan.
“Oh, mudah saja. Jika awak perhatikan pada tiap-tiap butang tekan pada set telefon, di situ ada tertulis huruf-huruf ABC selain angka 123. Jika awak tekan butang-butang yang ada angka dan huruf 02YGMULIA, maka nombor yang awak tekan ialah 029468542. Itulah nombor telefon rumah Pak Cik yang sebenarnya”
“Daripada Pak Cik susah-susuh nak mengingati nombor telefon Pak Cik dalam bentuk angka, lebih baiklah Pak Cik ingat dalam bentuk huruf atau perkataan. Kan ini lebih mudah. Lagipun YGMULIA atau yang mulia tu adalah gelaran orang kepada Pak Cik. Begitulah juga dengan nombor plet kereta Pak Cik ni. CU 5683 tu Pak Cik ingat sebagai see you love saja”. Begitulah Maula Mulia menjelaskan tentang nombor telefon dan nombor kereta beliau dengan penuh bersemangat.
“Wah, Pak Cik ni pandai ya,… kreatif pula tu !”, komen si Mamat, memuji Maula Mulia.
Maula Mulia pun masuk ke dalam kereta Proton Saga barunya untuk pulang ke kampung. Motor kapcainya serta helmet diserahkan kepada Si Mamat dengan penuh sangkaan baik. Setelah memandu kira-kira beberapa kilo meter di atas jalan menghala ke arah kampungnya di tanah rancangan FELDA, beliau baru perasan bahawa motor kapcainya sedang mengekorinya.
Tiba di bahagian jalan yang banyak selekoh, Maula Mulia pun memperlahankan sikit keretanya. Bila kawasan selekoh tersebut tamat, Maula Mulia dapati rupa-rupanya motor kapcainya kini telah berada di hadapannya. Motor tersebut terus laju hingga jauh meninggalkan beliau.
Maula Mulia rasa gembira kerana melihat dengan mata kepalanya sendiri motor kapcainya itu sedang dimunafaatkan. Namun tidak berapa lama kemudian, dari jauh lagi beliau ternampak seorang sedang berdiri di tepi jalan sambil melambai-lambaikan tangan kepadanya. Sementara seorang lagi sedang bertinggung di sebelah sebuah motor di bahu jalan, seolah-olah sedang cuba membaiki sesuatu kerosakan pada motor tersebut.
Waktu tu dah hampir senja. Jalan pun mulai gelap. Di kiri dan kanan jalan tak nampak yang lain melainkan hutan kelapa sawit yang tebal. Maula Mulia dengan tidak ada rasa apa-apa syak wasngka buruk, lantas memberhentikan kereta Proton Saga barunya di bahu jalan beberapa meter dari motor kapcainya itu.
Maula Mulia menyangka motor kapcainya itu rosak dengan tiba-tiba, oleh itu penunggangnya tentulah memerlukan pertolongan dari beliau. Malah beliau rasa agak bersalah kerana motor yang diserahkan kepada si Mamat itu tadi sebenarnya belum sempat diservis. Namun Maula Mulia tidaklah bimbang apa-apa. Beliau penuh yakin tahu bagaimana untuk mengatasi masaalah motor yang telah berjasa kepadanya lebih dua puluh tahun itu.
Belum sempat beliau keluar dari keretanya itu, dengan tiba-tiba kedua-dua anak muda yang menahan keretanya itu membuka pintu keretanya. Seorang masuk dan duduk di kerusi sebelah beliau manakala seorang lagi masuk dan duduk di kerusi belakang beliau. Beliau terkejut beruk dengan apa yang sedang berlaku terhadap dirinya.
Kini baru beliau mulai merasakan sesuatu yang tak kena. Kedua-kedua anak muda tersebut adalah orang yang beliau baru kenal tadi. Baru saja beberapa jam yang lepas. “Tergamakkah mereka mengkhianati aku ?” Itulah soalan pertama yang tercetus dalam rangka pemikiran Maula Mulia.
“Maaf ya Pak Cik, kami bukan nak apa-apakan Pak Cik. Jika Pak Cik tak cuba apa-apakan kami, kami juga tidak akan apa-apakan Pak Cik. Percayalah Pak Cik. Jadi kami harap Pak Cik ikut saja arahan kami supaya kita sama-sama selamat. Boleh Pak Cik ? ”, kata pemuda yang duduk di kerusi sebelah kiri Maula Mulia itu.
“Tolonglah awak beritahu Pak Cik apa hajat awak berdua sebenarnya dari Pak Cik ? Jika Pak Cik boleh tolong, insya Allah Pak Cik pasti akan tolong”, bertanya Maula Mulia kepada anak muda tersebut dengan agak tenang.
Mungkin dalam hati kecil beliau masih ada lagi bibit-bibit kepercayaan bahawa dirinya masih mampu mendominasi kedua-dua anak muda itu dengan cara-cara yang hikmah. Beliau penuh yakin bahawa Allah bersamanya kerana beliau tidak bersalah apa-apa kepada kedua-dua anak muda tersebut. Malah beliau dah sedekah pula rm50 kepada seorang dari mereka itu ketika di tepi mesin ATM tadi.
“Ya Pak Cik, kami memang berhajat besar daripada Pak Cik. Sebelum tu biarlah saya ceritakan sikit kepada Pak Cik siapa kami sebenarnya. Mudah-mudahan Pak Cik faham dan dapat maafkan kami selepas ini”, jawab si Mamat tersebut sebagai mukadimah bagi “amanat” yang akan di sampaikan.
“Kami berdua ni Pak Cik dah lama hidup susah. Apa lagi yang kami tak buat supaya dapat hidup senang. Tapi semuanya tak menjadi. Akhir sekali kami menjual bahan-bahan bacaan. Mula-mula kami dapat untung agak berbaloi juga dari jualan kami itu. Malangnya suatu hari semua barang-barang jualan kami habis dirampas oleh pihak berkuasa”.
“Berbagai-bagai tuduhan dilemparnya terhadap kami. Kononnya ada bahan-bahan bacaan yang tidak mendapat kelulusan KDN yang kami jual. Bukan saja barang-barang jualan kami habis dirampas, malah dengan kereta buruk arwah ayah saya pun diheret ke balai Polis. Mereka yang berkuasa tu memang zalim terhadap orang yang lemah macam kami”, kata si Mamat yang duduk di sebelah Maula Mulia tu bagi meneruskan lagi penerangannya . Maula Mulia mendengar dengan penuh khusuk.
Maka sambung si Mamat tu lagi, “Ikut fitrah tak ada siapa pun mahu jadi jahat. Tapi bila kerajaan zalim, maka ramailah rakyat yang akan jadi jahat. Bukan mereka suka-suka nak jadi jahat, tetapi kerana terpaksa. Kalau tak langgar undang-undang apa kerja pun tak boleh buat. Jika tak bagi rasuah kepada pihak penguatkuasaan, semua tak boleh lulus. Kalau nak lulus apa-apa permohonan mesti beri fulus”
“Rakyat macam kami berdua ni macam tak ada tempat dalam negara ini. Kerja-kerja banyak diberi kepada pendatang kerana mereka boleh ditekan dan ditipu tanpa ada pembelaan dari mana-mana pihak. Orang-orang atasan lebih suka ambil pendatang sebagai pekerja untuk menjimatkan kos. Bila kos rendah untung pun besar. Bila datang pilihan raya umum gunakan pula mereka ini sebagai pengundi hantu untuk mempertahankan kuasa”
“Orang macam Pak Cik mana pernah rasa susah seperti kami sekarang. Lebih-lebih lagi Pak Cik yang bergelar Yang Mulia. Hidup Yang Mulia tentu mewah kerana dapat elaun kerabat tiap-tiap bulan”, kata si Mamat itu lagi. Mungkin disangkanya Maula Mulia adalah seorang kerabat raja kerana memakai gelaran “Mulia” di hujung namanya.
Agaknya tujuan si Mamat ni berkutbah kepada Maula Mulia ialah sebab dia berharap segala rugutannya itu akan disampaikan kepada pihak atasan. Mudah-mudahan akan berlaku perubahan positif 180 darjah dalam sistem pemerintahan negara.
“Tapi Pak Cik buk a a n .…….. “, Maula Mulia cuba mencelah untuk menafikan bahawa beliau berketerunan raja seperti yang disangkakan. Tapi dengan secepat kilat si Mamat itu memintas dan menyambung khutbahnya..
“Nanti dulu Pak Cik , biar saya habiskan dulu. Di dalam negara kita ramai orang yang kena tipu tapi tidak ada pembelaan. Abang saya beli rumah guna pinjaman rumah dari kerajaan. Dah sebelas tahun gajinya dipotong tiap-tiap bulan tapi rumahnya masih belum siap”.
“Patutnya kerajaan janganlah potong dulu gaji abang saya tu. Kesiankanlah dia. Bukan salah dia. Itu kelemahan kerajaan sendiri kerana lemah dari aspek penguatkuasaan undang-undang. Mungkin dasarnya pun tak betul”.
“Akibatnya rakyat yang kena tanggung kesan buruk. Bukan abang saya seorang yang kena tipu, malah ramai lagi. Saya berani jamin, dalam setiap projek perumahan terbengkalai mesti ramai pembeli yang menjadi mangsa penipuan. Hutang pinjaman rumah terpaksa juga dibayar sedangkan rumah tidak boleh diduduki”
“Patutnya kerajaan kenalah mengambil tanggungjawab di atas kelemahan pihak penguatkuasaannya sendiri, Janganlah senang-senang saja potong gaji kakitangannya yang tertipu dalam urusan membeli rumah. Kalau kaki tangannya sendiri pun kerajaan gagal memberi perlindungan dari ditipu, Pak Cik ingat kepada bukan kakitangan kerajaan macam kami ni kerajaan nak beri perlindungan ?”
“ Negara kita ni kaya raya dengan hasil mahsul, tapi mana pergi kekayaan itu semua. Apa guna KLIA bagi rakyat miskin macam kami ni. Rakyat macam kami seumur hidup pun tak akan mampu naik kapal terbang. Apa untungnya Putera Jaya bagi rakyat yang bukan kaki tangan kerajaan macam kami ni. Apa guna KLCC bagi kami ni yang nak ke Kuala Lumpur pun tak mampu bayar tambang bas”.
“Apa maknanya buat kereta nasional Proton Saga yang Pak Cik beli ni jika harganya lebih mahal dari kereta yang diimport dari luar negara dahulu. Harga kereta Proton Saga ni Pak Cik bayar rm17 ribu kan ? Dulu sebelum ada Proton Saga, kereta yang lebih baik kualitinya berbanding dengan kereta ni tak sampai pun rm15 ribu. Jadi apa untung kepada seluruh rakyat jika kereta buatan dalam negara lebih mahal harganya dari kereta import ?”
“Tapi supaya kereta ni nampak lebih murah, maka cukai import atas semua kereta import dinaikkan kadarnya berganda-ganda. Maka jadi lebih mahallah harga kereta-kereta import berbanding dengan kereta Proton Saga ni. Sebenarnya rakyat dipaksa membayar subsidi kepada projek Proton Saga”
“Tiap-tiap pembeli kena bayar dua tiga ribu seorang. Lepas ni, percayalah mereka akan bina lebuh raya pula. Semua kereta yang nak lalu atas lebuh raya akan dipaksa bayar tol. Untung yang dikaut, hanyalah untuk dikongsi oleh segelintir rakyat tertentu saja”
“Pak Cik ingat bila dah keluarkan kereta nasional kerajaan akan berminat nak meningkatkan mutu pengangkutan awam ? Bila mutu pengangkutan awam ditingkatkan menjadi lebih cekap dan tepat masa, rakyat mungkin tak rasa perlu nak beli kereta. Jadi macam mana nak jual kereta Proton Saga ni sebanyak mungkin”.
“Nak dieksport pun tak laku sebab kereta-kereta yang lebih berkualiti yang dibuat oleh negara-negara maju adalah lebih bermutu dan lebih murah di pasaran antarabangsa. Jika nak lihat juga kereta Proton Saga di pasaran antarabangsa, mau tak mau ia mesti dijual dengan harga lebih rendah dari kos pengeluaran”
“Objektifnya bukan lagi untuk mendapat keuntungan tetapi sebaliknya berkorban semata-mata untuk menunjuk kepada dunia bahawa negara kita juga hebat. Hebatnya negara kita ialah kerana ia mampu mengeluarkan kereta setanding dengan kebanyakan negara-negara maju yang lain”
“Yang untung ialah kroni-kroni yang terlibat dengan pengeluaran kereta Proton itu saja. Semua rakyat dipelemah supaya syok sendiri kerana bangga negaranya ada kereta nasional. Untuk bermegah-megah saja. Orang Perak kata, biar pape asal bergaye”
“Takpalah Pak Cik saya rasa setakat itu saja yang saya nak sampaikan kepada Pak Cik. Lepas ni Pak Cik pergilah cerita kepada kawan-kawan Pak Cik apa yang saya dah beritahu Pak Cik ni. Sama-sama fikir apakah yang saya cakap ni benar ataupun tidak. Saya Cuma nak nasihatkan Pak Cik satu saja”
“Pak Cik jangan cuba membuat apa-apa laporan polis selepas ini. Kami yakin bahawa polis tak akan tolong Pak Cik untuk mencari balik apa-apa yang hilang. Berapa banyak kes rumah dipecah masuk oleh pencuri yang dilaporkan kepada pihak polis. Tapi pernah Pak Cik dengar bahawa polis berjaya mengesan pencuri dan mangsa kecurian mendapat balik harta-hartanya yang dicuri itu. Jadi tak payahlah Pak Cik melaporkan apa-apa kepada pihak Polis. Buang masa Pak Cik saja”.
“Pak Cik pergilah lihat sendiri di balai-balai polis di seluruh negara. Bertimbun-timbun motorsikal tersadai bertahun-tahun. Kereta pun ada. Kononnya semua motor dan kereta itu adalah yang terlibat dengan kemalangan dan kes jenayah”.
“Semuanya ditahan sebagai bahan bukti kes. Kadang-kadang ketika ditahan dulu, kerosakannya sangat kecil. Tetapi bila kes sudah selesai, keadaan motor dah jadi besi buruk. Nak jual pun tak laku lagi kecuali jika pemiliknya setuju dijual dengan ditimbang kilo saja. Semua itu adalah antara penganiayaan yang dilakukan terhadap rakyat sendiri ”, bersungut lagi si Mamat.
“Pak Cik jangan percayalah kalau ada orang kata bahawa selepas buat laporan polis barang Pak Cik yang dicuri akan dapat balik. Semua tu bohong belaka. Samalah dengan pembohongan yang mendakwa kadar kemalangan dan kadar jenayah semakin kurang”
“Sedangkan kita sering terbaca dalam akhbar Metro macam-macam kes jenayah dan kemalangan berlaku di sana sini hampir setiap hari. Sebenarnya bukan kadar jenayah dan kemalangan yang turun tapi jumlah laporan yang dibuat oleh mangsa yang semakin kurang. Sebab apa ?”.
“Sebab makin ramai rakyat yang dah tak percaya bahawa membuat laporan polis akan mendapat munafaat. Sebaliknya ramai mereka menganggap ia membuang masa saja. Malah, silap-silap langkah akan mendatangkan mudarat pula kemudiannya terhadadp orang yang membuat laporan”
“Itu sebabnya sekali lagi saya nasihatkan Pak Cik, jangan cuba membuat apa-apa laporan kepada Polis. Jika kami tak susah, Pak Cik pun tak kami susahkan. Baik Pak Cik ya. Maaf banyak-banyak kepada kami berdua ya Pak Cik”, kata lagi si Mamat kepada Maula Mulia dengan nada sidikit mengugut.
Kemudian ditanya pula kepada Maula Mulia, “apa yang saya dah cakap tu Pak Cik faham kah ? Jika tak faham nak saya ulangi semula ?”
“Pak Cik ni orang Melayu. Awak cakap pun dalam Bahasa Melayu. Mustahil Pak Cik tak faham. Lainlah dengan anak Pak Cik yang darjah tiga tu”.
“Masa dia baru masuk darjah satu, gurunya dah mula mengajarnya mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Munasabahlah jika dia tak faham apa-apa. Sekarang dah darjah tiga pun mengira campur dan tolak masih terkial-kial”, jawab Maula Mulia seolah-olah menyindir dasar PPSMI yang dianggapnya sebagai dasar bodoh yang merugikan anak bangsanya itu.
“Baguslah begitu Pak Cik. Kami bukan nak buat apa-apa kepada Pak Cik. Kami hormat Pak Cik sebagai orang tua yang dari keterunan orang mulia. Kami Cuma nak tinggal saja Pak Cik di sini bersama-sama dengan motor Pak Cik tu”
“Jadi tolonglah Pak Cik turun dari kereta ni sekarang. Motor Pak Cik tu sebenarnya tak ada apa-apa masalah. Pak Cik masih boleh menaikinya untuk pulang ke kampung Pak Cik dengan selamat” kata si Mamat itu sebagai kalimah penutup.
Sebaik saja habis si Mamat itu memberi kutbahnya kepada Maula Mulia, rakannya yang dikerusi belakang Maula Mulia pun keluar dari kereta dan terus membuka pintu pemandu serta menarik keluar Maula Mulia dari keretanya. Dengan begitu pantas dia mengambil stering kereta tersebut , menghundur kereta itu kemudian membuat pusingan U dan memecut kereta itu ke arah bandar. Maka tinggallah Maula Mulia seorang diri di tempat kejadian.
Tanpa lengah Maula Mulia pun menghidupkan injin motor kapcainya lalu meneruskan perjalanannya ke kampung. Sepanjang perjalanan macam-macam persoalan bermain di dalam kepala otaknya. “mujur juga budak-budak tu baik, maka diberinya balik motor itu kepada aku. Jika tidak terpaksalah aku berjalan kaki bepuluh-puluh kilo meter untuk pulang ke rumah”
“Apa yang budak muda tadi kata banyak juga kebenarannya. Kalau aku laporkan kepada Polis apa maknanya jika tidak ada apa-apa jaminan bahawa budak-budak itu pasti ditangkap. Belum tentu aku akan dapat balik kereta Proton Saga aku yang dirompak mereka. Silap-silap cakap, Polis kata aku bodoh sebab main percaya saja kepada anak-anak muda macam mereka tu walaupun tidak pernah kenal dengan mereka”
Otak Maula Mulia terus memikir apa tindakan yang patut beliau lakukan atas kejadian sebentar tadi. “Tak kan aku tak lakukan apa-apa kut walaupun aku tetap redha dengan musibah yang menimpa diriku itu. Itu mungkin satu peringatan bagi ku”
“Selama ni aku ingat semua rakyat senang lenang belaka macam aku ni. Tak ada langsung rakyat yang susah kecuali yang memang malas bekerja. Bagi peneroka macam aku pun mampu beli kereta secara tunai, apa lagi mereka yang keluar dari university-universiti”
“Pendek kata di bawah pemerintahan kerajaan sekarang ni, kes rakyat menderita hanya merupakan kes-kes terpencil yang suka digembar gemburkan oleh parti-parti politik pembangkang yang gilakan kuasa. Ia bukan lagi realiti seperti tahun awal 70an dulu. Namun rupa-rupanya aku tertipu oleh maklumat palsu yang aku dengar dari mulut pemimpin-pemimpin rasuah. Aku tertipu oleh berita-berita palsu yang aku baca dalam media massa perdana selama ini”
Belum habis Maula Mulia memikirkan tindakan yang wajar beliau lakukan itu, beliau telah sampai ke surau kampungnya. Beliau cepat-cepat ambil wudhu lalu menunaikan solat magrib kerana waktu Isya pun sudah terlalu hampir. Sebaik saja memberi salam dan membaca doa rengkas, beliau disapa oleh Pak Rasol (PR)”.
“Pak Rasol (PR) ialah sahabat paling karib bagi Maula Mulia di kampung itu. Apa yang uniq tentang Pak Rasol (PR) ini ialah beliau lebih cerdik dan berfikiran sangat terbuka berbanding dengan lain-lain anak kampung tersebut . Ini yang menyebabkan anak-anak kampungnya itu masih boleh menerima beliau sebagai salah seorang dari AJK surau kampungnya walaupun mereka nampak ada sedikit kehijauan pada diri Pak Rasol (PR). Sedangkan hampir seluruh anak khariah kampung itu adalah biru pekat belaka”
“Boleh dikatakan Pak Rasol (PR) seorang saja dari AJK surau tersebut yang membaca akhbar tiap-tiap hari termasuklah Harakah dan Suara Keadilan. AJK lain rata-rata tidak berminat membaca apa-apa, sebaliknya taksub kepada pemimpin-pemimpin dari parti yang memerintah saja. Putih kata pemimpin maka putihlah kata mereka. Hitam kata pemimpin maka hitamlah juga kata mereka.
Apa lagi, macam si mengantuk disurung bantalah bagi Maula Mulia apabila disapa oleh Pak Rasol (PR), Sementara menunggu muazin melaungkan azan Isya sempat juga Maula Mulia menceritakan kepada sahabat karibnya itu peristiwa yang telah berlaku terhadap beliau dari A hingga Z. Namun tidaklah pula diceritanya secara terperinci segala isi khutbah yang dibaca oleh perompak muda tadi kepadanya”
“Selepas berhenti beliau menceritakan musibah yang telah menimpanya itu maka Pak Rasol (PR) menawar diri untuk menemani beliau untuk ke balai Polis pada esok harinya bagi membuat laporan. Yang pelik lagi ajaib dan mengejutkan Pak Rasol (PR) ialah kenapa pula Maula Mulia berkata bahawa laporan Polis tak ada guna apa-apa pun”
“Katanya beliau tak nak menambahkan lagi beban kepada mana-mana pihak terutama pihak Polis. Biarlah beliau redha sepenuhnya terhadap musibah yang telah ditakdirkan menimpa dirinya siang tadi. Malah beliau berdoa pula agar perompak muda yang merompak hartanya itu akan berjaya membebaskan diri dari perangkap kemiskinan yang boleh membawa kepada kekufuran itu.
Di sinilah agaknya maka dapat kita lihat sifat mulia yang ada pada individu yang bergelar Maula Mulia itu. Beliau mudah memaafkan semua orang dengan syarat orang berkenaan insaf kemudiannya. Bila beliau baru saja dirompak, tak dapat dinafikan bahawa sebagai seorang insan biasa yang ada hati dan ada perasaan, beliau tetap marah kepada perompak berkenaan.
Namun semua perasaan marah beliau menjadi tawar bila ada sikit budi yang ditunjukkan oleh perompak berkenaan terhadap beliau. Apakah budi yang dimaksudkan itu ? Bagi Maulan Mulia, memulangkan motor kapcainya kepadanya ketika beliau sangat-sangat memerlukannya adalah sudah cukup ketara sebagai suatu tanda seseorang itu berbudi kepadanya.
Begitu juga dengan layanan baik yang telah diberi oleh perompak muda itu kepadanya iaitu tidak mengenakan sikit pun kecederaan ke atas dirinya semasa dalam tahanan mereka. Sedangkan di dalam tahanan Polis pun belum jamin sesorang itu tidak diapa-apakan walaupun tuduhan terhadapnya belum terbukti benar atau sebaliknya.
Yang lebih menggemparkan seluruh kampung tersebut ialah seminggu selepas kejadian tersebut. Kononnya Maula Mulia akan membuat satu jamuan yang agak besar di rumahnya. Lima ekor lembu dikorbankan. Rupa-rupanya jamuan itu hanya untuk merayakan satu kesyukuran bagi Maula Mulia kerana beliau telah diselamatkan Allah dari musibah yang lebih besar.
Bagi beliau kehilangan sebuah kereta Proton Saga baru bersama-sama dengan beg James Bond beliau yang berisi wang tunai tiga rubu ringgit itu bukanlah satu musibah yang besar. Musibah yang lebih besar ialah dicederakan ataupun didera walau dengan apa cara sekali pun.
Namun yang paling bernilai yang disykuri oleh Maula Mulia ialah apa yang dikatakan sebagai “blessing in disguish” dari musibah yang dialami beliau itu. Benda yang bernilai yang dimaksudkan itu ialah suatu kesedaran atau keinsafan. Selama ini beliau menerima bulat-bulat saja segala yang disampaikan kepada beliau oleh mulut pemimpin-pemimpin politik dari parti yang memerintah sebagai benar belaka.
Berita yang dilihat dalam kaca TV dan yang dibaca dalam semua akhbar media perdana tak ada yang palsu bagi beliau. Jika keputusan nombor tiket loteri yang menang yang disiarkan di dalam akhbar utama sejak zaman Tunku Abdul Rahman menjadi PM dahulu tidak pernah silap, maka begitulah juga berita-berita lain mengikut tanggapan Maula Mulia. Semuanya tidak mungkin salah. Itulah tahap ketaksuban tebal yang telah sebati dalam hati Maula Mulia dulu, kini dan …………… ?
Peranan Pak Rasol (PR) bagi menjayakan majlis jamuan kesyukuran tersebut tidak harus dipelekehkan.. Walaupun pada mulanya beliau rasa begitu pelik sekali dengan sikap Maula Mulia kerana enggan menerima pelawaan beliau untuk menemaninya membuat laporan Polis, namun kemudiannya beliau faham niat mulia sahabatnya yang bergelar Maula Mulia itu.
Pak Rasollah (PR) yang menjemput sepasukan peminat motor besar datang ke majlis jamuan tersebut bagi mempamirkan motor mewah masing-masing pada siang harinya. Ada di antara penunggung dan pemboncing motor-motor besar itu yang tidak asing bagi anak-anak kampung tersebut kerana pernah keluar di kaca TV. Namun ada juga yang mereka belum kenali kecuali beberapa orang dari anak kampung itu saja.
Majlis mulai mendaki ke kemuncaknya selepas solat Isya. Ia bermula dengan ucapan mukadimah oleh Pak Rasol (PR ) selaku pengerusi majlis yang dilantik secara bidan terjun oleh jemaah pengelola majlis tersebut. Selepas memberi ucapannya yang agak rengkas itu maka Pak Rasol (PR) pun menjemput Maula Mulia sendiri untuk memberi sepatah dua kata sebagai tuan rumah.
Maka tampillah Maula Mulia ke pentas dengan begitu selamba. Selepas memberi salam dan mengucap terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang hadir ke majlis itu maka beliau pun meneruskan ucapannya seperti berikut.
“Mungkin dah ramai diantara saudara-saudara sekalian yang telah pun mendengar tentang apa yang telah berlaku terhadap diri saya seminggu yang lalu. Ada yang dah dengar dari mulut saya sendiri, ada yang dengar dari mulut Pak Rasol (PR) sahabat karib saya ni, atau dari mulut ke mulut orang lai”.
“Namun saya percaya masih ramai lagi dari saudara-saudara yang belum lagi tahu tentang berita menarik itu kerana ia tidak terbit dalam mana-mana media perdana. Saya rasa sebab apa media massa tak hebahkan berita tersebut, ialah kerana saya tidak buat apa-apa laporan Polis. Jadi ada baiknya saya tidak melaporkan kejadian yang menimpa saya itu”
“Kalau tidak, mungkin sehingga ke hari ini pun saya masih diburu oleh pemberita-berita yang sentiasa melaparkan berita-berita sensasi untuk melariskan akhbar masing-masing. Alhamdulillah saya telah mengambil tindakan yang bijak iaitu tidak membuat laporan Polis tentang apa yang saya alami hari itu. Polis pun tentu suka sebab statistik kejadian jenayah pun tak meningkat satu mata. Bila statistik jenayah tak meningkat maka betullah apa yang mereka dakwa itu”
Setelah menceritakan dengan agak panjang lebar dari mula beliau menungkat motor kapcainya di hadapan bank Bumiputera pada hari kejadian tersebut, hinggalah ke waktu beliau selamat pulang ke kampungnya pada malam hari berkenaan, beliau pun merumuskan ucapannya seperti berikut.
“Berdasarkan pengalaman peribadi saya yang sangat bersejarah buat diri saya itu, saya mula bertanya kepada diri sendiri, apakah yang mampu saya buat supaya kejadian yang sama tidak berlaku kepada orang lain. Tak kiralah samada berlaku kepada ahli keluarga kita sendiri, ataupun kepada mana-mana individu lain yang tidak berdosa walaupun tidak kita kenali”
“Saya penuh yakin bahawa sekiranya negara yang kita cintai ini diurustadbir oleh mereka yang jujur, niscaya peristiwa yang saya alami itu tak mungkin berlaku. Bila mereka yang memegang kuasa memerintah negara adalah individu-individu yang tidak bersifat jujur, jangan harap kita akan dapat menikmati hidup yang selamat, aman sentosa seperti di Makkah dan Madinah”
“ Bagi saya suasana yang selamat seperti di Makkah dan di Madinah tak mustahil diwujudkan di negara kita jika kita pandai memilih pemerintah. Ciri-ciri penting pemimpin yang kita mesti pilih ialah yang jujur serta cerdik. Jika terhadap diri sendiri pun tak jujur bagaimana mungkin orang macam dia akan jujur kepada rakyat jelata dan negaranya”
“Contohnya, sebagai seorang yang mengaku dirinya Islam dia tahu bahawa menutup aurat itu wajib dan jika tak tutup aurat akan masuk neraka. Tapi dia masih juga mendedahkan auratnya. Apakah individu macam ni boleh kita anggap seorang yang jujur hingga kita mahu angkat semula menjadi pemimpin ?”
“Tanpa ada kejujuran perbagai gejala negatif akan menular dengan subur. Rasuah akan berleluasa. Maruah diri akan hilang kerana sudah tiada rasa malu diri lagi untuk melakukan apa-apa juga kesalahan dengan sengaja. Lebih tinggi pangkatnya lebih besar kerosakan yang dilakukan kepada negara akibat salah laku yang diamalkan”
“Kita bagi pinjaman berjuta-juta ringgit dari dana negara kepada pemimpin macam ni, apa yang kita dapat sebagai balasannya ? Tuan-tuan jawablah sendiri. Tapi bagi saya kita tidak ada jalan lain lagi bagi menyelamatkan negara kita dari menjadi lebih parah. Kita hanya mampu memastikan agar kuasa memerintah diberi kepada mereka yang lebih jujur dari mereka yang sebelumnya. Itu saja yang kita mampu buat untuk melihat negara kita lebih selamat dan lebih selesa didiami di masa akan datang”
“Sebagai penutup bagi ucapan saya ini, maka sekali lagi saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi hadir merai’ kan majlis kesyukuran saya yang tak seberapanya ini. Jika ada apa-apa tersalah cakap atau perkataan saya yang menyinggung mana-mana perasaan dalam ucapan saya sebentar tadi, maka saya pohon ribuan ampun dan maaf. Sekian, Wabillahi taufik , wahidayah wasalamualakkum w.w.” Dengan itu majlis pun kembali semula kepada Pak Rasol (PR) sebagai pengurusinya.
Kononnya dengan kebijaksanaan Pak Rasol (PR) beliau telah berjaya memujuk seorang AJK Pakatan Rakyat peringkat pusat untuk turut hadir ke majlis jamuan tersbut. Orang kuat PR tersebut rupa-rupanya adalah salah seorang dari tetamu yang datang ke majlis tersebut bersama geng motor besar.
Setelah berjaya memenangi hati para-para hadiran dengan penuh hikmah maka Pak Rasol (PR) pun menjemput orang kuat PR berkenaan ke pentas memberi ucapan. Khabarnya ucapan wakil PR Pusat tersebut telah mendapat reaksi sangat memberansangkan dari majoriti para hadiran. Ia telah berjaya mencetuskan satu anjakan paradigma di dalam minda anak-anak kampung tersebut.
Sekarang baru mereka mula nampak tembelang sebenar pemimpin-pemimpin yang selalu mereka puji dan puja sejak mula menyetai rancangan tanah peneroka puluhan tahun dahulu. Mereka sebenarnya tidak sebodoh yang disangkakan walaupun telah cuba diperbodohkan semaunya oleh pemimpin-pemimpin yang tidak jujur sejak sekian lama.
Anak-anak dan cucu mereka yang rata-rata celik komputer dan “internet savy” kini menjadi pemangkin atau agen perubahan kepada peneroka-peneroka tanah rancangan tersebut. Sama-samalah kita doakan agar negara akan berubah 180 darjah selepas PRU13 nanti, insya Allah.
Wallahualam.
d a u l a t r a k y a t !
Lain-lain PenCERAHan yang relevan :
Si bangang saja layak ditipu : https://4uni2c.com/2013/02/25/4uni2c-13225-si-bangan-saja-layak-ditipu-bn/
Peragut sen-sen berlesen : https://4uni2c.com/2012/12/11/4uni2c-12z11-peragut-sen-sen-berlesen/
Kisah pemandu yang bangang : www.4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com
@OPajar #2616